test

Rabu, 12 Disember 2007

Main Tenis


Saya tak sangka saya boleh main tenis dan menghasilkan 'forehand stroke' yang agak menggerunkan.

Saya bukannya pernah main tenis, semasa sekolah dulu ada main 1 atau 2 kali.

kalau tau ada kemahiran sebegini, alangkah baiknya kalau masa kecil dulu ada raket tenis.

Tapi masa dulu, raket tenis mahal RM 400 , tak macam sekarang hanya RM 1++.

Isnin, 10 Disember 2007

Proton BLM dalam Ujian kelihatan di Merlimau

Petang tadi, saya ternampak 2 buah Proton BLM ketika dalam ujian lalu Merlimau.
Terus saya mengakluarkan k800iku untuk mengkap gambar Proton BLM itu.


Oleh kerana kereta saya arah bertentangan, saya membuat pusingan U dan bertekat untuk mengejar Proton BLM yang kool itu. Mereka telah melepasi lampu trafik, dan saya ketinggalan jauh.

Selepas lampu hijau, saya memecut, untuk merapati mereka.
Terdapat 1 Proton Persona yang sentiasa berada dibelakang Proton BLM itu supaya tidak diekori.


Namun, terdapat Traktor dihadapan dam membuatkan mereka perlahan, terus saya memotong Proton Persona Ujian itu untuk mendapatkan gambar Proton BLM dalam Ujian
Kemudian kedua-dua BLM itu memotong Traktor itu.

Sampai di Sungai Rambai, ada lampu trafik, saya lalu disebelah kiri untuk menangkap gambar yang pandangan sisi.




Seronok juga umpama guna iPhone ketika iPhone belum keluar.


Bijak juga mereka menggunakan jalan yang tidak popular untuk menguji Proton BLM.
Untuk sesiapa yang belum tahu, Proton BLM adalah Model yang menggantikan Saga.


Rujukan lain:--> Topik Prtoton BLM di Bincang.net

Ahad, 9 Disember 2007

Kemandulan minda siapa?

Ini adalah sambungan kepada Catatan blog Terdahulu, Kemandulan Minda DBP.

Pada ruangan Ulasan, Saudara AdiHamka telah mengatakan ianya juga salah ITNM.

adihamka berkata...

saya ada terbaca di Siasah..
artikel mengenai ITNM (institut terjemahan nasional malaysia) yang kini hanya menjadi gajah putih.
dlm konteks penterjemahan, ia bidang kuasa ITNM, bukan DBP kerana Sektor Penterjemahan telah diserahkan bulat2 pada ITNM.

Wan Hashim Wan Teh adalah Pengerusi ITNM. sapa yang mandul ni?



Saya pula tidak sempat membalas kerana idea datang mencurah-curah berbanding tangan yang nak menaip.

Disini saya tetap ingin mengatakan DBP kemandulan minda. Namun Kuasa DBP ada batasnya.

ITNM bergerak umpama satu syarikat penterjemahan yang besar, namun dia tidak secara sukarela menterjemah apa yang perlu diterjemah kalau tidak disuruh.

Suatu ketika dulu, ITNM pernah menterjemah Perisian Windows, setelah perisik Microsoft telah melihat dengan mata sendiri Persekitaran Desktop GNOME pada tahun 2003.

Mungkin ketika itu Microsoft melihat GNOME berbahasa Melayu adalah ancaman kepada Windows yang ketika itu tiada antaramuka B.Melayu.


ITNM akan menterjemah jika dibayar, itupun jika ada yang ingin membayar.
Jadi jangan salahkan ITNM jika mereka tidak menterjemah benda yang tak dibayar.

Bagi saya, ITNM boleh menterjemah apa saja. pergantung pada permintaan.
Namun tanpa permintaan, ia tidak akan lakukan peterjemahan.

Adakah ia salah ITNM jika DVD transformer tiada sari kata bahasa Melayu?
Bukannya ITNM yang mampu menterjemah DVD transformer, tetapi syarikat yang diberi lesen untuk memasarkan DVD transformers tidak diwajibkan untuk mengadakan sarikata Bahasa Melayu. Semestinya bukan salah DBP.

Akan tetapi, DBP sebagai badan yang sepatutnya pro BM, sepatutnya menasihat jabatan lain yang boleh menyebabkan wujudnya permintaan terhadap terjemahan. Orang DBP sepatutnya boleh memberitahu FINAS supaya sarikata BM diwajibkan sebelum ia layak dipasarkan di Malaysia.

Dunia sudah terbalik, apabila DVD transformers cetak rompak telah awal menyediakan sari kata Bahasa Melayu pada DVD-DVDnya. Ia juga disebabkan faktor permintaan.

Kuasa DBP tak cukup besar untuk memastikan seluruh jentera kerajaan yang lain untuk meminta mewajibkan terjemahan BM.

DBP sekurang-kurangnya boleh `meminta` pengimport barangan automatif dan elektrik supaya mewujudkan manual dalam BM sebelum dipasarkan ke Malaysia.

Ya memang DBP tiada kuasa. ITNM pula takkan secara menterjemah manual Toyota VIOS kalau ianya tak diagihkan oleh Toyota.

Adakah proton mempunyai manual kenderaan dalam BM?

Siapa yang nak memastikan kenderaan boleh dipasarkan di Malaysia setelah hanya ada manual dalam BM?

Siapa yang ada kuasa?

Siapa yang nak memastikan Microsoft menyediakan Antaramuka BM sebelum dipasarkan di Malaysia? Saya rasa MAMPU ada kuasa, sekurang-kurangnya pada pembelian lesen yang melibatkan jabatan kerajaan.

Adakah DBP mempunyai kuasa terhadap MAMPU?


Malaysia negara kaya, banyak membeli dari negara luar, apa salahnya kita mengenakan syarat sedikit kepada penjual.

Siapa yang mempunyai kuasa?

Ada kuasa atau tidak ada kuasa, DBP tetap boleh dipersalahkan kerana tidak menasihat para menteri tentang perlunya mengenakan sedikit syarat kepada penjual asing dan tempatan.

Jadi siapa yang ada kuasa?

Sebenarnya Hanya TPM dan PM yang berkuasa. Selain dari itu menteri pendidikan juga mempunyai kuasa.


Sejarah menunjukkan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dinaikkan martabat sedikit apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri dan sebelum itu menteri 'Pelajaran'.

Juga dimartabatkan sedikit ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan dan kemudian Timbalan Perdana Menteri, walaupun ketika itu Boss lamanya pro Bahasa Inggeris.

Jadi salah siapa?

Salah PakLah


Saya rupanya tidak keseorangan dalam menyatakan pendepat sebegini.
Sila baca di sini.

DBP vs ITNM: Menterjemahkan alam kepada ilmu adalah beban tugas khalifah Ali Bukhari Amir

Khamis, 6 Disember 2007

Jangan Benci Kaum India

Semalam saya menulis tentang HINDRAF yang melampau.

Jangan salah tafsir tulisan ringkas saya itu, ianya tidak mengajak pembaca untuk membenci kaum india.

Sekiranya anda meng'generalize'kan HINDRAF sebagai India, anda tiada bezanya dengan HINDRAF melainkan menggunakan label yang lain.

Tatkala membincangkan tentang HINDRAF, ianya hanya HINDRAF.

Tak perlu melabelkan tindakan HINDRAF sebagai tindakan orang india, walaupun memang dalam HINDRAF itu hanya ada orang india.


Sifat perkauman memang ada dalam semua manusia. Itu lumrah manusia.

Orang Melayu ada masalah untuk mengecam muka orang cina
Orang Cina ada masalah mengecam muka orang Melayu
Orang Melayu ada masalah mengecam muka orang India
Orang India ada masalah mengecam muka orang Melayu.

Melainkan kalau mereka rapat atau seseorang itu Popular.

Jangan salahkan sesiapa, dalam soal ini.

Maka seperti biasa manusia sering menggunakan label berasaskan kaum untuk menunjukkan individu dari bangsa lain.

Tak hairan kalau ada individu India jatuh motor, orang akan mengatakan "Orang india jatuh motor", hampir tiada siapa ingin mengetahui siapa namanya.

Suatu ketika dulu, saya cuci gambar di satu kedia gambar, resit itu tertulis "Malay boy"

Ini adalah perkauman yang biasa, lumrah manusia.

Seseorang itu perlu usaha lebih untuk mengecam muka bangsa asing.

Akan tetapi, jika individu India ditangkap mencuri, janganlah dilabelkan berasaskan kaum. Cakap sahaja ada orang ditangkap mencuri.
Apabila ditanya kaum apa, barulah jawap kaumnya.
Tak perlu menjadikan 1 ayat penuh orang dari sesuatu kaum itu ditangkap mencuri.

Begitu juga kes HINDRAF, HINDRAF yang melampau, HINDRAF menderhaka pada negara, memuja Raja Inggeris. Jangan dilabelkan semua Tindakan buruk HINDRAF itu sebagai Tindakan orang India.

Janganlah anda jadi HINDRAF versi kaum anda.


HINDRAF patut diperangi, TETAPI jangan benci kaum India.
Jangan labelkan tindakan penderhakaan HINDRAF itu sebagai Tindakan keseluruhan kaum India.

& Sila baca pesanan Saudara Nik Nazmi :-> Jangan Terperangkap Dengan Sentimen Perkauman.

Rabu, 5 Disember 2007

HINDRAF yang melampau

Sememangnya HINDRAF melampau, mereka sesuka hati melabel musuh mereka.
Siapa musuh mereka? secara terang musuh mereka ialah UMNO.

Siapa musuh mereka lagi?

Dengan kegiatan melabel sesuka hati,
Polis mereka label sebagai "MALAY MUSLIM POLICE"
Kerajaan di label sebagai GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST
Adakalanya Kerajaan dilabel sebagai Islamic fundamentalist and malay chauvinists UMNO led Malaysian government
Kerajaan dilabel sebagai malay supremacist and Islamic fundamentalist UMNO controlled Malaysian Government


Jika mereka hanya memusuhi UMNO, mengapa perlu menokok tambah label "Islam", "Malay", "Extremist" dan lain-lain.

Ternyata mereka perkauman.

Isnin, 3 Disember 2007

Gambar Kahwin Morpheuzneo (JawapCarian)

Tak sangka ada juga orang mencari "gambar kahwin morpheuzneo"

Jadi untuk tidak menghampakan mereka, maka saya paparkan di sini.



Dari robohan kota melaka
Kita dirikan jiwa Merdeka
Dari kejatuhan saham proton
Kamu bangunkan apa yang patut.



Sila ke http://bincang.net/forum/showthread.php?t=81318


Ini pula gambar selepas kahwin morpheuzneo.

Sabtu, 1 Disember 2007

Hari AIDS Sedunia

1 Disember diisytiharkan sebagia hari AIDS sedunia.

Seperti biasa, maklumat tentang AIDS, selalu diberikan tapi sering kali ramai orang yang tidak faham lagi.

Janganlah pandang serong kepada pesakit AIDS kerana tidak semua dijangkiti AIDS akibat perbuatan tidak senonoh. Ia boleh berjangkit melalui pemindahan darah.

Ada juga yang dilahirkan dengan AIDS.

AIDS tidak boleh berjankit melalui sentuhan atau ciuman. (melainkan kalau ada pendarahan berlaku pada tempat sentuhan)


Sudikan baca Catatan Pikey mengenai AIDS.

Google+ Hasbullah Pit