test

Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2009

Kebolehgunaan: Kurang daripada 80 Aksara

Saya sememangnya menggemari penulisan Rausyanfikir di alamat blog rausyanfikir.com.

Namun terdapat satu perkara yang cukup saya tidak gemar di blognya, bukan kerana kandungannya tetapi kelebaran kolum catatannya. Terlalu lebar supaya mata biasa membacanya.

Ambil satu contoh catatan.


Hari Keluarga Nursi





(sila klik untuk besarkan).

Berapa kelebaran ayat yang dipilih pada gambar di atas?

sebol@ubuntu-sebol:~$  echo "Seperti biasa, penghujung semester akan diadakan pelbagai jenis hari keluarga, dan hari keluarga Jemaah Islam Kampus"|wc
      1      16     117


117 aksara!


Sejak berkurun yang lalu, mesin taip dicipta hanya boleh memuatkan 80 huruf dalam satu baris.

Apabila komputer dicipta, terminal yang ada juga menggunakan lebar 80 asksara. Ada juga jenis terminal yang lebih daripada itu, tapi jarang-jarang ada.

Program terminal moden, seperti gnome-terminal juga menyediakan kelebaran 80 aksara.

Pakar kebolehgunaan mengatakan mata manusia tidak sesuai untuk membaca sesuatu yang terlalu lebar.

Surat khabar, pula menggunakan lebar kolum yang lebih kecil. Supaya mudah di baca.

Jadi apa jadi kalau lebar kolum di blognya dikecilkan sehingga ke paras "80" pada gambar di atas.
(dengan mengecilkan kelebaran pelungsur web)


Ia akan menjadi lebih mudah dibaca.

Terdapat 2 cara melaraskan kolum supaya ia menjadi lebih kurang 80 aksara,
1. kecilkan kolum
2. besarkan tulisan.
3. kedua-duanya sekali.

Disebabkan tulisan di blog ada yang jenis kelebaran tidak tetap, dan jenis tulisan pada pembaca yang berbeza juga berlainan, maka nilai 80 itu adalah nilai anggaran sahaja.

Untuk meningkatkan tahap kemudahbacaan blog, nilai itu boleh diturunkan sehingga 75 dan tulisan dibesarkan sedikit.

Maka ramai lah gadis-gadis akan tergila-gilakan rausyanfikir.

Isnin, 15 Disember 2008

Catatan Terhangat kini di Beras Padu, bukan Malaysiakini

Terima kasih kepada Solehpolysas yang menulis tentang feedjit, walaupun catatannya ringkas mengenai Feedjit, tetapi dia telah membangkitkan idea kepada saya.

Daripada situ, saya menjumpai catatan popular di Malaysia berdasarkan Feedjit.


Kemudian saya mendapat ilham untuk mewujudkan wiget "Terhangat Hari ini" di Beras Padu




Jadi tidak perlu ke laman Feedjit.

Catatan yang timbul disitu adalah catatan yang popular dikalangan pengguna Feedjit, bagaimana ia popular, tanyalah tuan punya catatan itu sendiri. Mungkin kerana penulis itu sendiri popular.

Sila ke Beras Padu

Catatan Blog Paling Popular di Malaysia Hari Ini

Saya terjumpa satu URL dimana cukup sesuai untuk kita rujuk, apakah catatan blog paling popular hari ini di Malaysia.

Walaubagaimanapun, catatan blog popular itu hanyalah dikalangan pengguna feedjit sahaja.


Sila tandabuku URL ini

http://feedjit.com/news/MY/?s=p


atau

dalam Bahasa melayu sahaja
http://feedjit.com/news/MY/10/lang-ms/

Khamis, 25 September 2008

Skuad DUN Batu Caves Disindir Anwar Ibrahim kerana spam Malaysiakini?

Skuad DUN Batu Caves, juara baru dalam kegiatan Spamming Malaysiakini yang menjijikkan itu kini disindir oleh Anwar Ibrahim?

Anwar Ibrahim kini mempromosi kempen Etika Penyebaran Maklumat.


Kita perlu mempertahankan etika dalam menyebar maklumat tanpa sebarang kecelaruan fakta.

Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai!

Ahad, 14 September 2008

Ruang Putih dan Perenggan: Petua Kebolehgunaan Blog

Hari ini Saudara Tawel Sensei telah menulis tentang petua kebolehgunaan blog dengan menggariskan 4 petua.


1. Elakkan tulisan cerah berlatarbelakangkan gelap.
2. Saiz tulisan jangan terlalu kecil.
3. Elakkan penggunakan Shoutbox/Chatbox/Chatterbox
4. Jangan automainkan bunyi.


Hari ini saya akan menulis tentang ruang putih, sebagai salah satu kaedah meningkatkan kebolehgunaan terutama sekali kemudahbacaan.

Ruang putih, Ruang putih.


Ruang putih tidak semestinya putih, ia boleh juga menjadi kuning lembut asalan ianya ruang yang tidak digunakan dalam susunatur blog anda.


Perkara penting untuk membanyakkan ruangputih ialah dengan membuat perenggan dalam penulisan. Cukupkan dengan menghadkan sehingga 3 ayat dalam satu perenggan.

Saudara Tawel Sensei sendiri mengamalkannya tetapi dia tak nyatakan dalam tip tadi.Ruang putih juga boleh diperolehi dengan memilih templat yang baik.

Sekiranya templat itu terlalu banyak kotak, maka sedikit sahaja ruang putih yang boleh diperolehi.Ianya kelihatan seperti pembaziran ruang akan tetapi ia memudahkan pembacaan.

Sebolehnya, tajuk hendaklah tidak duduk di dalam kotak, cukup sekadar tulisan besar, atau ada garisbawah.

Hati-hati jika anda menyalin menggunakan Internet Explorer, kerana ia akan menyebabkan kehilangan perenggan. Maka perlukan anda membuatnya secara manual.

Kalau mengikut mahzab Tawel Sensei, chatbox akan mengalih tumpuan pembacaan sesuatu catatan. Maka bar tepi dibolehkan untuk berserabut, supaya pembaca akan tertumpu kepada catatan blog?


Sebenarnya, bar tepi tidak perlukan banyak kotak, maka blog saya bukanlah satu contoh yang baik untuk menambah kebolehgunaan di bahagian tepi.


Kepada pengguna mahir, mereka boleh menggunakan CSS untuk menambah ruang putih dengan menjarakkan baris ayat.


#content {
  line-height: 1.2em;
}


Juga boleh menggunakan CSS untuk menambahkan ruang antara hujung tulisan dengan tepi dinding.

Terdapat satu mahzab lagi berkenaan ruang putih yang dikenali Mahzab Mahathirisme.
Dia membuat perenggan dengan baik, dan meletakkan nombor pada perenggan supaya ia senang dibaca.


Bacaan tambahan:
White Space di performancing.com

Ahad, 31 Ogos 2008

Carta Aliran Maklumat Blog Tempatan

Carta ini telah saya buat untuk menggambarkan aliran maklumat blog-blog.
Sila klik pada imej untuk melihat gambar yang lebih jelas.


Carta menunjukkan bagaimana sesuatu catatan blog diangkat oleh robot dan manusia.
Dimana anda?
Ada yang membaca blog satu persatu.
Ada yang membaca blog dari Beras Padu.
Ada yang membaca blog dari pembaca RSS jenama kesukaannya.
Ada yang suka baca upcoming di Negaraku.net

Adakah anda tergolong dalam golongan yang suka membaca blog satu persatu?
Masuk sahaja blog itu, "Alamak belum kemaskini"


Panah yang berwarna biru adalah aliran yang dilakukan oleh manusia, dimana pembaca yang boleh mengangkat sesuatu catatan blog supaya naik. Pembaca di Beras Padu boleh hantar dan undi ke Negaraku.net. Setiap catatan yang popular akan digabungkan dengan catatan yang dipilih secara manual oleh "Editor" Beras Terpilih.

(Editor : mudin , Ezza, Jed dan saya)

Panah berwarna hitam adalah aliran yang dilakukan oleh mesin iaitu menggunakan RSS.
Google Reader menarik suapan dari blog-blog, begitu juga Beras Padu.
Malaysiakita-bm dan The X Blog, dijana tanpa menggunakan manusia yang memilih catatan secara manual. hanya pemiliknya yang menentukan suapan mana yang dia mahu ambil.

Sarawho juga dijana oleh robot.

Petaling Street kes istimewa dimana ianya boleh dihantar secara manual ataupun automatik.

Kalau sebelum ini, catatan terpilih di Beras Terpilih memang bergantung kepada 4 orang "editor " ini, tapi selepas bergabung dengan RSS negaraku.net (Top News), maka sesiapa sahaja pun boleh menentukan catatan mana yang mampu disiarkan di Beras Terpilih, tetapi melalui Negaraku.net. Perlu daftar dahulu.

Anda tidak perlu menjadi blogawan untuk menggunakan negaraku.net ianya terbuka untuk pembaca blog.

Sekira anda sudah daftar dan logmasuk, maka senanglah anda mengundi (fave it) pada mana-mana catatan blog yang anda rasa berkualiti pada
  • laman blog itu sendiri (sekiranya ada wiget Negaraku.net) ATAU
  • laman upcoming / Top News ATAU
  • pada Beras Padu (pada bendera Malaysia kecil).
Terdapat blogawan yang meletakkan wiget Negaraku.net pada blognya seperti Jed Yoong. Sekiranya terdapat mana-mana catatannya yang anda rasa berkualiti, anda boleh klik "GO" untuk hantarkan catatannya bagi pihaknya.

Saya tidak berbohong apabila saya mengatakan saya sudah jatuh cinta dengan Negaraku.net, Lihatlah carta itu, betapa indahnya aliran maklumat.

Diharap Noktah hitam dapat menyediakan wiget lebih kecil dalam satu baris seperti

Fave it(6)
submit GO

Bang Bakaq dulu sudah letak, tetapi dia sudah keluarkan balik, mungkin kerana ia terlalu besar.

Isnin, 18 Ogos 2008

Tutorial Blogger: Mengesan Daripada Mana Pengunjung Masuk

Daripada catatan lama saya tentang "Mekanisme Pengesanan Pautan", ianya lebih kepada mengenalpasti siapa yang membuat pautan kepada sesuatu catatan,

Pengguna blogger beruntung kerana blogger.com menyediakan linkback.

Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna blogger membuat pautan ke wordpress (yang menggunakan Trackback), blogger tidak boleh ping ke wordpress, melainkan guna cara manual yang saya pun belum jumpa.

Cara tambahan untuk mengesan siapa yang membuat pautan ke blog anda (termasuk wordpress) ialah menggunakan jentera carian.

1. Masuk blogsearch.google.com kemudian cari "link:hamirdin.blogspot.com"

Cara diatas hanyalah untuk mengesan pautan daripada catatan blog.
Adakalanya pengunjung masuk daripada pautan yang dibuat diluar kandungan blog, sebagai contoh dari pautan di bar tepi, pautan di laman web lain.

Kita hanya dapat tahu apabila orang masuk.

Ada banyak cara untuk mengesannya, tak dapat nak diterangkan semuanya kecuali cara yang saya suka guna atas sebab mudah.

Extreme-tracking

Sejak 10 tahun yang lalu saya peminat extreme-dm.com sekarang ini sudah jadi extremetracking.com
tutorialnya ada di sini

Statistic Installation Manual




Zaman sudah berubah, ramai orang sudah gunakan google-analytic, tapi saya tetap sukakan extremetracking.

Google analytic lebih terperinci, boleh kesan daripada mana orang masuk bagi setiap catatan.

Zaman berubah lagi, pengguna lebih sukakan sesuatu yang pantas, maka feedjit menjadi penyelesaiannya.
Masuk sahaja di feedjit.com untuk mendapatkannya. (klik pada Add it di LIVE TRAFIC FEED")
Feedjit live traffic lebih sesuai untuk trafik semasa sahaja. Kelebihannya kita boleh nampak daripada mana seseorang itu terus ke halaman mana. ATAU dari laman kita yang mana satu dia klik ke laman lain.

Ada beberapa aplikasi yang bukan khusus untuk statistik, tetapi boleh menyiarkan statistik.

Mybloglog.

Mybloglog sebenarnya bukan untuk statistik tetapi ia mempunyai ciri statistik, dimana setiap hari, selepas pukul 5 petang, kita boleh lihat daripada laman mana orang masuk pada sesuatu hari.
Laman mana yang paling popular hari ini (daripada 5 petang semalam hingga 5 petang hari ini)

Sekiranya anda telah mempunyai akaun mybloglog dan telah menambah laman blog di situ, Klik "statistics" dan boleh dapat statistik harian. Maklumat ringkas berikut disediakan.
Pada tempoh itu:
1. daripada mana ramai orang masuk,
2. laman mana paling popular, dan
3. kemana orang klik.




Agensi pengiklanan seperti Nuffnang juga menyediakan statistik,




Ahad, 17 Ogos 2008

Tutorial Blogger: Membuat Wiget Carian Pada Blog

Salah satu ciri-ciri kebolehgunaan blog yang utama ialah blog mestilah menyediakan kemudahan carian supaya pengunjungnya mudah mencari catatan lama.

Jangan risau, Blog yang tidak mempunyai juga tetap diiktiraf sebagai blog walaupun tidak mempunyai carian. Blog anda tidak akan menerima nasib yang sama dengan pluto yang kehilangan status "planet".

Ini tutorial khas untuk Prof Hamirdin yang meminta pengunjungnya membaca catatan lama.
Blognya bukan blog berita dimana catatan lama akan luput, blognya tidak mensyaratkan "mesti_baca_yang_baru".

Tutorial ini khusus untuk pengguna blogger.com (Orang kampung panggil blogspot).

Tutorial Membuat Wiget Carian di blog blogger.com (blogspot)


1. Pergi ke Dahsborad dan seterusnya "Layout" "Page Element"
2. Add a Gadget, pilih HTML/Javascript




Salin dan tepekkan teks di atas.
dan kemudian simpan.

Siap.


Sekiranya anda bukan "hamirdin", sila tukarkan hamirdin kepada yang bersesuaian dengan blog anda.

Selasa, 12 Ogos 2008

Saya Sudah Jatuh Cinta Dengan Negaraku.net

Saya Sudah Jatuh Cinta Dengan Negaraku.net

Apa tu Negaraku.net?

Ianya klon kepada digg yang bagi saya sesuai untuk kandungan blog tempatan terutama sekali blog politik dan separa politik berbanding rockyourvote, innit, dan layann.

Negaraku.net bukan Agregator RSS, kerana ruangan agregator RSSnya telah berpindah ke sini

Jadi apa kelebihan negaraku.net berbanding 3 pencabarnya itu? Entahlah.
Bagi saya kandungan sedia ada didalamnya lebih bertamadun berbanding lain, jadi bagi blogger yang bertamadun ayuh daftar negaraku.net dan letakkan wiget negaraku.net pada blog anda.

Sekiranya tidak meletakkan wiget pun boleh juga, tetapi sukarlah pengunjung setia anda yang berjuta-juta itu untuk mengundi anda.

Pengunjung blog ini, jemput daftar di negaraku.net untuk mengundi catatan-catatan saya yang anda rasa menarik. Anda tidak perlu menjadi blogger untuk mengundi.
Atau anda juga boleh mengundi catatan yang anda rasa menarik di kemasukan baru (Latest Buzz)


Bagi menulis blog yang sudah mendaftar, maka bolehlah belajar bagaimana meletakkan tag Negaraku.net di blog anda. Bagi pengguna blogger.com, anda hanya perlu perlu "layout" --> "Edit HTML" --> Expand HTML untuk meletakkan HTML itu.


Bagi penulis blog yang menggunakan feedburner, anda boleh menambah tag negaraku.net pada suapan RSS anda menggunakan 'FeedFlare'.

Kepada pelanggan RSS Beras Terpilih, tag "fave it on Negaraku!" juga disediakan.
(klik sini untuk langgan RSS Beras Terpilih menggunakan Google Reader)

Lihatla betapa indahnya aliran maklumat.

Daripada blog-blog yang dibaca oleh saya, jed, mudin, dan erisar, kemudiannya dipilih, dan kemudiannya pengguna boleh membaca catatan terpilih itu untuk dipilih lagi di negaraku.net oleh orang ramai.

Noktah hitam, Saya nak beli 20% negaraku.net? mahu jual?

Rabu, 30 Julai 2008

Tips Blogger: Jangan Putihkan Warna tulisan blog anda Secara Manual

Terdapat penulis blog yang mempunyai blog berlatarbelakangkan gelap, akan tetapi oleh kerana tulisan asal adalah tidak cukup putih untuk menerlahkan tulisan itu, maka terdapat blogger yang memutihkan tulisannya secara manual pada kandungan blog.

Apa akan Jadi?

Sekiranya blog dibaca pada laman blog sahaja, ia akan kelihatan elok, akan tetapi apabila blog dibaca oleh pembaca rss seperti googlereader, tulisan mungkin tidak kelihatan langsung.

Lihat contoh:



Jadi apa penyelesaiannya?
Menurut konsep web 2.0, kandungan dipisahkan dengan pengformatan melainkan yang tidak melibatkan warna dan jenis tulisan.

Sila lihat video ini

Isnin, 28 April 2008

Ke Arah "Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia" #2 Mekanisme Pengesanan Pautan

Mekanisme Pengesanan Pautan

Salah satu matlamat berblog adalah untuk menyampaikan maklumat dan menerima maklumat akan tetapi terdapat banyak blog yang satu hala sahaja.

Hanya memberi maklumat dan menerima maklumat di blognya sahaja.

Akan tetapi banyak terjadi maklumat perihal empunya blog dipautkan daripada blog lain.

Pautan kepada blog boleh dibuat ke laman utama blog, atau ke pautantetap sesebuah catatan.

Sebagai contoh, Ali Rustam membuat catatan blog tentang Lee Kah Choon, Oleh kerana dia popular, maka banyak blog lain yang membuat pautan ke catatan itu.

Akan tetapi Ali Rustam tidak dapat menjumpai siapakan yang membuat catatan blog menceritakan tentang catatan blognya itu. Melainkan dia mempunyai mekanisme mengesanan pautan.

Bagaimana dia hendak tahu yang adanya pihak lain yang bertanyakan apa maksud optunis.

Jadi Memang setiap blog organisasi politik atau ahli politik perlu menyediakan mekanisme pengesanan pautan, samada ianya tertutup atau terbuka.

Mekanisme pengesanan pautan secara tertutup adalah dengan mengadakan statistik seperti googleanalytic atau extreme-dm atau sitemeter dimana dia boleh lihat daripada mana datangnya pengunjung.

ATAU

Secara separuh terbuka, dimana statistik boleh dilihat oleh pengunjung.
Kebiasaannya ia tidak menunjukkan ke artikel manakah pengunjung datang.

Bagi mengesan pautan bagi setiap catatan, terdapat 2 cara yang diintegrasikan dengan blog untuk mengetahui siapa yang membuat pautan terhadap catatan tertentu.

sebagai contoh, platform blogger menggunakan protokol backlink. Ini tutorial cara menghidupkan backlink pada blogger.

Contoh backlink di platform blogger:


Akan tetapi platform blogger tidak menyokong protokol trackback seperti yang digunakan oleh wordpress atau platform lain.

sebagai contoh, catatan Rastom ini mempunyai maklumat tentang SHEN YEE AUN telah membuat pautan kepadanya.




Terdapat juga cara lain, iaitu menggunakan pihak ketiga untuk mengesan pautan. Sebagai contoh, Anwar Ibrahim menggunakan technorati sebagai pengesan pautannya.



Terdapat juga cara melampau untuk mengesan pautan, seperti anilnetto. Dengan cara membuat suapan RSS kepada blogsearch "link:anilnetto.com"



Kemudian ditiru oleh saya.




Jadi, Cadangan garis panduan penarafan blog politik Malaysia adalah:

"Menyediakan mekanisma pengesanan pautan samada ianya tertutup atau terbuka."

Sabtu, 26 April 2008

"Beras Terpilih" bukan RSS Agregator seperti Sarawho dan Beras Padu

Terima Kasih diucapkan kepada Penarek Beca yang telah membuat pautan ke Beras Terpilih akan tetapi menggunakan nama "Agregator".

Akan Tetapi dimaklumkan bahawa Beras Terpilih dijana secara manual oleh editor-editornya iaitu Mudin001, Ezza , Jed Yoong.

Ianya bukanlah seperti Agregator RSS yang buta tuli menerima bulat-bulat semua maklumat seperti Beras Padu, Sarawho, Petalingstreet ....
Tidak dilupakan Malaysia-bakaq.

Terdapat unsur "memilih" berlaku oleh keempat-empat orang editor yang tidak profesianal ini.

Konsep Beras Terpilih itu sendiri "Bidan terjun", berdasarkan sikap suka berkongsi yang mulia oleh editor, maka ia lahir.

Di sini saya ingin bercakap tentang "Aliran maklumat media alternatif".

Dari ruang lingkup pemikiran Ali Rustam, mudah sahaja, katakan sahaja semua ADUN mesti ada blog. Akan tetapi itu bukanlah penyelesaian terbaik, kerana siapa pula nak baca blog-blog kalau blog bersawang yang bersepah.

Beras Padu dan Malaysia-bakaq mungkin penyelesaian sementara untuk mendapatkan maklumat media alternatif.

Akan tetapi banyak pihak yang lebih suka salintepek artikel berita di blog masing-masing dan menjadikan agregator berulang-ulang menceritakan perkara sama.

Oleh kerana Tandabuku Sosial adalah terlalu asing bagi pengguna internet Di Malaysia, maka Beras Terpilih mungkin penyelesaian terbaik untuk mendapatkan maklumat "terpilih".

Setelah beberapa hari Beras Terpilih beroperasi, maka saya dapati terdapat satu kelemahan besar Beras Terpilih iaitu, Editor tidak boleh memilihberas artikel yang tiada dalam senarai googlereadernya.

Jika Mudin terjumpa satu atikel yang menarik untuk dikongsi tetapi tidak dilanggan oleh googlereadernya, maka dia terpaksa langgan suapan rss itu supaya dia boleh pilih artikel itu.

Bagaimana kalau artikel itu tidak diletakkan pada laman yang ada RSS seperti laman web kuno seperti Melaka Hari Ini?

Jadi, Sementara mencari idea untuk penyelesaian yang lebih baik, maka Beras Terpilih perlu diteruskan dengan merekrut 2,3 editor tambahan.

Rabu, 23 April 2008

Greenboc mengAliRustamkan Ahli Parlimen PAS

Suatu ketika dulu, di saat Ali Rustam menyarankan semua ADUN perlu ada blog, hampir tertawa di hati saya. Kali ini grenboc pula MengAliRustamkan dirinya.

Jangan marah Greenboc, KM kita juga.

Mengapa Ali Rustam memilih penyelesaian sebegitu, mungkin kerana dia terlalu paranoid dengan blog.

Sebenarnya dia boleh mencari 1 penyelesaian dimana semua ADUN boleh tulis di satu blog atau laman CMS sahaja.

Tetapi dia sepahkan mengikut ADUN / MP, sudahlah 1 orang penyelengara perlu menjaga 3 atahun lebih blog ADUN. di mana ADUN itu sendiri tidak komited untuk berblog.

Tugas utama ADUN atau AP adalah sebagai wakil kepada rakyat dan bukannya wakil kepada bloggers.

ADUN berkomunikasi dengan rakyat dalam dunia nyata, apabila ADUN berblog, dia akan habiskan lebih masa dengan warga diluar DUN berbanding warga di dalam DUN.

Oleh itu, komunikasi terbaik ialah menggunakan kertas, papan notis atau mungkin SMS.

Atau mungkin, jika ADUN ingin memberitahu sesuatu, selitkan sahaja sebagai iklan surat khabar.

Sekira seseorang ADUN/AP itu tidak komited berblog, maka tidak perlu berblog.

Apa erti ada blog atas nama sendiri tetapi ia menjadi siaran ulangan harakah atau media lain?
Adakalanya tanpa sepatah pun apa yang dikatakan olehnya.

Cuma bila ADUN atau MP tiada blog, dia akan sedikit ketinggalan kebelakang. Akan tetapi jika dia kerap mengeluarkan kenyataan yang dihantar ke media, dia tidak akan kebelakang.

Walaubagaimanapun penyelesaian perlu ada supaya Ahli Parlimen boleh menyuarakan kenyataannya di dunia web ini.

Jadi adalah lebih baik diadakan penyelesaian peringkat negeri, dimana pada 1 tempat yang sama ADUN/AP boleh keluarkan kenyataannya sendiri atau catatannya sendiri. Suapan RSS sendiri.

Andainya ADUN hendak berblog sendiri, pastikan ia tersuap ke penyelesaian peringkat negeri.


Walaubagaimanapun saya ingin menyatakan kemusyikalku tentang budaya berblog PAS yang kurasa berlainan sungguh dengan budaya berblog di mana-mana.

Kenapa Banyak blog PAS menggunakan huruf besar pada tajuk?
Kulihat blog-blog di Petaling Street, Sarawho hampir semua tajuk huruf kecil.
Akan tetapi bila banyak blog PAS di Beras Padu, amat nyata budaya ini popular di Kalangan PAS.

Dari mana datangnya budaya tidak tulis tajuk di ruangan tajuk, tetapi meletakkan tajuk di ruangan catatan, kemudian ia dimerahkan.

Daripada mana datang budaya tulis ulasan kecil di artikel salin tepek?
Mungkin dari Rickywan.

Dari pada mana datang budaya tulisan warna berlainan untuk perenggan berlainan?

Daripada mana budaya letak gambar "taknak BN" banyak-banyak?

Walaubagaimanapun tahniah kepada greenboc kerana berani menegur.

Beras Terpilih (BETA)

Oleh kerana Beras Padu terlampau sendat dengan catatan blog, kalau saya memilih laman blog yang terbaik sekalipun ia akan menjadi umpama sampah.

Akan tetapi Beras Padu tetap sesuai untuk golongan yang suka membaca.

Beberapa hari lalu, saya tertarik dengan komitmen Tok Mudin untuk berkongsikan catatan blog mana yang dia suka.

Saudari Ezza pun mula mencuba "Wiget Google Reader Tok Mudin dan OPML Beras Padu" dengan jayanya.

Jed Yoong, memang sudah ada Wiget Google Reader di blognya.

Di akan kesungguhan 3 insan ini untuk berkongsi maklumat, maka saya sediakan Beras Terpilih untuk mereka.

http://beras-terpilih.blogspot.com/


Dalam masa beberapa jam bermain dengan RSS dan CSS, maka jadilah ia.

Saya tidak pasti ia akan berjalan seperti yang saya rancangkan atau tidak.

Hanya mereka bertiga sahaja yang mempunyai kuasa catatan blog manakah yang bersepah di sferablog ini untuk mereka pilih. Mereka adalah umpama ketua editor di dalam media alternatif ini.

Saya sendiri tiada kuasa untuk memilih catatan untuk diberasterpilihkan.

Si Pemilih Beras:

Ahad, 20 April 2008

Ke Arah "Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia" #1

Banyak perkara yang perlu dikaji untuk membentuk Garis Panduan Blog Politik Malaysia.

Perkara penting ialah "kebolehgunaan" atau bahasa Inggerisnya ialah usability.

Kebolehgunaan adalah faktor penting yang perlu diambil kira oleh semua orang yang terlibat dengan antaramuka samada membangunkan perisian, menerbitkan bahan bacaan, merekabentuk mesin atau segala yang melibatkan hubungan manusia dengan benda.

Di dalam senario ini, Pengunjung adalah manusia, blog adalah benda.

Garis Panduan Blog Politik Malaysia tentulah sukar untuk mewajibkan kebolehgunaan, akan tetapi hanya boleh mencadangkan pemilik blog atau penyelenggara blog untuk membaca artikel berkaitan dengan kebolehgunaan blog.

Oleh itu saya senaraikan bahan bacaan:


Nampaknya ada juga perkara dimana blog saya sendiri tidak menepati kehendak kebolehgunaan

Sabtu, 19 April 2008

Usul Menteri Kekkwa Kabinet Bayangan Beras Padu diterima

Menteri Kekkwa KBBP, Y.B Rastom telah mengusulkan penubuhan satu suruhanjaya penarafan Blog ADUN/MP.


Saya dengan ini sebagai Menteri Kekkwa Siber Malaya mengusulkan supaya TYT mencadangkan penubuhan satu Suruhanjaya Penarafan Kelayakan MP/Adun menilai blog blog wakil rakyat Malaysia dari pelbagai aspek seperti penggunaan bahasa yang baik, isu yang relevan dan mana mana blog yang gagal ini di berikan apa apa hukuman mandatori.

Saya telah menerima usul ini dan berpendapat satu suruhanjaya perlu ditubuhkan diperingkas siber, untuk memartabatkan budaya berblog politik di Malaysia.

Cadangan nama suruhanjaya ialah "Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia". Dimana ia merangkumi:

  • Blog ADUN/MP
  • Blog Parti Politik
  • Blog Ahli Politik
  • Blog Sayap Parti politik, seperti Dewan-dewan PAS, AMK, Puteri/Putera/wanita UMNO, dan apa pun sayap politik. .. yang rasmi sahaja.
Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia yang akan dibentuk itu tidak mempunyai kuasa, akan tetapi hanya mencadangkan blog politik badan tertentu itu mengikut garis panduan yang disediakan.

Garis Panduan akan terbahagi kepada 2, dimana terdapat perkara wajib yang dipatuhi sebelum dapat penarafan. Dan perkara yang digalakkan sahaja.

Untuk mendraf Garis Panduan Wajib dan Garis Panduan galakan agak memeningkan kepala kerana banyak perkara perlu dikaji.
Dari soal bahasa, soal nettique, soal ciri-ciri blog yang perlu ada dan lain-lain.

Saya sedang mengkaji, akan tetapi pengunjung bolehlah mencadangkan perkara wajib dipatuhi sebelum dapat penarafan dan perkara galakan.

Jadi, sementara saya mendrafkannya, sudikanlah nyatakan perkara apakah yang wajib, perkara apakah yang hanya "galakan".

Adakah Tajuk Catatan blog "Title Case" adalah wajib?
Adakah Ulasan terkini wajib dipaparkan? atau hanya galakan?

Orang Melayu Fobia-maaf?

Hari ini ada istilah baru pula, "Fobia-maaf".

Saya bukan hendak melacurkan Bahasa Melayu seperti UMNO Melaka, akan tetapi ianya istilah baru, anggaplah ia sebagai inovasi bahasa kerana DBP belum keluarkan istilah khas untuk senario ini.

Nik Nazmi dan Bossnya kedua-duanya mempersoalkan kenapa begitu sukar untuk orang UMNO memohon maaf.

rujuk:

Kenapa Sukar Memohon Maaf?» Anwar Ibrahim
Isu Kehakiman: Kerajaan Tidak Meminta Maaf» niknazmi.
com

Akan tetapi, sememangnya mereka tidak memohon maaf.

Najib: Payment is no apology» YouTube :: Videos by malaysiakini
PM promises bold judicial reforms but no apology» Kembara Minda Perjuangan...
LIVE COVERAGE: PM announces Judicial Commission, stops short of apology» anilnetto.com
Selama inipun memang tidak kedengaran pemimpin UMNO yang ada mengeluarkan kenyataan meminta maaf.

Seolah-olah jatuh maruah mereka jika memohon maaf.

Ingatkah lagi tentang kes Lim Kit Siang yang cuba memboikot Majlis angkat sumpah, tak sampai 24 jam, dia memohon maaf.

Ketika itu semua orang mengkagumi Lim Kit Siang, martabatnya diangkat sebegitu tinggi.

Begitu juga Dr. Chua Soi Lek, dia mengaku melakukan perbuatan terkutuk, tetapi dia memohon maaf secara terbuka. Walaupun terpaksa mengulanginya.

I have already admitted and apologized for it, both to the public and the people who matter most to me, my family. I have also resigned from all government and party posts.


Dia sudah memohon maaf kepada orang ramai, dan terpulanglah kepada orang ramai untuk memaafkanya atau tidak.

"Kemaafan" sepatutnya boleh dijadikan titik pemusingan diantara "benci" kepada "tidak benci".

Jika satu Malaysia memaafkan dia dan mengangkat dia kembali, itu adalah hak rakyat.

Ketuanan Rakyat.. Ketuanan Rakyat.. Ketuanan Rakyat.


Di negeri Melaka, Ali Rustam terlanjur kata di dalam blognya, akan tetapi tindakannya ialah menutup komen, dan memadam catatan blognya itu tanpa memohon maaf.

Adakah dia Fobia-maaf? Mungkin ya.

Akan tetapi, jika dia membuat lagi 1 catatan blog memohon maaf, saya rasa martabatnya akan diangkat oleh rakyat. Tak hairan kalau ada yang cadangkan dia supaya bertanding Presiden UMNO.

Kerana dia mungkin satu-satunya ahli UMNO yang bukan fobia-maaf.

Lihat Anwar Ibrahim, Kesilapan ejaanpun dia minta maaf, Kesilapan orang lain pun dia yang minta maaf.

Adakah orang Melayu fobia-maaf? atau peminpin UMNO sahaja yang fobia-maaf.

Adakah peminpin Pakatan Rakyat fobia-maaf?

Mari kita buang Fobia-maaf dari dunia politik Malaysia dan dari dalam diri setiap Rakyat Malaysia termasuk diri saya. Semoga martabat Malaysia dijulang setinggi-tingginya.

Akhir kata, saya memohon maaf jika catatan ini menyinggung perasaan pembaca.






Jumaat, 18 April 2008

Wiget Google Reader mahzab bakaq a.k.a. ~penarik beca

Ini adalah sambungan artikel kepada "Wiget Google Reader Tok Mudin dan OPML Beras Padu" Akan tetapi menggunakan kepakaran "bakaq a.k.a. ~penarik beca" yang mempunyai anak yang rajin berSMS.

Sebab musabab mengapa perlu wiget ini adalah untuk memperitahu pengunjung apa yang kita sudah baca , menyukainya dan ingin berkongsi kepada pengunjung.


Langkah-langkah Wiget Google Reader mahzab bakaq a.k.a. ~penarik beca

1. Salin alamat pautan bagi RSS PUBLIK VIA BAKAQ.(copy link location)
2. Buka google reader. http://www.google.com/reader/view/
3. "Add Subscription" dan tepekkan URL RSS PUBLIK VIA BAKAQ.

Tandakan catatan blog menarik yang anda ingin kongsikan menggunakan "share" di bahagian bawah sesuatu artikel.





Di ruangan "Your Shared item", akan ada satu pautan "Put a clip on your site or blog" untuk menambahkan wiget perkongsian Google Share anda.

Cara ini adalah lebih baik jika anda memang menyukai blog pilihan Penarik Beca. Setiap kali dia menambah suapan RSS baru, setiap itu ia akan dimasukkan ke googlereader anda.

Terpulanglah anda ingin menggunakan mahzab ini atau mahzab lagi 1.

Wiget Google Reader Tok Mudin dan OPML Beras Padu

Asalnya topik catatan blog ini ingin kujadikan sebagai "Tok Mudin yang bijaksana" akan tetapi ia kelihatan seperti mengampu pula.

Baru-baru ini, akibat daripada Tsunami politik, maka banyaklah blog politik yang timbul. Adakah ia baik atau tidak?

Tidak ramai blogger yang baru timbul itu benar-benar menyuarakan pendapat sendiri, akan tetapi lebih kepada kegiatan salin dan tepek artikel lain. Adakalanya sampai ke tahap tiada pautan tetap.

Walaupun Ia seolah-olah kelihatan baik untuk Pakatan Rakyat, lama kelamaan ia akan menjadi duri di dalam daging Kerana suara asal blog itu, berita asal blog itu ditenggelamkan oleh artikel salin/tepek itu.

Siapa nak baca blog Dewan X Kawasan Y kalau semua artikel didalamnya telah pun dibaca di Harakah atau media lain? Akan tetapi suara asal atau kenyataan rasmi atau aktiviti Dewan X Kawasan Y itu tidak kelihatan.

Mungkin atas sebab, pengendali blog Dewan X Kawasan Y ingin pengunjung membaca artikel itu, maka iapun ditepekkanlah.

Pengunjung blog, walaubagaimanapun tetap datang ke blog Dewan X Kawasan Y kerana masih terdapat catatan blog yang sememangnya berasal dari blog Dewan X Kawasan Y itu.

Jadi, Tok Mudin ada penyelesaiannya iaitu menggunakan wiget google reader share, untuk menyatakan "Engkau bacalah catatan blog berikut".


Bagaimana nak buat wiget sebegitu supaya pemblog Dewan X Kawasan Y mempunyai wiget sebegitu?

Cara Tok Mudin lakukan mungkin berlainan dengan cara yang akan saya ajar ini. Senarai blog yang dia baca adalah mengikut kesukaannya.

Oleh itu anda boleh gabungkan teknologi Beras Padu, dengan Google reader dan teknologi blog anda.

1. Muatturun OPML Beras Padu.(save as, atau save link as)
2. Buka google reader. http://www.google.com/reader/
3. Logmasuk jika belum logmasuk.
4. "Manage Subscription"
5. "Import/Export"
6. Muatnaik fail OPML Beras Padu tadi , Klik Upload.

Kemudian anda akan mempunyai banyak blog yang anda langgan di google reader anda. Buang yang anda tak suka, dan tambah yang anda suka menggunakan "Subscriptions".

kembali ke Google Reader, dan selamat membaca.

Sekiranya anda tidak mahu membaca menggunakan google reader, tidak mengapa.

Anda boleh membaca blog seperti biasa, dan hanya masuk ke google reader untuk menandakan "share" kepada artikel yang anda ingin kongsikan.



Di ruangan "Your Shared item", akan ada satu pautan "Put a clip on your site or blog" untuk menambahkan wiget perkongsian Google Share anda.

Rabu, 16 April 2008

Klon bagi Blog Ali Rustam

Jangan gundah gelana akibat, blog Ali Rustam tidak boleh diulas oleh pengunjung.

Entah mana datangnya Profesor Klon, telah mengklonkan Blog Ali Rustam secukup rasa dan disitu boleh ulas.

Alamat Blog Ali Rustam Klon adalah:

http://mohdalirustam2.blogspot.com/

Profil Ali Rustam pun diklonkannya.

Tahniah kepada profesor klon kerana telah mengklonkan Blog Ali Rustam supaya rakyat boleh bersuara.

Saya pun ada terfikir untuk melakukan perkara sebegitu memandangkan semua blog pembangkang di negeri Melaka tidak boleh diulas.

Mungkin saya akan kumpul semua suapan blog DUN melaka untuk diOPMLkan, dan letakkan di satu tempat yang semua orang boleh ulas.

Penyelesaian sedang dicari.

Joomla?
Planet + Haloscan?

Google+ Hasbullah Pit