test

Memaparkan catatan dengan label Hijrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hijrah. Papar semua catatan

Khamis, 19 Februari 2015

Perutusan Tahun Baru Cina 2015

Selamat Tahun Baru Cina...

Tahun Kambing.

Apa yang saya nak sampaikan adalah, Tidak semestinya anak bulan kelihatan pada malam tahun baru cina.

Dan

Juga tak semestinya anak bulan kelihatan jika dicerap pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Mengapa?

1 Hari bulan, Tahun Baru Kalendar Cina, berlaku pada hari pertama  "bulan baru"  (new moon) .
Mungkin pagi, mungkin petang, mungkin malam.

Anak bulan boleh kelihatan kalau usia bulan lebih daripada 8 jam, ada pendapat mengatakan 12 jam.

Jadi kalau new moon, berlaku 8 pagi, maka tidak nampak kalau dicerap pukul 6 petang.

 Jadi, biasanya 2 hb Tahun Baru Cina, masih lagi belum 1 hb Hijrah.

Tahun Baru Cina, digandingkan dengan 1 bulan kalendar Hijrah.

Sebagai contoh, Tahun Baru Cina 2015 + 2 hari , adalah juga 1 Rabiul Akhir 1436.

Inilah, sebabnya kenapa kalau kongsi raya, beza perayaan 2 hari.


Memang susah nak memahamkan pengkalendaran Cina dan Hijrah pada manusia modern yang trbiasa dengan masehi.

Ini semua salah Google, Kenapa tidak Integrasikan Google Calendar dengan kalendar Cina dan Hijrah.



Isnin, 14 Januari 2008

Sejarah Hijrah: Ustaz Kamarudin Sidek di Bukit Tembakau

Berikut adalah ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz Kamarudin Sidek di Bukit Tembakau, Umbai Melaka. pada 13 januari 2008



Kali ini saya tidak lagi memegang kamera telefon menggunakan tangan seperti ceramah dahulu , tapi sudah beli tripod, akan tetapi kamera yang betul-betul belum dibeli lagi.

Ceramah ini amat informatif, jadi luangkan masa 54 minit untuk mendengarnya.

Untuk muaturun seluruh video, atau benamkan ke laman blog anda, sila ke http://video.google.com/videoplay?docid=-4705743152182886216&hl=ms

Klik sini untuk membaca tentang Kelandar Hijrah

Khamis, 10 Januari 2008

Kalendar Hijrah, Maal Hijrah, Awal Muharam

Selamat menyambut tahun baru Hijrah. Marilah kita kenangkan peristiwa hijrah yang penuh bermakna itu.

Di sini saya bukan menceritakan akan peristiwa hijrah, kerana pasti ramai Ustaz yang menceritakannya.

Mungkin anda pernah terfikir, dulunya "Awal Muharam", kemudian "Maal Hijrah", yang mana satu betul?

Bagi saya kedua-duanya betul.

Mungkin ramai diantara kita menyangka peristiwa hijrah berlaku tepat pada 1 Muharam 1429 tahun (hijrah) yang lalu. Akan tetapi sebenarnya bukan.

1429 tahun yang lalu, Peristiwa hijrah memang berlaku pada tahun itu akan tetapi bukan tepat pada 1 Muharam. Ianya berlaku pada bulan safar. 26 Safar.

Dulu saya juga menjangkakan ianya memang berlaku tepat pada 1 muharam, Akan tetapi mushkil juga, bagaimana hijrah boleh berlaku tepat-tepat 1 haribulan kalendar arab.

Walaupun sudahnya berlaku hijrah, kalander hijrah belum ada. Yang ada hanya kalendar arab menggunakan bulan yang sama dengan kalendar hijrah akan tetapi menggunakan peristiwa penting sebagai tahun, bukannya nombor.

Pada pemerintahan Khalifah Umar, iaitu 17 tahun selepas berlakunya peristiwa hijrah, Khalifah Umar dan para sahabat bersepakat memulakan perkiraan tahun hijrah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah.

Walaupun ada cadangan lain untuk mulakan tahun pada bulan ramadhan dan Rejab. Kemudian, mereka memilih untuk menggunakan bulan muharam sebagai permulaan tahun seperti yang dicadangkan oleh Saidina Uthman.

Jadi yang mana betul? Awal Muharam atau Maal Hijrah?
Awal Muharam betul kerana tahun hijrah dikira pada bulan muharam.
Maal Hijrah juga betul kerana itu tahun berlakunya hijrah, walaupun peristiwa hijrah itu bukan tepat pada 1 muharam.

Yang salah ialah menganggap hijrah berlaku tepat pada 1 muharam 1 hijrah.

rujuk:
http://makadir.wordpress.com/2008/01/09/98/

Google+ Hasbullah Pit