test

Ahad, 22 April 2007

SE k800i:PlayNow! -> Ipohmali:Point Blanc+Jac

Ipoh mali, Ipoh Ipoh mali.

beberapa hari lalu, aku cuba main dengan PlayNow(tm) pada SE k800i,
nampak macam boleh beli lagu, walaupun aku ada jumpa lagu yang kena bayar RM 5.00, macam mana aku pun cuba 'beli' lagu guna 'playnow!', kalau 1 lagu RM 5 berbaloi juga rasanya.

Jadi aku pun cubalah beli, dapat muaturun 1 fail kecil sahaja. 0.5Mb. bukan lagu penuh.
Yang menariknya, bila aku cuba mainkan radio, dengar versi penuh lagu itu dimainkan di corong telefonbimbit. maka timbullah mina
t untuk menggoogle point blanc.

maka aku jumpa URL dia, http://www.voyeurrecords.com/

dan terus dapat tonton video Ipoh mali, versi penuh. menurut laman web itu, Album akan dikeluarkan pada bulan Mei, prebiu pada bulan april.

Hairan juga, lagu 30 saat kena bayar RM 5, lagu versi penuh dengan video boleh tengok dalamtalian.

Yang lebih menghairankan lagi ialah, lagu ipoh mali sudah berada di P2P, dikongsikan oleh beberapa hos.

kenapa PlayNow tak jual lagu versi penuh?

oleh kerana blog dia pun paparkan youtube lagu itu, dan dibenarkan untuk dikongsi.

maka kubenamkannya di sini:-




mungkin Strategi Pemasarannya ialah 'Korbankan Sedikit Harta Intelek' untuk promosi, & rasanya strategi itu berjaya.




Sabtu, 21 April 2007

Harga emas dah naik



(Gambar menunjukkan harga emas, pada dasboard OSX, latarbelakang ada 'Bluetooth file manager'.)



Kenaikan itu mungkin akibat ketegangan antara Iran dan Amerika, dan mungkin juga disebabkan oleh ketegangan di ijok.

Nak tunggu sampai 700 atau tak?

kalau ikut ramalan tok nujum Sungai Ramal mengatakan :
"oh.. jgn risau.., perang akan tetap berlaku..!

berita2 yg keluar 2-3 minggu ni.. semua menunjukkan ke arah itu..!!"




kalau nak parking tempat lain, kat mana ye?
FD? Islamic bond? Tabung Haji? (anything yg riskless)


Jumaat, 20 April 2007

Lungsuri blog dgn Sony ericsson k800i


Dan blog ini dimuatnaik drpd bilik air.

Anak sepupu aku hilang (update: dah jumpa)



Anak perempuan 6 hari tak pulang
Oleh Mohamad Yatim Latip
mylatip@hmetro.com.my

Kali terakhir dilihat bapa Sabtu lalu sebelum dihantar ke sekolah

JASIN MERLIMAU: Sebuah keluarga dari Jalan Bendang 1, Simpang Sempang , Merlimau, di sini, bimbang dengan keselamatan anak perempuan mereka, Siti Aminah Aziz, 14, yang hilang dari sekolah dan tidak pulang ke rumah sejak enam hari lalu.

Menurut bapa pelajar Tingkatan Dua, Sekolah Menengah Dang Anum, Merlimau itu, Aziz Tandang, 60, kali terakhir dia melihat anak gadisnya itu adalah pada Sabtu lalu sebelum dia menghantarnya ke sekolah kira-kira jam 8.50 pagi untuk menghadiri kelas tambahan.

Dia menghantar Siti Aminah kira-kira setengah jam selepas menghantar anak lelakinya, Mohd Firdaus yang menuntut di Tingkatan Lima sekolah yang sama.

“Ketika itu anak saya hanya memakai seluar sukan dan berbaju-T lengan panjang yang biasa dipakai untuk bersukan dan turut membawa bersama sebuah beg galas berwarna hitam.

“Selepas menghantarnya, saya pun pulang ke rumah. Bagaimanapun, kira-kira jam 1 tengah hari, Mohd Firdaus pulang dari sekolah dan saya bertanya sama ada ternampak Siti Aminah atau tidak tetapi anak saya itu memaklumkan adiknya itu sudah pulang lebih awal,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Aziz berkata, susulan itu, dia menjangkakan anak gadisnya itu akan pulang lewat sedikit dari biasa.

Katanya, anaknya itu ada menelefon rumah kira-kira jam 4.30 petang hari sama dan bercakap dengan kakaknya, Anis Azlah, 30, serta memaklumkan tidak pulang ke rumah pada hari berkenaan sebaliknya mahu menemankan rakannya.

Menurutnya, sebaik ditanya di mana dia berada, Siti Aminah terus memutuskan talian.

Dia berkata, apabila anaknya itu masih tidak pulang ke rumah hingga petang Isnin lalu, dia pergi ke rumah beberapa rakan sekolah Siti Aminah yang dikenali untuk bertanya mengenai anaknya.

“Antara beberapa rakannya yang ditanya, cuma seorang rakannya yang tinggal di kawasan Merlimau memberitahu Siti Aminah ada berjumpanya kira-kira jam 10 pagi, Sabtu lalu dan meminta duit RM2.50 dengan alasan hendak ke bandar Melaka,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau dan turut memaklumkan kehilangan anaknya itu kepada pihak sekolah.

Aziz berkata, anaknya itu tidak mempunyai masalah dengan keluarga.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi keluarga terbabit di talian 06-2635859 atau 012-9426948.

Tagging...

Apa itu tagging dalam blogging?
satu benda yang aku tak tau, pasal aku tiada blog.

Adakah ianya standard blog culture, ada main tag tag?
selama ini tak nampak pula ada jumpa tagging dalam blog orang.

budaya planet-planet aku tau la, ada planet gnome, planet opensource planet mac.

zaman mula-mula aku kenal blog ialah masa zaman dulu aku selalu baca Alan Cox punya diary, best juga, tapi aku tak anggap benda tu blog.
sambil tu baca bini dia punya blog juga.

so aku rasa bodoh betul bila tak tau pasal tagging dalam blogging, nak kata aku buta IT , aku baca slashdot almost everyday.


so aku google lah, tagging dalam blogging, jumpa satu artikel blog orang lain yang mengatakan tagging ni boleh meningkatkan reader.
err perlukah nak tingkatkan reader? kena set target daily impression la nampaknya.

Sini ada artikel
http://www.globalvoicesonline.org/2006/03/24/how-to-tag-your-blog-and-increase-your-readership/
"How to tag your blog to increase your readership."

Aku pun belum baca lagi.

Tapi tu bukan tagging yang stragelycharming buat.

tagging versi tu tak sama dengan tagging teknokrati kah?

Umar tengah tido


Rupa2nya SE k800 tolong ciptakan 1 blog bila hantar pictureblog yg pertama. Tadi dia simpan kat alegut662.blogspot.com. Pening juga kepala sampai ada 2 blog dlm 1hari. Lepastu aku terima mesej kasi token. Kena gi claim blog alegut tu. Lepas claim, memandangkan aku logmasuk pemilik blog, dia offer untuk jadikan sebagai posting blog ni. Fuh penat gak nak post blog guna keypad.

Umar


Umar jadi model iklan apa? Bmw?PETRONAS?intel? Atau 100plus?

Google+ Hasbullah Pit