test

Isnin, 9 Februari 2009

Gambar Pendemonstrator Baring di Hadapan Kereta

Kejadian ini berlaku bukan di Gazza.
Kejadian ini berlaku bukan di Masjid Ubudiah atau Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Akibat daripada ketagihan Politik yang disebabkan oleh Beras Padu, seorang blogawan telah berdemonstrasi tanpa sebab dengan berbaring di hadapan kereta sambil memegang bendera Palestin.


Kejadian berpunca apabila blogawan itu mendapat idea untuk membuat catatan blog.
Anda sedang membaca catatan blog yang dimaksudkan itu.

Ir Nizar Ketua Pembangkang? (Spekulasi Murahan)

Al Fatihah buat YB Roslan Sharom , Ahli Parlimen Bukit Gantang yang telah meninggal dunia pagi tadi.


Secepat kilat blogawan "angkasanuri" telah membuat spekulasi calon PAS parlimen Bukit Gantang ialah Ir Nizar.

Untuk menambahkan perisa spekulasi itu, maka saya tambah lagi kemungkinan Ir Nizar menjadi Ketua Pembangkang, disebabkan Karpal sudah tidak suka Anwar.


Nak spekulasi lagi?

Tiada Pilihanraya Kecil Di P-059...!!! - malaysiakini» Perisik Rakyat®

Politik Semakin Menjijikkan

Politik Kini semakin menjijikkan.

Bukan politik yang kotor, tetapi orang-orangnya yang mengkotorkannya.

Saya tidak menolak politik kerana banyak perkara perlu diselesaikan melalui politik.

Mahu hapuskan PPSMI, tanpa politik memang sukar.

Tetapi politik bukan segalanya.

Banyak perkara boleh dilakukan tanpa politik.
Kalau tidak, tak wujudlah istilah anarkisme.

Anarkisme itu satu pemikiran bahawa tidak perlu kerajaan.

Kalau masyarakat terlalu bergantung kepada politik, saya tidak pasti apa istilah khas untuknya.

Kenapa politik kini menjijikkan?
Cerita soal parti,  parti, parti.
Orang parti ini cakap tentang orang parti itu.

Mana dia politik pentadbiran kerajaan?

Puas sudahkah kita perdebatkan PPSMI?
Puas sudahkan kita perdebatkan pelan rangsangan ekonomi?
Puas sudahkan kita perdebatkan penyeselaian masalah pengangguran?

Wujudkah sesiapa ahli politik yang sibuk untuk mencadangkan supaya lesen perniagaan dilonggarkan sempena pembuangan kerja yang meningkat?
BN sokong yang mana satu, longgarkan atau ketatkan?
Pakatan Rakyat?

Zety sibuk turunkan kadar Faedah,
Pakatan Rakyat, pemimpin BN setuju atau tidak setuju.
Kasi Lawan lah.

Ahad, 8 Februari 2009

Pakej Iklan Teks Platinum

Laman blog ini kini menyediakan ruang iklan untuk disewa pada kadar...

RM 3.00 bagi 1000 pengunjung unik yang dikira menggunakan extreme-dm.

Murah atau mahal?
Ianya 3 kali ganda lebih mahal daripada iklan solehpolysas.

Ianya mahal sedikit bukan kerana saya tamak, tetapi lokasi iklan untuk pakej ini memang betul-betul menarik.

1)
Iklan Teks Pakej Platinum ini letaknya betul-betul diantara Tajuk catatan blog dengan permulaan catatan blog.

Untuk halaman pertama blog, ianya akan keluar pada setiap catatan blog, ada 7 semuanya.

Pasti pengunjung akan dapat melihatnya.



2)
Iklan Teks Pakej Platinum ini, akan memberikan kelebihan SEO kerana ianya dibenamkan kedalam templat blog.
Ianya HTML bukannya javascript. Rujuk pakar SEO terdekat untuk maklumat lanjut.

3) Peratus pengunjung yang klik dijangka agak tinggi akibat daripada lokasi yang mudah difokus mata pengunjung.


Bagaimana pengiklan mahu mengetahui berapa banyakkan 1000 pengunjung unik extreme-dm itu?
Kenapa tidak kira "sebulan" ?

Jadi saya terpaksalah ajar dulu apa itu 1000 pengunjung unik.
Ada banyak statistik yang menggunakan "pengunjung unik" lain statistik lain bilangannya, kerana itu dalam pakej ini, 1 statistik yang boleh dilihat oleh pengiklan.


Pakej yang disediakan ialah
  • 20,000 pengunjung unik : RM 60 (± 40 hari)
  • 40,000 pengunjung unik : RM 120 (± 80 hari)
  • 60,000 pengunjung unik : RM 180 (± 120 hari)
  • 80,000 pengunjung unik : RM 240 (± 160 hari)
  • 100,000 pengunjung unik :RM 300 (± 200 hari)
* Bilangan hari itu hanyalah anggaran sahaja berdasarkan trafik semasa.

Jadi sekiranya anda ingin mengiklan.
Sila emel kepada sebolku (ä) yahoo.com ,

Nyatakan :
1. pakej yang mana satu, 20,000 atau 40,000 ... atau 100k
2. Tajuk tidak melebihi 80 aksara
3. Keterangan , tidak melebihi 150 aksara.
4. URL  blabla.blogspot.com , atau. blablabla.com
5. No. Telefon

contoh:

Saya nak pakej 30,000
Tajuk : Kedai Buku Ahmad
Keterangan: Terdapat banyak buku menarik, Diskaun khas sempena krisis ekonomi.
URL: http://kedaibuku-ahmad.com
Tel: 019 333000001

Jangan bank-in dulu.

Apabila iklan diluluskan oleh saya, dan ada kekosongan, barulah anda bank-in.
No akaun akan diberitahu ketika saya membalas emel.

Iklan itu sepatutnya akan keluar sebegini

------
Kedai Buku Ahmad
Terdapat banyak buku menarik, Diskaun khas sempena krisis ekonomi.

kedaibuku-ahmad.com
 ---

Macam Perjanjian Pangkor

Ini adalah Perjanjian Pangkor.

Raja Muda Ibrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat British Residen hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat British Residen.


Harapnya jangan jadi sebegini...

Adun Pangkor diangkat menjadi Menteri Besar Perak, Ir Nizar bekas Menteri Besar itu dibenarkan memakai gelaran Menteri besar Muda; Menteri Besar Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat  Residen Persekutuan hendaklah diikuti termasuk pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat  Residen Persekutuan.

Menggunakan Kesan Candu Politik Sebaik Mungkin

Politik itu bercandu, menyebabkan ketagihan tegar.

Apabila berlaku krisis sebegini, penagih berita politik semakin kuat ketagihannya.

Saya akui saya sendiri agak ketagih dengan maklumat Krisis Negeri Perak, namun saya cuba untuk tidak membuat catatan blog tentang Negeri Perak. Namun saya gagal.

Walaupun cuba melarikan diri daripada menulis tentang Negeri Perak, akhirnya saya menulis tentang logam perak.

Akibat ketagihan politik ini, pemikiran agak sukar untuk melarikan diri dari "Perak", saya berjaya juga menangkis ketagihan dengan menulis soal masalah Pekerjaan.

Jadi. Jangan salahkan saya kerana menyebabkan anda semua ketagih politik. Saya cuba lari juga sedikit demi sedikit.


Baiklah, mari kita kaji sejarah. Tatkala berlakunya Krisis Politik Perak, saya dapati Negeri Perak sudah mengalami krisis yang lebih kurang sama. malah jauh lebih teruk dari ini sejak 1860an.

Terdapat 2 artikel di Wikipedia yang boleh membantu anda untuk mendapatkan ilmu sejarah sebagai ganti ketagihan politik ini.


Wikipedia Perjanjian Pangkor
Wikipedia Ngah Ibrahim.

Memang cacamerba politik Perak.
Banyak campurtangan asing, tidak kira daripada Inggeris mahupun pedagang cina yang mahukan bekalan Bijih Timah yang stabil.

Kalau hendak difikirkan, sukahati rakyat Peraklah mahu keluarkan bijih timah banyak mana.

Perkara ini boleh diumpamakan dengan Pak Arab, yang terpaksa jual minyak walaupun merasai duit sudah cukup.

Keadaan seolah-olah menjadi "wajib" bagi sesuatu negeri atau negara menjual hasil bumi mereka.

Jadi, siapa yang lebih memerlukan siapa?
British perlukan timah atau Perak perlukan kekayaan?

Pusing punya pusing, Ngah Ibrahim, pemerintah larut itu pula dibuang ke Seycelles.

Memang sejarah Perak caca merba, perebutan timah oleh "pelabur asing" keadaan tidak stabil, ditambah pula dengan perebutan menjadi Sultan, akhirnya Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh hanya 1 daripada 3 calon Sultan dengan British.

Residen berkuasa.

Kali ini, Najib adalah seperti Andrew Clarke , Garbenor Inggeris, yang menentukan siapakah Menteri Besar Perak.

Lebih kurang sahaja, Gavernor Inggeris dengan TPM Kerajaan Persekutuan.

Untuk mengelakkan kesan Candu politik menjadi negatif, mari kita kaji Sejarah.
Adakah Ngah Ibrahim itu seorang Wira?
Mengapa tidak Negeri Perak itu perlu tunduk pada permintaan pembeli timah tatkala Perak tiada apa-apa kaitan dengan British?

Orang BN dan Media BN Buat-buat Tidak Faham atau Memang tidak faham?

Apabila berlakunya krisis politik di Perak, cukup banyak berita dan pandangan berat sebelah yang menyebelahi BN dan menyalahkan Pakatan di Media Massa.

Akan tetapi, persoalan mengapa Nizar tidak mahu meletak jawatan tidak pernah disebut.

1. Status 3 ADUN itu sebagai ADUN
Kedudukan 28-28 jika
2. Kaedah penurunan MB menurut artikel 16(VI)

Media BN dan orang BN yanb sering memberi ulasan sibuk dengan soal "Nizar derhaka" "Nizar Boneka" , "Nizar itu ini" dan sebagainya.

Ini agak pelik, mengapa BN tidak mahu mengesahkan bahawa 3 orang ADUN yang melompat itu adalah ADUN yang sah.

Kalau ya mahu merampas kerajaan melalui pintu belakang, sila pastikan ADUN itu ADUN yang sah.

Kalau BN berusaha pergi mahkamah membuktikan mereka itu ADUN yang sah.

Kalau ia sah, maka BN perlu minta diadakan Sidang DUN tergembar supaya boleh buat usul tidak percaya.

Apa susah sangat nak faham?

Kenapa BN perlu menjadi "Kerajaan Haram" kalau boleh guna cara sah?

Google+ Hasbullah Pit