test

Khamis, 31 Julai 2014

Kebocoran Perbincangan AJK PAS Pusat

Kebocoran Perbincangan AJK PAS Pusat boleh dilihat daripada beberapa sudut.

1. Kandungannya,
dimana saya tidak mahu ulas, sebab ianya hanya "senario"

2. Mediumnya.

Maka semua orang tahu yang PAS pusat berbincang menggunakan Whatsapp Group.

Mungkin bagi anda ianya seolah-olah biasa, tetapi bagi saya ianya adalah 1perkara yang bahaya,  Apatah lagi apabila Facebook terguir untuk membeli Whatsapp sehingga USD 20 bilion.



Kalau alumni sekolah, atau "Geng Orang Tua Masuk Air" atau "Geng Badminton Tak takut bini" untuk berborak-borak santai.

Tetapi untuk organisasi yang mempunyai musuh,  melibatkan pimpinan tertinggi, maka ianya terlalu bahaya untuk menggunakan whatsapp group.

Apatah lagi Whatsapp itu sendiri medium yang diragukan, apabila Facebook telah pernah bekerjasama dengan NSA.

Zaman muda saya dulu, lebih 'merdeka' daripada zaman sekarang.
Untuk kumpulan yang tak seberapa, kami menggunakan Pelayan IRC sendiri untuk berbincang,
Pada masa yang sama, menggunakan mailing list sendiri.

Sezaman dengan HizbiNET dan MuslimatNET

Zaman kini sudah berubah, semua menjadi mudah.

Kuasa memilih untuk bergantung dengan luar atau tidak tetap ditangan kita.

Macam-macam protokol sudah ada. Kaedah pengenkripsian pun sudah macam macam.
HTTP biasa pun sudah digantikan dengan HTTPS.

Telnet sudah berkubur, diganti dengan SSH


Kembali pada topik asal, dimana berlakunya kebocoran maklumat, kali ini memang disebabkan manusia dalaman. Ianya boleh terjadi tanpa disebabkan manusia dalaman, tetapi boleh juga luaran.

Kalau guna kaedah selamat, pun sebenarnya boleh dibocorkan oleh orang dalaman.
Akan tetapi kena usaha juga untuk lebih selamat.

Untuk perbincangan dalaman, sebenarnya boleh buat pelayan XMPP sendiri, diurus sendiri.
Atau mungkin guna kaedah "mailing list" cara lama, tapi dipermudahkan sebab sekarang banyak  peranti mudahalih boleh baca emel.









Rabu, 30 Julai 2014

Mengadaptasi dunia baru TRRS Jack

Beberapa bulan kebelakangan saya ada ada terasa pelik akan dunia komputer dan telefon.

Kepelikan no 1 ialah bagaimana laptop terkini tiada lubang cucuk mic, sehinggakan saya terpaksa beli "sound card USB bodoh" hanya untuk cucuk mic.

Kepelikan lagi 1 ialah, apabila dikatakan Phone Samsung S3 boleh dicucuk mic, walhal lubang untuk earphone hanya satu.

Jadi mungkin zaman berubah daripada "streo minijack" , ada 3 belang kepada 4 belang.

Yang 4 belang itu dimanakan 'TRRS jack' , yang lama adalah TRS minijack.


Jadi TRRS boleh disekalikan dengan mic.
Tetapi kebiasaannya kita menggunakan mic yang asing dengan headphone.



Jadi kalau untuk kegunaan biasa, nak cucuk mic dan headphone dalam 1 lubang adalah mustahil, jadi mungkin perlukan splitter

contoh:




atau





atau




errr Siapa ada jual?



Selasa, 29 Julai 2014

Tazkirah Nuzul Quran - Ustaz Abdul Khalil Hadi

Isnin, 28 Julai 2014

Selamat Hari Raya Buat Sekalian Alam

Ahad, 27 Julai 2014

Save Gaza










Tiru Azizul Hasni Awang...

Khamis, 24 Julai 2014

Krisis Identiti Pemuda UMNO Kampung Morten

Rujuk gambar






Nak jadi jadi peniaga kutip parkir, atau nak jadi badan politik atau nak jadi badan kebajikan?

Kalau nak berniaga, sudah boleh dikira institusi politik bersaing dengan peniaga.
Kalau tender terbuka, untuk kutip parkir dikeluarkan, bagaimana rakyat biasa nak bersaing rebut tender dengan parti politk pemerintah.





Taqwa - Ustaz Hasri Hamdan

Selasa, 22 Julai 2014

Taqwa - Ustaz Hasri Hamdan

Ahad, 20 Julai 2014

Tazkirah Ustaz Saufi Daud

Tazkirah Ustaz Saufi Daud

Part 1:

Part 2:


Di Serkam darat

Cerita Ukraine makin kompleks

Saya cerita dulu Ukraine setakat yang saya tahu.

Ukraine adalah bekas jajahan Kesatuan Soviet, dimana bahasa kebanyakan penduduk adalah Ukraine.
Namun ada juga yang berbahasa Rusia.

Sebaai contoh: Sergei  Bubka seorang warga Ukraine yang berbahasa Rusia.


Lebih kurangnya sebegini:




Sebelum ini, Ukraine pernah diperintah boleh yang berbangsa Rusia, jadi mereka saya OK.
Akan tetapi bila pemimpin bangsa rusia dijatuhkan oleh undi tidak percaya, maka timbul krisis.

Antara kerisauan bangsa rusia adalah mereka takut dipaksa berbahasa Ukraine, akan tetapi tiada paksaan sebegitu.

Mungkin kerana dulu Soviet pernah paksa, jadi mereka risau Ukraine akan paksa mereka semula.

Beberapa bulan dulu, Rusia telah menjajah Crimea.
satu semenanjung, yang agak strategik banyak pengkalan tentera di situ.


Umpama Tentera Malaysia masuk ke Patani, orang Melayu situ buat apa nak lawan.


Tiada pertempuran berlaku,
Alih-alih Rusia buat referendum, kononnya rakyat Crimea

Macam suruhanjaya cobbold dulu, dialah SPR dialah yang bertanding, pasti dia menang.

Walaupun dunia mengutuk perkara sebegitu, tapi tiada apa yang besar berlaku.

Kononnya nak beri sekatan pada Rusia, tetapi, Rusia pula yang tutup saluran minyak ke Ukraine.

Cerita minyak berkait dengan cerita Crimea.
Kalau tidak salah, Rusia memberikan Ukraine diskaun yang tinggi , sebagai tukaran, mereka boleh menggunakan Crimea sebagai pengkalan tentera.

Bila rusia dapat Crimea, terdapat juga kawasan majoriti bangsa rusia yang masih dalam Ukraine.

Di situlah berlakunya gerakan pemisahan. Kali ini, Rusia tidak menghantar tentera secara langsung.
Sebab musabab, saya tak tahu, tetapi yang berlaku ialah kawasan dikawal oleh pemberontak, sehingga Tentera Ukraine tak mampu nak kalahkan mereka.

Adakah ia benar rakyat ukraine berbangsa rusia  atau mereka memang tentera rusia bertopengkan pemberontak?

Senjata punya canggih, SU 25 ditembak jatuh, Antonov AN 26 ditembak jatuh.

Malah, pihak Ukraine sendiri mengatakan bahawa, peluru berpandu mungkin datang dari luar Ukraine.

Dum dam dum dam...
Kapal terbang Malaysia #MH17 'jatuh' di kawasan yang dikuasai puak pemisah.

Maka, agak sukar untuk kerajaan ukraine atau agensinya nak pergi ke kawasan terhempas, kerana kawasan itu dibawah pemisah.


Kesimpulannya memang kompleks.











Sabtu, 19 Julai 2014

Fahamkan Krisis Ukraine terlebih dulu sebelum spekulasi #MH17

Aku rasa ramai orang tak faham krisis Ukraine, Kemudian buat dan sebar spekulasi #MH17 dberdasarkan pemahaman salah tentang krisis

Sebagai contoh, keluarkan pesawat Ilyusin Presiden rusia, dikatakan mirip MH17 , Menuduh "Ukraine"  yang tembak tapi pada masa yang sama menuduh pemisah mengaku menembak.

Jadi dimaklumkan bahawa ada 3 pihak berbeza.
1. Ukraine (kerajaan)
2. Pemisah Berbahasa Rusia di Ukraine.
3. Rusia

Rusia(3) bekalkan senjata pada pemisah(2) untuk lawan Ukraine(1)


Jadi kalau nak tuduh pun, tuduh 1 pihak sudahlah.

Tak logik,  kalau Nazri (bukan nama sebenar), cakap Igor mengaku tembak tapi , tuduh Ukraine.
Dia nak sokong mana sebenarnya ni?



Raya Kali Ini kurang Meriah?

Isteri saya memberitahu saya bahawa 'Raya Kali Ini kurang Meriah', maka saya pun merasakan sebegitu.

Perbelanjaan rakyat untuk persiapan hari raya tahun ini agak kurang, Ada baiknya juga, orang berjimat.

Saya selalu menggunakan 'benchmark'  wang kecil vs wang besar.

Kebiasaannya, pada hari gaji, biasanya peniaa akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan wang kecil. Akan tetapi ianya tidak berlaku pada hari-hari gaji bulan lepas.

Maka boleh dikatakan kali ini orang kurang berbelanja.

Rakyat mengalami sedikit masalah ekonomi.
Ianya boleh dikatakan masalah, sebab rezeki yang Allah turunkan memang sentiasa cukup.

Sila baca balik.... Rezeki melimpah ruah, tak habis-habis , tetapi...

http://hasbullah.pit.my/2014/01/rezeki-melimpah-ruah-tak-habis-habis.html

Bukannya tak cukup rezeki, tetapi manusia bergantung pada 'RM' untuk menerima rezeki.

Nilai RM menyusut akibat Hutang Negara yang meningkat, begitu juga pengembangan bekalan matawang.

Kelambatan penyesuaian terhadap nilai RM yang sebenar, menyebabkan ramai mengeluh 'Harga Barang Naik'.

Walhal memang harga barang sentiasa naik kalau guna sistem matawang fiat.

Harga barang naik 2x ganda, dalam tempoh 20 tahun, ramai boleh terima.
Tetapi kalau naik 2x ganda dalam tempoh 5 tahun, ramai tak boleh terima,
Walhal ianya perkara yang sama, cuma tempoh berlainan.
Perkara yang berlaku adalah sama.

Jadi ada yang beria nak kekalkan rendah walaupun guna kaedah kawal sini kawal sana,
Aktiviti kawal sini kawal sana itu, sebenarnya melambatkan penyesuaian rakyat pada nilai RM sebenar.















Jumaat, 18 Julai 2014

Gambar Bangkai Pesawat Terhempas MH17 di Ukraine




v

Khamis, 17 Julai 2014

Kiki vs Uncle Sim : Warga Siber kian sakit

Tersebarnya video Kiki memarahi Uncle Sim setelah terlanggar sedikit, menyebabkan seluruh warga siber mencemuh Kiki.

Agak pelik juga bila kaedah mencemuh kiki, menggunakan ayat yang terlalu kasar, sehingga menggambarkan mereka pun macam Kiki juga.

Apa yang mereka mahukan? Uncle sudah maafkan, Kiki pun sudah minta maaf.

Tetapi troll tetap berterusan, caci maki berterusan, seolah-olah mereka tak mahu  pihak berbabit saling maaf memaafi.

Mungkinkah mereka maksum daripada tidak memarahi orang?
Tetapi ayat mereka itu sendiri sudah menunjukkan mereka juga pemarah.

Cuma mereka belum ada video sedang marah.

Kalau ada video sedang marah, mungkin dia pula akan dicemuh lagi oleh orang-orang yang sebegitu juga.

Kitaran berterusan.

Ahli keluarga baru... burung dah menetas



via Instagram http://ift.tt/1t7kSTp

Perakam video kiki akhirnya mengaku

Selasa, 15 Julai 2014

Test post drpd Instagram



via Instagram http://ift.tt/We7YIx

Isnin, 14 Julai 2014

Celebrate The Day... hehe



via Instagram http://ift.tt/1qWsqbR

Boikot McD bermusim atau tidak bermusim

Seperti biasa, bila Gaza di serang, maka ramailah sedar untuk boikot McD.

Ada pula yang memperlekehkan orang yang boikot bermusim.

Bagi saya, tak kisah, sebab boikot bermusim itulah yang memberi kesan pada mereka.
Berbanding dengan yang memang sudah lama boikot, ianya tak memberi impak sangat, sebab tiada penurunan jualan sebab dah terkeluar dari senarai pelanggan.

Ada juga usaha McD Malaysia yang mengatakan bahawa mereka tidak membayar yuran francais.
Agak pelik juga, bagaimana boleh guna jenama mereka secara percuma.

Persoalan lain, adakah pemboikotan McD memberi kesan terhadap Israel?

Dari segi keupayaan tentera mereka, bagi saya ia tidak memberikan kesan.
Kalau mereka kehilangan 1 bilion daripada sumber McD pun, mereka tidak memerlukan wang kertas.

Bank-Bank negara diserata dunia adalah milik mereka.
Bila-bila masa boleh wujudkan kredit 2,3 bilion untuk dapatkan seala bentuk sumber daripada seluruh dunia.

Apa mahu semua boleh dapat...

Melainkan...

Melainkan ada negara yang enggan untuk menerima wang kertas sebagai urusniaga.

Nak beli getah tak dapat sebab negara penggeluar getah semua nak emas.

Tetapi bukan mudah untuk tidak terima wang kertas.

China pun tak berani.
Tentera belum cukup kuat, cuma China guna kertas itu untuk beli hartanah diserata dunia.
Termasuklah "Melaka Gateway"

Andaikata ada 1 negara yang enggan untuk terima wang kertas, ada kemungkinan serangan ke atas gaza dihentikan, tetapi negara itu pula yang diserang.


p/s: Follow saya di https://plus.google.com/+HasbullahBinPit




Ahad, 13 Julai 2014

Tazkirah Ustaz Faisol di Sempang

Ujian resepi...



via Instagram http://ift.tt/1mtHufO

Budaya Internet baru, Tiada lagi pautan Mesra...

Ketika zaman internet baru diperkenalkan di Malaysia, Terdapat zaman "personal homepage" ,
Kemudian beralih ke zaman blog.

Pemilik homepage peribadi, atau blog peribadi, akan memberi pautan kepada page kawan-kawan dia, sebagai tanda perkenalan, persabahatan.

Kini semuanya hampir musnah.

Hampir semua pos yang dibuat oleh penguna internet dibuat pada laman sosial.

Tiada lagi "pautan mesra" yang diberikan pada rakan.

Yang ada hanya like, share.

Blog atau laman peribadi hampir mati.

Siapa untung?

Posting pengguna internet tenggelam boleh media sosial.
Nak cari balik posting lama, sudah tak jumpa.

Jadi marilah kita berblog kembali.
Kita boleh buat senarai pautan kawan2 kita di Blog.
Kita boleh buat posting blog dan mentuding posting kawan kita.



Google+ Hasbullah Pit