test

Memaparkan catatan dengan label Athlon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Athlon. Papar semua catatan

Rabu, 29 Ogos 2007

Kepala baru yang berDVI

Selepas kerja, (bila masa saya ada istilah lepas kerja?) saya ke Mahkota lagi sekali, dengan misi untuk membeli 'kepala'.
Masalah kekurangan kepala sering timbul kerana terlalu banyak sumber input, tetapi terlalu sedikit 'kepala'.

Pemain DVD/ Astro berkepalakan TV,
Mac mini pada asalnya berkepalakan TV juga.
Sony Ericsson MMV 200 juga dirancang untuk berkepala.
Kesemua sumber input yang berkepalakan TV itu berjantungkan Yamaha RXV 530.

(Jantung)

Oleh kerana jantung yang sama. Nak dengar radio atau CD Audio pun susah kerana Astro dah guna jantung dan kepala itu. Nak berA2DP pun kena guna jantung yang sama.
Soal jantung, mungkin boleh difikirkan kemudian kerana saya ada jantung lama yang tak digunakan.

Bayangkan 'Media Center' Mac mini pun nak guna jantung dan kepala yang sama...

Berbalik kepada cerita kepala, saya memang memerlukan kepala, kerana bilangan populasi pengguna komputer meningkat setiap 2 1/2 tahun. Walaupun ada 3 komputer dirumah, tapi hanya ada 2 kepala. satu kepala dah melekat pada komputer_riba. Satu kepala nak di kongsi oleh athlon/Linux dan Mac mini intel OSX? kalau saya duduk seorang diri , mungkin dengan penukar KVM dan cukup. Tapi populasi pengguna komputer adalah 3 orang berbanding kepala hanya 2.

Maka saya pun pergi ke Dataran Pahlawan dengan alasan untuk membeli 'kepala', Siti Hawa (yang tak happy itu) pada awalnya tak faham apa itu kepala.

Sebelum itu, saya dan Umar, pergi mencari kasut yang patut diganti, dan ketemu selipar 'Ratatouile'. Tak sangka pula 'Anakku' mendapat lesen membuat barangan ratatouile.



Ketika, kepala itu disiapkan untuk diuji, Hamzah dan Umar menjadi model HP



Saya tak berpuas hati kenapa cable kuasa dan kabel DVInya berwarna hitam.
Saya rasa tertipu dengan keputihan rupa paras kepala itu.


Tidakkah saya tadi menyebut DVI? Ya DVI,
Kepala LCD 19' ini boleh digunakan dengan DVI tanpa memerlukan penukar.
Model 17 ' tidak mempunya DVI.

Sebelum ini saya menggunakan penukar DVI ke VGA untuk digunakan pada monitor CRT 17' lama. DVI bermaksud... err err (belum google lagi) . Walaubagaimanapun isyaratnya dgital, berbanding VGA, walaupun komputer yang yang digital itu menghantar isyarat ke monitor VGA, isyarat RGB nya adalah analog.

(Ramai yang beranggapan monitor Digital itu adalah monitor yang mempunyai pengawal kecerahan/kontras dan lain-lain dalam bentuk digital , ia adalah mitos)
Apabila sudah mendapat kepala DVI, baru saya perasan akan komputer Athlon/Linux saya pun mempunyai antaramuka DVI.
heh

Saya dan Umar bersama-sama menyengetkan kepala apabila paparan ditetapkan sebagai dikilas 90 darjah.


Hasilnya, saya tetap tak dapat menggunakan komputer, kerana masalah cakera keras pada Athlon/Linux belum diselesaikan, dan monitor lama merajuk.

Lihatlah kanak-kanak zaman sekarang, masih hisap botol tapi dah guna komputer.


Adakalanya saya terpaksa menerangkan pada dia tentang bagaimana komputer berfungsi.
Apa yang saya perhatikan, kesan 'Genie' pada OSX membuatkan dia cepat memahami UI OSX.

Google+ Hasbullah Pit