test

Memaparkan catatan dengan label Parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parlimen. Papar semua catatan

Khamis, 17 Disember 2009

Ahli Parlimen Tak Hadir Belah Bahagi kerana gantikan Ahli Parlimen tak hadir Majlis kerana Belah Bahagi

Seorang Ahli Parlimen, tidak dapat hadir belah bahagi di Parlimen, kerana menggantikan seorang Ahli Parlimen yang lain yang tidak dapat hadir majlis, kerana ada belah bahagi di Parlimen.




rujuk: Perisik Rakyat
“Sebagai tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan bagi menggantikan DS Ir Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak dapat hadir,”

Pening kepala dibuatnya.

Selasa, 24 Februari 2009

Dinar Emas, Lain ditanya, Lain Timbalan Menteri Jawap

Menurut MPPAS, Dr Dzulkefly telah meyampuk tentang Dinar Emas di Parlimen.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini menyinggung perkara yang lebih khusus tentang penggunaan mata wang dan cadangan daripada Yang Berhormat Arau itu menjurus kepada satu usaha kerajaan ntuk
mengarus perdanakan penggunaan mata wang dinar, tetapi seperti mana yang saya bangkitkan semalam, persoalannya pada akhirnya adalah satu komitmen untuk meletakkan bukan hanya persoalan penggunaan dinar emas itu sebagai satu yang dikatakan mengambil alih fiat money kerana money ini ada beberapa bentuk sama ada commodity money, representative money ataupun fiat money yang digunakan hari ini.

Soalannya, itu tidak meletakkan Tuan Yang di-Pertua kita sudah semacam nampak komitmen kepada kewangan Islam kerana yang menjadi utama yang perlu kita keluarkan ataupun yang kita arus perdanakan adalah kewangan Islam yang keluar daripada sistem ribawi.

Dengan kata lain walaupun kita kata kita sudah ada kewangan Islam, tetapi akhirnya dia masih sangkut dengan all the conventional finance dengan izin kerana ia masih sangkut dengan penentuan OPR atau penentuan interest rate.

Itu lebih saya kira mustahak untuk ditangani oleh sebuah kerajaan seperti kita dan penggunaan kewangan dinar emas ini tentunya merupakan satu lobi yang begitu besar untuk kita memenangi hati budi negara-negara OIC khususnya pertama.

Jadi minta penjelasan sikit apakah ke arah itu ada usaha-usaha kita untuk kita benar-benar mengarus perdanakan kewangan Islam. Terima kasih


 Namun apa yang dijawap ialah tentang "Kewangan Islam" yang masih bersandarkan wang Fiat.


Timbalan Menteri Kewangan l [Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku krisis kewangan bermula dengan sub-prima Amerika Syarikat dan ia merebak ke seluruh dunia.
Di dalam mesyuarat IMF dan World Bank, Malaysia telah menyuarakan pandangan kita bahawa sudah tiba masanya dunia melihat kepada sistem kewangan Islam dan kita menjadikan Malaysia model kerana Malaysia merupakan model yang unik bagi dunia.

Di sini kita ada sistem konvensional dan kita ada sistem Islamic Banking dan ia amat
berjaya. Di mesyuarat-mesyuarat yang lain termasuk di Islamic Bank, kita kata inilah masanya untuk kita memperkembangkan sistem ini kerana kepercayaan masyarakat dunia kepada sistem konvensional sudah makin luntur.

Jadi saya berani menyatakan kepada Yang Berhormat, ini adalah asas utama kita. Salah satu produk yang kita kembangkan kepada global adalah sistem kewangan Islam.

 Rupanya Soalan asal adalah daripada Ahli Parlimen BN,

Soalan asal No. 7 - Dato’ Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah kerangka
strategi kerajaan untuk memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang dan sekali gus
membolehkan bank dan kewangan Islam memainkan peranan yang lebih bermakna sejajar
dengan Resolusi Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) yang meminta kerajaan menyegerakan
pelaksanaan penggunaan dinar emas.
BN pun BN lah, terima kasih kepada Ahli Parlimen Ismail Kasim kerana membangkitkan soalan berkenaan Dinar Emas di Parlimen.

Rasanya saya perlu beritahu, musuh utama Dinar dan Dirham ialah "Bank" dan "Kewangan Islam".

"Kewangan Islam" diwujudkan supaya menghalalkan sistem perbankan yang sebelum ini kelihatan haram.

Pinjaman dalam "Kewangan Islam" adalah berasal daripada duit yang tidak wujud. Apabila duit itu diwujudkan, maka hanya akad pinjaman itu yang berlandaskan syariaah.

Jadi, apabila MP Arau bertanya tentang Dinar Emas, satu perkara yang perlu dielakkan ialah mengharap Bank.

Bank bersangkut rapat dengan Bank Pusat, atau di Malaysia "Bank Negara", bersangkut paut dengan IMF.

Mana mereka mahukan penggunaan Dinar dan Dirham.

Mereka mahu emas, yang hanya jadi "rizab" , duduk diam diam di tempat simpanan.

Mereka tidak mahu emas jadi matawang, paling teruk pun mereka kononkan sahaja duit itu bersandarkan emas.

Mereka tidak mahu emas digunakan sebagai matawang secara langsung.

Jadi memanglah IMF dan World Bank suka benar "Islamic Banking" kerana ia kelihatan halal 100%, walaupun hanya akad sahaja yang halal.

Apabila umat islam sudah merasakan cukup halal dengan "perbankan Islam", maka kuranglah pejuang Dinar dan Dirham.

Persoalan yang diutarakan oleh Dr Dzul itu betul, mengapa masih bersandar pada OPR yang ribawi itu?

Sedangkan boleh diwujudkan terus pinjam 10 dinar bayar 10 dinar, tidak perlu ada penambahan yang perlu dibayar oleh peminjam. Kalau ada pun, ianya sepatutnya sekadar caj perkhidmatan yang minimum.

Namun disebablkan duit itu fiat, dan nilainya menurun setiap hari, (diambil oleh Obama untuk menyerang Afghanistan), maka "Kewangan Islam" masakini meletakkan pembayaran yang lebih tinggi disebabkan oleh "time value of money", dan seterusnya mewujudkan "keuntungan".

Jadi Dr Dzulkefly dan Ismail Kasim, perlulah bercakap tentang dinar emas dan dirham perak sambil mengharapkan satu institusi yang bebas daripada Bank Negara untuk melaksanakannya.

Bank Negara itu sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal emas digunakan sebagai alat jual beli atau pelaburan yang tidak melibatkan ringgit langsung. Malah mereka telah menetapkan syarat kukubesi jual beli iaitu "Urusniaga mestilah dalam Ringgit Malaysia"

Selasa, 8 April 2008

Ke arah "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan"

Tuan yang Dipertua,

Memandangkan Rangking IPTA kita sering jatuh, Universiti X, telah jatuh daripada rangking ke n pada tahun 2006, kepada n pada tahun 2007.
(letakkan 1001 perbandingan)


Pada masa yang sama terdapat banyak masalah birokrasi bagi pelajar yang ingin memohon ke universiti akibat daripada wujudnya 2 kementerian berbeza.
IPTA itu dikementerian ini, IPTA itu di kementerian itu, Matriks ini dikementerian ini Matriks itu di kementerian itu.

Adalah dicadangkan supaya 3 kementerian , Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi digabungkan kedalam 1 kementerian bernama "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan" tetapi mempunyai 3 menteri seperti sediakala.

Apabila Sains dan inovasi dilakukan diluar IPTA, maka sukarlah untuk menjadikan IPTA tempatan mesra penyelidikan.

Di Negera maju seperti Jerman, dan Sweden, Kementerian pendidikan mereka dikenali sebagai "Ministry of Education and Research".

Manakala di Jepun, mereka menggunakan "Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology".

bla bla bla wawasan 2020 bla bla

Tak perlulah saya teruskan panjang lebar kerana saya bukan Ahli Parlimen

Rabu, 13 Februari 2008

Mungkin PakLah tidak berbohong tentang tarikh pembubaran parlimen

Apabila ditanya tentang pembubaran parlimen…

‘‘Tidak… tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita.

“Best juga kalau makan bubur di Parlimen” katanya di dalam hati…





Video Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri



Walaupun banyak Saranan oleh Lim Kit Siang supaya Parlimen tidak dibubarkan sebelum Chap Goh Mei, namun Pak Lah Tetap membubarkan Parlimen.

Adakalanya sistem pemerintahan kita terlalu huduh, apabila pengumuman rasmi sebegitu tidak kelihatan adil apabila pihak yang bertanding yang mengumumkannya. Dan soalan tentang parti dan persiapan juga dijawap ketika itu.


Apa kata kalau pengumuman pembubaran Parlimen diumumkan oleh pemegang mohor besar seperti Hari Raya?

Google+ Hasbullah Pit