test

Selasa, 30 September 2014

Malaysia dah makin pelik, Menteri pun terlibat nak exclude Internet Ads


Sudah makin pelik dunia pemasaran internet hari ini.
Menteri pun campur tangan, mana nak iklan.

Mungkin kita akan lihat, Mentri campur tangan bab SEO kekeke

Padan Muka, Blog Penipu sudah ku sekat

Sekembalinya saya ke dunia blog ini, kali ini bukan sekadar sebagai penulis blog , tetapi juga sebagai pengiklan.

Banyak blog yang guna nuffnang dan Innity, tetapi peniaga kecil tak mampu nak beriklan di situ, jadi Adwords lah yang sesuai.

Namun, wujud pula laman web yang mengambil kesempatan,

Sekarang musim orang pos benda yang sudah viral, di blog atau laman web sendiri, macam kandungan sendiri hanya untuk dapat.

Bab kandungan itu sebagai pengiklan,saya tak kisah nak sensasi mana pun. Tapi kalau boleh janganlah sampai semi-porn.

  • Gambar Gadis Melayu Bertudung Yang Sangat Melampau  , 
  • Pelajar perempuan 'offer' tubuh untuk beli Samsung Note 3


Saya bukan nak iklan ubat kuat.

Jadi kalau anda nak buat blog atau website benda-benda viral banyak mana pun.
Lagi banyak lagi bagus. Pengiklan suka ada banyak laman web benda-benda viral dan sensasi.

Cuma pengiklan tak suka kena tipu.

Terdapat laman web / blog yang terlampau tamak, sampai sanggup menipu pengunjung dan juga penipu pengiklan.

Ada banyak jenis klik palsu yang dicuri.

Yang paling jahat sekali ialah jenis yang tiba-tiba gelapkan skrin, kemudian ada gambar dan butang pangkah.
Butang pangkah itu bukannya sekadar nak tutup gambar itu dan kembali ke pembacaan, tetapi dia akan automatik klik iklan yang.
Sebagai contoh, tiba2 skrin gelap, ada gambar kucing, klik butang pangkah, tiba2 page lazada dibuka.
dan Lazada kena tipu.


Yang ke 2 jahat ialah guna teknik skrin gelap juga. Keluar iklan, dan tulis klik link below to continue.



Yang ini, kurang jahat sikit, sebab masih boleh klik untuk tutup, cuma peratusan orang terklik iklan adalah terlalu tinggi. Kalau dia tulis 'Click Here' pun orang boleh terkeliru.


Yang ke 3 jahat ialah yang ni.

Dia suruh klik 2 kali untuk close.
tapi bila klik sekali , iklan lain akan masuk, tetapi lokasi tempat klik tu pun bergerak, jadi kemungkinan terklik iklan adalah tinggi.
Sampel pada gambar itu sudah tiada iklan, mungkin google sudah blok dia .


Jadi 3 jenis iklan di ats itu memang saya blok.

Dalam dunia pengiklanan web, publisher pun cari makan, pengiklan pun cari makan.
Kalau publisher curi pengiklan, apa cerita?

Pengiklan Adwords bukannya kaya sangat, ada yang budget RM 300 sebulan sahaja.

Boleh sahaja iklan di Facebook atau Google Search Network, tapi duit itu tak sampai publisher/penulis blog , pemilik laman web.

Pengiklan juga boleh naikkan bidaan di laman web yang dia suka.
Sebagai contoh, semalam saya naikan bidaan di kujie2.com , mahal sedikit pun tak mengapa, kawan-kawan.

Jadi, kepada blogger yang guna Adsense, sila komen si bawah, saya nak naikkan bidaan iklan di blog anda.

Untuk pemilik blogger blogspot, saya memang nak cadangkan anda guna adsense, walaupun anda ada nuffnang, atau jual iklan sendiri, apply sekali adsense.  Kalau ada walau sedikit tag adsense di laman blogspot, automatik versi mobile pun ada iklan.











Ahad, 28 September 2014

Kenapa orang suka leave group Whatsapp?






Kenapa orang suka leave group Whatsapp?

Whatsapp adalah satu medium komunikasi baru,

Whatsapp adalah satu medium komunikasi baru,
  1. dimana boleh menggantikan SMS,
  2. pada masa yang sama boleh mengambil fungsi mailing list,
  3. dan pada masa yang sama boleh mengambil fungsi chit chat.
  4. Ada juga yang guna whatsapp sebagai mengambil fungsi media sosial.

Jadi belum ada panduan etika whatsapp/telegram yang berwibawa.

Tidak seperti mailing list dimana ada panduan, dan panduan itu boleh dirujuk untuk menjadikan panduan bagi mailing list lain.

Sebagai contoh:

Dalam radio dulu saya pernah dengar ada tips supaya supaya ucap selamat datang pada ornag yang baru masuk.

Saya tidak setuju ianya sebagai tips.
Kalau Group 10 orang, boleh dikira sesuai, tetapi kalau group 50 orang, maka tak sesuai.
Bayangkan kalau ada 20 mesej selamat datang, maka mesej yang terdahulu akan tenggelam.

Jadi kena bezakan whatsapp group itu rasmi atau tidak.
Untuk yang rasmi, tulis sedikit-sedikit pun sudah memadai.

Whatsapp cirinya tidak threaded, jadi sukar nak ulas perkara yang tertinggal sebelum ini.
Tetapi jika dipenuhkan dengan "Nanti kejap aku datang", "saya sokong".

Ramai orang tidak mempunyai cukup masa untuk baca semua.
Mereka mahu baca yang penting sahaja.

Jadi untuk Group rasmi, maka perlu dikurangkan perbualan yang tak perlu.

Ada tips di radio, tentang whatsapp supaya balas cepat-cepat.
Sebenarnya tip itu tak sesuai, sebab memang ada ramai orang yang buka telefon sekali sekala.
Ada masa untuk perkara lain, keluarga, pekerjaan, tugas dan tanggungjawap lain.

Jadi yang hantar whatsapp perlu bersabar menanti balasan.

Pengguna whatsapp perlu bezakan group rasmi berbilang umur, dengan group chir-chat rakan sebaya.

Ada juga yang menggunkan whatsapp sebagai ganti media sosial.
Apa yang sepatutnya dia boleh pos di Media sosial, diposkan ke group.
Kalau ada 10 group, 10 benda sama dia hantar.
Kalau hantar 10 gambar?
Bayangkan kalau ada orang yang sama sertai beberapa group yang sama dengan orang yang hantar 10 gambar itu?

Begitu juga artikel, cukup sekadar pautan ke artikel.

Masalah whatsapp/telegram ialah dia terlalu benarkan banyak kandungan, sehingakan, nanti nak skrol atas sudah susah.

Kalau benda penting. dihantar sebelum artikel2 panjang sipos, pasti pengumuman itu akan tenggelam.

Lainlah kalau Whatsapp ada fungsi papar sebahagian artikel dan ada "read more".

Kalau dalam mailing list, memang boleh hantar benda panjang, sebab pembaca nampak tajuk dahulu.
Boleh dibaca kemudian atau boleh baca yang lain dulu.

Untuk tujuan hantar gambar banyak-banyak, atau artikel panjang, boleh gunakan media sosial.
dan kemudian beri pautan.

Kalau nak hantar gambar juga, cukup 1-2 gambar, tak perlu sampai 8 gambar.

Apa pun, sebenarnya whatsapp tak sesuai untuk perbincangan rasmi, tetapi boleh juga digunakan sebagai perbincangan rasmi tetapi kena ada ettique supaya tidak 'flood'.

Untuk kegunaan chitchat, atau alumni kawan kawan lama, sukahatilah nak buat apa pun.









RoboCop, Hudud dan GST

Tadi baru tengok Robocop versi alaf baru, Banyak kelainan berbanding versi 80an.

Dalam RoboCop kali ini ada unsur politik, sosial dan emosi.

Sebuah syarikat berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sebuah akta yang dikenali sebagai Akta Dreyfus.
Tujuannya supaya dapat membekalkan robot pada kerajaan.

Norma biasa bagi sesebuah negara yang mengamalkan "Pengsyarikatan" ala-ala Pengsyarikatan Malaysia.

Politik di Amerika, biasanya ada titik akhir samada akta diluluskan atau tidak.
Bila nak bentang sesuatu, maka ahli politik pun berkempenlah, korporat pun berkempen untuk mempengaruhi ahli politik yang mempunyai kuasa undian.

NGO pun bergerak untuk meyakinkan ahli politik.

Tetapi senario di Malaysia adalah berbeza, Bantahan besar-besaran Bantah GST dijadualkan untuk diadakan setelah Akta CBT/GST diluluskan. 
Lulus April, demo Mei.
Walhal sejak 2013 lagi sudah tahu tentang akta GST akan dibentangkan.
Ahli Politik Pakatan Rakyat memang pelik.


Berbalik kepada RoboCop. Diwujudkan untuk membasmi jenayah.
Akan tetapi RoboCop tidak menakutkan penjenayah.
Penjenayah masih boleh lagi usaha nak lawan RoboCop.


Berbanding Hudud , Kanun Jenayah Syar'iyah , Belum dibentang pun penjenayah sudah takut.
Tak perlu ada RoboCop, kalau penjenayah sudah takut.

Namun begitu, RoboCop ada ciri-ciri Hudud sedikit, iaitu memberi kesan kepada korupsi dalaman, dalam konteks cereka itu, RoboCop sendiri cuma menangkap polis yang membekalkan senjata dan yang 'dibeli' oleh penjenayah.

Nak dijadikan cerita, RoboCop memang handal menangkap penjenayah, sampai lupa anak bini, sebab nak tangkap penjenayah ramai-ramai dalam satu hari.

Namun, RoboCop seperti polis, tugasnya hanya menangkap tetapi bukan mengadili.
Jadi kalau satu hari boleh tangkap puluhan penjenayah sekali pun, tak cukup mahkamah nak bicarakan penjenayah itu.

Bila RoboCop boleh tangkap penjenayah ramai-ramai, maka nak bicara di mana?Perlu ada RoboCourt, RoboJugde, RoboLawyer, RoboJuruBahasa, RoboSaksi dan sebagainya...

Penyelesaian memperkasakan polis untuk tujuan mengurangkan jenayah, adalah tidak begitu sesuai.

Sebab itu, unsur penakutkan penjenayah perlu ada.


 







Sabtu, 27 September 2014

Penetrasi Mudahalih vs Blogawati + Nuffnang

Penetrasi mudahalih (Mobile penetration) meningkat dengan jayanya.
Hasil kerja Google dengan Androidnya dibantu oleh rakah perkakasannya dari Asia, menjadikan peranti mudahalih menjadi murah.

Dulu ketika saya berblog, mungkin Google Adsense jual mahal, susah untuk luluskan blog tempatan.
Maka ramai beralih ke Nuffnang, Advertlets pun ada ketika itu.

Nuffnang menjaga baik blogger terkemuka , sehinggakan ada kadar khas gelirati pada blogger yang lebih tinggi daripada bukan gelirati.

Saya mengambil sedikit masa untuk melihat manakah blog popular yang mesra mobile, yang mana boleh diiklankan secara mobile pada blog tersebut.

Cari punya cari, umpama mencari rambut di dalam tepung.
Kebanyakkan blog tempatan adalah Nuffnang, dan mereka biasanya tidak menghidupkan versi mobile mungkin kerana iklan nuffnang tidak keluar di situ.

Tetapi Nuffnang belum ada pakej iklan mobilenya.

Jadi macam mana kita nak iklan pada blog blogawati mudahalih?

Cari punya cari, baru jumpa 2 blog blogawati yang mesra iklan mudahalih adwords.
Yang lain kebanyakkannya Nuffnang + Bukan-mudahalih.

Namun agak sukar juga untuk melaksanakan dasar berbaik-baik dengan blogawati.
Adwords Web juga sukar nak menembusi kubu Nuffnang.

Ada juga blogawati BerNuffNang yang hidupkan versi mobile, tetapi tiada iklan yang nuffnang yang keluar.

Jadi Mungkin sesuai untuk blogawati itu mendaftar Adsense, Iklan automatik dihidupkan juga tag adsense dijumpai pada versi web.










Rabu, 24 September 2014

Arus WeChat Golongan Muda, dari perpekstif orang tua

Penetrasi internet dalam satu tahun kebelakangan ini agak pelik, apabila ramai yang tidak pernah menggunakan komputer pun nak ke internet.

Fenomena ini menyebabkan hoax tahun 90an pun timbul semula.
Mereka baru jumpa tahun 2014. Maka mereka sebarkan, termasuklah "Progesterex" muncul semula.

Semalam Sang Amran ada memaparkan statistiknya mengenai peratusan yang tinggi yang menggunakan mobile.

Ya, saya sedar, memang peratusan penggunaan mobile sudah hampir 90% daripada keseluruhan Internet dan 35% adalah "mobile only".

Yang 90% itu termasuk yang guna desktop dan tablet sekali.

Itu baru mukaddimah.



Yang nak saya ceritakan ialah tentang wechat.

Pakar pemasaran internet, mana yang berkiblatkan barat, biasanya tak cerita wechat.
Sebab WeChat itu berasal daripada Asia, dan mungkin lambat tiba di Amerika.

Tetapi Wakik pemasaran internet di Malaysia berbeza, dimana WeChat adalah salah satu perkara popular di kalangan muda mudi. Ya saya sudah tua.

Saya selalu berguru tentang WeChat daripada rakan saya, Shafiq dan Fauzie. Disebabkan malas nak pasang, maka saya tanya dia sahaja.

Tetapi sebenarnya memang sudah pasang, tapi tak guna, sebab 'Notes Perhubungan' biasanya orang lain pegang.

Kebanyakan yang menggunakan wechat adalah golongan muda, bawah 30 tahun.

Budaya wechat berkembang secara bukan internet, tetapi secara fizikal.
Orang jumpa orang, selepas itu tanya "kau ada wechat" ?

Maka orang akan ajar orang lain untuk berwechat.

Jadi sebab itulah, orang 'tua' lambat berwechat, sebab kawan-kawan tuanya sibuk dengan whatsapp, Facebook dan telegram.

WeChat bukan sekadar permesejan, tetapi ada "Moment" ala-ala facebook/Google+ timeline.

Boleh share disitu, tetapi tak automatik muncul di skrin utama.

Anggaran saya, sudah 1 juta orang berwechat di Malaysia ini.

Bagi pengguna yang biasa dengan media sosial, wechat tak menampakkan ianya dikongsi daripada wechat, sebab itu kita tak perasan.
'kita' itu merujuk pada yang tua macam saya.

Bila seseorang itu share di moment, pautan ke posting moment itu tidak boelh dikongsi pada luar wechat.

Sebagai contoh, Ali bukan nama sebenar, pos ke moment, tetapi bila dia nak share pautan itu ke Google+ atau pelungsurweb lain, maka tidak boleh.

Bagi saya agak rugi juga, sebab saya tak suka pos sesuatu yang tak diarkib.

Tadi saya cuba cari "wechat advertising" ada jumpa berita sahaja, tetapi belum jumpa URL khasnya.
Jadi, nanti-nantilah cari.






 
 




Selasa, 23 September 2014

Pemimpin 'Zon Selesa'

Sifat-sifat pemimpin mempengaruhi sesuatu organisasi, tidak kiralah organisasi politik, atau perniagaan, atau kerajaan.

Ada pemimpin yang nak bawa naik organisasinya untuk meningkat.
Tetapi ada juga pemimpin yang dibawa oleh organisasi.

Ada pemimpin organisasi yang memang menubuhkan organisasi.
Ada pemimpin organisasi mewarisi kepimpinan dahulu.

Kedua-duanya boleh memjadi pemimpin 'Zon Selesa' , kerana berbangga dengan kejayaan lampau.
Cukuplah sampai setakat ini, aku sudah menjadi presiden XXX, satu organisasi besar.

Ambil contoh Steve Ballmer, mewarisi Microsoft setelah Bill Gates bersara, dalam keadaan menguasai pasaran Sistem Pengoperasian komputer. Tetapi selepas itu, pengguna pula yang banyak beralih ke tablet dan mobile.

Sultan Muhammad Al Fatih tidak akan berjaya menawan Konstatinople jika berada dalam Zon Selesa.
Sultan Muda yang mempunyai kerajaan dan bala tentera kuat. Bukankan itu cukup selesa. Buat apa nak cari penyakit tawan konstatinople? Tetapi kalau dia dalam zon selesa, mungkin kita tidak mengenali beliau.

Begitu juga Alexander The Great, mewarisi tentera yang kuat daripada bapanya, kalau dia duduk diam-diam menikmati apa yang ada, kita mungkin tak mengenali dia.


Pemimpin zon selesa, adalah tidak salah, cuma organisasi yang dipimpin tak bergerak, pergerakan adalah autopilot oleh orang2 bawah. atau mungkin dikawal oleh orang lain.

Pak Lah, boleh dikatakan pemimpin zon selesa. Sudah jadi Perdana Menteri, semua perkara-perkara diserahkan pada orang bawah, ada yang tanpa melalui otak Pak Lah, terus sahaja.
Ini memberi peluang pada si menantu untuk menguasai pentadbiran.

Pemimpin zon selesa membiarkan diri didampingi oleh pengipas-pengipas yang inginkan kuasa, sedia membela pemimpin zon selesa itu bermati-matian.

Di Tanah Melayu dahulu, Sultan-sultan kebanyakkannya zon selesa. Tiada satu pun gerakan anti British darpada arahan Sultan.

Jadi, apakah pemimpin zon selesa perlu dijatuhkan?
Mahu tak mahu, ianya akan jatuh sendiri, atas faktor usia atau faktor umur.

Nak tunggu atau tak boleh tunggu lagi?
Itu ahli organisasi kena putuskan. 

Samada Caligula perlu dibunuh atau nak tunggu dia tua kerepot. Terpulanglah pada pembesar Rom.












Akaun Facebook kena beku... Budaya 'berkunjung' blogawan

Akaun Facebook dibekukan. Entah bagaimana terus tak boleh nak aktifkan semua.

Ceritanya lebih kurang sebegini...




Jadi aku rasa nak terus ubah budaya penggunaan internet dengan kembali berblog.
Duduk dalam facebook, banyak rugi kandungan data.

Apa yang kita taip semuanya hilang, kalau akaun masih ada pun, ianya tenggelam di dasar.

Terjumpa pula geromblan manusia yang aktif berblog, generasi baru.
Bukan generasi kawan-kawan blog yang lama yang kebanyakkannya sudah ke Facebook.

Mereka ini sering share posting blog ke Google+ tapi jarang pula posting status di Google+.
Tapi ada juga yang kedua-duanya sekali, macam Ayuni.

Ada juga yang google+ sahaja, tanpa blog.

Ini semua kawan-kawan baru saya.

Dalam dunia blog ada 1 budaya "berkunjung", Dimana sesiapa yang pos blog, akan lawat blog kawan kawan dan tinggalkan komen. Pemilik blog itu pula akan melawati blog pengkomen-pengkomennya.

Budaya berkunjung hampir mati dalam facebook.
Pengguna hanya baca yang terpampang di timeline/wall sendiri sahaja.
Jarang-jarang seseorang itu buka profil kawan-kawan dia untuk baca posting-posting yang tertinggal.

Jadi mana-mana rakan saya yang kerap follow saya di Facebook, sila follow saya di
http://plus.google.com/+HasbullahBinPit atau saya ringkaskan jadi http://pit.my/+

Atau melalui twitter di alamat http://twitter.com/hasbullahpit







Sabtu, 20 September 2014

Menangi Loket Emas 916 : Peraduan Blog


Menangi Loket Emas 916

Langkah yang perlu diambil.
Buat 1 pos blog, menceritakan tentang Kedai Emas DuaLogam Merlimau Tidak lebih daripada 200 patah perkataan dan tidak lebih 4 keping gambar.

Anda boleh menceritakan pengalaman anda berurusan dengan kami,

atau pengalaman menggunakan laman blog http://emas916.dualogam.my ,

atau pengalaman menggunakan laman blog http://emas916.dualogam.my/?m=1 (samada guna mobile atau tablet atau desktop)

atau pengalaman mencari "dualogam" di waze atau googlemap atau foursquare untuk ke kedai kami.

atau pengalaman anda layari http://instagram.com/dualogam (samada guna mobile atau tablet atau desktop)

atau, peraga gambar emas yang anda pernah beli

atau peraga handphone/tablet anda yang sambil cerita

atau apa-apa cerita yang anda rasa menarik. menggunakan maklumat di atas.



 Syarat-syarat:
1. Anda mesti follow Kedai Emas DuaLogam Merlimau di Google+
2. Mesti buat link ke http://emas916.dualogam.my atau http://emas916.dualogam.my/?m=1
3. Pos mesti dalam Bahasa Melayu
4. Maksimum 4 keping gambar

Syarat-syarat peserta:
Berada di Malaysia supaya hadiah boleh dihantar (tidak kira kerakyatan, Warga Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Arab dll yang boleh menyertainya)
Rakyat Malaysia yang diperantauan juga boleh menyertainya, dengan syarat hadiah boleh dicourier dalam Malaysia.

 Tarikh tutup 15 Oktober 2014

Sila paste URL posting penyertaan di ruangan komen posting 
Menangi Loket Emas 916 : Peraduan Blog

Selasa, 9 September 2014

Far East (SYAHADAH) di Politeknik Merlimau





via IFTTT

Kelakuan Facebook & Iklan Facebook

Apa pro dan kontra Iklan Facebook (fb ads)?

Suatu ketika dahulu saya adalah pengguna fb ads antara yang terawal, seawal 2010.
Kini sudah kurang sangat-sangat.

Bukan iklan facebook yang tak bagus, tetapi kelakuan facebook itu yang merosot.

Paparan yang melihat posting semakin lama semakin kurang.
Kena banyak 'engagement' baru boleh tinggi.

Ada pula pihak yang mencadangkan supanya posting banyak-banyak untuk naikkan engagement.
Tetapi ianya agak huduh kalau mesej yang sebenarnya kita nak sampai itu sememangnya tidak banyak.

Setakat ini, 1 engagement Fanpage, akan membuatkan seseorang itu boleh nampak posting fanpage lebih kurang 6 hari.
Ditambah pula default bagi timeline facebook menjadi "top stories", maka makin lama makin kurang.

Jadi, Iklan facebook untuk menambahkan like semata-mata adalah 1 pembaziran.
Dan juga iklan facebook khusus menaikkan TAT, dalam bentuk engagement juga 1 pembaziran.

Jadi nak kena susun balik strategi kalau nak iklan di Facebook Ads.

Untuk page yg mula buka, mungkin menaikan like agak sesuai, sebab drpd puluhan, boleh jadi ribuan.
Sampai 1 tahap, ianya sudah tiada impak, sebab ramai yang sudah like, tidak nampak posting fanpage.

Facebook sendiri cadangkan supaya kerap update.
Tapi itu pun tak sesuai,
Kalau sudah tak nampak, banyak update pun sudah tidak nampak.

Berbanding 4 tahun lalu, tak perlu usaha tambahan untuk menaikkan engagement.
Page yang sudah ada 3k like, zaman itu sudah cukup meriah.

Oh ya, suatu ketika dahulu, sesiapa yang hendak komen di page tertentu, kena like dahulu, berbanding sekarang, belum like pun sudah boleh komen.

Tetapi, Fb Ads masih lagi releven, sebab sasaran pengguna Facebook bertambah.
Tetapi ianya tidak lagi sesuai untuk bergantung pada like yang ada atau nak maintain TAT yang tinggi.
Sekarang tiada lagi TAT, tetapi hanya ada "People Engaged".

Di mana Fb Ads masih releven?
Jika anda mempunyai posting yang mana keperluan anda ialah untuk memberitahu pada lebih ramai orang, yang tidak semestinya sudah like page anda.
Maka iklan berbentuk engagement adalah sesuai.

Tetapi jangan mengharapkan "People Engaged" kekal tinggi, sebab ianya akan surut jua selepas beberapa hari.

Maka, mana yang berminat, anda akan dapat like percuma, yang lahir dari jiwa nurani dia sendiri.

Paparan Organik juga akan balik asal jua.

1 perkara yang ramai tidak perasan ialah, tentang "visit".
Disebabkan kelakuan pengguna facebook, yang biasanya hanya buka timeline sendiri.
Maka like atau komen yang anda dapat tidak semestinya berlaku selepas mereka masuk page anda.
Ramai yang berinteraksi apabila posting muncul di timeline mereka.
Akan tetapi, yang benar-benar masuk ke page untuk skrol atas ke bawah, memang jauh lebih rendah.

Satu lagi situasi di mana Fb Ads masih relevan, adalah iklan yang dipautkan ke lokasi luar.
Dimana apabila diklik, memang akan pergi ke tapak luar.
Ianya memang tiada kena mengena dengan fanpage engagement ataupun like, akan tetapi anda boleh membiasakan pengguna untuk ke laman web tersebut. Bergantung pada keadaan page luar itu sendiri.

Kelakuan pengguna facebook yang sering terperap di timeline mereka, merugikan pengiklan.
Adakalanya, iklan untuk like dipaparkan di timeline. Tetapi page telah di'like' tanpa masuk ke page itu.
Pemilik page rasa seronok, tetapi yang berlaku ialah hampir tiada apa-apa berlaku.
Blangan like bertambah, tetapi mesej tak sampai.

Begitu juga iklan engagement yang disasarkan pada bukan likers.
Mereka boleh like/komen posting itu, tetapi, kalau tiada inisiatif, mereka tidak masuk ke page anda.


Jadi kesimpulannya,
Facebook adalah sasaran untuk mendapatkan pelanggan tetapi fanpage bukanlah tempat sesuai untuk duduk bertapak.


Bab Facebook Location akan saya cerita kemudian.













Khamis, 4 September 2014

Sajak : Benci Rindu Facebook Ads

Hati ini bercampur baur,
Aku benci, tapi kadang kalanya rindu.

Bila kuselak,
Tanggal 29 November 2010,
Bermulanya hubungan.
Aku dan Facebook Ads...

Bil pertama, 6 disember 2010.

Masihku ingat
Bank telefon
Kenapa ada Facebook dalam bill?
Bayar ke siapa?

Aku pun jawap "facebook"

Ditanya lagi "Facebook mana"?

Aku pun jawap "facebook"
"Syarikat Facebook tu"

Mungkin zaman itu, tiada orang bayar ke "Facebook"

Tak lama selepas itu
PRK Merlimau. Guna Fb Ads..
Entah mengapa aku tak faham Yuhaizad nak padam Page itu.
Walhal dia yang bertanding, Suka hati dia lah...

Masa berlalu, keakraban makin erat.

Teringat lagi, terpaksa cari Artis Tamil untuk iklan Deepavalee.

Masa Berlalu lagi, Facebook makin kedekut.
Makin kedekut, Tahi hidung masin.

Iklan masih boleh jadi murah,
tapi impak sudah tiada.

Kedekut pada fanpage.
Kalau dulu 1 engagement, boleh lama sikit orang nampak di time line.
makin lama makin singkat.

Aku putuskan untuk bercerai talak 1.
Walaupun gusar.

Mujur ada Adword.
Pening juga mula mula
Terminologi pelik-pelik.
Tapi nasib baik impaknya OK.
Makin cinta.
Walaupun tak cukup kenal tapi sudah cinta.
Rupanya ada dunia diluar facebook yang lebih luas.

Berbulan bebas dari Fb Ads, dengan cinta baru pada Google.
Organic view taklah turun sangat.


Tiba-tiba, kawan-kawan suka Fb Ads.
Terpaksa pula ku mencari orang untuk suka Fb Ads.

Rasa macam munafik pun ada.
Panggil orang untuk Fb tapi jiwa ke Adwords.

Walaupun benci, adakalanya terasa rindu.
Runlah sedikit.
mencemar duli.

Tetapi Adwords lebih menarik untuk didalami.
Sasaran mobile yang menggiurkan.
HTML5, Flash. extension lokasi, arahtuju
Google Web Designer
bla bla bla


Tapi aku keseorangan.
kawan2 semua Fb Ads,
Aku di Adword.
Nasib baik ada Amran.
Boleh cakap bahasa sama.












Google+ Hasbullah Pit