test

Memaparkan catatan dengan label Sindiket. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sindiket. Papar semua catatan

Isnin, 26 Mei 2008

Penipuan SMS Kononnya Kad SIM Menangi Hadiah

Saya sudah lama mengetahui tentang sindiket dari Indonesia yang membuat SMS rambang kepada telefon di Malaysia sempena berlangsungnya Akademi Fantasia
dan Peraduan daripada Syarikat Minyak Tempatan.

Akan tetapi, setahu saya, orang yang tertipu hanyalah orang yang tamak untuk menang, sehingga sanggup memasukkan sejumlah wang kepada akaun tertentu.

Itu yang sering berlaku.

Akan tetapi, dalam kes baru-baru ini, seorang imam ditipu, hanya dengan memberikan nombor akaun tanpa memasukkan wang ke akaun sipenipu.
(Melainkan kalau imam itu berbohong)

Saya pernah juga terbaca dimana entah yang sindiket itu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan wang hanya dengan mendapatkan nombor akaun. Akan tetapi ketika itu saya tidak percaya.

Kini saya mungkin percaya.

Bagaimana sindiket asing boleh mengeluarkan wang dengan hanya mendapatkan nombor akaun. Mungkin, imam itu telah memberikan maklumat lain seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh.

Akan tetapi itu sepatutnya tidak boleh membuatkan wang dikeluarkan.

Saya mengesyaki terdapatnya "orang dalam" yang berada di Syarikat Bank tempatan, yang boleh "TT"kan wang itu keluar negara secara elektronik.

merujuk kepada 1 cerita:

hmm aku ada crita cam ni gak..tapi kisah ni terjadi kat diri aku ngan mbr aku.
aku dapat SMS dari no indonesia kata sim terpilih dari celcom menang rm15000.
aku cal no tu balik n si penipu tu mengaku dari manara petronas celcom.dia tanya
ada x akaun maybank n aku cakap xda.kebetulan mbr aku dgr perbualan ni n dia ofer
akaun maybank dia utk transaksi duit aku.mulanya aku tolak sebab dari mula aku kurang percaya
n si penipu ni bertutur dalam pelat indonesia yang pekat.slepas dipujuk oleh mbr aku ni,aku pun beralah sebab
kata mbr aku, "ala ni akaun aku,lau da papa aku sendiri yang tanggung.hang tak rugi papa pun".
aku dengan selambanya n tanpa fikir panjang terima jer..kat bank,aku call penipu tu balik n dia soh aku wat
maybank2u iaitu transfer akaun ke pihak yang satu lagi..segala urusan memang cepat n penipu tu boleh tahu brapa
ringgit yg ada dalam akaun kita.mulanya mbr aku hilang rm930.kemudian bila dapat gaji,semua duit dalam akaun dia
lesap.2 bulan mbr aku merana sebab hilang duit n last2 dia tukar akaun.
Sekiranya sindiket itu hanya memerlukan akaun maybank, tidak hairan kalau berlakunya kebocoran di dalam Maybank.

menurut cerita lain pula, mereka tidak memerlukan maklumat seperti nombor akaun, nama penuh dan nombor Kad Pengenalan sebelum mengakses ke akaun mangsa:

Katanya, hadiah wang tunai yang bakal saya terima akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank. Serentak dengan itu, dia meminta Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Akaun Maybank dan bertanyakan jumlah simpanan saya dalam akaun tersebut.

Kerana tidak percaya dengan apa yang dia katakan, saya berkeras tidak mahu memberitahu semua perkara yang diminta. Bagaimanapun, dia meyakinkan saya bahawa No. Kad ATM Maybank milik saya telah pun dia ketahui. Serentak dengan itu, dia membacakan 8 digit pertama nombor tersebut. Menurutnya, dia memerlukan semua perkara yang diminta tadi untuk pengesahan supaya hadiah RM10,000 boleh dimasukkan ke dalam akaun saya secepat mungkin.

Seolah-olah mereka mempunyai pangkalan data maklumat pengguna telefon bimbit. Dan mereka hanya mahukan akaun Maybank. Mengapa Maybank?

Google+ Hasbullah Pit