test

Memaparkan catatan dengan label Ramalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramalan. Papar semua catatan

Selasa, 15 Januari 2008

Ramalan Tarikh Pilihanraya 23 mac 2008?

Tarikh pilihanraya memang menjadi spekulasi ramai orang, hampir kesemua meneka ianya akan berlaku sebelum april, kerana selepas april, Anwar Ibrahim dibenarkan untuk bertanding.

Selain daripada kalendar masehi , Kalendar hijrah dan kalendar cina dijadikan rujukan, Kalendar F1 tidak dikecuali dijadikan rujukan untuk menetapkan tarikh pilihanraya.

Berdasarkan pada pilihanraya 2004, Pilihanraya dijalankan serentak dengan hari perlumbaan Formula 1 GP Malaysia, bersamaan hujung minggu ke-2 kalendar F1.

Walaupun membuatkan pilihanraya serentak dengan penganjuran Formula 1 adalah sesuatu yang tidak kena, akan tetapi perkara itu tidak mustahil bagi PakLah, kerana dia telah melakukannya sebelum ini. Dan tidak dinafikan PakLah mampu untuk mengulangi sejarah dan seterusnya mencatat rekod dunia, satu-satunya pemimpin yang membuat pilihanraya serentak dengan F1 selama 2 kali. Pasti rekod ini tidak akan dipecahkan oleh negara lain.

Jadi dengan ini saya meramalkan pilihanraya adalah 23 Mac 2008, berdasarkan sikap PakLah yang suka melihat Ejen mengundi, Ejen pengiraan tidak dapat pergi ke Sepang.

Pemandu BMW Sauber, Robert Kubica, diramal akan meletak keris pada bendera negaranya, supaya ia akan kelihatan seperti bendera UMNO.



Tarikh pilihanraya 2008 yang serentak dengan perlumbaan F1, dipilih kerana untuk memastikan Giancarlo Fisichella tidak berkempen bagi pihak HINDRAF.

Sabtu, 12 Januari 2008

Ramalanku benar belaka (Gempa Bumi)

Setelah saya membuat kiriman blog meramal gempabumi semalam,
saya pun membuka google news, dan mendapati gempa bumi berlaku di 3 tempat. Ada yang berlaku sebelum ramalan, ada yang selepas.

Gempa bumi sebelum ramalan.
Di Algeria, 5.3 skala richter mengorbankan seorang wanita
Di Oregon Amerika, 6.4 skala richter


Gempa bumi selepas ramalan benar-bernar berlaku di California, 3.0 skala richter sahaja. Walaupun gempa bumi itu kecil, ramalanku dikira benar :)

Terdapat satu berita menunjukkan Saintis Amerika menemui gempa bumi boleh memberi kesan kepada aktiviti neuron. Di dunia ketiga, Orang Kampung di Merlimau sudah lama tahu walaupun berada diluar kawasan gempa bumi.

Jumaat, 11 Januari 2008

Gempa bumi akan berlaku

Satu gempa bumi akan berlaku sedikit masa lagi, entah dimana.

Itu gerak hati aku sahaja, kalau betul, betul lah, kalau tidak, abaikan sahaja.

Google+ Hasbullah Pit