test

Rabu, 30 Disember 2009

31 Disember = Tarikh akhir diskaun 30% pinjaman MARA

31 Disember 2009 adalah tarikh akhir kalau nak dapat diskaun 30% pinjaman MARA, jika dibayar secara penuh.


Mara beri diskaun 30% kepada peminjam.

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menawarkan diskaun 30 peratus kepada peminjam yang membayar balik secara penuh pinjaman mereka berkuat kuasa 1 September hingga 31 Disember tahun ini.

Mungkin pembayaran penuh bagi pinjaman pendidikan agak mahal kalau ada baki hutang yang banyak.

Mungkin ada yang berbaki berbelas ribu.

Akan tetapi jika ada yang meminjam pinjaman pendidikan yang RM 1,000 semasa mula masuk IPTA.
Pinjaman itu tiada faedah. & anda hanya perlukan RM 700 sahaja untuk menjelaskannya.

Khamis, 24 Disember 2009

Berapa Peratus Pendapatan Anda Disumbang kepada Bank?

Berapa Peratus Pendapatan Anda Disumbang kepada Bank?
Satu persoalan yang orang jarang tanya.

Jadi mari kita kira.

Andakata pendapatan anda adalam RM 2000.00

Anda mempunyai hutang kereta, hutang rumah.

Andaikata kereta anda bernilai RM 40,000 , bayaran bulanan ialah RM 500 selama 9 tahun.
jumlah yang anda kena bayar ialah RM 54000. (ada perbezaan RM 14k).


Jadi, 1400/54000*500=125
Daripada RM 500 sebulan pembayaran RM 125 adalah "sumbangan bulanan" kepada bank.


Andai kata rumah ialah RM 100,000 , bulanan RM 700, selama 25 tahun.
jumlah yang anda bayar ialah RM 210,000.

Jadi, drpd RM 700 sebulan dibayar kepada bank, RM 264, disumbangkan kepada bank secara bulanan.

Keseluruhan, 264+125= RM 389 disumbangkan kepada bank setiap bulan.

Dalam contoh ini, 19% daripada pendapatan RM 2,000 disumbangkan kepada bank, sebagai sumbangan bulanan, demi mengkayakan bank.

Ini tidak termasuk kad kredit, hutang pinjaman ASB, upah simpan Ar Rahnu , caj autodebit, caj ATM dan sebagainya.

Kalau lebih 25% pendapatan anda disumbangkan kepada bank, anda boleh digelar hamba bank.

Rabu, 23 Disember 2009

Bersih, Cekap dan Amanah

,



dan

Sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Tak mahu adakan pilihanraya di Seputeh

Sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Tak mahu adakan pilihanraya di Seputeh atas alasan pembaziran.

Adalah lebih baik tugas itu diserahkan kepada Suruhanjaya Tenaga kerana mereka lebih pakar dalam melakukan sesuatu dengan Efisyen dan Cekap Tenaga.


"Dah gila ke, suruh guna wang rakyat taja pasukan guna enjin Cosworth"

"Dah gila ke, suruh guna wang rakyat taja pasukan guna enjin Cosworth" Kata presiden syarikat kepada Perdana Menteri... (rekaan semata-mata)

Selasa, 22 Disember 2009

GST == Ubat kepada masalah Konsumerisme Tamadun Barat

Tamadun barat adalah tamadun yang hodoh.
Banyak masalah sampah, kerosakan di muka bumi ini berlaku pada tamadun barat berbanding tamadun terdahulu.

Maka tamadun Barat memperkenalkan GST sebagai ubat kepada masalah yang diciptanya sendiri.

Maka pemuja tamadun barat berbangga GST adalah simbol kemajuan tamadun Barat.

"Hanya negara Maju yang ada GST"

pujalah....

Ahad, 20 Disember 2009

Menulis secara prejudis

Sekiranya seorang penulis blog itu menulis secara prejudis terhadap seseorang,
Maka pembaca akan anggap penulis blog itu prejudis.

Duduk di tempat VIP pun nak sangka buruk?

Blog mana yang sering prejudis terhadap Tuan Guru Haji Hadi?

Jumaat, 18 Disember 2009

Gambar Kereta Evo Peronda Polis Terbalik

Gambar Kereta Evo Peronda Polis Terbalik
Tiada siapa yang mengalami kecederaan.







Khamis, 17 Disember 2009

Tersilap Rajagopal pula

Tersilap Rajagopal pula




GST diputuskan dalam Mesyuarat UMNO kah?

Cuba cerita sedikit.
Daripada mana datangnya buah fikiran untuk melaksanakan 'GST' ?

Adakah ianya diputuskan dalam mesyuarat UMNO?
Atau diputuskan dalam mesyuarat pegawai-pegawai kerajaan?
Atau idea daripada 'Perunding Import?

Jika ianya benar diimplementasikan, maka bolehlah kita tahu, siapa yang lebih berkuasa

Ahli Parlimen Tak Hadir Belah Bahagi kerana gantikan Ahli Parlimen tak hadir Majlis kerana Belah Bahagi

Seorang Ahli Parlimen, tidak dapat hadir belah bahagi di Parlimen, kerana menggantikan seorang Ahli Parlimen yang lain yang tidak dapat hadir majlis, kerana ada belah bahagi di Parlimen.




rujuk: Perisik Rakyat
“Sebagai tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan bagi menggantikan DS Ir Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak dapat hadir,”

Pening kepala dibuatnya.

Rabu, 16 Disember 2009

Seminar RM 5, RM 10

Macam macam seminar saya pernah datang.
Ada yang percuma.
Ada yang kena bayar.

Ada yang kena bayar termasuk penginapan dan makan minum.

Ada yang tak kena bayar, kemudian dapat makan.
Sebagai contoh, Seminar Umar Vadillo di UPM.
Bukan calang-calang orang.

Pernah juga saya pergi "Talk" oleh John Gage (Sun Microsystem),
percuma & dapat makan percuma juga.


Pada seminar Dinar Emas di UiTM Segamat, sudahlah percuma, dapat makan bersama penceramah, Dr Halim.

Masa itu, pelajar biasa tak dapat makan.

Ada pula seminar yang percuma, tetapi tak dapat makan.

Ada seribu satu jenis.

Pernah juga ada seminar, nak bentang pun kena bayar.

Biasanya dunia akademik sebegini.

Kalau tak salah dulu, saya bayar RM 150 untuk bentang pada Seminar "Sumber Terbuka di Sekolah" anjuran UPSI.

Akan tetapi kalau dalam PAS, kebiasaannya seminar, yurannya RM 5 atau RM 10.

Kadar lebih kurang piawai.

Adakalanya, MTD atau cawangan taja ahli untuk pergi ke seminar.
Ada kalanya tidak.

Kebiasaannya seminar PAS ada makan.
Apalah sangat RM 5 atau RM 10, kalau dapat makan.

Kebiasaan PAS juga, penbentang atau penceramah luar akan dapat duit sedikit, untuk tampung perjalanan.

Jadi pada seminar Blogger di Bangi dahulu, saya bayar RM 5 ketika daftar.
Saya dengar & saya bentang. Selepas tamat, saya dapat satu sampul putih. Dapat tapau nasi sekali, kerana banyak nasi lebih kerana ramai tak hadir. Tiba sahaja di rumah, buka sampul ada RM 50.

Sudah untung.

Jadi, apa ribut-ribut persoalkan Yuran RM 10 konvensyen PAS?


Allah akan limpahkan ilmu percuma dan makanan percuma.

Isnin, 14 Disember 2009

Malaysia Menang 3-1, Tapi

Malaysia Menang 3-1, Tapi mental & emosi pemain berada di tahap membimbangkan.

Sebelum kedudukan 1-1, kelihatan pemain seperti tidak mengejar bola. Lebih banyak menunggu berbanding merebut daripada kaki pemain Laos.

Namun sepakan Gunalan yang terkena membangkitkan semangat semula, sehingga terhasilnya gol ke 2.
,
Apa terjadi kalau sepakan itu melepasi palang?

Ahad, 13 Disember 2009

Juruwang Peruncit & Plastik

Tadi saya telah pergi ke satu kedai yang tersohor di bandar Melaka.

Saya membeli 2 barangan, maka tidak perlulah plastik untuk membawa barangan itu.

Apabila saya memberi tahu tidak mahu plastik, maka juruwang itu tetap memasukkan barangan itu ke dalam plastik sambil berkata "tak mengapa".

Terpaksa saya keluarkannya.

Apa maksud "tidak mengapa" olehnya?
Adakah perkiraan kos plastik terlalu utama?

17 hari lagi untuk menyambut Melaka Maju 2010, namun masih ada juruwang yang tidak faham mengapa seseorang tidak mahukan plastik ketika membeli barangan. Adakah disebabkan oleh tidak ada orang sebelum ini yang datang ke kedai itu yang tidak mahukan plastik?

Sabtu, 12 Disember 2009

Bubble Ekonomi Melayu

Dalam ekonomi dunia, ada banyak bubble. Dotcom bubble, stock bubble, housing bubble. 

Tetapi hanya dalam dunia melayu yang ada "Cacing Bubble", "Lintah Bubble", "Serai Bubble", "Water filter bubble", "Ikan Keli bubble".

Isnin, 7 Disember 2009

Malaysia mencatat pertumbuhan buangan karbon tertinggi di dunia antara 1990 hingga 2004, sebanyak 221 peratus

Daripada YB Nik Nazmi:


"Namun, kita harus sedar dalam laporan Pembangunan Manusia PBB pada 2007, menyaksikan Malaysia mencatat pertumbuhan buangan karbon tertinggi di dunia antara 1990 hingga 2004, sebanyak 221 peratus (bandingkan dengan pencemar terbesar dunia, Amerika Syarikat, yang mencatat 25 peratus)."

Jumaat, 4 Disember 2009

Terlalu banyak rizab USD??

Tidak sepatutnya terlalu banyak USD dijadikan rizab yang disimpan di dalam perut.

Rabu, 2 Disember 2009

Lambat Cabut & Polisi Nilai Matawang Rendah

Masih ingat lagi teka teki sebegini...


Sebutkan satu sebab yang sama kenapa
  • Gigi sakit
  • Perompak kena tangkap
  • Perempuan Mengandung
  • Ubi kayu jadi besar
Jawapan :


Kini ada lagi 1 teka teki.

Sebutkan satu sebab yang sama kenapa
  • berlaku krisis disel
  • berlaku krisis minyak masak
  • berlaku krisis gula
  • berlaku masalah subsidi gula
  • berlaku masalah subsidi petrol
  • penyeledupan disel ke luar negara
  • bil elektrik naik
  • masalah subsidi beras 


Jawapan:

Kerajaan Lain Harus Mencontohi "Hari Tanpa Plastik" Pulau Pinang

Di Pulau Pinang akan diadakan hari tanpa plastik selama 3 hari bermula 1 januari hingga 3 januari.

Bagi saya langkah ini harus ditiru oleh kerajaan negeri lain, tak kira Pakatan atau yang lain.

Juga boleh ditiru pada peringkat Kerajaan tempatan. atau peringkat sekolah, atau IPTA atau ini atau itu.

Juga boleh disambut peringkat keluarga.

Tauke plastik jangan risau kalau plastik tak laku, kerana boleh jual beg kitar semula.

Selasa, 1 Disember 2009

Pakej Rangsangan RM 67 bilion & USD 700 bilion

Siapa di belakang pakej rangsangan RM 67 bilion & USD 700 bilion?
Duit datang daripada angin.



Bank Negara Pasir Berdengung yang Mengamalkan Riba'

Dalam cerita Laksamana Do Re Mi terdapat Negara Pasir berdengung yang sudah jadi padang jarak padang terkukur.

Semua tiada, cuma sultan.

Andaikata rakyatnya masih ada, seramai 100 orang.

Maka wujudlah 1 Bank Negara Pasir Berdengung.

Bank itu mengeluarkan pinjaman peribadi kepada 50 orang, sebanyak 1000 fiat.
Kemudian bank itu mengeluarkan pinjaman perumahan kepada 50 orang sebanyak 10,000 fiat.

Matawang yang digunakan ialah 'fiat' kerana tidak bersandarkan emas. Emas sudah diambil oleh menteri fasola.

Maka dihitungkan 50*10000 + 50*10,000 = 550,000
Keseluruhan 1,00,000 fiat telah dipinjamkan kepada 100 orang.

Bank mengenakan faedah sebanyak 5%.

Maka secara kasar, semua peminjam perlu membayar sebanyak 577,500.00 fiat.

kira betul-betul.

Jumlah keseluruhan wang yang dikeluarkan ialah 1,000,000 fiat, akan tetapi peminjam perlu bayar 1,050,00 fiat.
Mana pula datangnya lebihan 50,000 fiat yang perlu dibayar peminjam?

Maka, secara automatik, mestilah terdapat peminjam yang gagal membayar pinjaman dan bank akan dapat rumah atau apa yang dicagarkan.


Dalam sistem ekonomi riba', perkara itulah yang berlaku.
Memang tidak logik untuk kesemua peminjam mampu bayar pinjaman.


Namun dalam dunia nyata hari ini, tidak pernah lagi wujud wang tak cukup setelah semua orang bayar hutang bank.
Ini disebabkan oleh pinjaman terus dikeluarkan.

Google+ Hasbullah Pit