test

Selasa, 7 Ogos 2007

Bulan BerBlog dalam BM

Mungkin keluhan aku pada mypenguin suatu ketika dahulu tentang kekurangan teknikal Bahasa Melayu pada Web 2.0 mula dirasai oleh orang lain.

Walaupun penyelesaian asal yang dicadangkan adalah supaya mengadakan satu blog khas, supaya sesiapa yang biasanya berblog dalam Bahasa Inggeris boleh membuat kiriman blog dalam BM di blog mypenguin.

Ianya langsung tak berjaya kerana ia terlalu artificial. Orang yang tidak pernah berblog sebelum ini ditugaskan untuk menjaganya.

Akan tetapi, walaupun ia tak berjaya, namun mungkin mesej kekurangan kandungan itu kedengaran ditempat lain, atau mungkin kekurangan itu turut dirasai oleh orang lain.

Pada blog niknazmi.com, ada menceritakan tentang kempen "Bulan Berblog dalam Bahasa Melayu" , satu azam yang dibuat oleh Nicholas Pang sempena Bulan Kemerdekaan.

Ia amat bersesuaian dengan cubaan saya dalam pembuktian konsep "Bahasa Melayu bukan penghalang integrasi kaum pada Web 2.0".

Sebenarnya, itulah yang dirancang oleh Tun Razak suatu ketika dahulu sehingga mengkorbankan nama "Bahasa Melayu"(nama asal bagi bahasa itu) menjadi "Bahasa Malaysia" dan adakalanya dipanggil sahaja "Bahasa Kebangsaan" atas tujuan untuk menjadikan bahasa belayu/Malaysia/Kebangsaan sebagai platform integrasi kaum.

Langkah Nicholas Phang tadi diikuti dengan penuh bergaya oleh Hizami
http://locus-standi-86.livejournal.com/


Saya sendiri tidak pasti sejauhmana cubaan saya untuk membuktikan "Bahasa Melayu bukan penghalang integrasi kaum pada Web 2.0" itu berjaya atau tidak. Itu semua sebenarnya bergantung kepada pembaca seperti anda.

Baiklah, sekiranya anda ingin turut serta dengan Nicholas Phang, sila paparkan grafik ini dan tudingkan ia ke http://terangbulan.livejournal.com/#terangbulan15818.

kemaskini:
7 Ogos Farhana - http://thebloggingnonblogger.blogspot.com/2007/08/kicking-off-bulan-ogos-bulan-blogging.html
14 Ogos Walaiku - Bulan menulis Blog dalam BM
21 Ogos Emily berblog dalam BM

Isnin, 6 Ogos 2007

Hiasan Jalur Gemilang

(Gambar menunjukkan hiasan Jalur Gemilang bukan di tempat aku)


Kebanyakkan orang hias kedai dia dengan jalur gemilang supaya cantik.



Tapi kalau semuanya cantik, apa yang istimewanya?
dimana-mana tempat pun akan ada hiasan yang cantik.



Tapi, tadi aku suruh RNK aku hias menggunakan jalur gemilang supaya dia buruk dan pelik.



Akan tetapi, dengan niat asal untuk menjadikan ia buruk dan pelik, akhirnya dapat idea untuk jadikan ia Cantik tetapi pelik.

Ada sesiapa nak tiru?

Ahad, 5 Ogos 2007

Jenis-Jenis Pautan .. kebarangkalian untuk klik




Didalam satu laman web, mungkin ada banyak pautan.

#1. Adakalanya ia pautan yang sentiasa ada, tak berubah ubah.

#2. Ada kalanya ia adalah pautan yang berada didalam kandungan.

#3. Adakalanya ia adalah pautan didalam kandungan dan kandungan itu menyuruh.

Sebagai pengguna web, jika kita sudah tahu wujudnya segerombolan pautan yang tak berubah-ubah. Maka sudah tentu pautan itu tak dipedulikan walaupun kita melawati laman web itu setiap hari. Tidak wujud "impulse click" disitu.

contoh jenis #1: di ruangan "Muaturun Audio Video terkini"


Pautan pada kandungan, biasanya hanya sebagai bantuan kepada pembaca, sekiranya mereka tidak ingin mengetahui lebih lanjut, akan sesuatu teks, maka mereka boleh mengklik pautan itu.
sebagai contoh #2, pautan untuk Nigerian National Petroleum Corporation dan "Nigerian Content Policy" pada artikel Minyak di Nigeria bhgn 2


Ada kalanya pautan itu di dalam kandungan, dan cerita kandungan itu menyuruh pembaca.
sebagai contoh #3, pautan ke "Klik sini dan tanya dia sendirilah." pada artikel "Nike Zoom Air cool?"


Pembaca akan lebih cenderung untuk klik pautan jenis #3, berbanding jenis #2 dan jenis #1. Sekiranya pembaca membaca kandungan blog menggunakan Pembaca RSS, sudah tentu pautan jenis #1 diketepikan terus.


Maka anda disarankan untuk melawati -> http://nordinsulaiman.blogspot.com/ <-- Jadi untuk mebalas jasa rakan saya yang memberikan saya pautan jenis ke #3 pada saya:-
Jadi kepada rakan-rakan bloggers bolehlah mengunjungi blog Sebol Blog Tak Berdaftar Yang Perlu DiPantau untuk mendapatkan info-info berguna mengenai IT.

Sabtu, 4 Ogos 2007

JawapCarian: Beli lagu format Apple Lossless

Kiriman blog ini adalah yang pertama ditulis hanya untuk menjawap carian google.

Format lagu Apple Lossless adalah satu format pemampatan audio proprietari (baca: bapak_kau_punya) milik apple. Apabila kita berkata tentang Lossless Audio, ia bermaksud, walaupun ia dimampatkan, kualiti audio tetap sama dengan CD Audio.
Selain Format Apple Lossless, terdapat juga format Audio Lossless yang lain, seperti flac.

Nak cerita panjang fasal Audio Lossless boleh, tapi ia agak memeningkan.
Sila baca :-http://www.hydrogenaudio.org/forums/index.php?&showforum=69

Jadi dimana nak beli Lagu format Apple Lossless? Mungkin anda seorang pemilik iPod.
Format Audio Lossless tidak dijual dikedai berdekatan, mahupun di Apple Store.
Tapi untuk mendapatkan Audio Apple Lossless, anda hanya perlu beli CD Audio dikedai berdekatan. Gunakan iTunes untuk rip lagu itu menjadi Apple LossLess.
Fail yang dihasilkan ialah .m4a

nota: Tak semua .m4a adalah Apple Lossless.

Pastikan tetapan dia sebegini.

Seletas masukkan CD, mungkin anda akan jumpa "Convert Selection to Apple Lossless" pada menu konteks (klik kanan pada lagu CD).

Minyak di Nigeria bhgn.2

Harap maaf, saya belum puas google sebelum menulis Minyak Di Nigeria,

Maka setelah kugoogle, kuwiki, kuyahoo_full_coverage, maka didapati Gerakan militan, yang sering menyerang fasiliti minyak di Nigeria adalah "MEND", "Movement for the Emancipation of the Niger Delta".

Selain dari itu terdapat juga "Niger Delta People's Volunteer Force"(NDPVF) yang diketuai oleh Mujahid Dokubo-Asari, seorang muslim yang sebelum ini Kristian, kini beliau ditangkap oleh kerajaan Nigeria.

Terdapat lagi satu pergerakan dinamakan "Niger Delta Vigilante" (NDV),mempunyai visi yang hampir sama seperti NDPVF.

Nigeria adalah negara berbilang kaum, akan tetapi ia tidak seperti di Malaysia dimana Kaum-kaum duduk bersama, walaupun tak begitu sempurna , tetapi tiada sesuatu negeri yang terlalu dimonopoli oleh sesuatu kaum.

Manakala di Nigeria, terdapat wilayah yang dikuasai oleh kaum tertentu dan Negara dikuasai kaum lain. Apabila terdapat minyak di wilayah yang dikuasai oleh kaum yang tidak menguasai negara, maka timbul masalah.

Cuba bayangkan Terengganu dikuasai oleh oleh kaum Terengganu (contoh), tetapi Pemerintah adalah Melayu. Tentu kaum Terengganu itu tidak senang. Sedangkan perbezaan parti politik diantara kerajaan negeri dan pusat sudah cukup untuk memeningkan kepala.


Maka itulah yang berlaku di Nigeria. Kawasan Delta dihuni oleh entik Ijaw, tetapi Ijaw tidak menguasai seluruh Nigeria.

Nigeria mempunyai Syarikat Minyak Nasional sendiri iaitu, Nigerian National Petroleum Corporation (NNPC) ditubuhkan pada 1977. Walaupun Nigeria mempunyai "Nigerian Content Policy" NNPC hanya menguasai 37% kandungan minyak. Maksudnya terdapat banyak lagi telaga minyak yang dikorek oleh Syarikat Minyak Asing. Sasaran mereka, adalah 70% pada 2010.

NNPC juga mempunyai sayap peruncitannya

Jumaat, 3 Ogos 2007

Pengkalendaran di atas kertas

Saya sebenarnya tak faham bagaimana seseorang yang ada organizer gunakan organizer dia.

Fungsi Pengkalendaran pada kepala otak aku ni dah makin tak berfungsi, maka perlukan sesuatu solution yang baik.

Saya bukanlah orang yang mesra kertas. kalau boleh semua benda perlu dielektronikkan.

Akan tetapi, walau canggih pun sistem pengkalendaran yang ada didunia ini, masih ada kekurangannya, kita tak boleh tengok keseluruhan kemasukan kalendar dalam 1 bulan. secara menyeluruh. Mungkin ada yang boleh paparkan kemasukan 1 bulan, tetapi takkan kita nak paparkan sepanjang masa?

1 monitor khas untuk google calendar mungkin menjadi penyelesaian.
Atau google calendar dijadikan Penjimat skrin (screensaver)?


Apabila saya melawati http://zliah.blogspot.com/2007/08/7-8.html (Kliklah apa lagi ...)

Kalendar bulan 7 yang lalu.
Kalendar bulan Ogos yang dibuat ketika masuknya bulan ogos.
Walaupun kandungan dia tak seberapa, sesuai untuk kegunaan gadis seusianya.
Tapi dia mengajar saya 1 perkara iaitu siapkan kalendar baru untuk setiap bulan.

Untuk disesuaikan dengan siri saya yang selama ini, masukkan kemasukan kalendar ke dalam telefon SEk800i.

Maka penyelesaian untuk segerakkan (sync) kalendar di telefon dengan Aplikasi di Komputer (Tak kira lah Mac atau Windows atau Linux atau Web) perlu dicari segera agar boleh cetak kalendar sebegitu pada hujung bulan ini. Kalendar bulan 9.

Kalau tak salah ada pepijat bila nak segerakkan k800i dengan iCal di OSX.

Tunggu sekejap!

rupanya iCal pada OSX dah memang ada keupayaan ini.

Tapi saya rasa perlu ada senaraisemak pada kalendar versi kertas itu untuk mengingatkan saya supaya lakukan apa yang patut lakukan setiap bulan.

Tak pasti GNOME ada sesuatu yang macam ini atau tidak?
Windows?


Rabu, 1 Ogos 2007

Pecah dan Perintah versi PakLah dan "Melabel"




Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). ?
Wilayah bla bla Selatan?

Aku rasa sesuatu tak kena.
Tak wajar kekayaan Negara diperuntukkan untuk sesuatu kawasan sahaja.
Asalnya, kalau semasa zaman Dr.M , dia amat suka majukan Putrajaya dan Langkawi.
Kalau diperingkat Melaka, Ali Rustam gemar majukan Ayer Keroh.
Kalau masa zaman pemerintahan PakLah, sekejap di Terengganu, sekejap di "Wilayah Selatan" dan kini NCER.
Untuk memuaska hati banyak pihak, NCER diperluaskan untuk memuaskan hati.

Jadi, kalau ikut gaya PakLah, projek khas untuk kawasan ini, kemudian projek khas untuk kawasan itu, projek khas untuk kawasan n (n = Integer).

Ratus billion untuk Selatan, Ratus bilion untuk Utara.

Dengan adanya projek khas dari kerajaan pusat untuk kawasan tertentu, maka penduduk kawasan tertentu akan gembira dan berterima kasih kepada PakLah.

Aku tak nampak apa kelebihan NCER. Setakat mempercantikkan instaruktur yang sedia ada.
(Kerajaan British dah buatkan laluan keretapi khas ke Butterwoth)

Kemudian kawasan-kawasan di"label"kan dengan industri tertentu.

Kalau di Melaka, sesuatu yang hampir sama berlaku, beberapa kawasan dilabel sebegitu untuk menjadikan "Satu Zon Satu Industri".

Langkah sebegitu terlalu artificial dan tak realistik.

Suka hatilah sesiapa untuk lakukan apa yang dia nak lakukan.

Adakah dengan melabel sesuatu kawasan dengan industri tertentu, adakah secara automagik penduduk disitu akan menceburi industri itu?

Adakalanya pembangunan boleh berlaku secara semulajadi, kalau kena dengan sebab musababnya.

Kalau dulu, Ipoh dan KL maju secara automagik bila adanya Bijih timah.
Kerajaan British tidak pula melabel Ipoh dan Kuala Lumpur "zon bijih timah".


Banyak bandar di malaysia maju sendiri apabila ia ada muara sungai.
(Ya Faktor Pengangkutan).

Adakalanya kemajuan boleh disebabkan oleh faktor kerajaan, ada kalanya ia dimajukan atas sebab-sebab yang telah sedia ada, oleh faktor kerajaan atau faktor keluasan pasaran yang ada.

Google+ Hasbullah Pit