test

Memaparkan catatan dengan label Acai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Acai. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Januari 2008

Hobi subversif untuk Adi Putra

Dalam minggu lepas ramai yang memperkatakan tentang Adi Putra, pelajar yang pandai matematik itu.

Banyak pihak mengatakan bahawa dia perlu kesekolah khas, dia ditempatkan di sekolah antarabangsa, kemudian keluar, dengar pula dia cuma mengambil A Level di rumah. Ada pendapat menyuruh dia mengambil UPSR tahun ini.

Hampir kesemua pendapat mencadangkan supaya dia cepat habis belajar.

Bagi saya, buat apa perlu cepat habis belajar?
Tidakkah dia akan hilang banyak pengalaman bersekolah?
Sudahkah dia menaiki bas sekolah?
Sudahkah dia jadi pengawas sekolah? Pengawas perpustakaan, pengakap?

Sudahkah dia mempunyai pengalaman mewakili sekolah dalam sukan atau kuiz?
Pernahkah dia dihukum mencabut kemuncup di padang sekolah?

Sudah puaskah dia bermain bola sepak, "police sentry", menyorok-nyorok?
Sudahkah dia tahu lawak kanak-kanak , cuba sebut laju laju
"Bas datang kau naik"
"Bas datang kau naik"

Pernahkah dia menjadi ketua murid?

Sungguh banyak pengalaman yang boleh diperolehi ketika disekolah, atau zaman kanak-kanak yang tidak dapat dikecapi Adi Putra jika terus ke A Lavel dan terus ke university.

Pengalaman solat hajat untuk UPSR sudah pasti tiada kalau tidak duduki UPSR, debaran peperiksaan, perasaan ketika dapat keputusan UPSR. semuanya hilang.

Jika di mengambil A level, dan meneruskan ijazah, dia hanya jadi pemenang ijazah yang muda sahaja. Tiada beza dengan graduan menganggur yang lain melainkan dia muda.

Saya amat sedih melihat Adi Putra yang akan kehilangan banyak pengalaman.
Dimana sepatutnya, dengan kecerdikan dia, dia sepatutnya mempunyai banyak pengalaman berguna. Tidak dinafikan, pengalaman berpindah randah sekolah juga pengalaman berguna.

Saya masih ingat lagi tahun lepas ketika anak saya, Hamzah belum lahir, mengikut teknologi sekarang, dia boleh dikhatankan ketika baru lahir, akan tetapi bila mengenangkan bahawa dia akan ketiadaan pengalaman berkhatan, maka dia tidak dikhatankan ketika baru lahir.

Banyak perkara yang boleh dialami oleh kanak-kanak ketika kecil yang sedikit sebanyak membantu kanak-kanak itu untuk hidup.

Bagi saya, Adi Putra sepatutnya bersekolah biasa, tanpa rasa dirinya terlalu pandai supaya boleh bergaul dengan kawan-kawan sebaya.

Untuk mengatasi limpahan kecerdikannya itu, ada seribu satu cara dia boleh gunakan untuk berinovasi.

Banyak bidang ilmu diluar sukatan yang Adi Putra boleh ceburi. Mengapa mesti diajar terlalu banyak perkara "dalam sukatan" hanya sekadar untuk cepat habis sukatan?

Ketika saya berumur 33 tahun ini pun masih terlalu banyak perkara untuk dikaji, tetapi tidak cukup masa. Tanyalah kepada MyPapit, adakah dia cukup masa untuk menkaji apa yang hendak dikaji atas dasar hobi?

Negara maju banyak melahirkan teknologi atau inovasi baru di rumah. Di mana rumah mereka mempunyai garaj yang boleh digunakan untuk pengodekan (hacking).

Tidak semestinya dalam bidang komputer, bidang elektronik juga menarik. Zaman sekarang, elektronik dan komputer tidak boleh dipisahkan.

Bayangkan kalau Adi Putra disediakan dengan Komputer pelbagai OS, peranti robotik untuk dia bermain? macam-macam boleh buat, hack PSP, hack PS3 hack Sony Ericsson. Flash itu, flash ini, buat Permainan Java MIDP sendiri untuk kawan sebaya, atau hadiah kepada guru sempena hari guru. Sambung wayar sini, sambung sana.

Kalau Adi Putra taksub dengan matematik, Adi Putra boleh buat perisian matematik, secara subversif, dirumah. jangan lupa GPLkannya ya :)
samada berasaskan web, atau sebagai module gcompris, berasaskan GTK ?
semua boleh buat. Tak suka komputer? boleh buat untuk PSP, telefon bimbit, Symbian.


Kalau Adi Putra nak tengok bagaimana nak tanam pokok naga, Adi Putra boleh belajar dari Abang Acai.

Dalam bidang robotik juga menarik, zaman sekarang robot boleh main bola. Robot yang boleh diprogramkan kini tak sampai RM 300 di Melaka. Walaupun robot itu tidak boleh diprogramkan menggunakan komputer, tidak semestinya kita dah boleh guna Irda pada Linux untuk memprogramkannya. Tak mustahil.

Kalau tak suka roboh infra merah, boleh buat robot bluetooth.

Selasa, 18 September 2007

Penyelesaian tandabuku sosial kandungan tempatan

Sudah lama saya cuba fikirkan akan sesuatu cara dimana dalam dunia web 2.0 ini kita dapat berkongsi maklumat dengan lebih baik.

Memang wujudnya banyak tandabuku sosial versi barat yang sering menaikkan kandungan antarabangsa, sehingga satu tahap, kandungan tempatan, terutama sekali yang dalam bahasa melayu tak dapat dikongsikan dengan jayanya.

Digg? Apa gunanya digg kalau kandungan BM didiggkan, tetapi seluruh dunia tak kan diggnaikkan kandungan bahasa melayu. (diggnaik= digg up).

Apabila saya membuat membuat undian tentang akaun apa yang pelawat blog ini ada, terlalu sedikit yang ada akaun digg, mahupun del.ico.us.

Saya telah cuba bentangkan idea perkongsian tandabuku pada kiriman blog saya di bluequil. Akan tetapi, ia tidak mendpaat sambutan.

Apa yang saya lihat, banyak pemblog yang tersohor mempunyai "share it", yang menyenaraikan digg, delicious dan lain-lain.

Bayangkan kalau hanya 100 orang yang memasuki blog tertentu, 5% yang faham konsep tandabuku sosial, samada jenis digg atau delicous. Sebenarnya saya pun baru nak cuba faham, tapi saya cepat faham. :)

Kita ambil contoh digg, walaupun sesuatu laman blog itu amat popular, mempunyai butang digg, akan tetapi bila pengguna klik, seolah-olah pengunjung yang terpaksa 'submit' bagi pihak pemilik blog. Nampak tak berapa kena, yang elok ialah setiap kali kiriman blog yang dianggap berkualiti ditulis, pemilik blog yang hantarkan artikel , tetapi pengunjung hanya perlu klik, klik, klik dan ia didiggnaikkan oleh pengunjung.

Walaubagaimanapun, saya rasa untuk kandungan tempatan, lupakan saja digg.
Amat mustahil untuk kandungan tempatan didiggnaik setinggi-tingginya.

Projek Del.icio.us Kandungan Tempatan


Jadi, cuba penyelesaian lain, delicious? ya mungkin sesuai, walaupun ianya bukan jenis "digg" sehingga boleh dinaikkan setinggi-tingginya. Namun kita boleh jadikan 'network' pada delicious supaya ia dipenuhi oleh kandungan tempatan.

Mungkin ada yang tak faham, akan tetapi, saya sediakan contoh dibawah, lihat ruangan "Rangkaian del.icio.us sebolku

Dimana pengguna bernama "sebolku" menjadikan beberapa orang sebagai ahli networknya.
setiap kemasukan pada delcoius bagi ketiga-tiga orang itu akan muncul sebagai "sebolku network" dimana, apa ayng dikongsikan oleh wawaporeber, mnajem dan morpheuzneo akan muncul pada blog ini.

errr apa salahnya mereka? mereka hanya delicouskan apa yang mereka suka, samada ia kandungan tempatan atau tidak, terpulang pada empunya diri.

Jadi?

Apa kaitannya dengan kandungan tempatan?
Bayangkan kalau ada beberapa orang pemblog yang betul-betul ingin mendelicouskan kandungan tempatan.

Sebagai contoh megat, Acai, chot, nordin sulaiman , bro_rick , iEn dll. (sekadar contoh)

Kemudian, saya daftarkan satu akaun delicous khas bernama "kandungan-tempatan" (atau nama lain yang lebih sedap didengar). kita ambil contoh 'merpati'.

Andaikata, kesemua pemblog yang tersohor diatas itu komited untuk mendelicouskan kandungan tempatan yang mereka jumpai pada hari itu, maka rangkaian delicious 'merpati' itu akan menyenaraikan hanya kandungan tempatan yang terpilih.
samada ia kelakar atau informatif, terpulang pada ahli rangkaian merpati itu.

Tidakkah itu amat baik, bagi pembaca kandungan tempatan?

Jadi oleh itu, saya inginkan beberapa pemblog yang rajin lompatblog, dan bolehkan sukarela mendeliciouskan kandungan tempatan yang mereka jumpa.

Kepada yang berminat sila angkat tangan.

Siapa yang tak faham, boleh tanya.

Isnin, 17 September 2007

Links pada MacOSX

Gambar di bawah adalah cekupan skrin (Screen capture), perisian pelungsur web Links yang dilaksanakan pada Terminal di MacOSX. Perisian Links itu membuka laman blog Acai/Budak Jawe/ Faisal Rahim.




Walaupun ia tidak sukar untuk memasang fink pada MacOSX, namun saya masih berbelah bahagi, untuk MacOSX kelihatan lebih UN*X, penyelesaian mana yang lebih baik?

MacPorts atau fink? atau ada penyelesaian lain?
Kompil guna tangan pun satu penyelesaian juga.

Ramai yang kata bila guna Mac, senang nak buat grafik, tapi hakikatnya sukar untuk memasang gimp pada MacOSX. (sebenarnya tak sukar tapi tak sungguh-sungguh).

MacOSX tidak disertakan sekali dengan perisian penyunting grafik seperti Linux yang kebiasaannya ada gimp. Windows, sekurang-kurangnya ada MS Paint.

Maka, seperti biasa saya akan gunakan gimp, kerana itulah perisian yang bebas untuk membuat grafik di MacOSX?

Penyelesaian Adobe?
Ya, memang ada, tetapi ianya berbayar, daripada bayar kepada Adobe, baik kasi pada pengunjung laman blog ini.

Kenapa Acai bersedih? <----- kliklah

Google+ Hasbullah Pit