test

Selasa, 27 Oktober 2015

Peningkatan Gaji Minima, memindahkan titik peluh rakyat lebih ke KWSP

Merujuk pada laman web KWSP, terdapat 6.72 juta orang pada jun 2015.

Ada yang makan gaji pada syarikat luar, ada yang makan gaji pada majikan tempatan.

Katakan 4 juta pencarum itu, makan gaji daripada majikan tempatan, iaitu rakyat Malaysia juga.

Ambil contoh, gaji minimum adalah RM 900 .
maka 4 juta pekerja & majikan itu mencarum

4000000*900*0.24
864000000.00


= RM 864 juta sebulan ,
bersamaan RM 10.368 billion setahun.


Gaji minima meningkat, menjadi RM 1000.
4000000*1000*0.24
960000000.00

= RM 960 juta sebulan
bersamaan
RM 11.52 billion setahun.

Dengan contoh pengiraan ini, RM 1.152 billion tambahan dipindahkan daripada rakyat (Majikan dan Pekerja)  kepada KWSP.

Pengiraan di atas adalah sekadar anggaran, sebab bilangan sebenar majikan tempatan rakyat Malaysia adalah tidak diketahui.

Namun, anda boleh lihat, betapa besar wang rakyat, yang sepatutnya boleh berlegar dikalangan rakyat untuk merancakkan ekonomi, tetapi dipindahkan ke KWSP.

Negara kita bukan tak pernah mengurangkan caruman untuk merancakkan ekonomi.

Sebagai contoh tahun 2001, untuk bangkit daripada krisis ekonomi 1998, pernah mengurangkan caruman. Dan juga berkalu pada 2009.




Andaikata perlaksanaan Gaji minima, ke arah RM 1000 , tetapi caruman dikurangkan menjadi seperti 2001.... menggunakan sampel yang sama

4000000*1000*0.21*12
=10080000000.00
= 10.08 billion ..

(bandingkan dengan RM 10.368 billion setahun apabila gaji minima 900 untuk 4 juta orang)

Lebih banyak wang yang boleh beredar dikalangan rakyat.

Oleh itu saya seru, caruman KWSP dikurangkan, supaya rakyat lebih merasa gaji mereka.



Google+ Hasbullah Pit