test

Rabu, 9 Julai 2008

Ada 19 lagi Kementerian Nak Jawap Soalan , kata Menteri Kewangan II

"Ada 19 lagi Kementerian Nak Jawap Soalan" kata Menteri Kewangan II ketika tidak habis jawap soalan di Parlimen.

Ahli Parlimen Batu Gajah, sehingga di lobi pun mahukan jawapan. Tak sempat jawap walaupun sudah 2 kali hadir.

Kenapa ada 19 lagi kementerian?
Kenapa Malaysia ada banyak kementerian?
Supaya ada banyak Menteri? Supaya Pesta Kurniaan Taraf Menteri
dapat dijalankan?

Tidakkah bilangan kementerian boleh dikurangkan?

Jemput baca cerita lama:

Barisan Kabinet adalah Pesta Kurniaan Taraf Menteri, Malaysia perlukan pengstrukturan baru


Ke arah "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan"

(Awas: Ia memang mempolitikkan pendidikan)

Pusat Rawatan Islam Darussyifa Serkam Kini Dibuka

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA

KINI DIBUKA BERMULA 15 JUN 2008

Lokasi,
BALAI ISLAM PAS SERKAM DARAT
JB 208, TAMAN SERKAM MAJU 1,
(sebelah Pasar Mini Azim)

Waktu rawatan,
SETIAP HARI AHAD
BERMULA JAM 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG

RAWATAN DILAKSANAKAN OLEH PENGAMAL
PERUBATAN ISLAM YANG BERKELAYAKAN
DENGAN MENGGUNAKAN AYAT –AYAT ALQURAN.

Penyelesaian alternatif bagi masaalah barah,sawan
,santau, batu karang, saka,bekam,
gangguan mahluk halus dan sebagainya…..insyaallah.

Keterangan lanjut hubungi.
Ustaz Jasmi : 012 6095099
Ustaz Khalis : 017 6188384

Selasa, 8 Julai 2008

Jangan Politikkan Pendidikan , Kata Askar-Siber UMNO

Pada topik yang lalu saya mempersoalkan kenapa Sistem Pendidikan
masih memerlukan program tambahan diluar waktu sekolah yang mempunyai label UMNO, sedangkan Kementerian Pendidikan dikuasai mereka
.

Maka datanglah askar-siber UMNO yang tak putus-putus mengatakan "jangan mempolitikkan pendidikan".

Agak lucu, kerana pendidikanlah yang menentukan masa depan generasi akan datang, tetapi ianya tidak boleh dipolitikkan mengikut ruanglingkup pemikiran mereka.

Ruanglingkup pemikiran mereka mungkin hanya menganggap politik itu samada sokong UMNO atau tidak. Tiada langsung memikirkan dasar atau kaedah yang lebih baik perlu diubah pada kerajaan supaya keadaan menjadi lebih baik.

Bagi saya Pendidikan memang perlu dipolitikkan, kerana ianya membentuk generasi yang bakal menguasai dunia akan datang. Bagi mereka pula mereka hanya mahu lahirkan generasi yang terus menyokong UMNO.

Jika mereka memang tidak mahu mempolitikkan pendidikan, tak hairanlah susah benar nak beri buku teks percuma. Bila ada sesiapa perkatakan buku teks perlu diberi percuma, mereka akan kata "Jangan mempolitikkan pendidikan".

Pendidikan percuma ialah janji politik Pakatan Rakyat. Agaknya mereka lebih suka pendidikan berbayar asalkan agenda Pakatan Rakyat tidak dilaksanakan kerana bagi ruanglingkup pemikiran mereka, "Jangan Politikkan Pendidikan".

Patutlah apabila Bahasa Pengantar bagi Sains dan Matematik ditukar, mereka berdiam diri kerana dasar "Jangan politikkan pendidikan".

Apabila Sampin pelajar Sekolah Agama berwarna hijau, mereka pun berkata "Jangan Politikkan Pendidikan", maka ditukarlah warna sampin itu ke warna hitam kerana fobia warna bendera PAS. Tidakkan itu tindakan mempolitikkan pendidikan oleh UMNO Melaka?

Bagi pembaca luar dari Melaka, Saya nak beritahu, Sekolah Agama di Negeri Melaka tidak dibenarkan menggunakan sampin warna hijau atas Ali Rustam.

Mungkin itu langkah sesuai untuk menggambarkan "Jangan mempolitikkan Pendidikan".

Tindakan Paklah menukar Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran juga mungkin hasil dari saranan "Jangan mempolitikkan pendidikan".

Sekarang ini, pelajar yang hendak menduduki peperiksaan seolah-olah ditekan dengan "Kelas Tambahan". 20 tahun dahulu, tidak pula kedengaran kelas tambahan yang begitu banyak. kemudian tidak cukup lagi dengan kelas tambahan perlu ada tusyen berbayar.

Sedangkan pelajar sekolah mempunyai banyak masa. Daripada darjah 1 hingga enam tidak mempunyai cukup masa untuk belajar disekolah?

Akan tetapi ada pula masa untuk belajar lukisan.
Perlukan belajar lukisan sepanjang tahun selama beberapa tahun?

Akan tetapi suatu ketika dahulu, pelajar sekolah rendah hanya memerlukan masa 5 tahun sebelum menduduki peperiksaan pernilaian darjah 5. Akan tetapi ketika ini 6 tahun belajar, masih tidak cukup masa nak belajar.

Penglibatan UMNO Dalam Pendidikan Akademik Di Luar Waktu Sekolah

Penglibatan UMNO, dan jentera UMNO dalam aktiviti pendidikan akademi diluar waktu sekolah , dari luaran nampak baik. Kelihatan seperti nak membantu masyarakat.

Suatu ketika dahulu, Pemuda UMNO pun buat tusyen. UMNO itu UMNO ini buat itu ini.

Puan Emy dengan bangganya mengatakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008 telah berjaya.

Maka Penyokong UMNO akan mengatakan UMNO lah yang baik.

Tetapi, mereka lupa, Menteri Pendidikan juga orang UMNO, berkuasa menentukan dasar pendidikan dan pengkaedahannya.

Mengapa Sistem Pendidikan di Malaysia memerlukan sayap parti politik untuk dijayakan?

Mengapa tidak Sistem Pendidikan di sekolah direka supaya tidak memerlukan tusyen?

Ianya seolah-olah satu agenda untuk melemahkan sistem pendidikan, dan kemudian adanya "UMNO" untuk menyelamatkannya.

Bukankah teknik menjawap soalan UPSR boleh diajar disekolah di dalam waktu sekolah?

Mengapa perlunya sesi lain melibatkan sayap parti politik yang memerintah untuk menampal kebocoran pada sistem pendidikan?

Mengapa tidak Puteri UMNO menyatakan dengan jelas kepada Menteri Pelajaran bahawa mereka mahukan sistem pendidikan yang tidak perlu ditampal?

Bagi mereka BN mampu memerintah, akan tetapi menyediakan kekoyakan untuk ditampal oleh sayap parti politik pemerintah.

Kalau parti politik bukan UMNO menyediakan tusyen, ia adalah langkah untuk menampal kekoyakan pada sistem pendidikan yang dikawal oleh menteri UMNO.

Kalau UMNO menyediakan tusyen, ia menunjukkan cacat cela pada sism pendidikan yang dikawal oleh Menteri Pelajaran UMNO.

Dalam erti kata lain, Puteri UMNO Masjid Tanah mengesahkan Sistem Pendidikan dibawah Hishammudin ada cacat celanya.

Itu yang dipanggil oleh mereka "Mampu memerintah".

Ahad, 6 Julai 2008

Permasalahan ADUN DAP Johor dan Melaka, Lim Kit Siang Tidak Peduli?

Saya sering membaca blog lim Kit Siang, sejak dari dulu.

Namun saya juga membaca blog-blog DAP Melaka, terutama Blog Saudara Damian. Jarang pula membaca blog DAP Johor.

Suatu ketika dahulu, ADUN DAP Melaka ditangkap kerana tuduhan "curi besi", akan tetapi tiada apa-apa catatan tentangnya diblog Lim Kit Siang. Sokong pun tidak, simpati pun tidak, kenyataan apa pun tidak kedengaran.

Kini saudara Damian mempersoalkan kenapa pertuduhan tidak dikeluarkan setelah "ditangkap". Namun tiada apa yang dikatakan oleh Uncle Lim.

Baru-baru ini, ADUN DAP Johor , YB Dr Boo Cheng Hau. telah gagal menyelesaikan Ucapan penangguhannya, kerana dewan telah dikosongkan oleh ADUN BN, Menyebabkan sesi itu menjadi tidak cukup korum. Tiada apa yang diulas oleh uncle Lim.

Nasib baik untuk Kes ADUN DAP Melaka, PAS Melaka perihatin dan untuk kes ADUN DAP Johor, Khairul Faizi juga yang perihatin.




catatan berkaitan:

Pakatan Rakyat negeri Melaka Terpinggir dari Pakatan Rakyat Pusat?

Menerima Hakikat Inflasi atau Tidak?

Samada harga minyak dinaikkan daripada RM 1.92 ke RM 2.70 atau tidak, hakikat inflasi itu tetap ada.

Ramai yang beranggapan harga barang naik apabila harga minyak naik. Kenapa tidak kata harga minyak naik kerana harga barang naik?

Ideologi mengatakan harga barang naik apabila harga minyak naik begitu popular di Malaysia. Ianya mudah difahami berbanding ideologi harga barang naik kerana Amerika cetak duit lebih.

Sejak harga petrol kekal pada RM 1.92 setahun lebih, harga barang tetap naik.
Ada sesiapa nak nafikan?

Walaubagaimanapun harga barang naik lebih tinggi apabila harga minyak pada paras RM 2.70

Kenapa harga barang naik banyak bila harga minyak pada paras RM 2.70?
Jawapan ringkas ialah inflasi keluar dari pusat penyembunyiannya. Inflasi yang disorokkan itu timbul semula dan kena batang hidung pengguna.

Terimalah hakikat nilai ringgit sudah merosot lebih daripada 50% sejak sebelum krisis kewangan 1997.

Kawalan demi kawalan harga hanya menyorokkan hakikat inflasi sebenar.

Inflasi yang dipaparkan oleh Bank Negara itu hanyalah inflasi pada barangan terpilih sahaja, dimana kebanyakkannya dikawal.

Inflasi sebenar, jauh lebih tinggi.
Apabila inflasi sebenar keluar dari penyembunyiannya, maka ia akan kelihatan "inflasi naik bila hargaminyak naik".

Bagi saya, polisi matawang Amerikalah menjadi punca inflasi di Malaysia ini. Saya menceritakan tentang inflasi sebenar bukannya inflasi barangan terpilih.

Polisi Matawang Amerika yang sering mencetak duit, akan menyebabkan harga barangan komoditi cuba menjadikan ia pada harga sebenar dalam Dollar Amerika.

Kerana itu harga hampir semua komoditi meningkat.

Matawang negara lain mungkin ada yang kurang menerima kesan kenaikan harga komoditi kerana matawang mereka tidak terlalu bergantung pada Dollar Amerika.

Polisi Matawang Malaysia pula terlalu bergantung pada Amerika. 1998 hingga 2005, Ringgit diikat secara langsung dengan Dollar Amerika, kemudian ditambat sana sini.

Apabila kadar tukaran matawang ringgit terlalu bergantung pada Dollar Amerika, secara automatik kita akan menerima inflasi setiap kali mereka mencetak duit.

Itu memang salah Kementerian Kewangan.

Jadi mahu tidak mahu, inflasi telahpun dikenakan kepada kita, cuma bezanya, apabila terlalu banyak barang kawalan, ianya disembunyikan, sehingga 1 tahap ia akan membuak juga.

Rakyat Malaysia sepatutnya boleh memilih samada nak terima hakikat inflasi daripada cetakan dollar berlebihan atau tidak.

boleh pilih.

Kalau benar tidak mahu menerima hakikat inflasi, maka nilai ringgit perlulah pada tahap 2 kali ganda dari sekarang. Seperti Nilai Ringgit Brunei dan Singapura.

Suatu ketika dahulu 1 Ringgit Malaysia bersamaan 1 Dollar Singapura bersamaan 1 Ringgit Brunei.

Matawang pula pasal kita pening kepala disini.

Ramai pakar ekonomi selalu berfikir nilai ringgit perlu disesuaikan dengan Dollar Amerika kerana banyak berdagang dengan mereka. Akan tetapi, Inflasi pula diimport dari mereka.

Macam-macam teori ekonomi yang mengatakan ringgit perlu rendah. Kalau ringgit rendah, bahan mentah akan mahal, serupa juga.

Jadi Kalau benar tidak mahu terima hakikat inflasi, maka perlu ada langkah menaikkan nilai ringgit.

Pilihan kedua ialah terima hakikat inflasi.

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kedua-duanya seolah-olah tidak mahu menerima hakikat inflasi.

Pakatan Rakyat pula sering melabel BN sebagai "Barang Naik", macam mana nak terima hakikat inflasi.

Inflasi terhadap ringgit berlaku sejak 1998 lagi, bukan selepas PakLah memerintah. Sebelum PakLah memerintah, inflasi itu ada tetapi disembunyikan dengan kawalan harga.

Kawalan harga sebenarnya tidaklah baik sangat untuk ekonomi. Bayangkan barangan yang sering diniagakan hampir tiada untung jika diniagakan oleh pekedai runcit.

Sampai bila?

Kedai runcit kecil-kecilan banyak jual beras, gula, tepung, garam.
Jual beras tak untung, jual gula tak untung, jual tepung tak untung, jual garam tak untung.

Sampai bila?

Banyak kedai runcit yang tidak mempunyai pekerja. Dialah tukang sapu, dialah tokei dialah juga juruwang, dialah juga susun barang.

Bayangkan kalau margin keuntungan kedai runcit ini boleh dinaikkan, sehingga mampu menambah pekerja.

Bayangkan kalau setiap kedai runcit di Malaysia ini menambah seorang pekerja setiap kedai? Berapa banyak peluang pekerjaan boleh disediakan?

Nak terima hakikat inflasi ini memang susah, tambahan pula setelah ianya disembunyikan bertahun tahun.

Tetapi itulah yang telah berlaku pada nilai matawang kita.

Mahu tak mahu gaji pekerja perlu dinaikkan. Tapi nak naik macam mana kalau semua berniaga tak untung?

Akan tetapi kalau gaji pekerja dinaikkan secara berperingkat sejak 1998, mungkin ramai rakyat Malaysia akan lebih berkemampuan menangani krisis hari ini.

Akan tetapi akibat dari penyembunyian inflasi akibat dari kawalan harga, maka gaji tidak sempat dinaikkan berperingkat sehingga tahap sepatutnya.

Akhir kata kena pilih.

a) Tak terima Hakikat Inflasi.
b) Terima Hakikat Inflasi, lakukan apa yang patut untuk rakyat berdasarkan hakikat inflasi.

Logo RSS Warna Hijau


Ini logo RSS warna hijau, untuk Seminar Bloggers Melaka.

Cerita selanjutnya akan menyusul kemudian.

Google+ Hasbullah Pit