test

Memaparkan catatan dengan label Force India. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Force India. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mac 2008

Penamaan Calon Parlimen Albert Park

Bahang pilihanraya masih belum reda, Peminat F1 jangan lupa untuk menyaksikan penamaan calon baru Parlimen Albert Park esok.

Waktu siaran adalah siang, jangan jadi seperti saya tahun lepas yang kononnya nak lihat GP suzuka pada waktu malam. heh.

Penamaan calon kali ini tetap mempunyai 3 sesi, akan tetapi sesi ke tiga lebih pendek. (sesi ini juga dikenali sebagai tempoh bantahan).

Terdapat juga muka baru dan parti baru bertanding di parlimen Albert Park.

Nelson Piquet Jnr - Parti Renault
Kazuki Nakajima - Parti Williams Toyota
Timo Glock - Parti Toyota (sebelum ini pemandu ujian BMW Sauber)
Sebastian Vettel - Toro Rosso-Ferrari
Sebastien Bourdais - Toro Rosso-Ferrari

Manakala parti baru ialah parti "Force India", yang menggunakan bekas calon yang pernah bertanding atas tiket parti lain sebelum ini iaitu Adrian Sutil dan Giancarlo Fisichella


Minggu depan, Parlimen Sepang akan digegarkan.

Selasa, 15 Januari 2008

Ramalan Tarikh Pilihanraya 23 mac 2008?

Tarikh pilihanraya memang menjadi spekulasi ramai orang, hampir kesemua meneka ianya akan berlaku sebelum april, kerana selepas april, Anwar Ibrahim dibenarkan untuk bertanding.

Selain daripada kalendar masehi , Kalendar hijrah dan kalendar cina dijadikan rujukan, Kalendar F1 tidak dikecuali dijadikan rujukan untuk menetapkan tarikh pilihanraya.

Berdasarkan pada pilihanraya 2004, Pilihanraya dijalankan serentak dengan hari perlumbaan Formula 1 GP Malaysia, bersamaan hujung minggu ke-2 kalendar F1.

Walaupun membuatkan pilihanraya serentak dengan penganjuran Formula 1 adalah sesuatu yang tidak kena, akan tetapi perkara itu tidak mustahil bagi PakLah, kerana dia telah melakukannya sebelum ini. Dan tidak dinafikan PakLah mampu untuk mengulangi sejarah dan seterusnya mencatat rekod dunia, satu-satunya pemimpin yang membuat pilihanraya serentak dengan F1 selama 2 kali. Pasti rekod ini tidak akan dipecahkan oleh negara lain.

Jadi dengan ini saya meramalkan pilihanraya adalah 23 Mac 2008, berdasarkan sikap PakLah yang suka melihat Ejen mengundi, Ejen pengiraan tidak dapat pergi ke Sepang.

Pemandu BMW Sauber, Robert Kubica, diramal akan meletak keris pada bendera negaranya, supaya ia akan kelihatan seperti bendera UMNO.



Tarikh pilihanraya 2008 yang serentak dengan perlumbaan F1, dipilih kerana untuk memastikan Giancarlo Fisichella tidak berkempen bagi pihak HINDRAF.

Google+ Hasbullah Pit