test

Jumaat, 7 Februari 2014

Allah Maha Berkuasa... KPDNKK?

Allah maha berkuasa.

Allah yang membolak-balikkan hati manusia.
Hati yang mempengaruhi keputusan ,
Apa yang nak dibeli
Di mana nak beli?,
Dengan siapa nak beli,
Apa nak dijual,

Allah yang membolak-balikkan hati manusia.
Hati yang mempengaruhi keputusan ,
Apa yang nak dibuat?
nak berbelanja atau tidak?

Allah yang membolak-balikkan hati manusia.
Hati yang mempengaruhi keputusan ,
Apa yang hendak ditanam?
bila nak dituai?
Kepada siapa nak jual?
Berapa harga sedia jual?
Berapa harga sedia beli?
Berapa nak markup?
Berapa nak minta diskaun?
Berapa boleh kasi diskaun?

Allah yang membolak-balikkan hati manusia.
Hati yang mempengaruhi keputusan ,
Jika harga dipinta terlalu tinggi atau rendah.
Tak berlaku transaksi?
Atau teruskan transaksi walau rugi.

Kerana hati,
Ada yang jual kambing RM 1 seekor
Kerana hati ada yang jual mahal, tapi akhirnya orang tak beli.
Kerana hati juga, sanggup beli mahal walaupun ada yang murah di tempat lain.
Kerana hati juga, nak beli banyak, nak beli sedikit.

Terimalah hakikat
Harga barang adalah ketentuan Allah

Siapa KPDNKK untuk ambil alih tugas Allah?
Sudah cukup berkuasakah?
Kalau cukup berkuasa, cuba KPDNKK turunkan hujan sikit.

Google+ Hasbullah Pit