test

Memaparkan catatan dengan label BMW Sauber. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BMW Sauber. Papar semua catatan

Rabu, 16 September 2009

F1 Adalah Gelanggang Silat Bagi Pemasaran Bukannya Nasionalisme

Hari ini sibuk dikatakan wujud Pasukan F1 "1Malaysia" yang kononnya akan menyertai F1 pada musim akan datang.

F1 itu unik, dimana wujudnya perlumbaan sejak berpuluh tahun yang lalu, atas sifat persaingan antara pengeluar enjin, pelumba, pasukan, jurutera dan penaja.

Penaja juga turut berlumba dalam F1 diatas kehendak penaja.

Apabila pengeluar sesuatu produk, yang bersaing dengan produk atau jenama lain, Akan merasa terpaksa apabila pesaingnya beriklan di dalam F1.

PETRONAS bersaing dengan Esso Mobil dan Shell.
Syarikat komputer juga ada bersaing dalam pengiklanan di dalam F1.
Compaq menaja BMW Williams, HP menaja Jaguar.
Apabila HP membeli Compaq, HP memberhentikan kontrak dengan Jaguar dan fokus kepada BMW Williams.
Apabila bercerainya William dengan BMW, dan BMW berkahwin dengan Sauber, PETRONAS dapat menaja diruang yang selama ini dikuasi Castrol.
Castrol pernah mengeluarkan castrol Formula RS, tatkala zaman Montoya dan Ralf Schumacher meletup.
"RS" adalah singkatan bagi Ralf Schumacher.
Tetapi dalam dunia sebenar pasaran runcit pelincir sintetik, Mobil1 masih nombor 1.

Dalam persaingan komputer pula, wujunnya AMD yang pernah menaja Ferrari, dan Intel Menaja BMw Sauber.
Dell juga menaja BMW sauber, manakala Lenovo di Williams.

Mereka bukan suka-suka.

Jam tangan Oris menaja Williams dan Tag Hueur menaja McLaren.
Ingat Iklan Tiger Wood pukul bola golf, Hamilton kejar guna kereta?

Malaysia perlu belajar bahawa Nasionalisme tidak membawa apa-apa erti dalam F1.
Alex Yoong, sepupu kepada blogawan Jed Yoong, ialah pelumba yang bermian dengan nasionalisme.
Masuk F1 kerana dapat memanggil penaja daripada Malaysia.

"Magnum" bersaing dengan apa dalam dunia ini, pesaingnya juga di Malaysia?
"GO KL" bukan jenama yang dipasarkan ke seluruh dunia.
Kerja promosi perlancongan adalah tugas Kementerian Perlancongan dan bukanya Kementerian Belia dan Sukan.
Kalau Kementerian Perlancongan nak promosi Malaysia, Minardi bukan platform yang baik.

Kalau pada musim ini, mungkin Brawn GP sesuai.

Syarikat pengeluar kereta adalah lebih baik tidak menyertai F1 kalau sering kalah.
Jaguar pernah cabut dan Honda pun begitu. Kalau masih yakin, teruskan.

Sekiranya pasukan itu baik, maka akan ada pembelinya.
Siapa sangka Honda yang dibeli menjadi Brawn GP mengungguli musim ini.

Kalau tak salah saya, Jaguar dibeli oleh RedBull dan ianya 'menjadi', mengalahkan pasukan yang membekalkan enjin kepadanya. Begitu juga BrawnGP yang menggunakan enjin Mercedes, mengalahkan McLaren mercedes,

Hari ini juga diberitakan bahawa BMW Sauber dijual kepada Syarikat pelaburan Swiss, Qadbak Investments company. dan memohon menjadi pasukan ke 14 musim depan.

FIA hanya mahukan 14 pasukan.

Melihat akan berita tentang pasukan F1 1Malaysia, ianya adalah menjurus kepada Nasionalisme.
Nasionalisme tidak memerlukan F1 sebagai gelanggang silat, tetapi sebaliknya A1GP yang lebih sesuai.

Banyak negara ada pasukan nasionalnya sendiri.

Jumaat, 29 Mei 2009

Dompet Baru sudah tiba

Menggantikan Dompet Transformer yang sudah tak nampak lagi Optimus Primenya.


Rabu, 23 April 2008

Bukan Sekadar Video Robert Kubica

Video Robert Kubica sedang bercakap dengan Jurutera Perlumbaannya Mehdi Ahmadi.

Tiada apa yang istimewanya video di atas, Hanya perbualan antara pelumba BMW Sauber, Robert Kubica dengan Jurutera Perlumbaannya Mehdi Ahmadi.

Apa yang saya hendak ceritakan di sini ialah, Mehdi Ahmadi tidak dapat bertugas sebagai jurutera perlumbaan bagi Sebastian Vettel yang menggantikan Robert Kubica pada GP Indianapolis 2007.
Visa Mehdi Ahmadi tidak diluluskan oleh imegresen Amerika Syarikat hanya kerana dia berwarga negara Iran.

A team spokesman said Kubica's engineer, Mehmi Ahmadi, will not be at the race this week because the Iranian native was not granted an American visa. Ahmadi will be replaced by Ossi Oikarinen, the chief engineer for the test team
Jika Amerika boleh bertegas dengan BMW Sauber, Pasukan yang mendahului kategori pembuat F1 musim ini, Mengapa Malaysia tidak boleh bertegas dengan Chelsea?

Besar sangatkan Chelsea?
Satu kelab yang hanya gah di liga Perdana Inggeris sahaja.

Terdapat kata-kata yang mengatakan kononnya sukan tidak boleh dicampur adukkan dengan politik.

Apakah F1 bukan sukan bagi Negara Amerika Syarikat?

Apakah dengan menjadi ahli sukan sahaja boleh memasuki mana-mana negara yang mana kita suka?

Jika Pemisahan segalanya dengan agama dipanggil sekularisme, Apakah gelaran idelogi bagi yang memisahkan sukan dengan segalanya?

Sukanerisme?

Sabtu, 22 Mac 2008

Antara PAS dan BMW Sauber, Politik dan Formula Satu


Bandingkan prestasi PAS pada tahun 2004 dengan 2008.
Bandingkan Prestasi Sauber PETRONAS pada tahun 2004 dengan BMW Sauber pada 2008.
Ketika GP Australia minggu lalu, Robert Kubica hampir mendapat kekudukan pol.
Ketika perlumbaan, Nick rupanya yang mendapat tempat kedua.

Walaubagaimanapun, Ferrari dan Renault tahun ini umpama UMNO dan MCA. Fernando Alonso tersilap percaturan politiknya dengan kembali ke Renault.

Prestasi Kimi Räikkönen ketika GP Australia agak hambar, mungkin Kimi cuba memprotes tindakan Jean Todt sering membiarkan tunangnya dibelai-belai oleh PakLah



Ini bukan gambar Kerajan 3 Beranak yang sering disebut, oleh Sang Kelembai.
Ini "Pelumba 3 beranak"




Melihat akan situasi politik Malaysia yang membimbangkan pemimpin Barisan Nasional, Adalah tak mustahil kalau PakLah menukarkan Nama Barisan Nasional kepada "Barisan Panasonic" setelah melihat gambar dibawah:

Selasa, 15 Januari 2008

Ramalan Tarikh Pilihanraya 23 mac 2008?

Tarikh pilihanraya memang menjadi spekulasi ramai orang, hampir kesemua meneka ianya akan berlaku sebelum april, kerana selepas april, Anwar Ibrahim dibenarkan untuk bertanding.

Selain daripada kalendar masehi , Kalendar hijrah dan kalendar cina dijadikan rujukan, Kalendar F1 tidak dikecuali dijadikan rujukan untuk menetapkan tarikh pilihanraya.

Berdasarkan pada pilihanraya 2004, Pilihanraya dijalankan serentak dengan hari perlumbaan Formula 1 GP Malaysia, bersamaan hujung minggu ke-2 kalendar F1.

Walaupun membuatkan pilihanraya serentak dengan penganjuran Formula 1 adalah sesuatu yang tidak kena, akan tetapi perkara itu tidak mustahil bagi PakLah, kerana dia telah melakukannya sebelum ini. Dan tidak dinafikan PakLah mampu untuk mengulangi sejarah dan seterusnya mencatat rekod dunia, satu-satunya pemimpin yang membuat pilihanraya serentak dengan F1 selama 2 kali. Pasti rekod ini tidak akan dipecahkan oleh negara lain.

Jadi dengan ini saya meramalkan pilihanraya adalah 23 Mac 2008, berdasarkan sikap PakLah yang suka melihat Ejen mengundi, Ejen pengiraan tidak dapat pergi ke Sepang.

Pemandu BMW Sauber, Robert Kubica, diramal akan meletak keris pada bendera negaranya, supaya ia akan kelihatan seperti bendera UMNO.



Tarikh pilihanraya 2008 yang serentak dengan perlumbaan F1, dipilih kerana untuk memastikan Giancarlo Fisichella tidak berkempen bagi pihak HINDRAF.

Sabtu, 5 Januari 2008

Barisan Pelumba Formula1 musim 2008

Barisan Pelumba Formula1 musim 2008


Scuderia Ferrari Marlboro

1. Kimi Raikkonen
2. Felipe Massa

BMW-Sauber F1 Team
3. Nick Heidfeld
4. Robert Kubica
Kereta akan dilancarkan pada 14 januari 2008


ING Renault F1 Team
5. Fernando Alonso
6. Nelson Piquet Jr.
Kereta akan dilancarkan pada 22 januari 2008


AT&T Williams
7. Nico Rosberg
8. Kazuki Nakajima

Red Bull Racing
9. David Coulthard
10. Mark Webber

Panasonic Toyota Racing
11. Jarno Trulli
12. Timo Glock

Scuderia Toro Rosso
14. Sebastien Bourdais
15. Sebastian Vettel

Honda Racing F1 Team
16. Jenson Button
17. Rubens Barrichello

Super Aguri F1 Team
18. Takuma Sato
19. Anthony Davidson

Force India Formula One Team
20. Adrian Sutil
21. (akan diumumkan)

Vodafone McLaren Mercedes
22. Lewis Hamilton
23. Heikki Kovalainen

Banyak lagi pasukan yang belum umumkan bila kereta baru akan dilancarkan.
Barisan pelumba itu menunjukkan Alonso akan mempunyai rakan sepasukan yang boleh menggugat dia seperti tahun lepas.

Selasa, 23 Oktober 2007

Daya Graviti sudah tidak mempunyai vektor?

Angkasawan Negara telahpun 'jatuh' secara balistik menggunakan Kapsul angkasa Soyuz.

Seperti yang ramai orang telah maklum, ketika kemasukan semula, ia dikenakan daya graviti yang melampau sebanyak antara 4 hingga 5 G. sebagai perbandingan, daya graviti di bumi dianggap sebagai 1 G. Jika di bumi, anda mengangkat sekilo beras, ketika kemasukan semula, sekilogram beras itu umpama seberat 4 hingga 5 kilogram.

Kita ambil 3 senario graviti yang berbeza.
1. di bumi
2. di ISS
3. di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula.

Dalam dunia fizik, 'Berat' dan 'Jisim' adalam berbeza. Dimana Jisim 1 kilogram beras adalah 1 kilogram dimana-mana, di bumi, atau pun di ISS atau di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula.

Akan tetapi 'berat' bagi 1 kilogram beras adalah berbeza ketika di ISS, di bumi dan di dalam kapsul Soyuz ketika kemasukan semula.

Berat adalah sesuatu yang dirasai, kita angkat 1 kilogram beras dibumi adalah lebih berat daripada angkat 1 kg beras di ISS. Akan tetapi kalau angkat 1 kg beras ketika kemasukan semula, beras itu akan lebih berat dari 1 kg di bumi. Jisimnya tetap 1 kg.

Berat itu Daya.
F=m*a
Daya = jisim kali pecutan

Berat = jisim kali pecutan graviti.

yang dikatakan 1 G 4-5G itu adalah daya graviti.
G (huruf besar) adalah Daya Graviti
g (huruf kecil) adalah pecutan graviti.

Apabila pecutan graviti (g) bertambah, daya graviti (G) juga bertambah (kerana jisim tak berubah).

Yang pastinya graviti bukan tekanan (pressure), dalam konteks tekanan darah, tekanan tayar, tekanan air. diukur dalam unit psi,bar,Pa,cmHg

Walaubagaimanapun, amat mengecewakan apabila Nizal Mohammed, mengatakan bahawa Sheikh Muzafar mengelami tekanan graviti ketika siaran langsung pendaratan Soyuz.

Walaupun dibantu oleh Astronaut tersohor Robert Gibson, Nizal tetap salah apabila dia mengatakan 'tekanan' graviti. Sheikh Muszaphar bukannya menyelam ke dasar laut yang dalam sehingga mengalami tekanan yang kuat.


Bayangkan seorang pelajar yang ingin mengetahui proses kemasukan semula Soyuz , tertipu dengan 'tekanan' yang dinyatakan oleh Nizal. Bukan salah dia, tapi saya rasa perlu ada seorang Cikgu/Pensyarah Fizik tempatan di sebelahnya.

Daya, seringkali di panggil "tekanan" sudah banyak kali. Ini bukan isu istilah mana yang lebih sesuai, sama 'daya' vs 'tekanan'. Akan tetapi ia adalah 2 perkara yang berbeza.
Tekanan tidak mempunyai vektor.


Orang Kampung mungkin boleh mengganggap tekanan adalah sama dengan daya, akan tetapi apabila acara penting yang menyebabkan ramai pelajar ingin mengetahui tentang proses kemasukan semula Soyuz, akan terkeliru dengan tekanan vs daya.

Sememangnya istilah 'daya' jarang digunakan oleh penduduk Malaysia kerana ia hanya wujud dalam matapelajaran fizik, sudahlah ianya digantikan dengan 'force' ketika di sekolah, maka yang tinggal menggunakan istilah 'daya' adalah orang yang mendalami ilmu fizik secara subversif (seperti pengunjung blog ini).

Suatu ketika dulu, Iklan Sauber PETRONAS juga menggunakan 'tekanan' untuk merujuk kepada 'downforce', daya kebawah (ingat lagi iklan kereta F1 melekap ke permukaan atas terowong). Iklan budak Jerman BMW Sauber telah dibaiki dengan menggunakan 'daya tekanan' walaupun kurang tepat, tetapi sudah guna istilah 'daya'.


p/s: Kiriman blog ini ditujukan buat Cikgu Fizik saya En Vellupilai Ponudurai, yang mengajar fizik kepada saya pada tahun 1991 - 1992. Walaupun setelah 16 tahun, ilmu itu masih segar diingatan. Terima kasih kerana penceritakan tentang 'reentry' walaupun tiada dalam sukatan.

Isnin, 17 September 2007

BMW Sauber ditangga ke-2, pengeluar

Sungguh tidak kusangka secara tiba-tiba Pasukan BMW Sauber kini di tangga ke dua dalam Kategori Pengeluar Formula Satu, selepas selesainya GP Belgium.

Sebelum ini saya ambil acuh tidak acuh sahaja tentang isu McLaren. pasukan McLaren telah dijatuhkan hukuman agak berat iaitu denda (lupa berapa juta). Rupanya satu denda lagi yang dikenakan kepada McLaren ialah, mereka terkeluar dari cabaran kategori pengeluar musim ini.

Jadi selepas GP Belgium, Kategori pengeluar

  1. Ferarri : 161 mata
  2. BMW Sauber :90 mata
  3. Renault : 39
  4. Williams : 28
  5. Red Bulls :18

Pada GP Belgium, nampak akan peningkatan ketara jentera Williams, bangkit semula selepas kejatuhan akibat perceraian dengan BMW. Williams yang berkahwin dengan Toyota, jauh meninggalkan Toyota. Agak kelakar juga.

Ralf Schumacher, pemandu Toyota akan berakhir kariernya sebagai pemandu F1 setelah kontrak tidak disambung.

Berbalik kepada cerita GP belgium, dengan mudah Nick Heidfeld memintas H. Kovalainen, tetapi Robert Kubica, sehingga hujung perlawanan pun masih lagi tidak dapat memintasnya.

Google+ Hasbullah Pit