test

Memaparkan catatan dengan label VCD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VCD. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mei 2009

Media Optik Tujuan Politik, VCD atau DVD?

Ini adalah lanjutan daripada catatan lama

Ruanglingkup pemikiran pengundi Kampung

Berkisar tentang media optik yang digunakan sebagai sebaran kegiatan politik yang disasarkan kepada orang Melayu, masih lagi banyak dalam format VCD.

Akan tetapi, apabila ianya disasarkan kepada kaum cina, automatik format DVD dipilih.

Ketika berlakunya skandal seks Dr Chua Soi Lek, format DVD digunakan sebagai sebarannya,

Baru-baru ini, ibupejabat DAP di geledah, dan format DVD yang dirampas, bukannya VCD.

Akan tetapi, pada masa yang sama, BN cetak 50,000 VCD kekecohan dalam Dun Perak 7 Mei lalu untuk dahulukan rakyat!

Ia menunjukkan , sekiranya ia bertujuan untuk disebarkan kepada semua orang, termasuk orang Melayu, maka format VCD akan digunakan.

Agak menghairankan juga, apabila media optik yang digunakan oleh Pakatan Rakyat, dijual ketika ceramah, juga dalam format VCD, Untuk sebaran kepada Melayu juga?


Ketika Pesta buku Antarabangsa KL 2009, yang lalu, saya mendapat media optik percuma, juga dalam format VCD.



Media yang digunakan oleh PKS, Partai Keadilan Sejahtera, untuk pengundi Indonesia, juga dalam format VCD.

Bila agaknya Format VCD ini nak mampus?
Kalau pengeluar media, masih lagi ragu samada orang melayu mampu membaca DVD atau tidak, selagi itu format VCD tidak mati.

Begitu juga industri filem, hanya beberapa syarikat filem melayu sahaja yang berani mengeluarkan medianya dalam bentuk DVD, kebanyakkannya VCD.

2 sumber media optik utama yang sering digunakan oleh orang Melayu, iaitu filem/drama dan ceramah masih banyak dikeluarkan dalam bentuk VCD.

Sekiranya 2 sumber ini mula berani beralih ke DVD, maka saya percaya, tidak lagi badan politik tidak memperlekehkan orang melayu bahawa, orang melayu mungkin tak boleh buka DVD.

Isnin, 7 Januari 2008

DVD Chua Soi Lek dan VCD Ceramah

Akhir akhir ini, Video lucah Menteri Kesihatan Chua Soi Lek disebarkan dalam bentuk Video DVD. Pada masa yang sama, saya dan rakan saya menebarkan VCD ceramah dari rumah ke rumah.

Ketika mulanya tersebar DVD Chua Soi Lek, maka saya terfikir, kenapa Format media skandal yang disasarkan kepada golongan Cina, lebih baik dari format media yang disasarkan untuk orang kampung?

Ketika saya menyebarkan VCD ceramah, kami perlu bertanya tuan rumah, samada ia mempunyai pemain VCD atau tidak.

Sambil mengedar risalah, saya terjenguk juga di dalam rumah orang, samada mereka ada pemain DVD atau tidak. Ada rumah yangmempunyai "Hi Fi complete set" yang boleh memainkan VCD. Nampaknya untuk dia naiktaraf kepada DVD, dia perlu beli 1 set yang baru? kebanyakan "HiFi" zaman sekarang pula tidak mempunyai "Line in".

Akan tetapi, jika rumah itu hanya ada pemain VCD yang disambung terus kepada TV, maka mudahlah ia menaiktaraf ke DVD, kerana dia hanya perlukan membeli pemain DVD.

Nasib baik pengeluar DVD Chua Soi Lek tidak mengeluarkan Video dalam format HD-DVD atau Bluray. Jika tidak ia akan menghangatkan lagi perang format yang belum tentu siapa pemenangnya?

Kembali kepada format VCD yang popular digunakan untuk ceramah pembangkang. Saya rasa tiba masanya untuk ia digantikan kepada format DVD.

Eh. Tunggu sekejap.
Adakah orang kampung yang masih tidak memiliki pemain DVD itu sebenarnya menunggu siapakah pemenang antara BD (Bluray) dengan HD-DVD?

Walaubagaimanapun, mungkin selepas ini, media yang digunakan oleh MTD Serkam ketika menyebarkan risalah adalah "DVD".


p/s: berapa harga DVD kosong?

Google+ Hasbullah Pit