Hari ini saya agak terkejut dengan kenyataan-kenyataan tentang isu ini oleh pemimpin PAS, dimana ia tidak seperti yang diharapkan.
Akibat daripada ulasan oleh Ali Rustam, jawapan adalah seolah-olah mahu menjawap Ali Rustam, dan bukannya menjawap tohmahan DUN Batu Caves terhadap blogawan PAS yang cuba menasihati PKR Batu Caves.
Kisah "Berhala" ini sudah beberapa hari timbul di dalam dunia blog sebelum ia tersiar di Malaysiakini dan Akhbar tempatan.
Ianya bermula di blog Skuad DUN Batu Cave.
Mereka yang awal meyiarkan
catatan blog menunjukkan gambar poster anwar yang dipotong dan didirikan seperti patung.
poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini.
Mereka tidak menafikan bahawa ianya untuk "semangat DSAI"
Kemudian Perisik Rakyat membuat Catatan :
Tajuknya agak keras dan kontroversi kerana perkataan berhala.
Agaknya, kalau guna perkataan "syirik" atau "khurafat", mungkin ada yang pandang sebelah mata.
Bagi saya penggunaan istilah berhala agak tepat, sesuai dengan tujuan mereka dirikan poster yang menyerupai patung itu.
Maka, Saudara Topeng_Perak pun dihentam.....
Kemudian wujudlah
"Penjelasan" Skuad DUN Batu Caves tentang "Berhala" itu.
Di dalam "Penjelasan" itu, mereka menyatakan matlamatnya sekali lagi..
Dan kami menyediakan poster gergasi ini untuk mengingati perjuangan dan kemenangan beliau.
Matlamat tetap sama iaitu untuk individu bernama Anwar Ibrahim.
Kemudian Perisik Rakyat menulis
Perang ulasan berlaku
Kemudian, Dr MAZA meminta supaya ia diturunkan.
“Kita perlu lihat pada tujuannya dahulu. Contohnya gambar pemimpin pada poster pilihan raya, ia bertujuan memperkenalkan pemimpin itu.
“Tapi kalau bina replika sebesar itu apa pula maksudnya?” katanya.
Tujuan telah dinyatakan di dalam blog Skuad DUN Batu Cave itu iaitu untuk "Semangat DSAI"
Kemudian, keluar
kenyataan di Malaysiakini mengatakan YB Amiruddin tidak mahu menurunkan poster itu. Kini YB Amiruddin sendiri mengaku menyumbang RM 100 untuk poster yang kelihatan seperti patung itu.
Beliau berkata, isu pembaziran yang dibangkitkan sesetengah pihak "tidak timbul" kerana gambar besar itu dibina menggunakan dana individu dan bukannya peruntukan kerajaan Selangor atau partinya.
"Saya sendiri menyumbangkan RM100 untuk menjayakan pembinaannya," katanya.
Menurut Amiruddin lagi, beliau hadir merasmikan gambar itu untuk menghargai "sokongan masyarakat India yang percaya dan komited kepada perjuangan PKR yang didukung Anwar."
Di cerita yang sama di blog Perisik Rakyat, seperti biasa, perang ulasan beserta ugutan blog akan tersungkur.
Secara kebetulan
DNS saya "tersungkur" beberapa jam pagi tadi.
Ali Rustam.
Di peranan Ali Rustam?
Saya tidak ingat di mana, akan tetapi Ali Rustam turut memberi ulasan tentang "Berhala" ini, tetapi mahukan PAS lebih dominan dalam Pakatan Rakyat dengan mengatakan sudahkah PKR mendapat kebenaran PAS.
Wah.
Maka selepas Ali Rustam memberi ulasan, barulah beberapa pemimpin PAS membuat kenyataan.
FIkir Semula Tugu NegaraAYER KEROH – Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Negeri, Abdul Ghani Abdul Rahman mengharapkan pemimpin negara memikirkan kembali berkenaan penghormatan Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan.
“Memberi penghormatan kepada Tugu Negara (yang terbukti patung) itu yang harus dipertikaikan dahulu sebelum dibandingkan dengan replika gergasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pemimpin UMNO sepatutnya perlu tegas dalam tindakan memberi penghormatan terbabit (kepada Tugu Negara) sebelum mempertikaikan sesuatu perkara. Barulah ada kesan apabila isu ini dibangkitkan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Jelasnya, akibat daripada itu, ia berkemungkinan besar menjadi dorongan kepada penyokong PKR di kawasan itu bertindak untuk membuat replika pemimpin mereka.
“UMNO harus dilihat sebagai lagi teruk kerana begitu mengagung-agungkan pemimpin mereka, manakala tindakan penyokong PKR itu sebenarnya tidak memberi kesan apa-apa kerana orang mereka beragama Hindu,” jelasnya.
Macam lari sedikit dari tajuk, tetapi tidak menegur YB Amiruddin, atau "semangat DSAI" yang mereka tidak pernah nafikan.
Khairul Faizi membuat satu ulasan yang agak "play safe".
Agak-agaknya, sekiranya replika tersebut bukannya replika DSAI mungkinkah ia akan menjadi kontroversi? Banyak juga papan-papan iklan yang dinaikkan di serata negara yang menaikkan gambar/replika selebriti terkenal negara tapi tidaklah menjadi kontroversi sehingga memerlukan seorang mufti untuk memberikan pandangan atau nasihat.
Saya bukannya menyokong agar replika tersebut dinaikkan kerana pastinya saya tidak akan naikkan replika seperti itu untuk menunjukkan tanda rasa hormat dan kasih saya kepada TG Abd Hadi Awang, TG Nik Aziz ataupun YB Salahuddin Ayub kerana saya tidak melihat ia adalah cara yang terbaik untuk melahirkan rasa sayang kita kepada kepimpinan kerana ia tidak diajar oleh Islam dan jamaah. Tetapi di dalam kes ini, ia adalah satu projek yang diketuai oleh En R Viraya, seorang penganut agama Hindu (maafkan saya jika silap). Mungkin budaya dan agama mereka seperti itu.
Nampak gayanya, Khairul Faizi dan Ustaz Ghani seolah-olah mengganggap tiada penglibatan orang Islam dalam pembinaannya. Mungkin tidak membaca penjelasan DUN Batu Cave yang ianya dibina untuk "semangat" dan pengakuan YB Amirudin turut menyumbang RM 100 dan merasmikannya.
Sampai di
blog Hani Nasution saya dihentam?
nampaknya pemikiran org yang posting ni.. tahap budak darjah nam rupenya. saye tgk ummianni, pit, saje backing perisik rakyat. apsal tango baik jer. kroni ker.
Antara perkara pelik dalam isu ini ialah bukan Islam berpandangan berbeza sedikit.
Di MalaysiakiniSementara itu penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu, kata pengelola projek tersebut R Viriya.
R Viriya, ketua projek sedia robohkan, akan tetapi YB Amiruddin mahu tunggu tamat tempoh.
Di blog Damien Yeo (DAP),
Semua mengatakan ianya tidak perlu. mungki Damien tidak tahu ianya daripada wang individu.