test

Memaparkan catatan dengan label Masjid Tanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masjid Tanah. Papar semua catatan

Selasa, 8 Julai 2008

Penglibatan UMNO Dalam Pendidikan Akademik Di Luar Waktu Sekolah

Penglibatan UMNO, dan jentera UMNO dalam aktiviti pendidikan akademi diluar waktu sekolah , dari luaran nampak baik. Kelihatan seperti nak membantu masyarakat.

Suatu ketika dahulu, Pemuda UMNO pun buat tusyen. UMNO itu UMNO ini buat itu ini.

Puan Emy dengan bangganya mengatakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008 telah berjaya.

Maka Penyokong UMNO akan mengatakan UMNO lah yang baik.

Tetapi, mereka lupa, Menteri Pendidikan juga orang UMNO, berkuasa menentukan dasar pendidikan dan pengkaedahannya.

Mengapa Sistem Pendidikan di Malaysia memerlukan sayap parti politik untuk dijayakan?

Mengapa tidak Sistem Pendidikan di sekolah direka supaya tidak memerlukan tusyen?

Ianya seolah-olah satu agenda untuk melemahkan sistem pendidikan, dan kemudian adanya "UMNO" untuk menyelamatkannya.

Bukankah teknik menjawap soalan UPSR boleh diajar disekolah di dalam waktu sekolah?

Mengapa perlunya sesi lain melibatkan sayap parti politik yang memerintah untuk menampal kebocoran pada sistem pendidikan?

Mengapa tidak Puteri UMNO menyatakan dengan jelas kepada Menteri Pelajaran bahawa mereka mahukan sistem pendidikan yang tidak perlu ditampal?

Bagi mereka BN mampu memerintah, akan tetapi menyediakan kekoyakan untuk ditampal oleh sayap parti politik pemerintah.

Kalau parti politik bukan UMNO menyediakan tusyen, ia adalah langkah untuk menampal kekoyakan pada sistem pendidikan yang dikawal oleh menteri UMNO.

Kalau UMNO menyediakan tusyen, ia menunjukkan cacat cela pada sism pendidikan yang dikawal oleh Menteri Pelajaran UMNO.

Dalam erti kata lain, Puteri UMNO Masjid Tanah mengesahkan Sistem Pendidikan dibawah Hishammudin ada cacat celanya.

Itu yang dipanggil oleh mereka "Mampu memerintah".

Google+ Hasbullah Pit