test

Selasa, 28 Julai 2009

Bangsa UMNO

Bangsa UMNO adalah kelompok manusia yang mempergunakan Melayu untuk kuasa....

Bangsa UMNO menyuruh Inggeris Menangkap pejuang Melayu pada 1948.Hampir semua pemimpin Melayu dari PKMM , Hizbul Muslimin disumbatkan ke penjara.

Akta zalim ISA yang diperlukan oleh bangsa UMNO, dikatakan pula sebagai "Keperluan Melayu".

Hasil daripada salah guna "Melayu" oleh Bangsa UMNO, Bangsa Melayu dipandang serong serata dunia.

Bangsa UMNO telah melarang penggunaan keris, senjata tradisional Melayu.

Mereka merasakan Melayu adalah milik mereka.

Tidak hairan kalau Bangsa UMNO akan melarang penggunaan keris bagi pengantin Melayu lelaki.

Bangsa Melayu, tariannya zapin dan Inang.
Bangsa UMNO tariannya poco-poco.

Isnin, 27 Julai 2009

Bukan Jaminan Keselamatan Saksi SPRM.

Sekalipun kalau puak T4TBH berjaya membuktikan ADUN DAP rasuah, Ia tidak memberi maksud bahawa saksi SPRM dijamin selamat.

Sekalipun kalau ADUN DAP mengaku bersalah dalam rasuah, Ia juga tidak memberi maksud bahawa saksi SPRM dijamin selamat.

Walaupun Ali Rustam didapati bersalah melakukan rasuah oleh Lembaga Disiplim UMNO, SPRM tidak menjamin keselamatan saksi kes rasuah Ali Rustam.

Sabtu, 25 Julai 2009

bangkit menentang tindakan kaum UMNO yang mengkaitkan "Melayu" dengan Kezaliman I.S.A.

Kaum Melayu perlu bangkit menentang tindakan kaum UMNO yang mengkaitkan "Melayu" dengan Kezaliman I.S.A.

Kenapa Kaum UMNO tidak mengakitkan Kezaliman ISA dengan Cina atau India?
Ini tidak adil.




Apa perbezaan Kaum Melayu dengan Kaum UMNO?

Kaum Melayu mendaulatkan bahasa sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.

Kaum UMNO bercakap dalam bahasa melayu, tetapi mengagungkan perkataan Inggeris.

Khamis, 23 Julai 2009

Kemeja T Mansuh I.S.A

Disebabkan DPPNM menerima 'tawaran' DPPKJ, maka dengan ini saya mempromosikan kemeja T Mansuh ISA keluaran DPPNM.





Kemeja T Mansuhkan I.S.A (versi DPPNM) boleh didapati ketika ceramah Mansuhkan I.S.A di Permatang Pasir pada 26 haribulan Julai 2009.


Sesuai dipakai bersama Pengikat Kepala Mansuhkan I.S.A (keluaran DPPKJ) yang diikat pada helmet Bumblebee.

Apa Kaitan Kematian Beng Hock dengan UMNO?

UMNO Ampang membuat demonstrasi 'menyokong' SPRM dan polis.



Dalam kes kematian Beng Hock, SPRM yang patut disiasat kerana kejadian itu berlaku di tempat SPRM.

Walau apa pun punca kematian, ianya sepatutnya tiada kaitan dengan UMNO.

Demonstrasi UMNO sebegitu seolah-olah mereka menggambarkan kematian Beng Hock telah diputuskan dalam mesyuarat UMNO.

Rabu, 22 Julai 2009

Pengikat Kepala Mansuhkan ISA

Dean Pemuda PAS kawasan Jasin ada menjual Pengikat kepala MANSUHKAN ISA

boleh dipakai oleh orang dewasa

dan kanak-kanak



Boleh dipakai  di sekolah tertentu sahaja, dimana pelajar boleh 'meniage' kepada guru dan kawan-kawan.


Pengikat Kepala MANSUHKAN ISA boleh dibeli di

1. Ceramah Ir Nizar di Bukit Katil 22 hb Julai 2009
2. Ceramah Mansuhkan ISA di Permatang Pasir 26 hb julai 2009
3. Ceramah YB Salahuddin di Sebatu 29hb 2009.

atau melalui ejen-ejen.

Jawapan Teka Teki I & II


Teka Teki I
Dalam banyak-banyak burung, burung apa yang kepalanya di kaki, jantungnya di kaki, matanya di kaki.

Jawapan:
Burung yang kena pijak




Teka Teki II
Pemerintah binatang memanggil semua binatang untuk berhimpun mendengar taklimat pemerintah tentang pemanasan global.

Semua binatang hadir, kucing hadir, ayam hadir, kambing hadir, ulat gonggok hadir.

Walaubagaimanapun, seekor binatang tidak hadir.
Apakah binatang itu.


Jawapan:
Burung yang kena pijak tadi





Selasa, 21 Julai 2009

Teta Teki II

Pemerintah binatang memanggil semua binatang untuk berhimpun mendengar taklimat pemerintah tentang pemanasan global.

Semua binatang hadir, kucing hadir, ayam hadir, kambing hadir, ulat gonggok hadir.

Walaubagaimanapun, seekor binatang tidak hadir.
Apakah binatang itu.

Teka teki 1

Dalam banyak-banyak burung, burung apa yang kepalanya di kaki, jantungnya di kaki, matanya di kaki.

Budak PASTI nak 'Meniage'

Kalau dulu, semasa saya sekolah rendah, cita-cita pelajar ketika itu agak ketinggalan.

Ada yang bercita-cita nak jadi polis, bomba, posmen dan sebagainya.

Di kawasan bandar, kanak-kanak lebih maju pemikirannya dengan mempunyai cita-cita yang lebih tinggi, seperti doktor, jurutera, guru.

Namun baru semalam, saya dengar rupanya ada kanak-kanak yang bercita-cita untuk 'meniage'.

Jumaat, 17 Julai 2009

Pembuakan Tambang Teksi dan Bas

Tambang Teksi Naik?
Tambang Bas naik?

Rakyat susah?
Pemandu teksi gembira?
atau sebaliknya?

Itulah hakikat apabila menggunakan wang kertas yang nilainya susut setiap hari tanpa disedari.

Ada pemandu teksi mahukan ianya dinaikkan secara sedikit-demi sedikit supaya kesannya tidak dirasai. Namun ianya masih lagi meningkat.

Adalah tidak adil kalau tambang teksi tidak dinaikkan. Pendapatan pemandu teksi akan merosot akibat daripada penurunan nilai wang kertas.

Namun sikap 'tak mahu naik' oleh sesetengah orang membuatkan tambang tidak naik sejajar dengan menurunan nilai wang kertas, akan tetapi membuak beberapa tahun sekali.

Penumpang teksi garu kepala.

Hakikatnya, penurunan nilai wang kertas adalah tidak berlaku pada kadar yang sama setiap tahun.
Kadar penciptaan wang kertas baru juga tidak sama setiap tahun.

Banyak pihak gemar untuk mengekalkan harga semua benda walhal nilai wang kertas itu pula merosot,

Akan berlaku pembuakan harga, apabila sesuatu harga terlalu dikawal supaya 'kekal'.

Sekiranya sektor pengangkutan tidak mahu menggunakan wang komoditi sebagai tambang, tidak mustahil kalau penilaian wang komoditi digunakan sebagai penanda bagi tambang.

Maka tambang teksi dan bas boleh dikekalkan pada satu penanda aras wang komoditi.

Rabu, 15 Julai 2009

Kupon Beras untuk Subsidi?

Berita Harian semalam menunjukkan cadangan supaya kupon beras akan digunakan untuk kaedah pengsubsidian beras ST 15.
Kupon itu untuk golongan yang memerlukan sahaja.

Memandangkan kupon beras adalah untuk golongan miskin sahaja, maka adalah lebih baik dan mudah kalau kupon beras itu diberikan kepada golongan miskin supaya mendapatkan beras, bukan hanya subsidi beras,

Kupon beras percuma ST15 untuk golongan Miskin.

Harga beras ST 15 di pasaran runcit perlu berada pada harga sebenar supaya pekerja asing tidak menikmati subsidi itu.

Daripada mengsubsidi harga beras ST 15, harganya kelihatan murah, tetapi RM 1.x juta sehari perlu dibayar untuk mengurangkan kos, adalah lebih baik RM 1.x juta sehari itu digunakan untuk beras percuma pada golongan miskin.





Selasa, 14 Julai 2009

Merancakkan Ekonomi atau Pertahankan Ekonomi?

Semua orang tahu ekonomi mengalami krisis, akan tetapi ia ditakrifkan secara berbeza oleh orang yang berlainan.

Ada yang lihat pada GDP, ada yang lihat pada jumlah jualan, ada yang lihat pada pengangguran.
Ada yang melihat pada penguncupan pendapatan.

Suka hati andalah.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam mengatasi masalah ekonomi, adalah lebih menjurus kepada merancakkan ekonomi. Pengaruh ekonomi keynessian begitu kuat, kalau boleh mahu dibelanjakan apa sahaja, termasuk duit yang belum wujud. Asalkan ekonomi dirancakkan.

Kaki lima di letakkan jubin,
Hentian bas ditukar bumbung, di tambah batu supaya ianya cantik.
Tukar pokok yang masih elok.

Mana-mana bahagian bagunan yang bersimen, ditukar kepada jubin.

Tandas awam yang pecah mangkuknya pun ditukar jubin, (tetapi mangkuk jamban yang pecah tidak ditukar).

Rancakkan.
Rancakkan.

Kalau kaki lima diletakkan bumbung, ada juga faedahnya, tidaklah panas ketika berjalan di kaki lima.

Banyak perkara pelik berlaku demi untuk merancakkan ekonomi.

Ekonomi Malaysia bergantung kepada eksport. Pengimport utama kita sedang nazak. Sebelum ini mereka membeli barangan kita secara tidak adil.

Akan tetapi, jika anda terlalu risau , mengapa Amerika tidak membeli barangan kita dengan banyak, anda juga sebenarnya pelik.

Mereka memperolehi barangan dari kita dengan hanya kertas mereka lebih mahal dan mereka suka cetak kertas mahal itu.

Usah ditangisi kejatuhan Amerika itu, mereka memang layak menerimanya.

Jika anda mahu Amerika 'sihat' semula, supaya mereka terus membeli, anda memang tidak faham bagaimana mereka menguasai dunia.

Untuk menghancurkan Amerika, senjata 'USD' perlu ditolak.

Mahu tidak mahu, mereka akan kurang membeli daripada kita. Usah ditangisi perkara itu. Itu adalah harga yang perlu kita bayar untuk menjatuhkan mereka.

Malaysia bumi bertuah, cukup rezeki untuk semua orang.

Saya pun tidak faham, mengapa Amerika menjadi rakan dagangan utama Malaysia, walhal mereka jauh beribu batu. Kebergantungan kepada eksport ke Amerika sepatutnya sudah dikurangkan sedikit demi sedikit sejak beberapa tahun yang lalu, barulah impak kemusnahan mereka kurang menyakiti kita.

FIkiran para pakar ekonomi kita pula sudah diracun supaya nilai ringgit rendah untuk menggalakkan eksport.

Bagus lah sebegitu, makin rendah duit mereka, makin rendah duit kita dibuatnya.
Akhirnya, rakyat Malaysia mengelupur apabila harga barang 'naik'.
Duit yang kononnya untung daripada 'eksport' itu mana perginya?

Eh lupa pula, sudah dijadikan jubin dan tiang roman.

Liberisasi ekonomi?
Ianya satu kaedah untuk menarik pelabur supaya mereka memiliki segalanya agar ekonomi dapat dirancakkan.

Rancakkan ekonomi adalah apa yang anda mahu?

Malaya adalah negara terkaya di Asia apabila British memiliki hampir semua ladang getah.
Itu yang anda mahu?










Isnin, 13 Julai 2009

Pengurangan Lesen Penjaja Agak Pelik

Najib mengumumkan pengurangan 50% lesen penjaja.

Ramai yang suka dan berterima kasih.

Akan tetapi Lesen penjaja dikeluarkan oleh PBT.PBT di bawah Kerajaan Negeri. Maka Lim Guan Eng, Ali Rustam pula yang merelalisasikan pengurangan 50% lesen penjaja yang dihadiahkan oleh Najib.





Khamis, 9 Julai 2009

Stok Penimbal Beras PAS

Setiap Pemuda PAS, Muslimat PAS, Ahli PAS dicadangkan supaya menyimpan beras, lebih sedikit daripada penggunaan biasa.

Kalau biasa hanya sekampit beras yang disimpan pada satu-satu masa, Maka tingkatkanlah ia menjadi 4 atau 5 kampit.

Mengapa?

Seandainya berlakunya krisis, samada krisis banjir atau gempa bumi, maka tidak perlulah membeli beras untuk memberi bantuan. Hanya bawa sekampit dari stok masing-masing.

Stok beras yang disimpan, adalah milik pemiliknya.

Sekiranya krisis ekonomi meruncing sehingga tahap ada yang tidak mempunyai makanan, maka beras-beras milik ahli juga boleh dihimpunkan di markas kawasan atau cawangan untuk tujuan diagihkan.

Seandainya krisis 'kekurangan' beras 15% hancur seperti yang pernah belaku sebelum ini, maka sesiapa yang mempunyai stok penimbal beras tidak merasainya. Krisis mungkin selesai sebelum beras pada stok itu habis.

Sekiranya cawangan atau kawasan atau dewan ingin melaksanakan aktiviti yang melibatkan jamuan, maka sumbangan beras adalah 'kurang terasa' berbanding wang tatkala hujung bulan.


Bagaimana pula kalau berlaku hiperinflasi sehingga harga beras yang dikawal itu tidak lagi mampu dikawal?

Ada banyak kebaikan untuk mengadakan stok penimbal beras di rumah masing-masing.

Kisah Nabi Yusuf menyimpan stok makanan perlu diteladani.
Mungkin kita semua beranggapan bahawa tidak wujudnya krisis, akan tetapi isyarat krisis itu telah ada.

Bukankah 'Pemanasan Global' satu tanda krisis kemarau?
Bukankah krisis beras tahun lepas adalah satu petunjuk?

Liberisasi Ekonomi: Rumah Khir Toyo?

Apabila bercakap tentang Liberisasi ekonomi, ramai yang terfikir tentang masalah 30% ekuiti bumiputera.

Sebenarnya masalah utama liberisasi ekonomi ialah pembukaan ruang yang terlalu luas bagi pelabur asing, sehingga boleh menguasai syarikat tempatan dan kepentingan tempatan.

Itu masalah utama.

Tidak kiralah berapa harga sebenar rumah itu, akan tetapi kalau 3 juta dipinjam dari Bank Asing, selalu pinjaman belum dilunaskan, rumah itu adalah boleh dianggap milik bank asing.

Selasa, 7 Julai 2009

Ramalan Keputusan Perihal PPSMI

Saya meramalkan bahawa keputusan berkenaan PPSMI akan menyebabkan penentang PPSMI akan berpecah belah.

Sebahagian akan mengatakan "Cukuplah sebegitu" dan selebihnya akan terus berjuang.

Pastikan anda bukan dipihak yang berkata "cukup lah sebegitu"

Sabtu, 4 Julai 2009

Orang Negara Maju, Orang kita, Orang Melaka

Orang negara maju, cipta teknologi  diintegrasikan  untuk selesaikan masalah.

Orang kita, belajar teknologi, kemudian baru fikir apa teknologi itu boleh buat.

Orang Melaka, isytihar negeri maju 2010 supaya boleh jadi macam orang negara maju.

Penyeselaian masalah tidak semestinya menggunakan teknologi tinggi, adakalanya cukup sekadar menggunakan batu.

Jumaat, 3 Julai 2009

Penolakan terhadap kapitalisme bukan bermaksud anti perniagaan.

Penolakan terhadap kapitalisme bukan bermaksud anti perniagaan.

Islam berkembang melalui perniagaan.

Kebobrokan Kapitalisme hanya wujud bila wang kertas digunakan.

Ini dipanggil ketidakadilan ekonomi.

ulangsuara

ketidakadilan ekonomi.

Kapitalisme jahat menjadikan ladang di Tanah melayu sebelum merdeka milik British.

Sehingga selepas merdeka pun 70% ladang adalah milik syarikat kapitalis British.

Kalau keadilan ekonomi berlaku ketika sebelum merdeka, orang Melayu, Sultan Melayu pasti kaya-raya kerana menerima emas hasil dari penjualan tanah.

Akan tetapi perkara itu tidak berlaku.

Ketidakadilan ekonomi menyebabkan negara yang mempunyai kertas yang lebih mahal, membeli ekuiti di negara kertas murah.

Mahu cerita liberisasi ekonomi?
Komoditikan wang dahulu.

Khamis, 2 Julai 2009

Batu Kemerdekaan di Bilik Air

Ini adalah Batu kemerdekaan.
Letaknya hanya di bilik air.




Apa yang "Merdeka"nya batu itu?


Umar merdeka daripada kebergantungan ibubapa untuk membuka pancuran air.


Rabu, 1 Julai 2009

Wacana Nasrudin/Khairy ditulis sebagai Perbincangan oleh Media

Bila TGNA ajak Najib debat, Najib tak mahu, Che Det pula kata buang masa.

Kemudian Nasrudin , Ketua Pemuda PAS ajak Pemuda UMNO wacana ilmiah  tajuk sama,
Yang peliknya kenapa Nasrudin dicemuh ala-ala Nasharudin Mat Isa?

Rupanya Malaysiakini menulis laporan sebagai "Perbincangan"

Baca penjelasan apa itu Wacana Ilmiah.

Wacana Ilmiah ini satu mekanisme untuk berhujjah seperti debat [ mujadalah ] dan muzakarah . Apa yang penting ialah Pemuda PAS Pusat mahu menyediakan medan dan ruang untuk berhujjah dan tentunya hujjah kita ialah untuk mencari kebenaran berpaksi kepada al Quran dan Sunnah .

Wacana Ilmiah lebih kepada satu mekanisme untuk mempertemukan dua pihak dan saling berhujjah secara terbuka untuk mencari kebenaran . Semua mesti tunduk kepada kebenaran dan tiada siapa yang boleh lari dan mengelak diri dari kebenaran dan tentunya yang benar itu ialah apabila ia selaras dengan al quran dan sunnah .


Liberisasi Ekonomi Najib, Tanpa Persetujuan Kabinet atau Parlimen?

Pakej liberisasi ekonomi yang baru-baru ini diumumkan Najib melibatkan 30% ekuiti bumiputera, dan pemilikan ekuiti asing dalam syarikat tempatan, adalah perkara besar.

Yang pertama ianya melihatkan sensitiviti orang Melayu.
Yang kedua , melibatkan kedaulatan negara.


Namun tiada berita mengenainya yang mengatakan ia mendapat persetujuan kabinet atau parlimen.

Adakah Perdana Menteri mempunyai kuasa sebegitu besar?
Seperti boleh memansuhkan sesebuah Kementerian ikut suka hati?

Google+ Hasbullah Pit