test

Memaparkan catatan dengan label emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emas. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Oktober 2009

This is GATA!!!

"This is Madness...."



"Madness?"

This is GATA!!






Rabu, 28 Oktober 2009

Ramalan Ekonomi Nujum Pak Belalang

Hari ini dan semalam, saham di serata dunia jatuh.

Seperti yang berlaku pada julai 2008, kejatuhan saham dunia adalah teruk tetapi mengakibatkan kenaikan USD.

Kenaikan dollar itu juga akan mengakibatkan penurunan harga emas dan harga komoditi.
Penoreh getah perlu berjaga-jaga.

Ketika catatan ini ditulis, Indeks USD telahpun naik daripada 75, ketahap 76.33.
Tidak boleh diramalkan sangat sampai berapa kenaikan indeks USD itu. mungkin 77 mungkin 78.

Jika anda ingin membeli emas secara pukal, jangan beli sekarang.
Beli emas ketika saham sudah habis tergolek , dan mungkin indeks USD mencapai tahap 77 atau 78.
Tetapi kalau nak beli juga, sukahati kamu,

Saya tak mencadangkan supaya anda menjual emas yang anda ada.
Kalau nak jual juga, suka hati kamu.

Sekiranya anda mempunyai emas di dalam buku, hendak difizikalkan, maka bolehlah keluarkannya dalam bentuk Ringgit, dan beli emas public Dinar bila tiba masanya.

Namun ada juga spekulasi yang mengatakan harga emas akan melonjak jumaat ini.
Ini adalah disebabkan Amerika mahu jual hutangnya sebanyak USD 153 billion.
(lebih besar daripada belanjawan Najib)

Mahu kunci hari jumaat?

Atau mungkin perkara yang berlaku hari ini berbeza dengan julai 2008.
Mungkin pelabur saham akan lompat ke emas tanpa perap duit dalam USD.

Khamis, 22 Oktober 2009

Takaful Berasaskan Komoditi emas dan Perak

Bila agaknya jurutera Kewangan Islam mahu wujudkan Takaful Berasaskan Komoditi emas dan Perak?

Perlindungan Takaful berasaskan wang kertas tidak mampu melindungi diri daripada hiper inflasi.

Selasa, 22 September 2009

Drama Swasta IMF

IMF nak jual 1/8 daripada simpanan emasnya. Lebih kurang 403.3 tan.
China cepat-cepat kata nak beli.

Tetapi rupanya nak beli jika ada diskaun.

IMF pula kata tak mahu jadikan dollar matawang utama dunia.
Dollar Jatuh?

Harga emas?

Bank Negara Malaysia tak tambah stok emas tatkala IMF nak jual?

Macam drama swasta pula cerita IMF dengan emas.

Jumaat, 11 September 2009

Inflasi Empayar Rom & Tindakan Umar

Terdapat satu catatan menarik oleh seorang Professor Joseph R Peden berkenaan Inflasi ketika empayar Rom.

Kenapa saya cerita Rom?
Matawang Emas dan Perak empayar Rom adalah rujukan sebelum wujudnya dinar.

Nama Dinar berasal daripada Denarius, matawang perak.

Tetapi spesifikasinya ialah Solidus.

Pening juga kalau hendak difikirkan, matawang sudah menggunakan komoditi tetapi berlaku inflasi.
Apa puncanya?

Puncanya ialah berlakunya pengubahsuaian kandungan logam komoditi pada matawang.

In Diocletian's time, in the year 301, he fixed the price at 50,000 denarii for one pound of gold. Ten years later it had risen to 120,000. In 324, 23 years after it was 50,000, it was now 300,000. In 337, the year of Constantine's death, a pound of gold brought 20,000,000 denarii.

Khalifah Umar pula, setelah melihat saiz wang perak semakin mengecil, mengarahkan supaya 10 dirham mesti sama berat dengan 7 dinar. Penyelesaian bagi masalah empayar Rom.

Rabu, 9 September 2009

Kerja Gila Main dengan Rizab Emas

Saya baru terjumpa satu berita lama (2005) di GATA.org.

Menceritakan bagaimana Najib nak beli Kapal Perang menggunakan Rizab Emas.

Ada lagi cerita mengatakn Rizab emas kita "dipinjamkan".

Setakat yang saya tahu, Rizab emas kita ialah 36 tan.

Tetapi benarkah ianya memang 36 tan?
Bank Negara tidak keluarkan maklumat emas fizikal dalam kuaititi berat.

Yang ada hanya lah dalam USD.

0.4 bilion USD, berapa banyak emas?
400000000/32/1000=12500

Kiraan kasar saya menunjukkan 12 tan sahaja.

Serupa macam dakwaan TV Antara

Selasa, 2 Jun 2009

Apa dah Jadi dengan Harga Emas di Malaysia?

Saya rasa pelik.

Public Dinar & Dinar Emas Kelantan, 'spread'nya meningkat berbanding dulu cukup rendah.

Harga pula berbeza.

Sekarang ini:
1 Public Dinar Jual RM 485, Beli RM 456
(spread =6.3%)
menjadikan harga 'beli' RM 107 per gram
Harga 'jual' menjadi 114

1 Dinar Kelantan, Jual RM 484 Beli RM 431
(spread = 12%? )
menjadikan harga 'beli' RM 101 per gram
Harga 'jual menjadi RM 114'


Yang agak pelik lagi ialah Harga Emas persatuan kedai emas adalah RM 122 per gram, untuk 916.
dan RM 130 untuk 999.

Tetapi semalam isteri saya melaporkan dari kelantan, harga emas 916 hanya RM107 per gram.


Harga di Maybank beli= RM 106.53, Jual=RM 114.96
(spread mcam dulu 8%)

Rabu, 13 Mei 2009

Kenaikan Harga Emas, Perak, Minyak dalam USD

Ketika ini, harga dalam USD :

Emas USD 920 seaun
Minyak Mentah USD 58
Perak USD 14.3 seaun

Ramai yang suka harga minyak dunia rendah kerana menjimatkan mereka yang suka berjalan.

Namun yang paling suka harga minyak rendah ialah Amerika, kerana mereka boleh beli minyak murah daripada Negara Islam.

Negara Islam pula masih tidak faham-faham dan terikut-ikut rentak mereka, sehingga negara Islam pun mahukan harga minyak murah.

Di Malaysia harga minyak ron97 dikatakan akan "dinaikkan" kepada RM 2.00 , mengapa ia tidak diapungkan terus?

Berikut adalah carta kejatuhan nilai dollar yang menyebabkan harga minyak/emas/perak dalam USD naik.


Dalam 3 bulan kebelakangan, USD telah jatuh 15% berbanding AUD (Australia). tetapi hanya turun 5% berbanding euro, dan seikit dengan Ringgit.

Graf yang sama untuk 5 tahun.
(klik pada imej di tab baru)

A adalah ketika USD jatuh , dan ketika itu harga minyak dunia USD 130 , Perak USD 20 , emas USD 950.

B adalah ketika harga minyak dunia USD 35 , perak 9USD, emas 800 USD.
Fasa ini saya panggil "False Dollar Rally".

Setelah Obama mencetak trilion USD, bekalan matawang mereka banyak , Tidak masuk akal kalau nilainya kekal tinggi.

Namun nilainya tinggi dan mereka mampu beli komoditi. dengan duit yang banyak dan harga yang murah.

"False dollar Rally" tidak boleh bertahan lama Ianya akan jatuh jua.

Jika diunjurkan graf itu menggunakan tetikus warna oren, maka ianya akan tiba ke tahap C yang sama dengan A.

Agaknya berapa harga minyak dunia ketika itu?
USD 130?
Berapa agaknya harga emas dalam USD ketika itu?
Kalau hari ini sudah 920?
Berapa harga perak?
USD 20? mungkin

Kita , rakyat Malaysia amat merasai kesan turun naik harga komoditi ini kerana nilai ringgit ditentukan dengan kaedah "Managed Float".

Untuk mengelakkan kita sengsara harga minyak naik, maka perlunya Ringgit perlu keluar daripada "Managed float".

Sekiranya graf sebelum "False dollar rally" diunjurkan (warna biru), ia akan sampai ke paras D.

Akhir kata, selamat kumpul tin.

Isnin, 4 Mei 2009

Sekitar Demonstrasi Menentang Kapitalisme, Riba di Melaka

Kali ini demonstrasi menentang kapitalisme tidak diganggu polis sebagaimana berlaku ketika sidang G20. Mungkin kerana ianya tidak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.


Sepanduk itu disediakan oleh para pelajar, di gerai yang memaparkan bagaimana kaitan sistem wang kertas dengan 'Great Depression'. Memang sukar untuk menerangkan bagaimana kaitan wang kertas dengan peluang pekerjaan. Namun saya pernah terangkan di sini.


Adakah Emas tiada Kaitan dengan Masalah Pembuangan Kerja?


Gambar di atas menunjukkan kreativiti para pelajar Dr Halim, untuk menerangkan konsep dinar/dirham kepada orang ramai. Saya datang ke sana bukan untuk diterangkan supaya difahami, tetapi ingin mengetahui sejauh mana pemahaman para pelajar.

Ini adalah satu gerai yang cuba menggambarkan revolusi kewangan yang ke arah emas semula.

Bangunan "wang kertas" akan tumbang dan digantikan dengan piramid emas.


Terdapat satu gerai yang menyediakan wang kertas untuk dipijak.


Maka 'perusuh' tadi memijak wang kertas sambil memegang wang emas. Secara simboliknya menunjukkan emas akan satu hari nanti generasi akan datang akan menolak wang kertas.


Disebabkan para pelajar tidak mampu memiliki dinar, maka syiling emas palsu disediakan. Sepatutnya 'syiling emas palsu itu adalah hadiah bagi permainan, tetapi ianya diberikan percuma kepada 'perusuh kecil' itu.
Dan kemudiannya wang emas itu boleh dimakan oleh perusuh kecil itu bersama bapanya.

Terdapat satu gerai yang saya tidak sempat saya ambil gambarnya, menyediakan 1 keping sampel wang zimbabwe bernilai 50 bilion. Pelajar itu meminta saya memilih beberapa barangan. Maka saya memilih buku nota.
Pelajar itu mengatakan tekaan saya tepat, kerana nilai 50 bilion wang zimbabwe itu hanya mampu untuk membeli sebuah buku nota.

Pemahaman para pelajar agak memuaskan.

Pensyarah, Dr Halim agaknya, meminta pengunjung gerai mereka menulis nama sebagai tanda mereka telah diterangkan. Dan saya menggunakan kesempatan itu untuk menguji pemahaman para pelajar.

Mereka faham tentang pengeluaran wang kertas berleluasa yang menyebabkan inflasi, namun apabila saya sebut "Macam Najib 60 bilion", mereka nampak terpinga-pinga. Mereka tidak boleh mengakitkan pakej rangsangan 60 bilion ringgit, oleh Najib itu sebagai satu kaedah penciptaan wang kertas sewenang-wenangnya.




Terdapat satu gerai yang menyediakan video untuk ditonton pengunjung, maka saya tontonlah bersama 'perusuh kecil', saya katakan pada pelajar itu 'saya sebenarnya sudah faham'. Kemudian saya terangkan pada tentang perak.

"Dinar sebenarnya boleh diumpamakan sebagai 'FD', manakala matawang untuk urus niaga adalah dirham."

Dinar umpama 1 keping nota RM 500 yang jarang digunakan, manakala yang sepatutnya dijadikan urusniaga ialah perak, dimana perak boleh digunakan untuk membeli roti, ayam dan sebagainya.

Sebenarnya tujuan asal saya ke sana adalah kerana 'souk'.


Ingin juga saya melihat model souk Dr Halim, namun ia agak mengecewakan. Tidak seperti model souq yang saya impikan di Jasin (AJK DPPKJ mesti klik sini)  . Tidak wujud suasana dimana, seolah-olah sesiapa sahaja boleh berniaga.

Mahu tak mahu saya teruskan merealisasikan Souq itu melalui DPPKJ.


Akhir sekali, ini hasil tangkapan....

Semua percuma, kecuali Kemeja-T.

Sabtu, 28 Mac 2009

Adakah Sistem Kewangan Dinar/Dirham Tiada Kaitan dengan Alam Sekitar?

Dinar dan Dirham, dengan Alam sekitar adalah isu berbeza, tetapi sebenarnya ia saling berkait.

Rapat mana kaitannya?

Amat rapat.

Sistem kewangan berdasarkan kertas, sering menyebabkan sesuatu golongan terlalu kaya.
Andaikata tidak kaya, mereka boleh membeli tenaga secara kredit. Duit secara perakaunan boleh dicipta.

Emas dan perak tidak boleh dicipta dan dimusnahkan.

Begitu juga tenaga.

Tenaga tidak boleh dicipta.

Saya masih ingat  lagi pesan Cikgu Fizik saya ketika tingkatan 4&5, Cikgu Vellupilai Ponudurai, bahawa tenaga tidak boleh dicipta, kalau tenaga boleh dicipta kita boleh jadi kaya.

19 tahun dulu, cikgu saya berpesan sebegitu.

Hari ini, rupanya negara barat kapitalis tidak mencipta tenaga untuk menjadi kaya. Mereka juga faham tenaga tidak boleh dicipta. Tenaga berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Akan tetapi walaupun tenaga tidak boleh dicipta, wang kertas, wang dalam bentuk kredit, dalam bentuk bon dan sebagainya boleh dicipta oleh mereka.

Mereka membeli sumber tenaga pada nilai yang amat rendah.

Lihatlah bagaimana Amerika membeli minyak dengan kertas sahaja. Sudahlah kertas, murah pula.

Sila baca catatan lama saya

Pak Arab Kena Tipu lebih 20 Tahun


Saya memang percaya harga sebenar minyak mentah adalah lebih daripada 100 USD.

Namun hari ini mereka mampu membeli dangan separuh harga.

Keadaan sebegini menyebabkan mereka mewah dengan tenaga.

Mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama apabila matawang yang mereka gunakan adalah emas dan perak.

Mana mungkin mereka wujudkan emas dan perak daripada tiada kepada ada.

Itu baru persoalan tenaga.

Pembentukan sampah berleluasa akibat konsumerisme juga berkait dengan emas dan perak.
Mereka boleh membeli secara boros segala mak nenek barangan daripada seluruh dunia.
Tidak cukup duit, mereka kredit, apabila hutang lapuk, ianya dipanggil "aset toksik", dan kemudiannya dibeli oleh Obama.

Berapa banyak tenaga pula digunakan untuk menghasilkan barang yang akhirnya dijadikan sampah?

Kebanyakan manusia, mempunyai had berbelanja berdasarkan pendapatan masing-masing. Hutang mereka pula ada had pada had kredit yang pada kad kredit.

Tetapi manusia jarang sungguh mengira kemampuan tenaga, dan menggunakan mengikut had.

Siapa yang mahu larang manusia menggunakan tenaga secara belebihan?

Hari ini minyak murah berbanding tahun lepas. Akan tetapi penggunaan minyak tahun ini jauh lebih tinggi daripada tahun lepas. Namun ia tidaklah terlalu tinggi akibat daripada had kewangan yang pengguna ada.

Bayangkan kalau semua orang terlalu mampu untuk membeli minyak, membayar bil elektrik dan air?

Mereka akan menggunakan secara tak ingat dunia.

Situasi terlalu mampu membeli tenaga wujud di sebelah barat. Lihatlah lampu di Las vegas.



Bagaimana mereka boleh terlalu mampu membeli tenaga kalau bukan dengan sistem kewangan kertas?


Kita akan tentang konsumerisme
Kita akan lawan kapitalisme yang bersenjatakan kertas
Kita akan pertahankan bumi ini.

Khamis, 12 Mac 2009

Jika Guna Sistem Emas/Perak, Boleh Tak Bentang Belanjawan mini 60 bilion?

Jika Guna Sistem Emas, Boleh Tak Bentang Belanjawan 60 bilion?

Macam mana nak beri 60 billion kalau tidak ada emas sebanyak itu.

Sistem Kewangan Emas dan Perak tak bagus kah?

Sistem kewangan Kertas Fiat boleh adakan 60 bilion.

Apa jawapan bagi persoalan ini?

Sebenarnya kalau kita menggunakan emas/perak, kemungkinan besar tidak perlu pakej rangsangan.

Ekonomi "Berkembang" pada kadar yang tidak sepatutnya menggunakan wang kertas.

Ada negara nilai "kertas"nya mahal, ada negara murah.

Negara kertas mahal boleh beli macam-macam dari negara kertas murah.

Negara kertas murah bergembira apabila negara kertas mahal terus membeli dan membeli sehingga menyebabkan pertumbuhan yang tinggi.

Kilang dibuka, peluang pekerjaan bertambah, semua orang mahu pekerjaan popular, tak mahu jadi orang gaji, tak mahu jadi tukang cuci.

Jatuh maruah kononnya.

Tugas itu diambil oleh rakyat negara kertas lebih murah.

Komoditi dan barangan kita diambil oleh negara kertas mahal, tetapi kita hanya dapat kertas mahal itu.

Kita tidak dapat emas.

Malaysia mencatatkan lebihan dagangan dengan Amerika sebanyak RM 10 billion, sepatutnya kita sudah dapat emas bernilai RM 10 bilion itu daripada Amerika. Tetapi apa yang kita dapat hanya kertas mahal mereka.

Kalau guna emas/perak , boleh dikatakan tiada pembuangan kerja.

Kalau semua orang cukup makan/pakai, ada pendapatan, ada pekerjaan.
Apa perlunya rangsangan?

Seigniorage yang menyebabkan saban hari pendapatan perlu ditingkatkan supaya nak tampung cukai inflasi yang telah dikenakan sebelum ini.

Hari ini kalau kita mampu hidup dengan pendapatan 1000 dirham,
100 tahun lagi pun macam itu juga.

Selasa, 10 Mac 2009

Rusia dan China PEROGOL?

Eh,
Saya tersalah baca penulisan Dziauddin yang bertajuk

Now China and Russia are pro gold and anti bonds

Selasa, 24 Februari 2009

Dinar Emas, Lain ditanya, Lain Timbalan Menteri Jawap

Menurut MPPAS, Dr Dzulkefly telah meyampuk tentang Dinar Emas di Parlimen.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini menyinggung perkara yang lebih khusus tentang penggunaan mata wang dan cadangan daripada Yang Berhormat Arau itu menjurus kepada satu usaha kerajaan ntuk
mengarus perdanakan penggunaan mata wang dinar, tetapi seperti mana yang saya bangkitkan semalam, persoalannya pada akhirnya adalah satu komitmen untuk meletakkan bukan hanya persoalan penggunaan dinar emas itu sebagai satu yang dikatakan mengambil alih fiat money kerana money ini ada beberapa bentuk sama ada commodity money, representative money ataupun fiat money yang digunakan hari ini.

Soalannya, itu tidak meletakkan Tuan Yang di-Pertua kita sudah semacam nampak komitmen kepada kewangan Islam kerana yang menjadi utama yang perlu kita keluarkan ataupun yang kita arus perdanakan adalah kewangan Islam yang keluar daripada sistem ribawi.

Dengan kata lain walaupun kita kata kita sudah ada kewangan Islam, tetapi akhirnya dia masih sangkut dengan all the conventional finance dengan izin kerana ia masih sangkut dengan penentuan OPR atau penentuan interest rate.

Itu lebih saya kira mustahak untuk ditangani oleh sebuah kerajaan seperti kita dan penggunaan kewangan dinar emas ini tentunya merupakan satu lobi yang begitu besar untuk kita memenangi hati budi negara-negara OIC khususnya pertama.

Jadi minta penjelasan sikit apakah ke arah itu ada usaha-usaha kita untuk kita benar-benar mengarus perdanakan kewangan Islam. Terima kasih


 Namun apa yang dijawap ialah tentang "Kewangan Islam" yang masih bersandarkan wang Fiat.


Timbalan Menteri Kewangan l [Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku krisis kewangan bermula dengan sub-prima Amerika Syarikat dan ia merebak ke seluruh dunia.
Di dalam mesyuarat IMF dan World Bank, Malaysia telah menyuarakan pandangan kita bahawa sudah tiba masanya dunia melihat kepada sistem kewangan Islam dan kita menjadikan Malaysia model kerana Malaysia merupakan model yang unik bagi dunia.

Di sini kita ada sistem konvensional dan kita ada sistem Islamic Banking dan ia amat
berjaya. Di mesyuarat-mesyuarat yang lain termasuk di Islamic Bank, kita kata inilah masanya untuk kita memperkembangkan sistem ini kerana kepercayaan masyarakat dunia kepada sistem konvensional sudah makin luntur.

Jadi saya berani menyatakan kepada Yang Berhormat, ini adalah asas utama kita. Salah satu produk yang kita kembangkan kepada global adalah sistem kewangan Islam.

 Rupanya Soalan asal adalah daripada Ahli Parlimen BN,

Soalan asal No. 7 - Dato’ Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah kerangka
strategi kerajaan untuk memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang dan sekali gus
membolehkan bank dan kewangan Islam memainkan peranan yang lebih bermakna sejajar
dengan Resolusi Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) yang meminta kerajaan menyegerakan
pelaksanaan penggunaan dinar emas.
BN pun BN lah, terima kasih kepada Ahli Parlimen Ismail Kasim kerana membangkitkan soalan berkenaan Dinar Emas di Parlimen.

Rasanya saya perlu beritahu, musuh utama Dinar dan Dirham ialah "Bank" dan "Kewangan Islam".

"Kewangan Islam" diwujudkan supaya menghalalkan sistem perbankan yang sebelum ini kelihatan haram.

Pinjaman dalam "Kewangan Islam" adalah berasal daripada duit yang tidak wujud. Apabila duit itu diwujudkan, maka hanya akad pinjaman itu yang berlandaskan syariaah.

Jadi, apabila MP Arau bertanya tentang Dinar Emas, satu perkara yang perlu dielakkan ialah mengharap Bank.

Bank bersangkut rapat dengan Bank Pusat, atau di Malaysia "Bank Negara", bersangkut paut dengan IMF.

Mana mereka mahukan penggunaan Dinar dan Dirham.

Mereka mahu emas, yang hanya jadi "rizab" , duduk diam diam di tempat simpanan.

Mereka tidak mahu emas jadi matawang, paling teruk pun mereka kononkan sahaja duit itu bersandarkan emas.

Mereka tidak mahu emas digunakan sebagai matawang secara langsung.

Jadi memanglah IMF dan World Bank suka benar "Islamic Banking" kerana ia kelihatan halal 100%, walaupun hanya akad sahaja yang halal.

Apabila umat islam sudah merasakan cukup halal dengan "perbankan Islam", maka kuranglah pejuang Dinar dan Dirham.

Persoalan yang diutarakan oleh Dr Dzul itu betul, mengapa masih bersandar pada OPR yang ribawi itu?

Sedangkan boleh diwujudkan terus pinjam 10 dinar bayar 10 dinar, tidak perlu ada penambahan yang perlu dibayar oleh peminjam. Kalau ada pun, ianya sepatutnya sekadar caj perkhidmatan yang minimum.

Namun disebablkan duit itu fiat, dan nilainya menurun setiap hari, (diambil oleh Obama untuk menyerang Afghanistan), maka "Kewangan Islam" masakini meletakkan pembayaran yang lebih tinggi disebabkan oleh "time value of money", dan seterusnya mewujudkan "keuntungan".

Jadi Dr Dzulkefly dan Ismail Kasim, perlulah bercakap tentang dinar emas dan dirham perak sambil mengharapkan satu institusi yang bebas daripada Bank Negara untuk melaksanakannya.

Bank Negara itu sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal emas digunakan sebagai alat jual beli atau pelaburan yang tidak melibatkan ringgit langsung. Malah mereka telah menetapkan syarat kukubesi jual beli iaitu "Urusniaga mestilah dalam Ringgit Malaysia"

Isnin, 23 Februari 2009

Adakah Emas tiada Kaitan dengan Masalah Pembuangan Kerja?

Sekarang ini musim pembuangan kerja.
Kilang itu kilang ini dikatakan akan membuang pekerja.

Ada pula exco mengemukakan cerita indah tentang pelaburan asing yang bernilai berbilion ringgit masuk. Sama sahaja perangainya dengan Ketua Menteri yang itu.

Nak buat apa cerita indah banyak-banyak?

Tidak boleh dinafikan kilang akan tutup, dan ramai hilang pekerjaan, dan ramai pula nanti tidak mampu bayar hutang bank. Kemudia itu ini kena tarik.

Saya melihat krisis ini sebagai pembetulan terhadap ketidakadilan ekonomi.

Ya, memang ramai diantara kita cukup bahagia bila banyak pelabur datang, sediakan peluang pekerjaan, tetapi sampai bila?

Banyak produk dihasilkan itu dijual kepada Amerika , digunakan seketika kemudian buang.

Mereka boleh cetak duit, boleh kasi kredit tanpa had kepada rakyatnya, dan terus membeli produk daripada kilang-kilang seluruh dunia , dan kemudiannya dibuang.

Apabila berlaku krisis kredit, rakyat Amerika sukar untuk berhutang seperti dulu dan menyebabkan permintaan terhadap barangan merosot.

Adakah kita perlu bergembira sangat apabila mereka tidak lagi boleh membeli dan membuang produk-produk yang dihasilkan di Asia?

Orang asia menjadi hamba tabiaat konsumerisme mereka.

Orang Amerika bukan ada duit sangat. kebanyakkan mereka berhutang untuk membeli dan membuang,

Istilah "membeli belah" bolehlah ditukar kepada "membeli buang" berdasarkan tingkah laku konsumerisme yang melampau oleh mereka. Kita pun lebih kurang sama, cuba had kredit rakyat Malaysia lebih rendah.

Namun apabila rakyat Amerika terlalu banyak berhutang, mereka sudah sampai tahap sukar untuk berhutang lagi.

Bernanke turunkan kadar faedah pun, mereka cuba berjimat.

Kemudahan kredit melampau itu akan menyebabkan permintaan terhadap barangan juga meningkat secara melampau. Mereka beli barang yang tidak perlu, pakai sekejap dan buang.

Bilangan duit maya yang disebut oleh Dr Kamil sebagai "accounting money", itu tidak wujud sekiranya dunia menggunakan emas dan perak sebagai matawang.

Terhadnya emas dan perak dalam dunia ini, menyebabkan sukarnya pemberian kredit yang tidak bersandarkan apa-apa. Kalau nak pinjam emas , boleh, tetapi emas itu perlu wujud.

Mereka tidak boleh wujudkan emas yang tidak wujud.

Teringat saya pesanan cikgu fizik saya, tenaga itu tidak boleh dicipta, hanya bertukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Emas dan perak umpama tenaga.

Tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan.

Jika emas digaulkan dengan nasi, emas tetap emas.

Jadi, sekiranya permintaan melampau akibat kemudahan kredit melampau itu tidak wujud, Maka kilang yang bersepah itu juga tidak wujud.

Kilang mungkin wujud, tetapi ianya wujud berdasarkan permintaan sebenar yang berdasarkan kemampuan pembeli. Bukannya berdasarkan kemampuan "maya" pembeli.

Maka tidak wujudlah pembuangan kerja berleluasa seperti hari ini, kerana kilang yang tidak patut ada itu tidak ada.

Pekerja kilang yang dibuang kerja hari ini, mungkin sepatutnya sudah buat kerja lain yang bukan kerja kilang.

Isnin, 16 Februari 2009

Qirat, Carat, Karat, Sokong Hujah sokong PPSMI?

Semua bidang ilmu boleh dikaitkan dengan PPSMI, kerana ia melibatkan istilah yang berasal dari luar.

Cikli mengatakan dalam perbincangan tentang 22 karat, ianya seolah-olah memihak kepada pro PPSMI

Cikli on 2009 Februari 15 08:10
karat = carat
karat = corrosion
carat = corrosion?

satu lagi poin untuk penyokong ppsmi.

Adakah kekurangan istilah Bahasa Melayu menyebabkan penyokong PPSMI boleh bergembira?

Bahasa Inggeris menggunakan "Carat" untuk 2 maksud, iaitu untuk jisim dan ketulenan.
Bahasa melayu menggunakan "Karat" untuk 3 maksud, jisim, ketulenan, dan berkarat .

1 perkataan mempunyai banyak makna adalah perkara biasa.

Adakah "Carat" itu istilah yang mula-mula digunapakai untuk merujuk kepada maksud jisim 1 carat?

Arab menggunaka "qirat"
Jerman, Dansk, Polski,Norsk, Turki menggunakan Karat.
Belanda menggunakan "Karaat"
Portugis dan Sepanyol menggunakan "quilate"
Català guna quirat

Yang mana satu lebih awal, Karat atau Qirat? atau "Carat" yang awal?

Para pendokong PPSMI yang taksub dengan Inggeris seolah-olah mengatakan bahawa Bahasa Inggeris itu bahasa Ilmu sejak dari dulu.

Kalau "Carat" Inggeris lebih awal daripada Qirat, atau quirat atau quilate. Bagaimana bangsa Portugis Sepanyol dan Català menggunakan istilah yang cukup berbeza dengan Inggeris?

Tamadun Rom dan Greek sudah menggunakan istilah solidus untuk merujuk kepada karat(jisim).

Arab Islam menggunakan qirat.

Saya -agakagak ,Mungkin Portugis dan Sepanyol mencipta istilah berdasarkan qirat arab. Mereka lebih dekat dengan Andalusia. Dan mungkin istilah "Karat" Jerman mungkin juga berasal dari Arab, disalin setelah Perang Salib?



Mana Inggeris?
Inggeris belum jumpa lagi jalan laut ke Asia. Belum keluar dari zaman gelapnya.

Kalau Inggeris melaksanakan dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Sepanyol, istilah 'carat' sepatutnya "quilate".

Kalau "carat" Inggeris memang tercipta sebegitu, mengapa dari sudut ketulenan, orang menggunakan 22K, 24K dan bukannya 22C atau 24C?

Ahad, 15 Februari 2009

22 karat Dinar Emas , merujuk kepada Berat atau Ketulenan?

Sejak dari mula lagi saya agak ragui kenapa Dinar emas spesifikasinya 22k , (emas 916).

Spesifikasi popular dinar emas, tidak kira daripada Islamic Mint, atau Dinar Emas Kelantan atau Public Dinar menggunakan emas 916, beratnya 4.25 gram.

Apabila saya mengatakan bahawa umat islam perlu memilih spesifikasi dinar samada emas 10 atau 916 ,

"Ustaz Rafidi" Menjawap:


Dinar emas mengikut ukuran dalam kitab Arab adalah emas 916 cuma tak disebut secara terus emas 916 disebut 22/24 qirat atau bahasa moden 22 karat , 2/24 nisbah perak mesti ada didalamnya : Buku Al Maqrisi

karat atau qirat mempunyai dua maksud.
yang pertama ialah ketulenan, yang kedua ialah jisim, atau berat iaitu 1 qirat bersamaan 200mg.

Apakah yang dimaksudkan dengan 22 qirat?
kalau dari sudut  ketulenan maksudnya 916lah.
Tetapi kalau qirat itu adalah berat, maka 22 qirat/carat itu ialah 4.4gram

200mg * 22 = 4,400 mg = 4.4 gram.

Ops, sudah jauh dari 4.25 gram.



Adakah berat bagi 1 carat itu sememangnya 200mg sejak dari dulu?

Selain carat, nilai timbangan untuk benda kecil ialah mithqal, grain.
Wujud kemungkinan berat 1 mithqal , atau 1 carat atau 1 grain tidak sama dengan zaman sekarang.

Zaman sekarang ini 1 carat ialah 200mg, itu pun ianya piawaian metrik.

Sebelum itu, piawaian carat berubah-ubah  mengikut tamadun.
Kemungkinan 1 carat pada zaman Rom Byzantine ialah 196mg sahaja.

Mari kita kira balik berapa berat 22 carat.

196mg * 22 = 4.312g

Sudah hampir dengan 4.25g

Kita kira lagi berapa berat 1 carat kalau mengikut piawaian 1 grain = 64.79891miligram DAN 1 carat ialah 3 1647/9691 grain.


(3+1647/9691)*64.79891=
205.40940204313280363223609534619750283768444948921629



berat 22 carat sudah menjadi 4.519.00684494892167990919409761634506242905788876275838g


makin jauh dengan 4.25g


Makin pening

Rabu, 28 Januari 2009

Dokumentari Emas dan USD di Astro (History Channel dan Discovery Science)

Beberapa hari kebelakangan, terutama sekali semasa Tahun Baru Cina, cukup banyak dokumentari tentang emas dan matawang USD.


Namun Dokumentari itu perlu ditonton dengan minda analitik, tidak boleh percaya 100% terutama sekali "God's Gold".

Di Discovery Science, terdapat satu dokumentari tentang USD, tajuknya lebih kurang "Mighty bank", ia menceritakan bagaimana duit dicetak, duit dilupuskan, dan terang-terang meraka cerita tentang 'money creation' dan matawang USD yang baru dicetak dihantar ke luar negara.

Nampak gayanya mereka sekarang sudah terang-terangan ingin memberitahu dunia bahawa mereka menguasai dunia dengan USD.

Banyak pula dokumentari tentang emas di History Channel, emas Yamashita, emas Afghan, Pencarian bagaimana Nabi Sulaiman memperolehi emas, Di mana Menorah emas yang dicuri dari Palestin oleh Rom kini berada.

Saya sebenarnya tidak sempat menonton kesemuanya.

Semuanya akan menimbulkan keinginan penonton untuk menyukai emas.

Saya tidak pasti samada wujud agenda tersembunyi atau tidak. Saya rasa mungkin ada.

Penonton seolah-olah diberitahu bahawa USD digunakan untuk menguasai dunia, "kalau nak kembali kepada emas, silakan". Tetapi emas masih pada mereka.

Rabu, 14 Januari 2009

Lebihan Eksport, Amerika Kuasai Dunia dengan USD

Hari ini Puan Nur Aflah membuat catatan ekonomi dengan cukup baik.
Masuk dan baca.


Maka saya petik satu perenggan kecil untuk dikupas.
Ya.
Kupas macam bawang.


Mengikut laporan MITI, 10.2% barangan Amerika masuk ke negara ini dari Jan-Nov 2008. Jumlahnya hampir mencecah RM 50 billion setahun. Manakala jumlah eksport Malaysia ke Amerika hampir mencecah RM 60 billion setahun.


Malaysia import RM 50 bilion
Malaysia eksport Barangan RM 60 bilion.

Amerika mendapat lebihan barangan sebanyak 10 bilion.
Banyak manakah barangan bernilai RM 10,000 itu?
Berapa tan minyak sawit?
Berapa tong minyak mentah?


Sepatutnya Malaysia mendapat wang sebanyak RM 10 billion daripada Amerika.
Dalam bentuk apa? USD?

Mari kita kira pula berapa USDkah RM 10 billion.
lebih kurang 3 bilion USD sahaja.

Mari kita lihat berapa kecilkah 3 bilion USD itu.

Wang USD yang dicipta atau dicetak untuk menyelamatkan 2 syarikat gadaian Amerika adala 700 bilion.

Betapa kecilnya "3" berbanding "700".
0.4 % sahaja

Itu cetakan dollar untuk selamatkan 2 syarkat itu sahaja, belum kira lagi cetakan USD untuk selamatkan Syarikat Perbankan, Industri permotoran.

Dipendekkan cerita, Amerika memerlukan tidak sampai 1 peratus duit yang dicetak untuk mendapatkan lebihan barangan sebanyak RM 10,000,000,000.00

Berapa tan minyak sawit?
Berapa tan getah?
Berapa Tong Minyak?

Apa yang Malaysia dapat dengan lebihan barangan yang kita beri mereka?
Emas? Perak? atau hanya cebisan kertas?

Dengan Malaysia, mereka dapat lebihan barangan sebanyak itu, bayangkan berapa banyak lebihan barangan yang mereka dapat dari China, India, Indonesia, Korea, Jepun.

Adakah Amerika masih lagi mempunyai emas dan perak untuk membayar lebihan barangan yang diimport dari negara lain?

Kalau tiada emas dan perak, bayar dengan kertas cukup lah.

Dunia mencintai kertas yang diberikan oleh Amerika itu.

Sabtu, 20 Disember 2008

Kerana Dinar dan Dirham Krisis Berlaku?

Ulasan saya di catatan blog Dr Halimah yang mengatakan krisis Ekonomi Berlaku kerana mengejar Dinar dan Dirham, (tetapi dibaca sebagai dollar dan sterling).


Apabila Dr Halimah berkata:

Dinar dan dirham tak berdosa dan bersalah. Sebab dirham dan dinar dijadikan matlamat dan matlamat itu pula menghalalkan cara mendaptkannya, maka dek kerana nawaitu dah silap, natijahnya pun jadi tak betul. Ok ke response di atas. Contoh lain, makanan: hidup nak makan atauu makan nak hidup? salahke nak hidup? Hidup itu untuk apa pulak?


Saudara Sebol, banyak hadith tentang kehidupan dunia menyebut secara khusus dinar dan dirham. Tk.


Dan kemudian saya jawap.
Bagi saya jikalau semua orang mengejar emas dan perak, krisis ini tidak berlaku.
Krisis berlaku apabila mereka tetap mahu menguasai dunia walaupun tidak cukup emas dan perak, mahupun komoditi) untuk menguasai dunia.

Bagi saya "Pengejaran terhadap emas dan perak" adalah ubat kepada krisis ekonomi.

baca:


Dr Halimah.

Banyak Hadis yang berkata tentang emas dan perak, dinar dan Dirham , satu simbol kekayaan.
Namun apa yang terjadi sekarang ini sehingga menjadi krisis adalah disebabkan mereka (orang barat) meninggalkan fungsi emas dan perak sebagai matawang.

crime of 73, membunuh fungsi perak sebagai matawang,

goldstandard , mewujudkan emas yang kononnya ada.

bretton wood, menyebabkan emas hanya boleh ditebus oleh Amerika

Kemudian Nixon, hapuskan kaitan emas dengan dollar.

Kemudian, penawaran palsu terhadap emas dilakukan supaya merendahkan nilai emas, emas yang kononnya ada di centralbank USA telah di “pinjamkan” untuk memenuhi permintaan.

Emas ditekan, perak ditekan oleh USD.

Amerika membeli minyak murah selama lebih 20 tahun dari umat Islam kerana sebab itu.

Umat islam tidak nampak.

Dinar dan Dirhamlah akan jadi penyelamat pemanipulasian ekonomi oleh barat,
Bayangkan, mereka (Amerika) boleh menguasai dunia walau kehabisan emas?
Syarikat yang menagih bailout itu bukan tagih emas dan perak, mereka hanya dapat dollar yang tiada tetapi di adakan.

Kalau dunia guna emas dan perak kembali, Amerika tidak mampu nam sediakan emas dan perak untuk syarikaat yang dibailout itu.

mmaksudna selagi guna wang kertas, selagi itu syarikat amerika boleh hidup.
Mana adil?

Bila Asia krisis dulu, Syarikat Amerika boleh telan syarikat Asia, tetapi bila dia bermasalah, dicetakpula dollar untuk mereka.

Khamis, 18 Disember 2008

Wang Kertas Punya Pasal, Dinar dan Dirham Dapat Tahi

Krisis ekonomi berpunca daripada wang kertas, tetapi Dinar dan Dirham turun dipersalahkan oleh Dr Halimah?

Tak faham.

Google+ Hasbullah Pit