test

Isnin, 11 Jun 2007

Kasut buatan Gombak


'Apa salahnya kalau saya pakai kasut buatan Gombak?'

Sabtu, 9 Jun 2007

Kotoran di baju 'BMW Sauber sponsor shirt 2007'


Terkena 'wiper' belakang kancil pelanggan.

Lontong jalan hj jaib


Dah lama tak makan lontong ni

Jumaat, 8 Jun 2007

Bahasa Malaysia – and the rediscovery of America?





each one of the ministers sounded like a Columbus who claims to have just “discovered” America – whereas the truth of the matter is that the continent had already been discovered several times over by earlier discoverers such as Amerigo Vespucci.

Artikel asal



Saya nak tulis artikel sendiri pasal isu ni tapi tiada masa,
Ideologi saya tentang Bahasa Melayu vs Bahasa Malaysia, selalunya sama dengsn Rustam A. Sani.

Rabu, 6 Jun 2007

Faktor 'its cool' pada bakul



Gambar menunjukkan bakul. Ya, hanya bakul.

Kedai mamak belakang depan rumah aku pun ada bakul.


Daripada pembacaan saya dari sumber yang tak diingati, Orang yang cipta troli untuk pasaraya, menciptanya setelah melihat pelanggan berhenti shopping, setelah bakulnya penuh. tapi kalau tak ada bakul, maka, orang akan berhenti shopping bila tangan dah penuh.

Macam mana nak tambah faktor "It's cool" pada bakul? Ia hanya bakul yang bodoh.
Dan mungkin orang tak tahu pun itu bakul untuk pelanggan isikan barang.
Memang kebiasaannya banyak lagi stesyen minyak yang tak sediakan bakul.

Disebabkan perlu ada mekanisme untuk memberitahu pelanggan bahawa itu "bakul disediakan untuk pelanggan" Dan lakukannya dengan penuh bergaya.
Akan ada poster orang pegang bakul dengan penuh bergaya, ikut gaya Iklan Ipod tapi pegang bakul.

Walaupun aku bukan orang grafik, cuba sahaja la.
Walaubagaimanapun, poster itu tak akan diterbitkan si blog ini.


ops: aku terlupa nak tambah faktor "it's cool" pada hadiah syntium, asyik sibuk sahaja.


Selasa, 5 Jun 2007

Love need thrust

Dahulu: Love need trust
Sekarang: Love need thrust (tujahan hehehe)


"Thrust Vectoring", satu istilah baru bagi saya, "Pengvektoran Tujahan", Tujahan pada jet pejuang, seperti sukhoi Su-30, yang membolehkan ia membuat menuver pelik-pelik.

Dengan Sukhoi, Ia mampu mengubah cara kanak-kanak main kapal terbang.
kalau dulu-masa kecil-kecil kita selalu guna tangan bayangkan kapal terbang itu bergerak.
namun kini, pergerakan iu berubah, mungkin kanak-kanak akan menggayakan tangannya supaya membuat Paguchev Cobra .



Sukhoi Su-30


http://youtube.com/watch?v=nLCBcFrHlQI

http://youtube.com/watch?v=xY0t_mPv6I4

Yang ni memang mengubah cara kanak-kanak main kapal terbang

Isnin, 4 Jun 2007

SMS data

Arahan Ringkas:

SMS 4 amaun ke 1 nombor telefon setiap hari dalam format yang ditetapkan.


Memang mudah, kalau kasi templat sms pada RNK dan dia SMS kepada saya & saya forward.


Akan tetapi, oleh kerana mindaku ini yang sering mengkomplikasikan keadaan supaya ia boleh diringkaskan, maka ia memeningkan kepala juga.

Terdapat beberapa masalah yang amat kecil. Iaitu tak berapa efisyen kerana data yang sama :-

1. Ditulis pada buku log
2. Dimasukkan kedalam komputer untuk Sistem_itu
3. Dimasukkan ke komputer sendiri untuk kemasukkan data harian
4. Dimasukkan kedalam telefon sebagai sms.

memang kalau nak kira, ita just boleh suruh budak buat semua tu & goyang kaki.
tapi bilamana ada duplication of work, maka ia menjadi tak efisyen walaupun minimal & maka tak boleh menguasai dunia. Organisasi tak boleh jadi macam toyota.

Macam macam kaedah bermain diminda ini, melampau2 pun ada.
sampai dah membayangkan nak kena ada program jaya MIDP 2.0 untuk sms data dan kemudian bluetooth ke komputer.

Akhir sekali terfikir cara mudah, gunakan sahaja kaedah no.3, masukkan ke dalam komputer. Tak perlu templat untuk SMS.

Ubahsuai fail excel sedia ada supaya satu tab yang menyenaraikan data-data yang diperlukan sahaja, ikut format yang diminta.
jadi kalau 1 bulan, ada 30 baris sms yang sedia untuk ditepekkan.

lepas itu ada dua pilihan, SMS menggunakan callwave, atau SMS guna perisian telefon bimbit.
tepek sahaja output SMS itu.

viola.

Google+ Hasbullah Pit