test

Jumaat, 27 Februari 2015

Harga bukan hak mutlak penjual


Saya terjumpa komen sebegini



Ambil contoh senario:

Harga bukan hak mutlak penjual
Harga sebenar berlaku apabila wujudnya persetujuan jual beli.

Penjual nak jual harga RM 100.
Pembeli nak harga RM 80.

Penjual tak boleh bagi harga RM 80, tetapi penjual boleh bagi harga RM 95.
Pembeli upkan lagi, boleh beli harga RM 90.

Penjual tetap tak boleh beri harga RM 95.
Akhirnya pembeli setuju, untuk terima harga RM 95.

Adakah pembeli kena ucap terima kasih, dan dicop "tak beradab" ?

Bukankah penjual perlu berterima kasih pada pembeli sebab terima harga RM 95?
Adakah pembeli pula cop penjual tidak beradab jika tak ucap terima kasih apabile pembeli setuju harga yang penjual pinta?


Dalam urusniaga jual beli, 2 pihak adalah setara.

Agak menghairankan juga apabila ramai orang menyalahkan peniaga apabila menaikkan harga barang. Walhal, urusniaga antara dua belah pihak. Kedua-dua memainkan peranan menentukan harga.

Adakalanya 2 belah pihak itu tidak boleh bersetuju pada satu harga.
Kalau tengok Pawn Star, memang banyak urusniaga tak jadi sebab tiada persetujuan harga.
Yang nak jual minta harga tinggi, yang nak beli minta harga rendah, sehingga tiada titik persetujuan.

Itu perkara biasa dalam urusniaga.
Tak perlu makan hati bila tiada persetujuan jual beli.

Sebagai contoh lain.
Seorang penjual menjual barang untungnya RM 80.
Pelanggan minta diskaun RM 200.
Penjual memang tak boleh beri diskaun RM 200, sebab untung dia pun hanya RM 80.

Pelanggan tak bolehlah marah, marah sebab tak dapat diskaun RM 200.

Dan pelanggan tak bolehlah nak kata penjual tak mesra pelanggan bila tak beri diskaun RM 200.












Khamis, 26 Februari 2015

Demokrasi Melayu, Demokrasi Asia , Tidak boleh Lawan Ketua

Demokrasi Melayu?
Wujudkah Demokrasi Melayu?
Dunia Melayu baharu sahaja terjebak dengan demokrasi, Entah bagaimana boleh memilih untuk demokrasi.

Walaupun secara sejarahnya, tidak pernah demokrasi sejak kurun ke 15.

Demokrasi bukanlah sistem yang bagus sangat, akan tetapi sistem sebegitu dipilih ornag orang Melayu , orang Asia untuk digunakan pada zaman ini.

Saya sudah perhatikan sejak bertahun yang lalu, Demokrasi tak sesuai dengan asia.
Dengan Melayu lagilah tak sesuai.

Mungkin hanya Jepun yang sesuai dengan demokrasi, yang lain ada sahaja yang tak kena.

Di Malaysia, terutama sekali dalam dunia Melayu, wujud demokrasi dalam parti politik, dalam NGO, dalam persatuan itu ini, pemilihan ketua kelas pun nak didemokrasikan.

Namun, Rakyat dunia ke 3 ini masih lagi dunia ke 3.

Kalau ketua atau presiden atau YDP berundur, baru boleh sesuai buat pemilihan.
Tapi kalau ketua atau presiden dilawan untuk digantikan dengan yang lain.
Maka ianya seolah-olah salah besar.
Dosa besar untuk jatuhkan ketua.
Boleh dilabel kianat, boleh dilabel mempecah belah.

Yang peliknya, mengapa masih lagi guna sistem ketua boleh ditandingi?
Kenapa tidak guna sistem "Ketua seumur hidup melainkan letak jawatan atau bersara"?

Dalam UMNO pun begitu, disebabkan ada pertandingan sebelum ini yang menyebabkan perpecahan (dan blackout). terus tiada pertandingan merebut jawatan Presiden.

Dalam PKR, Jawatan Presiden umpama hadiah daripada suami. Tetapi hadiah jawatan Menteri Besar tak dapat. Jawatan KetUm lebih tinggi, sehingga dalam perlembagaan pun tak boleh jatuhkan KetUm.
Untuk Jawatan KetUm , boleh dipanggil "KetUm Berpelembagaan".

Dalam PAS, uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk
uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk ukuk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk (kalau aku tulis nanti dilabel PASMA, Islam Liberal dsb) .


Namun tidak pula ada usaha untuk ubah sistem supaya ketua tidak boleh dilawan.

Sistem beraja zaman dahulu pun ada kaedah khas untuk melantik raja.
Kena tunggu ada yang mati dahulu, baru boleh lantik.

Di Perak ada sistem perlantikan sendiri, ada Raja di Hilir, Raja Muda dan sebagainya.

Sistem pemilihan Kesultanan Sulu pun ada penggiliran keluarga.

Akan tetapi, Organisasi dunia ketiga yang nak guna demokrasi, tetapi tak mahu tak mahu jawatan ketua dipertandingkan, ada baiknya ubah sistem perlantikan atau perlembagaan supaya ikut kesesuaian organisasi.

Tak perlu demokrasi dibibir, tapi dalam hati ada dunia ke 3.









Khamis, 19 Februari 2015

Perutusan Tahun Baru Cina 2015

Selamat Tahun Baru Cina...

Tahun Kambing.

Apa yang saya nak sampaikan adalah, Tidak semestinya anak bulan kelihatan pada malam tahun baru cina.

Dan

Juga tak semestinya anak bulan kelihatan jika dicerap pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Mengapa?

1 Hari bulan, Tahun Baru Kalendar Cina, berlaku pada hari pertama  "bulan baru"  (new moon) .
Mungkin pagi, mungkin petang, mungkin malam.

Anak bulan boleh kelihatan kalau usia bulan lebih daripada 8 jam, ada pendapat mengatakan 12 jam.

Jadi kalau new moon, berlaku 8 pagi, maka tidak nampak kalau dicerap pukul 6 petang.

 Jadi, biasanya 2 hb Tahun Baru Cina, masih lagi belum 1 hb Hijrah.

Tahun Baru Cina, digandingkan dengan 1 bulan kalendar Hijrah.

Sebagai contoh, Tahun Baru Cina 2015 + 2 hari , adalah juga 1 Rabiul Akhir 1436.

Inilah, sebabnya kenapa kalau kongsi raya, beza perayaan 2 hari.


Memang susah nak memahamkan pengkalendaran Cina dan Hijrah pada manusia modern yang trbiasa dengan masehi.

Ini semua salah Google, Kenapa tidak Integrasikan Google Calendar dengan kalendar Cina dan Hijrah.



Rabu, 18 Februari 2015

Menteri Luar Ireland tiba di Gaza

Menteri Luar Ireland tiba di Gaza

GAZA, (PIC)-- Menteri Luar Ireland  Charles Flanagan tiba pada isnin  di Semenanjung Gaza dalam satu lawatan singkat.

Sumber RasmiPalestinian official sources said Flanagan, bersama delegasi 14 pegawai , tiba di  Gaza melalui Lintasan  Erez di antara Israel dan Semenanjung Gaza  untuk mengadakan perbincangan dan melihat projek-projek yang diselia Ireland.

Lawatan diplomat atasan Ireland berlaku sehari selepas Kuartet Timur Tengah utusan Tony Blair melawat Semenanjung Gaza..


Sejak beberapa bulan lalu, duta-duta asing, diplomat dan pegawai telah melawat Semenanjung Gaza yang terkepung


Terjemahan dari:

http://english.palinfo.com/site/pages/details.aspx?itemid=70192

Khamis, 5 Februari 2015

Di Mana Nak Beli Stroller Online

Saya terjumpa kawan lama saya, dia hensem. Tetapi saya lebih hensem.

Usah berdebat, siapa lebih hensem.

Entah macam mana dia ada tunjuk yang dia ada jual stroller online.
Menarik juga, laman blog dia itu, sudah macam shopping cart biasa,


Jadi, kalau nak beli Stroller online murah, boleh dapatkan di SeeBaby Stroller.

Biar Benar Stroller RM 90 , murah betul.



Lazada Malaysia

Google+ Hasbullah Pit