test

Jumaat, 24 Julai 2015

Cerita Rambutan yang Perlu dikongsi

Beberapa hari lepas saya buat posting di facebook sebegini



Buah mangga masak sampai tak sempat nak kutip.Kintan Man sungguh2 nak agihkan mangga.Buah Rambutan masak sampai tak...
Posted by Hasbullah Bin Pit on Tuesday, July 21, 2015



Buah mangga masak sampai tak sempat nak kutip.
Kintan Man sungguh2 nak agihkan mangga.
Buah Rambutan masak sampai tak sempat nak ambil.
Banyak lagi buah yang masak tak sempat nak nak ambil.


Tapi orang merungut "ekonomi jatuh"

Sedangkan yang melimpah ruah itu, gagal dimanfaatkan untuk jual, atau beri orang atau bintang.





Memang niat saya untuk panjat dan habiskan Rambutan di permatang serai untuk agihkan pada orang.
Namun entah bagaimana keadaan tak mengizinkan.


Jadi suatu petang saya mengayuh basikal, dan lalu ke Sempang, kebetulan, sedang berlaku aktiviti mengnurunkan buah rambutan.


Saya disaran untuk bawa balik 1 plastik besar rambutan itu.
Jenuh juga kayuh basikal dari sempang kembali ke Merlimau sambil pegang pelastik besar Rambutan.

Pada malamnya, ada rumah terbuka Rumah Razak,
dan rambutan di bawa ke sana.

Maka, dapat juga dimanfaatkan rambutan itu.

Begitulah cerita Rambutan Dari Sempang ke Merlimau ke Serkam Darat....








Selasa, 21 Julai 2015

Kepelikan PAS dalam Menangani Isu Tulisan Jawi Teresa Kok.

Saya masih ingat lagi suatu ketika dulu Teresa Kok mempersoalkan Tulisan Jawi pada papan tanda nama jalan.



We want muhibbah road signs (14 Feb)

 (mesti klik baru faham cerita)

Ianya diterbitkan pada 14 februari 2008.

Isu belum selesai.

Namun, setelah parti pembangkang (PAS, PKR DAP) memperoleh kemenangan pada pilihanraya 2008.

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada april TANPA menyelesaikan isu tulisan Jawi Teresa Kok.


Saya menulis kembali perkara ini pada Semtember 2008.

Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok


 (mesti klik baru faham cerita)

Namun, tidak mendapat sebarang respond.


Yang selalu memainkan isu ini adalah dikalangan penyokong UMNO, tetapi tidak berlaku padapimpinan UMNO. Dan ianya tenggelam.

Selama ini, perkara ini disengajakan tutup oleh PAS atau Pakatan Rakyat atau apa sebenarnya?


Maklumlah, ketika inginkan kemenangan, perkara elok DAP sahaja dicanangkan.

Namun setelah bercerai.

Maka isu ini kembali timbul di Media Facebook.





Agak pelik juga Fanpage "Menyokong Penuh Tuan Guru Presiden dan Kepimpinan Ulama", Tetapi Presiden sendiri yang menandatangani penubuhan Pakatan Rakyat, tanpa menyelesaikan isu tulisan jawi ini.

Timbalan Presiden ketika itu Nasharudin Mat Isa, pun boleh dikira Ulama juga?

Agak pelik kalau perkara ini boleh timbul semula setelah Berpisah dengan DAP (2015).
Walhal ianya boleh diselesaikan sebagai syarat untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (2008).


Dulu Ahli PAS disuruh wala' dengan tindakan penubuhan Pakatan Rakyat, walaupun Teresa Kok masih lagi dibiarkan mempersoalkan tulisan Jawi.

Dan kini, dan seterusnya disuruh wala' lagi.





Isnin, 20 Julai 2015

Saya Kekal dengan PAS

Berlakunya gelombang Gerakan Harapan Baru, akibat daripada krisis dalaman PAS, yang berpunca daripada spin media-media jahat. Atau faktor faktor lain.

Namun, saya putuskan untuk kekal dalam PAS.
Saya kekal sokong PAS.
Namun saya bukanlah penyokong kumpulan-kumpulan tertentu dalam PAS.
Saya menyokong PAS sebagai wadah perjuangan secara umum.
 
Walaupun saya akui PAS tidaklah seterbuka dahulu.
Namun saya yakin, 4,5 tahun lagi, Akan ada suara-suara yang mahukan PAS lebih terbuka, maka PAS akan terbuka jua.

Sememangnya PAS tidaklah 100% selari dengan apa yang saya mahukan.

Saya berfahaman Pasaran Bebas, Anti kawalan Harga, Tetapi PAS tidak sebegitu. Walaubagaimana pun Harapan Baru, pun tidak ada bunga-bunga kearah penolakan kawalan harga.

Jadi buat apa saya pindah ke wadah yang juga tidak memenuhi keperluan saya.

Saya juga, tidak percaya 100% pada demokrasi.
PAS duduk di bawah demokrasi, strukturnya ikut sempadan politik pilahanraya.
Manakala 'Harapan Baru', terlalu mempercayai pada Demokrasi.

Kalau cadangkan PAS keluar Pakatan Rakyat, pada orang Harapan Baru, mereka tidak setuju.
Yang peliknya "GU" pun tak sokong.

Namun tetap saya putuskan untuk kekal bersama PAS, sebab ianya satu wadah yang terbaik.

Dalam keadaan situasi PAS, yang satu hala sekarang ini.
(Fikrah adalah daripada atas ke bawah), maka memanglah sukar untuk melontarkan idea-idea daripada bawah.
Harapan Baru pun belum tentu lagi terima idea orang bawah.

Harapan Baru, walaupun nampak baru, namun mereka itu adalah bekas-bekas ahli PAS.
Maka budaya PAS itu akan tetap ada.

Mungkin akan berlaku , "Mesyuarat pukul 9: datang pukul 9:30'

Mereka bukan Ex-Googler yang mempunyai cara bekerja dan berkomunikasi yang berbeza.

Namun saya kekal PAS.

Antara kelebihan PAS adalah, mempunyai ramai "pekerja parti", yang bukan ahli politik.

Maka dengan sumber yang ada, (walaupun sedikit berkurang), banyak kerja-kerja memanafaatkan boleh dilakukan.

Entah bagaimana, saya diberikan peluang untuk memgemudi Lajnah IT kawasan, maka  saya telahpun merangka rancangan 10 tahun, walaupun sepenggal yang saya ada itu hanya 3 tahun.

Tetapi tak mengapa sebab saya boleh tinggalkan platform, supaya boleh disambung oleh adik-adik.

Misi saya kini 1 sahaja. Iaitu Menjadi Lajnah IT terbaik dunia.

Supaya boleh menjadi rujukan pada gerakan gerakan Islam yang ada di dunia ini.

Apa perancangan saya?
Itu rahsialah.....

In Sya Allah, kami akan penuhkan keperluan IT bagi PAS, dan kemudiannya umat islam setempat , dan seterusnya seluruh dunia.

Dengan Teknologi "murah" sekarang ini, macam-macam boleh dilakukan.




















Jumaat, 17 Julai 2015

Tips untuk tabayyun berita.



Tips untuk tabayyun berita.

Sekiranya anda ternampak orang share artikel Malaysiakini, atau tmi. Maka janganlah percaya tajuk itu bulat-bulat.

Ianya mungkin sensasi, atau menyentuh perasaan anda, untuk cepat-cepat percaya tajuk.

Mungkin adakalanya, tajuk itu sudah cukup untuk membuatkan anda percaya tajuk, sebab tajuk itu membolehkan anda menghentam pihak lawan.



Ada berita yang diambil daripada kenyataan verbal, ada yang diambil daripada kenyataan media.


Untuk verbal, memang susah nak dapatkan ayat-ayat sebenar. melainkan ada video.

Namun untuk yang bersumberkan kenyataan media, anda boleh cari di http://mediaterus.blogspot.com .
confirm tak ada spin.

Maka anda boleh baca, tanpa terpengaruh tajuk yang diubah suai.

Cara lain, ialah, anda perlu cari dimana punca sebenar kenyataan itu, sebagai contoh, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, boleh dicari di Fanpage dia.




sekian.

Jumaat, 3 Julai 2015

Emas 916 Berapa Karat?

Emas 916 Berapa Karat?

Jawapannya ialah 22 Karat.

Bagaimana nak kira?

Mudah sahaja,



22/24 = 91.66666 %

Maka dapatlah 916.

Google+ Hasbullah Pit