test

Isnin, 30 November 2009

Lepaskan BTN ke Pasaran Terbuka

Akhir akhir ini ramai yang hentam BTN.

Mana tidaknya, kursus oleh kerajaan, guna duit rakyat, racun fikiran untuk menyokong 1 belah pihak.

Kalau kita nak boikot BTN pun nk buat apa, bukannya kita sertai kursus BTN setiap hari.

Jadi, apa kata kalau kursus BTN itu dilepaskan ke pasaran terbuka, dengan tiada siapa mewajibkan kakitangannya atau pelajarnya menghadiri kursus.

Kalau kursus BTN itu adalah berbayar seperti kursus motivasi swasta atau badan NGO yang lain, agak-agaknya ada tak pihak yang sanggup bayar untuk hadiri kursus itu?

Pegawai Bank Durjana Mana yang nak Lelong rumah PPRT?

Diberitakan daripada blog Fariz, Kerajaan Negeri Selangor nak beli rumah PPRT sekiranya dilelong oleh Bank.


Xavier berkata, ini berikutan daripada gesaan bank kepada kerajaan negeri supaya bertindak menyelesaikan hal ini.Katanya, bank akan melelong rumah-rumah tersebut sekiranya penghuni tidak dapat menjelaskan sewa dalam tempoh tertentu. Bagaimanapun, kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang sebenar.


"So dalam mesyuarat Exco kita telah bincang isu ini dan mungkin kita akan adakan satu program baru dimana kita akan minta bank-bank ini bila rumah-rumah ini yang dibiarkan dan tidak dibayar, mereka kena beritahu dengan kerajaan dulu berapa ramai rumah dia, siapa yang beli, siapa tak boleh bayar dan nak lelong untuk berapa".


Besar kuasa Bank, suka-suka mahu lelong rumah PPRT.
Siapa yang lebih berkuasa, Kerajaan Negeri atau Bank? (klik dan baca)

Rumah PPRT adalah untuk orang miskin,
Sudahlah miskin dibebani hutang pulang.

Teori pakar ekonomi mana pula yang cadangkan selesaikan masalah kemiskinan dengan menambahkan hutang?

Penglibatan bank dalam perumahan PPRT adalah sesuatu yang tidak perlu.

Tidak cukupkah keuntungan yang bank perolehi daripada pinjaman rumah bagi orang kaya dan sederhana?


Sebahagian drpd cerita di blog Fariz

Menurut Dr Xavier, setelah kerajaan negeri mengambilalih, pinjaman penghuni-penghuni, maka pihaknya akan mengatur semula pinjaman penghuni-penghuni PPRT dan akan mengurangkan kutipan sewa jangka panjang sebanyak RM150 sebulan.

"Kita punya cadangan, belum lagi pasti, tapi cadangan kita ialah negeri beli rumah ini semua. Sebab kita yang mulakan program ini dan kita akan hadir program ini. Dan kita katakan rumah-rumah ini untuk orang miskin,"
Bagi saya, Memang patut Bank tidak dilibatkan langsung dalam soal ini.

Sabtu, 28 November 2009

Projek Mega Dubai adalah Pinjaman

Ku sangkakan projek pembangunan di Dubai adalah disebabkan mereka terlalu banyak duit, rupanya ianya pinjaman.

Daripada mana peminjam itu dapat duit untuk dipinjamkan?

Khamis, 26 November 2009

Masalah Perumahan dengan Bank.

Terdapat banyak masalah perumahan yang terbengkalai.
Namun pembeli telah terpaksa membayar hutang bank.

Bank bank bank.

Hampir setiap masalah perumahan, adalah berkaitan dengan bank.

Kerajaan negeri tiada kuasa terhadap bank.

Kerajaan negeri hanya boleh berbincang dengan bank.

Tetapi biasanya ia tidak di selesaikan juga.

Yang hanya boleh diselesaikan ialah pemaju perlu siapkan rumah.

PBT turut tidak boleh memaksa bank henti minta hutang daripada rumah yang belum siap.

Kementerian Perumahan ada kuasa terhadap bank?



Semalam adalah hari di mana Bank Negara telah mendapat lebih kuasa.

Belum ku baca lagi kuasa tambahan apakah yang mereka ada.

Berbalik kepada perumahan, Kabinet di Sweden disusun supaya perumahan dan PBT duduk di bawah Kementerian kewangan.

Housing Division
Barulah masalah perumahan, termasuk pinjaman diselesaikan dalam satu bumbung.

Saya bercakap tentang kabinet di sweden, bukan kabinet buatan sweden di IKEA.

Selasa, 24 November 2009

Musim Bank Pusat Beli Emas

Sekarang Adalah musim Bank Pusat beli emas.

Rakyat Malaysia usahlah berharap sangat Bank Negara Malaysia menyimpankan rizab emas untuk anda, Sebagaimana yang dilakukan oleh bank pusat negara lain.

Oleh itu dinasihati supaya pembaca menyimpan sedikit rizab emas untuk keluarga, dalam anggaran nilai 3 bulan gaji.

Lebih pun boleh.

Ahad, 22 November 2009

Nasrudin Tantawi bawa imej The Rock?

Ini The Rock



Ini Nasrudin Hassan Tantawi



Daripada Perspekstif lain




Ini The Rock



Ini Nasrudin


Tapi ini bukan The Rock.

Jumaat, 20 November 2009

Prejudis Terhadap Beberapa Pemimpin PAS

Kebelakangan ini, saya lihat wujud prejudis terhadap tindakan beberapa pemimpin PAS.

Tindakan yang tidak seberapa, kalau dilakukan oleh orang lain, ianya tidak mengapa, akan tetapi tindakan kecil oleh pemimpin PAS yang diprejudiskan itu, seolah-olah besar benar kesalahannya.

Label "Pro UG" menggunakan takrifan Kerajaan Perpaduan yang salah tidak perlu diteruskan.

Khamis, 19 November 2009

Budaya Menuduh 'Pembangkang' Tak Bersyukur

Sudah banyak kali saya dengar, pihak tertentu sering melabelkan 'pembangkang' tidak bersyukur.

Maka keluarlah cerita bagaimana susahnya rakyat negara lain.

Pihak tertentu itu bukan hanya BN, tetapi penjawat awam tertentu pun turut serta suka menuduh 'pembangkang' tidak bersyukur.

Saya tidak pasti adakah 'pembangkang' itu termasuk Khir Toyo dan Anuar Musa sekali atau tidak.

Memang saya tidak nafikan bahawa Malaysia bumi bertuah. Segala sumber mencukupi.
Sumber air, angin, matahari, tanam tanama, ternakan dan lain-lain.

Agak menghairankan juga bagaimana negara pengeluar minyak sawit no 1 dunia, kehabisan stok minyak massak di kedai.

Begitu juga pernah berlaku pada gula. Malaysia bukan pengeluar gula nombor 1, tetapi tidak mustahil untuk keluarkan gula sendiri secara pukal.

Tatkala sumber air yang melimpah ruah, ada yang mengeluh tentang bil air yang agak tinggi.
Apabila ada usaha untuk mengurangkan beban, wujud pula pihak yang cuba menggagalkannya.

Begitu juga elektrik.
Negara mempunyai minyak dan gas, juga mempunyai angin yang tidak henti bertiup sepanjang tahun, hujan sepanjang tahun.
Akan tetapi tenaga yang dijana boleh angin tidak pernah mencecah 1%.
Adakah perlu kita mengimport arang batu? Pada masa yang sama kita mempunyai polisi matawang ringgit rendah supaya 'menggalakkan eksport'.

30% tenaga dijana oleh arang batu pada negara yang melimpah ruah sumber alam, adakah itu efisyen?

Disebabkan Federalisme acuan penjajah, syarikat air milik kerajaan negeri dijual kepada persekutuan. Persekutuan kaya, negeri miskin.

Maka peninglah syarikat air negeri berusaha untuk untung kerana tak mahu rugikan kerajaan negeri.
Manakala yang sentiasa kaya ialah kerajaan persekutuan.

Saya pun tak faham, bagaimana negara ini mempunyai jurang perbezaan kewangan yang terlalu tinggi di antara negeri dengan persekutuan.

Persekutuan ada Bank Negara, Negeri tidak ada Bank Negeri.

Persekutuan bercakap tentang bilion-bilion.
Suka-suka sahaja "60 bilion".

Belanjawan negeri Melaka dan Kelantan, tidak sampai pun 0.5 bilion.

Negeri pula dipecahkan kepada PBT, yang masing-masing ada tugasan untuk menjana kewangan.
Mana-mana PBT yang boleh capai sasaran, akan dinaikkan taraf kepada "Majlis Perbandaran".

Maka berlumbalah PBT merekayasa sistem parkir yang memperkayakan mereka.
Di kawasan luar bandar pun ada parkir berkupon, agar mereka boleh berbangga dinaiktarafkan daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran. Itu yang mereka mahu.

Maka sumber alam yang melimpah ruah ini harus disyukuri dengan menggunakan seluruh sumber yang ada dengan efisyen.

Sistem Persekutuan -> Negeri -> PBT yang cacamerba ini harus diperbaiki.

Sekiranya Allah kurniakan Minyak di Merlimau , belum tentu penduduk boleh parkir percuma, sekolah percuma.
Yang kaya ialah Persekutuan.

Selasa, 17 November 2009

Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek

Jemput Hadir ke
Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek



Dr Mujahid Yusuf.
-Ahli Parlimen Parit Buntar
-Pengerusi Lanjah Perpaduan Kaum PAS.

Ustaz Kamarudin Sidek
-Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka


17hb November 2009
9.20 ptg - 11.55 ptg
Baitul Hikmah Kampung Sempang, Merlimau Melaka


Ahad, 15 November 2009

Parti Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia sepatutnya diberi peluang untuk mengundi parti pilihan utamanya sendiri.

Bukan parti yang duduk dalam pakatan dengan parti pilihan utamanya.
Bukan parti yang bergabung dengan parti pilihan utamanya.

Anda mahu sistem 2 parti yang menafikan hak rakyat Malaysia menyatakan apakah parti plihan utamanya?

Setiap orang hanya perlu ada 1 parti pilihan utamanya dalam satu piihanraya.

Daripada itu, barulah boleh menunjukkan sokongan dan kekuatan sebenar sesuatu parti itu?

Berapa peratus rakyat Malaysia memilih PAS sebagai parti pilihan utamanya?

Rabu, 11 November 2009

Sumbatsemuadisekolahisme Murugiah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah mencadangkan subjek Pendidikan Moral dimansuhkan dan digantikan dengan subjek 1Malaysia yang menekankan aspek perpaduan, penghayatan Rukun Negara serta semangat patriotik.

Katanya, sudah tiba masanya 1Malaysia yang yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diperkenalkan sebagai subjek dengan pengajaran dan pembelajarannya menerapkan nilai pengukuhan perpaduan kaum dalam negara diajar di peringkat sekolah rendah
Sumbatsemuadisekolahisme adalah satu jenis pemikiran yang mendorong sesuatu aktiviti disumbat ke sekolah.
Dengan menyumbatkan ke sekolah, maka semua akan dirasa selesai.

Untuk mengekalkan permainan tradisional pun perlu disumbatkan ke sekolah.

Kibar bendera pun budak sekolah yang kibarkan.

Apabila dibincangkan sesuatu, maka penyelesaian yang timbul adalah "Ini perlu diterapkan di sekolah".

Isnin, 9 November 2009

Diskaun khas tudung bawal untuk kakitangan awam?

Demi merancakkan ekonomi, banyak kontrak dikurniakan pada kontraktor.
Hanya kontraktor yang pandai rancakkan ekonomi?
Adakah kontraktor akan berbelanja di setiap sektor untuk merancakkan ekonomi Malaysia?

Permintaan terhadap bonus untuk kakitangan awam dianggap tidak bermoral.
Secara kasar, memang tak wajar kalau tatkala KDNK merosot, kakitangan awam nak minta bonus.

Akan tetapi ianya boleh dibuat atas dasar merancakkan ekonomi. Kakitangan awam pasti akan berbelanja.

Para peniaga sudah bersedia dengan tawaran khas untuk kakitangan awam.

Diskaun khas Mee goreng istimewa kakitangan awam.
Diskaun khas tudung bawal untuk kakitangan awam.
Diskaun khas 'roman curtain' khas untuk kakitangan awam.

Kalau tidak berbelanja sekalipun, kakitangan awam boleh lunaskan hutang kad kredit.
Bayangkan berapa banyak hutang boleh dikurangkan.

Kakitangan awam juga boleh lunaskan hutan MARA, PTPN, hutang along.

Adakah kerajaan lebih gemarkan menambah "pinjaman khas untuk kakitangan awam" berbanding melunaskan hutang kakitangan awam?

Namun kontraktor lebih diutamakan.

Kalau benar-benar kakitangan awam tak dapat bonus tahun ini, pandang sahajalah jubin-jubin baru, pagar-pagar baru di pejabat awam atau sekolah. Anggaplah ia sebagai pengganti bonus.

Ahad, 8 November 2009

Beras Padu Dijadualkan untuk DOWN

Malam ini Beras Padu (http://beras-padu.pit.my) akan mengalami kesulitan, kerana ianya dipindahkan ke komputer yang lebih buruk.

Alang-alang komputer itu banyak masalah, USB tak berfungsi dan Tidur tak boleh bangun.

Alang-alang tidur tak boleh bangun, maka baiklah komputer itu menjadi pelayan Beras Padu sepenuh masa.

Sabtu, 7 November 2009

Penolakan Terhadap Pendaftaran Pakatan Rakyat adalah Idea Minoriti

Di kalangan PAS, ramai yang bersetuju tentang pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai orgaisasi berdaftar.

Namun saya agak pasti ianya juga ditolak oleh segelintir minoriti ahli PAS termasuk saya.

Telah saya ceritakan dahulu bahawa Ahli PAS belum pernah secara rasmi memilih untuk ke aras sistem 2 parti. Maksudnya tidak wujud undian ketika Muktamar, atau seminar yang melibatkan wakil seluruh negara, memilih untuk ke aras sistem 2 parti atau tidak.

Sistem 2 parti adalah mirip kepada Amerika yang didominasikan 2 parti besar iaitu Demokrat dan Republican.
Parti yang lain wujud, tetapi tidak menang elektoral vote.

Budaya politik Malaysia, setelah Barisan Nasional diwujudkan, adalah agak sempit, dimana sesuatu parti telah awal-awal berada dalam satu organisasi berdaftar atau pakatan.

Rakyat tidak mempunyai hak untuk menunjukkan parti sebenar yang mereka sokong.

Jemput baca catatan lama.
Sistem politik 2 parti besar, di mana di dalamnya terkandung parti-parti yang tidak 100% meyokong dasar yang sama adalah sesuatu yang tidak kena.

Maka, saya bersependapat dengan cenangau yang mengatakan pendaftaran Pakatan Rakyat perlu mendapat mandat muktamar


Aku tak ingat secara tepat tapi aku yakin sangat antara isi utama Muktmat Pas di Ipoh tahun lepas, aku yakin ada semacam keputusan yang konsep tahalus syiasi semasa diterima sebulat suara untuk diteruskan tapi kalau perlu kepada perubahan, PERLU MENDAPAT MANDAT MUKTAMAR.

Bab ni aku rasa sangat penting. Tak kira la walau macammana pun pentingnya dan macamana perlunya benda ni dibuat segera pun, mandat dari Muktamar SANGAT PERLU untuk mengelak ada pertikaian di masa depan.

Terdapat juga pendapat diluar PAS (Dr Abu Hassan Abdullah) yang mengatakan bahawa PAS tidak perlu membentuk parti baru bersama Pakatan Rakyat

Selain itu,kajian Dr Abu Hasan menunjukkan,tindakan Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan benteng melawan Umno menjelang PRU13 adalah wajar.

Namun,Pas tidak perlu bergabung membentuk sebuah Parti baru bersama Pakatan Rakyat kerana menurut Dr Abu Hasan,Pas mampu berdiri sendiri sebagai satu parti yang kuat.

Disebabkan Pakatan Rakyat berdepan dengan BN, maka pengukuhan Pakatan Rakyat dengan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu parti dianggap sebagai langkah sesuai untuk menandingi BN.

Akan tetapi BN sendiri tidak dapat memberi jaminan, mereka itu wujud sampai bila-bila.

Masalah perebutan kerusi, bukannya selesai dalam BN 100 peratus.
Malah ia wujud dalam Pakatan Rakyat juga.

Kalau itu kawasan BN, letak tunggul pun BN boleh menang. Maka UMNO ,MCA MIC, PPP, Gerakan berebut untuk meletakkan tunggulnya.

Perkara itu tidak mustahil berlaku pada PR.

Undi terhadap PKR tidak membawa maksud PKR adalah parti pilihan utama pengundi.
Begitu juga undi terhadap PAS tidak membawa maksud PAS adalah parti pilihan utama rakyat dalam sesuatu DUN/Parlimen.

Macam mana kita nak tahu rakyat disesuatu DUN memilih PAS atau PKR atau DAP?

Semua itu boleh selesai dengan kaedah Perwakilan Berkadar, dimana pengundi boleh memilih hanya 1 parti. Walaupun tiada calon parti itu bertanding di kawasan itu.

Dari situ kita boleh mengukur kekuatan sebenar parti.

Pendaftaran Pakatan Rakyat, untuk menandingi BN, hanya satu langkah kebelakang ke arah membenarkan rakyat memilih hanya satu parti pilihan utamanya.

Dari sudut lain, Pakatan Rakyat dibentuk hanya daripada parti yang diluar BN.
maka pilihan adalah terhad.

Kenapa PAS tak berkawan dengan PBB? Apa PBB buat pada PAS sehingga tak berkawan dengan PBB?
Hanya sebab dia dalam BN?

Apa yang seronoknya sistem 2 parti?
Amerika bukan negara yang sesuai untuk kita contohi.

CNN lebih banyak menyiarkan berita Pilihanraya Amerika, sehingga keindahan demokrasi negara eropah yang jauh lebih tinggi tidak kita peduli.

Saya lebih menggemarkan sistem demokrasi seperti Sweden dan Jerman, berbanding Amerika.

Pada pilihanraya umum yang lalu, berapa peratus Rakyat Malaysia memilih PAS sebagai parti utama?
Ada sesiapa boleh jawap?

Jadi saya rasa, perkara pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai organisasi berdaftar yang terkandung PAS didalamnya, perlu mendapat mandat Muktamar.

Penyokong Kelantan Tertidur Sebelum Wisel Penamat

Khamis, 5 November 2009

Apa Kejadahnya Pasukan Lotus guna Enjin Cosworth?

Apa Kejadahnya Pasukan Lotus guna Enjin Cosworth?

Biasanya pasukan yang berasaskan syarikat pembuat kereta, menggunakan enjin sendiri untuk berlumba dalam F1.
Tetapi Pasukan Lotus 1Malaysia nak guna enjin Cosworth pasa sesi akan datang.

Kalau pasukan itu bukan berasaskan pembuat kenderaan, maka logiklah juga guna enjin pihak ketiga atau "rebadge" enjin.

Williams, Force India, Brawn, Red Bull, Toro Rosso, Super Auguri, Jordan memang padan kalau guna enjin pihak ke tiga.

Adalah lebih baik dibuang sahaja Lotus daripada pakatan.

Rabu, 4 November 2009

Masalah MacOSX Tidak Boleh Tidur

MacOSX saya mempunyai masalah untuk tidur apabila ia sepatutnya tidur setelah dibiarkan selama beberapa minit.

Yang peliknya ia boleh tidur secara manual melalui menu.

Maka ada cadangan supaya dijadualkan waktu tidur pada keutamaan "Energy Saving" namun ianya hanya boleh disuruh tidur sehari sekali.

Akhirnya saya menjumpai perisian "Please Sleep", satu perisian yang wala' pada arahan tidur pada waktu yang ditetapkan walaupun ada perisian yang menghalangnya untuk tidur.

Terdapat juga perisian lain bagi MacOSX berkaitan dengan tidur.

Caffeine 1.1 , InsomniaX 1.3.5 dan Doze 1.0 adalah nama bagi perisian bagi mengelakkan MacOSX tidur.
Manakala SleepTight 1.0.1 adakah perisian supaya komputer dikunci ketika tidur.
Macam-macam nama.


Terima kasih kepada DragoneOne, kerana membolehkan saya menjimatkan tenaga, tanpa perlu memanjat tangga.

Isnin, 2 November 2009

Sekolah Seribu Aliran Pun Tak Mengapa

Sekolah seribu aliran pun tak mengapa asalkan aliran itu tidak dipisahkan mengikut kaum.

Ada banyak aliran sekolah, kalau hendak dibelah-belahkan sekolah mengikut aliran.

Asrama Penuh
Teknik
Agama
Sukan
Seni
Agama + Kejuruteraan
Sekolah Swasta
'Home schooling'



Sekolah satu aliran akan membuatkan kepala otak murid, lebih kurang sama sahaja dengan murid yang lain.


baca:

Deschooling society: Satu projek radikal anti-kapitalisme.


Dalam tempoh sebulan kebelakangan sahaja, ramai budak yang lemas di Perak.
Berbilion wang dibelanjakan, ada tak sekolah yang menyediakan pelajaran berenang kepada muridnya?

Bentuk pemikiran, yang memikirkan hanya disekolah sahaja semua perlu dilansanakan, dinamakan
"sumbatsemuadisekolahisme"

Di sekolahlah hanya tempat memupuk perpaduan kaum,
Di sekolah juga tempah pertahankan permainan tradisional,
Di sekolahlah juga tempat promosi Vitagen,
Di sekolahlah juga tempat memupuk nasionalisme melampau.

Google+ Hasbullah Pit