test

Ahad, 5 Ogos 2012

Menyanggah kempen "1 bulan 1 gram"

Ramai peniaga emas mengadakan kempen 1 bulan 1 gram, untuk menggalakkan pemilikan emas.

Pemilikan emas itu OK, cuma masalah terlalu banyak premium ditanggung pembeli.

Pembeli tidak untung, peniaga pun bukannya untung banyak sangat sebab kos transaksi/ masa.

Jadi kaedah yang saya cadangkan ialah mengasingkan tunai, supaya pembelian boleh ditangguhkan supaya jimat premium.

Alasan biasa ialah "Takut duit dipakai".

Kaedah sebegini agak bahaya, sebab nanti pelanggan tidak mempunyai rizab fiat, walaupun fiat tiada nilai intristik, tetapi sementara BNM masih berkuasa, ianya masih boleh digunakan.

Jadi apa kaedahnya?

Setiap orang biasanya menghambakan diri dengan bank, kerja untuk bayar hutang.
jadi seandainya, seseorang itu boleh penyimpan RM 200 sebulan.

Bulan pertama:
Bayar lebih hutang kereta RM 200

Bulan kedua:
bayar lebih hutang kereta RM 200

bulan ketiga:
bayar lebih hutang kereta RM 200

bulan ke empat:
Anda tidak perlu bayar RM 600 ,
kalau installment 700 , anda bayar hanya 100.
dan ada lebihan 200+ 200 + 200 +200 (saving bulan 4) =800


Anda sudah boleh dapat 5gram (mungkin kena tambah sedikit).
Berbanding anda hanya dapat 4 gram dengan menggunakan kaedah "1 bulan 1 gram"








Khamis, 2 Ogos 2012

Bagaimana memulakan pemilikan emas?

Bagaimana memulakan pemilikan emas?

Kalau sudah faham, kenapa perlu memiliki emas?
Sebab emas penyimpan nilai terbaik, usah peduli propaganda "pelaburan" emas yang "menguntungkan", sebab sebenarnya nilai emas sama.

Terdapat pihak yang menggunakan kempen "1 bulan 1 gram"
Ada juga pihak yang menggunakan kempen "tukar wang fiat kepada dinar"
Ada juga "1 bulan 1 dinar"
Ada juga yang kempen "Rantai 999, lebih baik drpd bar sebab boleh pajak"

Jadi mana yang bagus?

Setelah bergelumang dengan emas lebih 5 tahun, dapat saya katakan, pemilikan emas 999.9 adalah terbaik. Walaupun pihak bank tak sudi menerimanya sebagai pajakan.

Perlu diingatkan, emas adalah supaya kita Merdeka daripada Bank. Bukan lebih bergantung pada bank.
#BeliaBenciBank

Jadi bagaimana nak mula?
Bagi yang sudah berkahwin, sila penuhkan dulu isteri anda dengan emas.
(Kaum isteri sila klik like)

Rantai leher seutas,  Rantai tangan kiri kanan. cincin tambah sikit.subang 1,2 pasang, loket 1,2 biji ,


Perlu diingatkan, jeweleri 916 bukan penyimpan nilai terbaik, tetapi isteri perlu diutamakan dulu.
bila sudah "penuh" , anda sudah memiliki lebih kurang 30g.



Agak-agak sudak cukup, baru miliki bar atau jongkong yang berketulenan 999.9, berpremium serendah mungkin. (Tak semestinya beli dari saya)

Ada banyak tok guru yang keluarkan ajaran macam-macam, tapi untuk pemilikan bar, perlu jimat premium. Sebab premium adalah "kos".

Jongkong emas 20g yang berharga RM 3412, didalamnya sudah masuk kira premium, ianya bukan nilai sebenar. Nilai sebenarnya mungkin hanya RM 3230

 Rujuk posting lama berkenaan pengiraan premium.

Nilai yang anda simpan ialah yang RM 3230 itu sahaja.

Saya menolak idea "1 bulan 1 gram" kerana setiap bukan anda kena kos premium sebanyak lebih kurang RM 40. yang mana, kalau anda bersabar, boleh terus lompat ke saiz lebih besar untuk jimat premium.

Begitu juga kempen "tukar fiat kepada dinar", dinar yang terkemuka itu, premiumnya 20%.
Kalau anda bersabar, anda mungkin boleh dapat emas yang berpremium 10% atau 8% atau 6% atau rendah lagi.

Konsepnya ringkas, makin besar emas sepatutnya premium lebih rendah. Tapi kalau peniaga itu ingin "clear"kan, mungkin anda dapat lebih rendah.

Anda tidak perlu sebulan sekali beli emas, untuk menyimpan emas. Mungkin anda boleh tunggu 2 atau 3 bulan atau mungkin 6. untuk memperolehi emas premium rendah anda.

Bergantung kepada kemampuan anda.
Jangan gopoh, Jangan overbuy
Jika overbuy, nak guna duit fiat, terpaksa jual, anda sudah rugi.

Anda mungkin boleh beli emas setiap 6 bulan untuk sepanjang hayat.

Apa saiz yang sesuai, pun bergantung kepada kadar simpanan anda.
Kalau anda mampu simpan 500 sebulan. 4 bulan dapat 10g. 6 bulan lebih sikit, anda dapat 20g.

kalau 200 sebulan, 3 bulan anda boleh dapat 1/10 oz Gold Maple 3.11g, 4 bulan lebih anda boleh dapat 5g.

kalau 100? ada susah sikit, walaubagaimana pun jangan gopoh nak menukar fiat anda kepada emas.
5 bulan anda boleh dapat 2.5g

Dimana nak beli emas 999.9 ?
http://www.facebook.com/dualogam.merlimau , sentiasa ada standby stok kecil kecil untuk memudahkan anda memiliki emas.

Tips: yang circulated biasanya lebih murah daripada yang baru.
Jadi sila rembat apa-apa circulated yang ada dulu, sebelum beli baru.























Google+ Hasbullah Pit