test

Sabtu, 3 Mei 2008

Pakatan Rakyat negeri Melaka Terpinggir dari Pakatan Rakyat Pusat?

Ini Cerita DAP Melaka, PAS Melaka, PKR Melaka

Saudara Damien Yeo, telah menceritakan bagaimana 3 Y.B. DAP Melaka ditangkap ketika usaha mereka untuk mencegah budak sekolah dari ancaman besi.

Lihat Gambar:

YB林敬賢被扣上手銬帶返警局

Kalau dari gambar, memang nampak benda itu bahaya.

Tahulah ianya milik kerajaan Negeri, kalau ya pun nak buat projek, mana dia pengadang supaya kanak-kanak tidak boleh masuk.

Ini, apabila ada pihak cuba menyelesaikan, mereka pula yang ditangkap.

Bagi saya, potong besi adalah bukan langkah terbaik, akan tetapi kalau guna papan untuk kepung besi itu, mungkin langkah yang lebih baik.

Dunia Media Alternatif begitu sibuk dengan cerita Raja Petra ditangkap, begitu sedikit cerita YB Melaka ini disiarkan di media perdana alternatif.

Cerita di Melaka dipinggirkan.
Paling menyedihkan lagi, tiada apa-apa ulasan Uncle Lim di blognya tentang isu ini.

Sudahlah Berita PAS Melaka terlalu sedikit di Harakah, Berita DAP Melaka pun tidak diketengahkan.

Eh
Berita PKR Melaka pun amat kurang diceritakan oleh Anwar Ibrahim.

Saya rasa Politik Pakatan Rakyat di Negeri Melaka ini agak pelik berbanding dengan luar. Kerana, untuk mendapatkan jadual ceramah PAS, kena masuk blog orang DAP.


Announcement
6th May 2008 at kampung Pulau Durian Tunggal with YB Tuan Haji Mahfuz Omar (MP Pokok Sena)

DAP Forum on incident 1.5.2008 titled "Police and Gangsterism" on the 4th May 2008 at 8.00pm
Saya mendapat tahu tentang ceramah PAS di Sebatu,beberapa minggu lalu, pun dari blog Damien Yeoh. Kebetulan dia berceramah di situ bersama, Aminuddin Jalil dan Mujahid (AP Parit Buntar).

Kenyataan Dewan Pemuda PAS Perlis Perlu Difaks.

Saya menyambut baik langkah Pemuda PAS Perlis mengeluarkan kenyataan tentang jomheboh. Langkah ini perlu dicontohi Dewan Pemuda Negeri lain dan mungkin peringkat kawasan.

Akan tetapi adalah dicadangkan supaya Kenyataan itu difakskan ke media-media lain juga.

Oleh itu, dicadangkan setiap Dewan Pemuda mempunyai seseorang di Lajnah Penerangan yang tugasnya mengefakskan semua kenyataan Rasmi Dewan Pemuda ke semua nombor faks media yang ada. Terutama sekali BERNAMA dan Malaysiakini.

Amatlah sedih melihatkan Berita di Malaysiakini edisi Bahasa Melayu hari ini, (3 mei) tiada satupun yang menceritakan tentang PAS.

Jumaat, 2 Mei 2008

Komputer Raja Petra Dirampas

Berikutan dengan kejadian melibatkan Raja Petra, taukey Malaysiatoday, Komputernya pula dirampas?

Bila difikirkan semula, bila masa seseorang itu menyimpan catatan blog untuk diterbitkan di komputer sendiri?

Khairul Faizi 1 - BERNAMA 0

BERNAMA akhirnya memohon maaf atas kesilapannya ketika menyiarkan artikel mengenai "Alif", Khairul Faizi, secepat kilat menerima permohonan maaf itu.

Kalau saya jadi Khairul Faizi, saya akan tambah ayat "Diharap BERNAMA akan PAS Johor akan lebih bekerjasama pada masa hadapan". hehe


Berikut adalah kronologi Alif, Karpal Singh, dan Khairul Faizi.


1, Saya telah melihat dengan mata sendiri shoutbox yang menulis tentang "Darah Karpal Singh halal dibunuh". Ketika itu saya sering melawati laman web PAS johor bahru kerana ingin membuat rss menggunakan Yahoo!Pipes.
(disebabkan oleh ketiadaan rss di laman itu)
2. DAP Johor ternampak tulisan itu, sehingga Karpal Singh membuat laporan Polis.
3. Dr Mahfuz, Pesuruhjaya PAS johor mengeluarkan kenyataan memohon maaf.
4. Terdapat berita yang mengatakan Khairul Faizi yang membawa "Alif" Ke bala polis.
5. Penarik Beca hentam. (sekira ia benar)
6. Khairul Faizi mengeluarkan penafian yang dirinya terlibat.
7. Khairul Faizi menulis emel ke Malaysiakini, dan Fathi Aris Omar mengatakan ianya adalah dari BERNAMA.
8. Khairul Faizi meminta BERNAMA memohon maaf.
9. BERNAMA akui kesilapan.
10 Khairul Faizi terima kemaafan dengan hati yang terbuka.


Disebabkan banyak tindakan negatif orang lain, PAS Negeri Johor lebih Mesra Media berbanding dahulu.

1. Keterlanjuran Alif berkata-kata
2. Reaksi Karpal Singh yang dikira "terlebih"
3. Kesilapan penulisan BERNAMA.


Secara kebetulan mungkin Khairul Faizi telah mendapat mesej saya.

Top Commentators Blogger berdasarkan bilangan ulasan terkini

Entah mengapa apabila mudin001 menyenaraikan pengulas blognya pada bulan lepas, saya agak tertanya tanya, mengapa di platform blogger tidak boleh berbuat demikian.

Kemudian saya terkenangkan wujudnya wiget top commentator untuk blogger yang menggunakan Yahoo!Pipes, Akan tetapi ianya akan mengambil terlalu banyak data sehingga pengulas yang tidak aktif pun akan nombor 1.

Oleh itu saya ubahsuai Yahoo!Pipes itu daripada mengambil data dari 5000 ulasan terakhir kepada berapa ulasan yang kita suka. Nilai default adalah 200, Maka jadilah Yahoo!Pipes saya.

dengan mengambil kod dari kak jie, maka saya jadikan dia tutorial ringkas.







<script type="text/javascript">
function pipeCallback(obj) {
document.write("<ol>");
var i;
for (i = 0; i < obj.count ; i++)
{
var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'";
var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a> </li>";
document.write(item);
}
document.write("</ol>");
}
</script>
<script src= "http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?_render=json&_callback=pipeCallback&
_id=f1f0f719a8b90200a5b84c7073c9fe68&url=http%3A%2F%2FBARISAN-NASIONAL.blogspot.com&num=10&filter=mohdalirustam&numberinput1=200" type="text/javascript"></script>




Sila tukar "BARISAN-NASIONAL", kepada Pakatan Rakyat ataupun nama blog anda.
Anda boleh tukar nombor 10 , mengikut berapa banyak pengunjung aktif yang anda hendak paparkan.

Tukar "mohdalirustam" kepada nama yang anda gunakan untuk menjawap usalan pengunjung seperti "ustazghani".

Sekiranya anda adalah mohdalirustam, tidak perlu tukar apa-apa.

Nilai 200 pada numberiput1 boleh ditukar mengikut kesesuaian blog anda.
sila pilih nilai antara 100 hingga 500.

sekian tutorial.


Apa kelebihan cara begini berbanding cara kakjie?

Pengunjung yang tidak aktif automatik akan jatuh ke bawah. Pengunjung aktif boleh cepat sedikit naik ke atas.

Khamis, 1 Mei 2008

Cerita-Cerita Indah di Media Melayu

Puas saya memikirkan adakah benar rakan sepejuanganku memperjuangkan kebebasan media?

Adakah disebabkan media perdana yang tak betul, menyebabkan semuanya ditolak, dan semuanya dari tranungkite dan harakah dianggap benar?

Terdapat golongan Melayu yang tidak membenarkan seseorang itu membaca Harakah kerana takut terpengaruh. Ada juga orang melayu yang kata jangan baca media perdana kerana ia bohong.

Di kalangan orang PAS, Harakah, Tranungkite, Siasah begitu popular.
Di kalangan orang UMNO, takut benar mereka dengan harakah.

Selain daripada membaca cerita-cerita indah tentang parti sendiri, orang melayu juga suka membaca cerita-cerita buruk dengan pihak lawan.

Di Media Terbuka seperti Malaysiakini, pembaca melayu agak kurang, ini mungkin kerana orang melayu hanya suka baca cerita-cerita indah parti mereka dan cerita buruk parti lawan.

Akan tetapi berita Bahasa Melayu Malaysiakini yang berbentuk cerita-cerita indah parti sendiri dan berita buruk parti lawan begitu popular untuk disalintepekkan di blog-blog yang menyokong parti sendiri.

Adakah mereka mahu orang orang parti sendiri supaya hanya membaca cerita-cerita indah parti sendiri?

Bersukan Untuk Cerdaskan Minda

JASIN, 1 mei.(Berita Sebol) Timbalan Persuruh jaya 3 PAS negeri Melaka, Mejar (b) Jasme Tompang menyeru kanak-kanak supaya bersukan untuk mencerdaskan minda. Ketika majlis penampaian hadiah sempena Sukan dantara PASTI kawasan Jasin.

Acara sukan peringkat kawasan itu kali ini mendapat sambutan yang hebat oleh ibu bapa yang menemani anak mereka sehingga "Mee Goreng Hamas" telah terpaksa digoreng sekali lagi untuk memenuhi permintaan.

Ketika Sukan itu, PASTI Nurul Iman memenangi kedua-dua acara iaitu Bola Jaring dan Bola Sepak mengalahkan 7 PASTI yang lain.

Selain Itu acara untuk ibubapa juga turut diadakan buat julung kailnya, di mana ramai bapa gagal memasukkan bola ke jaring bola jaring kerana tiangnya terlalu rendah.

Google+ Hasbullah Pit