test

Selasa, 31 Mac 2009

Tahniah buat 'Atuk' Ingénieur Nizar

Tahniah diucapka  kepada Ingénieur Nizar kerana kini benar-benar menjadi datuk kerana mendapat cucu.

Menurut Nenda Fatimah...
Alhamdulillah cucu pertama saya selamat di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh tepat jam 4.56 petang. Bayi perempuan seberat 3.1 Kilogram berada dalam keadaan sihat begitu juga ibunya.
Sila hantar ucapan di sini.

Hishamudin akan gunakan Taktik British untuk Mempertahankan Kepentingan Inggeris

Terdapat berita mengatakan kononnya PPSMI akan dihapuskan di sekolah rendah, tetapi PPSMI diteruskan di sekolah menengah.

Al maklumlah, banyak penentang PPSMI menggunakan alasan "susah bagi pelajar" maka kaedah itu yang diberikan.

Namun, PPSMI di sekolah menengah sekalipun, tetap tidak menggalakan ilmu di simpan dalam Bahasa Melayu.
Tiada jaminan PPSMI tidak dilaksanakan di peringkat universiti.

Sekiranya PPSMI dijamin oleh Hishamudin tidak wujud di Universiti, apa kejadahnya PPSMI di Sekolah Menengah?

Untuk mengetahui istilah sains, sediakan sahajalah glosari di belakang setiap buku teks.

Ini adalah taktik British yang sering digunakan untuk mengatasi penentangan ke atasnya.

Di Ireland, mereka diberikan kemerdekaan separuh.
Maka berpecahlah penentang kepada 2, ada yang kata "cukuplah", ada yang kata tak cukup.

Begitu juga di Tanah Melayu, British memberi "Persekutuan Tanah Melayu" untuk membantutkan gerakan kemerdekaan. Maka penentang British terpisah dua.

Ada yang gembira dengan Persekutuan Tanah Melayu, ada yang tidak.

Akhirnya, akibat daripada itu, Negara ini didirikan hanya berdasarkan tanah bekas Jajahan British sahaja.

Kemudian apabila wujudnya gerakan untuk membentuk kemerdekaan yang bulat, membentuk Negera Melayu Raya,
Maka di canangkan pula pembentukan Malaysia, satu gabungan kawasan-kawasan bekas jajahan British yang 'Merdeka'.

Hasilnya, sehingga hari ini, kita sukar untuk keluar daripada sistem British.
Sistem demokrasi British, Sistem tanah, sistem polis, Undang-undang British dan banyak lagi.

Kita perlu tolak Hishamudin yang kononnya nak hapuskan PPSMI di sekolah Rendah tetapi kekalkannya di sekolah menengah.

Jangan terpedaya dengan taktik British ini.
Ia memang untuk melemahkan Gerakan Mansuhkan PPSMI, sebagaimana ia digunakan untuk melemahkan penentangan British di Ireland, dan Tanah Melayu.


Ingat pesan Jed:

UMNO — Pembela BANGSA!  Pembela Melayu! Tapi membela undang2 British dan Bahasa Inggeris! (Defenders of race!  Defenders of Malays!  But defend British laws and the English language!)

Maka....

Kita Tolak PPSMI secara bulat.

Isnin, 30 Mac 2009

Strategi Tarikh Pilihanraya BN yang Pelik

Dulu, mereka mahukan SPR mengadakan pilihanraya selepas berlakunya Pemilihan Agung UMNO (PAU).
Tarikhnya dilewatkan begitu jauh.

Alasan yang mungkin, ialah tidak mahu adanya kempen PAU di 3 kawasan terbabit.

Akhirnya, hari ini kelihatan terbalik pula. Muhyidin pula berkata...

“Saya nak ingatkan ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib (Datuk Seri), ini pilihan raya kecil,”


Apa jadi kalau mereka sendiri tidak menunda tarikh pilihanraya kecil?
Pasti masalah 'pungutan suara' atau 'referendum' ini tidak wujud.

391 Juta untuk Hanya 1 Kawasan Parlimen, Adilkah?

Diberitakan bahawa sebanyak 391 juta diperuntukkan hanya pada satu kawasan parlimen.

KEPALA BATAS, 29 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa projek pembangunan di kawasan Parlimen Kepala Batas tetap diteruskan walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan itu nanti.

Abdullah yang juga anggota Parlimen Kepala Batas berkata hal yang demikian bertujuan memastikan masyarakat setempat dapat menikmati kehidupan yang selesa selain meningkatkan taraf hidup.

"Tidak semestinya bila sudah tidak menjadi Perdana Menteri kawasan itu tidak boleh dimajukan. Ada juga kawasan lain yang tidak ada Perdana Menteri boleh membangun.

"Mudah-mudahan pembangunan di kawasan ini diteruskan dan akan diteruskan, tidak semestinya saya sudah tidak menjadi Perdana Menteri, pembangunan akan terhenti," katanya dalam ucapan perasmian 28 projek pembangunan persekutuan di kawasan Parlimen Kepala Batas di Dewan Milenium di sini, Ahad.

Abdullah turut menegaskan agar memperbanyakkan projek infrastruktur untuk rakyat.

28 projek pembangunan persekutuan itu melibatkan 10 jabatan antaranya Jabatan Pelajaran Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Belia dan Sukan.

Sebanyak 16 daripada 28 projek itu adalah projek pendidikan dan keseluruhan projek yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu menelan belanja sebanyak RM391 juta.
Menurut kiraan hisab ringkas, sekiranya RM 391 juta disalurkan kepada hanya satu kawasan parlimen, 8.2 bilion diperlukan supaya semua kawasan parlimen mendapat peruntukan yang sama.

Namun perkara sebegitu tidak berlaku.

Sudah menjadi 'Kebiasaan' politik di Malaysia untuk lebihkan kawasan sendiri apabila memegang tampuk kuasa.
Jawatan Perdana Menteri, atau Menteri Kabinet atau Ketua Menteri atau Menteri Besar adalah jawatan yang meliputi satu negara atau negeri.

'Kebiasaan' politik untuk melebihkan kawasan sendiri apabila memegang tampuk kuasa yang lebih besar, akan mengakibatkan satu budaya politik , suka melobi orang kawasan sendiri.

Maka semangat kedaerahan akan meningkat di sesuatu kawasan politik.

"Aku nak orang kawasan aku naik"


Keadaan sebegitu membuatkan UMNO melaka, seboleh-boleh mahukan Ali Rustam menang.


Saya tidak menolak politik kedaerahan secara bulat, memang patut seseorang ahli parlimen mementingkan kawasan parlimennya. Tetapi biarlah berpadan dengan kuasa yang dimiliki.

Adakah boleh Paklah memperuntukkan 391 juta sekiranya dia hanya sebagai ahli parlimen bebas?
Sudah tentu tidak.

Ahad, 29 Mac 2009

Earth Hour 2009 Jauh Lebih Berjaya daripada Earth Hour 2008

Ada juga blogawan yang agak kecewa kenapa Earth Hour tidak berjaya.




Bagi saya, tahun ini punya earth hour jauh lebih berjaya berbanding tahun lepas.

Tahun lepas, saya mampu menyenaraikan catatan blog tempatan yang menulis tentang earth hour.

Tahun ini kalau nak disenaraikan, memang tak cukup tangan.

Senarai blogawan yang menulis tentang earth hour pada tahun 2008

Turut menyertai Earthhour 2008:-

VHanded
http://vhanded.blogspot.com/2008/03/earth-hour-see-different-you-can-make.html

Takfeng-Lili
http://takfeng-lili.blogspot.com/2008/03/earth-hour-2008.html

MohdIsmail
http://www.mohdismail.net/blog/earth-hour-lakukan-perubahan-demi-masa-depan/

Maria Samad (Tok Mummy)
http://mariasamad.blogspot.com/2008/03/its-earth-hour-tonite-so-switch-off.html






Sabtu, 28 Mac 2009

Shahrir Samad Tidak Perlu Letak Jawatan Kerana 'Prinsip'

Bagi saya Shahrir Samad tidak perlu meletak jawatan kerana 'prinsip' yang berdasarkan sokongan ahli UMNO.

Shahrir Samad, dilantik menjadi Menteri setelah layak menjadi ahli Parlimen dan dipilih oleh Perdana Menteri.

Shahrir Samad menjadi ahli Parlimen kerana dipilih oleh rakyat termasuk bukan ahli UMNO atau BN.

Perdana menteri boleh memilih sesiapa sahaja dikalangan ahli Parlimen untuk menduduki kerusi menteri, termasuk ahli parlimen dari parti lawan kalau mahu.

Tiada mana-mana undang-undang mensyaratkan menteri ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, melainkan ianya 'kebiasaan' UMNO sahaja.

Satu perkara yang kita perlu ingat ialah, jawatan menteri itu bukan satu kurniaan tetapi tanggungjawap.

Bagaimana prestasi Shahrir Samad selaku menteri KPDNHEP?

Mungkin ramai yang tidak berpuas hati ketika harga minyak naik ke tahap RM 2.70 dahulu.
Ada yang berdemonstrasi, tetapi tidak menuntut Shahrir Samad meletakkan jawatan, sebaliknya hanya mahu harga minyak diturunkan sahaja.

Menteri KPDN HEP adalah 1 tugas yang agak berat, kerana perlu menjaga banyak kepentingan dan bukan hanya pengguna.

Shahrir Samad, telah berjaya menjadi orang tengah diantara
  • pengguna, 
  • peniaga/peruncit
  • pembekal,
  • Kementerian lain seperti kementerian Kewangan
Kesemua pihak mahukan perkara yang berbeza dan agak berlawanan di antara satu sama lain.

Pengguna hanya mahu murah.
Peruncit mahukan bekalan cukup dan keuntungan yang tidak terlalu rendah
Pembekal adakalanya menekan peruncit, juga mahu untung
Kementerian kewangan pula banyak soal apabila 'subsidi tinggi'

Mustahil Shahrir Samad boleh puaskan semua pihak.
Walaubagaimanapun, usaha ke arah itu memang ada. Tidak seperti Menteri KPDN HEP yang terdahulu.

Shahrir Samad terlah terpengaruh dengan satu teori bahawa penurunan harga minyak banyak kali dapat mengurangkan risiko peniaga. Walhal hakikatnya peniaga pula yang tidak mahu ia berlaku sebegitu.

Peniaga hanya mahukan kepastian tarikh supaya stok boleh dikurangkan, akan tetapi banyak pula berlaku teka-teki tarikh penurunan, berlaku banyak kali.

Matlamat betul, kaedah tidak berapa betul, walaubagaimanapun ada cubaan untuk perihatin.

Earth Hour versi Najib

Logo Earth Hour versi Najib,



Mohon Derhaka TGNA, Laman Web tidak boleh diktiraf sebagai blog

Kemaskini 28 mac 6:40 pm

Saya telah mengiktiraf laman web Tok Guru Nik aziz sebagai blog, setelah pihak Aptus menghidupkan RSS bagi blog itu. (Walaupun ia tidak ditakrifkan di pengepala).


Alamat RSS TGNA = http://feeds2.feedburner.com/BlogTokGuru

Jadilah orang terawal melanggan suapan RSS TGNA.

Kepada Para tauke Agregator RSS, seperti Bang Bakaq/Malaysiakita, TheXblogs , Dr Halimah (Sahabat Blogger) , wartamaya , Nobisha ( Debat Rakyat) dan lain-lain,

Sila masukkan suapan RSS Tok Guru Nik Aziz ke enjin anda.

Beras Padu telah memasukkan RSS Tok Guru Nik Aziz sebentar tadi.




------------------- Catatan Terdahulu :


Mohon Derhaka TGNA


Laman Web TGNA tidak boleh diktiraf sebagai blog kerana, logo RSS sahaja tanpa RSS yang sebenar tidak boleh membuatkan sesuatu laman web itu diiktiraf sebagai blog.


Nama domain mengandungi perkataan "blog" juga tidak boleh membuatkannya dipanggil blog kerana ketiadaan RSS.


Walau apa pun, tahniah kerana kewujudan laman web.

Sila layari http://www.blogtokguru.com/

Adakah Sistem Kewangan Dinar/Dirham Tiada Kaitan dengan Alam Sekitar?

Dinar dan Dirham, dengan Alam sekitar adalah isu berbeza, tetapi sebenarnya ia saling berkait.

Rapat mana kaitannya?

Amat rapat.

Sistem kewangan berdasarkan kertas, sering menyebabkan sesuatu golongan terlalu kaya.
Andaikata tidak kaya, mereka boleh membeli tenaga secara kredit. Duit secara perakaunan boleh dicipta.

Emas dan perak tidak boleh dicipta dan dimusnahkan.

Begitu juga tenaga.

Tenaga tidak boleh dicipta.

Saya masih ingat  lagi pesan Cikgu Fizik saya ketika tingkatan 4&5, Cikgu Vellupilai Ponudurai, bahawa tenaga tidak boleh dicipta, kalau tenaga boleh dicipta kita boleh jadi kaya.

19 tahun dulu, cikgu saya berpesan sebegitu.

Hari ini, rupanya negara barat kapitalis tidak mencipta tenaga untuk menjadi kaya. Mereka juga faham tenaga tidak boleh dicipta. Tenaga berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Akan tetapi walaupun tenaga tidak boleh dicipta, wang kertas, wang dalam bentuk kredit, dalam bentuk bon dan sebagainya boleh dicipta oleh mereka.

Mereka membeli sumber tenaga pada nilai yang amat rendah.

Lihatlah bagaimana Amerika membeli minyak dengan kertas sahaja. Sudahlah kertas, murah pula.

Sila baca catatan lama saya

Pak Arab Kena Tipu lebih 20 Tahun


Saya memang percaya harga sebenar minyak mentah adalah lebih daripada 100 USD.

Namun hari ini mereka mampu membeli dangan separuh harga.

Keadaan sebegini menyebabkan mereka mewah dengan tenaga.

Mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama apabila matawang yang mereka gunakan adalah emas dan perak.

Mana mungkin mereka wujudkan emas dan perak daripada tiada kepada ada.

Itu baru persoalan tenaga.

Pembentukan sampah berleluasa akibat konsumerisme juga berkait dengan emas dan perak.
Mereka boleh membeli secara boros segala mak nenek barangan daripada seluruh dunia.
Tidak cukup duit, mereka kredit, apabila hutang lapuk, ianya dipanggil "aset toksik", dan kemudiannya dibeli oleh Obama.

Berapa banyak tenaga pula digunakan untuk menghasilkan barang yang akhirnya dijadikan sampah?

Kebanyakan manusia, mempunyai had berbelanja berdasarkan pendapatan masing-masing. Hutang mereka pula ada had pada had kredit yang pada kad kredit.

Tetapi manusia jarang sungguh mengira kemampuan tenaga, dan menggunakan mengikut had.

Siapa yang mahu larang manusia menggunakan tenaga secara belebihan?

Hari ini minyak murah berbanding tahun lepas. Akan tetapi penggunaan minyak tahun ini jauh lebih tinggi daripada tahun lepas. Namun ia tidaklah terlalu tinggi akibat daripada had kewangan yang pengguna ada.

Bayangkan kalau semua orang terlalu mampu untuk membeli minyak, membayar bil elektrik dan air?

Mereka akan menggunakan secara tak ingat dunia.

Situasi terlalu mampu membeli tenaga wujud di sebelah barat. Lihatlah lampu di Las vegas.



Bagaimana mereka boleh terlalu mampu membeli tenaga kalau bukan dengan sistem kewangan kertas?


Kita akan tentang konsumerisme
Kita akan lawan kapitalisme yang bersenjatakan kertas
Kita akan pertahankan bumi ini.

Jumaat, 27 Mac 2009

Gosip Fizik: UMNO Salahkan Graviti?

Prof Hamirdin sudah tidak berapa betul. Dia kata Graviti yang membuatkan UMNO jatuh.

Mungkin ada betulnya,

Cuba kaji, kenapa YB Khalil Idham Lim mengiktiraf pluto sebagai planet?

Kenapa Kerajaan Negeri Melaka mengiktiraf Pluto sebagai planet?

Ahli politik memang suka mengiktiraf pluto sebagai planet?

Kenapa?




mungkinkah kerana ....



Gravitinya kecil?

Bilakah Malaysia akan Haramkan Kereta Baru Berwarna Hitam?

Di California, tidak jauh daripada Bukit Gantang, wujud ura-ura kereta baru berwarna hitam akan diharamkan.
(berita di Slashdot)

Maksudnya, kereta baru keluar dari kedai tidak boleh berwarna hitam atau gelap.

Bagi saya, pengharaman warna gelap bagi kereta baru adalah lebih sesuai di Malaysia.
Malaysia negara panas, warna gelap pada kereta, membuatkan pemandu kereta menghidupkan penghawa dingin keretanya terlebih dahulu, untuk menyejukkan kereta. Berapa banyak karbon tambahan dilepaskan hanya kerana kereta hitam lebih panas daripada kereta warna perak?


Gambar di bawah bukan menunjukkan bantahan terhadap penggunaan kereta berwarna hitam.



Yang peliknya kereta 'Perak' juga warnanya hitam.




Bukankah pemimpin Perak kereta pun warnanya perak?

Bayangkan kebanyakan tempat letak kereta adalah jenis berbumbung, berapa banyak tenaga boleh dijimatkan hanya untuk menyejukkan kereta?

Bayangkan kalau pembeli kereta baru diberikan subsidi 'tinted'kalis haba ?
Berapa banyak tenaga boleh dijimatkan?

gambar hiasan:


Nur Madihah, Ke jerman kah kamu?

Saya ingin menulis tentang cadangan kepada Nik Nur Madihah untuk memilih Jerman sejak sekian lama.

Supaya, selain saya, ada juga blogawan lain yang mencadangkan Nik Nur Madihah untuk ke Jerman jikalau serius benar meminati fizik.

Kerajaan Negeri Kelantan sudah mahu taja pengajian Nik Nur Madihah, harapnya ianya berbaloi.

Blogawan yang tolong pilihkan "Jerman" untuk Nik Nur Madihah:

http://diskopi.wordpress.com/2009/03/23/surat-buat-madihah/


Kalau Wernher von Braun , tidak dibawa ke Amerika, mungkin Amerika masih terkial-kial untuk ke Angkasalepas.


Peminat fizik, termasuk 'Jurutera tak kesampaian' bolehlah menyertai seminar fizik.


Seminar Pemikiran Fizik Semasa
Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8:30 pagi - 5:00 petang
Tempat: Bilek Mesyuarat FST, Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Khamis, 26 Mac 2009

PPSMI: UMNO boleh menunjukkan Isyarat Penentangan Terhadap Inggeris (kalau mahu)

Hari ini, Tali barut yang disayangi Inggeris bernama Hishamudin akan bertanding, Dia secara terang terangan mempertahankan kepentingan Inggeris.

Semalam tali barut Inggeris bernama Mukhris telah ditewaskan.

Saya tahu, terdapat juga perwakilan UMNO yang mahu PPSMI dihapuskan, tetapi malu nak cakap.

Oleh itu, kepada Perwakilan UMNO, sila gunakan kuasa undi anda.

Jatuhkan tali barut Inggeris yang bernama Hishamuddin dalam pertandingan Naib.

Dan naikkan Puad Zarkashi (nombor 20) pertandingan MT.

Mana Ketua Pemuda UMNO Melaka?




Ketika pilihanraya dulu, tidak dicalonkan bertanding di mana-mana.

Ketika berlakunya pemilihan ketua pemuda, namanya tidak naik.

Seperti Obama, Pemuda UMNO memilih Aset Toksik

Presiden Obama, memilih untuk membeli 'aset toksik' .

Pening juga mencari apa maksud aset toksik yang hendak diselamatkan oleh Obama itu.
Kaji punya kaji, ia menyerupai dengan pinjaman tak berbayar (non perfoming loan / NPL)

Sejenis hutang yang tidak pasti boleh dibayar atau tidak, kini fail hutang itu dibeli oleh kerajaan Obama.

Di Malaysia, ada 1 perumpamaan yang boleh disamakan dengan 'aset toksik', apabila 'liabitily' di anggap sebagap aset oleh Pemuda UMNO, boleh juga dipanggil aset toksik.

Rabu, 25 Mac 2009

Terima Kasih Wanita UMNO, usul mansuhkan PPSMI

Saya ingin mengucapkan Terima Kasih kerana menyokong saranan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) supaya mansuhkan PPSMI.


 
 
 
 
Mungkinkah orang keris yang mempersoalkan perkara berikut:

1. Kenapa baru sekarang usulkan tolak PPSMI?
2. Siapa dalang usulkan tolak PPSMI?


Mungkinkah orang keris akan tergelak besar Mirnawan Nawawi selepas bertemu Wanita UMNO?

"Sekarang saya pula yang tergelak besar bersama mereka"


Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Ketua Pemuda UMNO Cool Cash , belum keluar lagi.
Mungkinkah Calon anti PPSMI akan menang?

 
 

Majlis Perundingan Ekonomi Perlu Ditubuhkan segera - Salahudin

Saya menyokong penuh saranan YB Salahudin supaya ditubuhkan segera Majlis Perundingan Ekonomi.

Dr. Dzul , Tony Pua, Chi Chang , Mahfuz perlu ada.

Selasa, 24 Mac 2009

MENJ, Jed Yoong dan Aliran Maklumat Blog Tempatan

Masih ingatkah lagi Carta Aliran Maklumat Blog Tempatan?




Dalam carta itu ada Jed Yoong, tetapi tiada MENJ.
Tetapi apabila MENJ membeli Petaling Street.

Maka ada unsur MENJ dalam carta itu.
Akan tetapi unsur MENJ pada carta itu halanya ke arah lain.

Petaling Street tidak membawa maklumatnya ke mana-mana.

Semalam, saya berborak dengan MENJ, tentang pengintegrasian Petaling Street dengan Negaraku.
Saya mencadangkan supaya di borang Negaraku.net boleh juga ada opsyen untuk menghantar maklumat yang sama ke Petaling Street.

Begitu juga Petaling Street, setelah pengguna menghantar maklumat di petaling Street, perlu ada opsyen "Anda Mahu hantar ke Negaraku.net"?

Barulah maklumat boleh diintegrasikan.
Sekiranya sesuatu catatan di Negaraku.net diangkat oleh pengunjung, ia juga automatik disiarkan di Beras Terpilih , Beras Padu, blog saya dan Whitenaval.

MENJ mempunyai kuasa terhadap Petaling Street
Jed Yoong juga mempunyai kuasa untuk tidak 'share' mana-mana catatan.

Sama-sama ada kuasa.
Diam-diam cukuplah.

Kalau Jed Yoong tidak mahu 'share' penulisan MENJ, diam-diam cukup lah.
Kalau MENJ tidak ban orang, diam-diam cukuplah.

Saya pun ada kuasa.
Saya yang menentukan sesuatu blog itu tersenarai di Beras Padu atau tidak.
Kalau saya keluarkan sesuatu laman blog, saya diam-diam sahaja.

Noktah Hitam pun ada kuasa, dia boleh ban sesiapa sahaja dari Negaraku.net
Diam-diam cukuplah.

Maka Bergaduhlah MENJ dengan Jedyoong

Jed Yoong kawan saya.
MENJ kawan saya.

Kedua-duanya agak rapat dengan saya,

Tapi hari ini mereka bergaduh.

01:41  Boycott Project Petaling Street (PPS) + MENJ» JED YOONG 熊玉鳳 

 

Satu lagi digg untuk Najib & Altantuya

Isnin, 23 Mac 2009

Ingénieur Nizar Kian Hampir Menjadi Ketua Pembangkang

Bulan lepas, blogawan angkasanuri pada perkiraan saya, adalah yang pertama membuat spekulasi Calon PAS Bukit Gantang adalah Ingénieur Nizar.

Saya pula, menambah perisa pada spekulasi, kononnya Ingénieur akan menjadi Ketua Pembangkang.

Spekulasi blogawan Angkasanuri menjadi kenyataan apabila dia diumumkan sebagai calon PAS Bukit Gantang.

Namun, spekulasi saya, masih lagi spekulasi murahan.

Krisis Ekonomi Bagi Rakyat

Krisis Ekonomi bagi rakyat sebenarnya mudah.

Apabila semua orang ada pendapatan, mampu beli keperluan.
Itu sahaja.

Walaupun kompleksnya krisis ekonomi di Amerika untuk difahami, akan tetapi kesannya kepada Malaysia adalah mudah difahami.

Dunia kurang berbelanja, permintaan kilang tutup.
Banyak perhenhentian kerja.
Syarikat rugi , kilang tutup.
Banyak perberhentian kerja.

Harga barang tidak stabil, ada yang tak cukup berbelanja.
Adakalanya terlalu rendah, adakalanya terlalu tinggi.

Anda boleh untuk faham keseluruhan proses krisis ekonomi di Amerika, tetapi yang penting ialah faham kesannya pada Malaysia, terutama sekali kepada rakyat biasa.

Belanjawan mini 60 bilion banyak kali dikritik kerana ia tidak terlalu rakyat.

Berdasarkan perkara asas
1. Rakyat perlu ada pendapatan
2. Rakyat perlu mampu berbelanja

Tidak nampak usaha ke arah 2 perkara itu untuk diselesaikan daripada belanjawan mini 60 bilion itu.

Tidak nampak pula usaha untuk mendaftarkan para pekerja kilang yang diberhentikan itu.

Kalau benar sekalipun export industri merosot lebih 20%, sebenarnya itu tidak mengapa kalau kita semua ada pendapatan, mampu berbelanja.

Kalau benar sekalipun KDNK merosot, sumber pendapatan negara merosot, ianya tidak mengapa kalau semua rakyat cukup makan pakai.

Malaysia mempunyai ramai pekerja asing dan juga ramai pekerja tempatan yang menganggur.
Satu usaha perlu dilakukan untuk menggantikan pekerja asing itu dengan pekerja tempatan.

Masalah yang sering timbul ialah pekerja tempatan terlalu mahukan pekerjaan yang popular.
Cuci-cuci tak mahu.

3.2 bilion untuk memperbaiki apa yang belum tau apa rosaknya, untuk apa?

Kenapa pemberian projek sahaja selalu dijadikan kaedah untuk memangkin ekonomi?
Maka ia akan mewujudkan 'bubble' kontraktor yang sepatutnya tak jadi kontraktor.

Bukan Harakah saja yang digantung, Buku PASTI turut digantung

Bukan Suara Keadilan dan Harakah sahaja yang digantung, Buku PASTI 5 tahun turut digantung.



Lihat gambar....





Sila Digg Jika Anda Ada Akaun Digg

Sila digg di sini sekiranya anda mempunyai akaun digg

Kereta Ustaz Kamarudin Sidek Akan Dilelong?

Berikut adakah kesan serangan terhadap Kereta Ustaz Kamarudin Sidek oleh penyokong pelampau Ali Rustam.

Gambar bahagian belakang


Gambar bahagian depan


Ketika berlakunya perhimpunan Mendesak Ali Rustam meletak jawatan, pihak polis hanya membenarkan 2 buah kereta sahaja untuk menghantar Memorandum kepada Ali Rustam, yang lainnya tinggal di Masjid MITC.

Ketika itulah kereta Ustaz Kamarudin telah diserang.

Memanglah tiada pun Ustaz Kamarudin Sidek bercakap tentang melelong keretanya, namun ianya adalah cadangan dari saya, supaya Kereta itu dilelong pada harga pembukaannya ialah harga semasa kereta.

Ahad, 22 Mac 2009

Masih Boleh Undi PAS di Bukit Selambau Walaupun Tidak Letakkan Calon, kalau....

Masih Boleh Undi PAS di Bukit Selambau Walaupun Tidak Letakkan Calon, Kalau kertas undi bentuknya sebegini:





Lupakan itu semua kalau anda masih lagi taat kepada Sistem Demokrasi hadiah daripada British sebagai balasan Timah dan getah yang mereka ambil.

Anda mahu Kerajaan Perpaduan?
Lupakan dahulu kalau anda masih taat dengan Permaisuri di Birmingham dan akur dengan Sistem Demokrasi hadiah British itu..

Anda peminat setiap kelab bola sepak Inggeris?
Saya tidak hairan.

Special Branch memang Polis British

Saudari Jed ada menulis tentang Akta Polis 1967, yang berasal daripada British. Ada juga peraturan untuk anggota polis untuk berpolitik yang ditandatangani oleh pegawai British.

Jed kata

Anyway, I think it’s clear that we are still a British colony?


Untuk menambahkan lagi perisa. Kita lihat polis cawangan Khas, sudah lebih 50 tahun merdeka mereka masih dipanggil "SB", (Special Branch).

Special Branch hanya ada di negara bekas jajahan British sahaja.

Daripada wikipedia(klik)

Special Branch is an investigative unit of the British and other Commonwealth police services, as well as Ireland's Garda Síochána. The unit deals with national security matters. It acquires and develops intelligence to help protect the public (and the state) from national security threats, including terrorism, separatism, subversion and other extremist activity.

Dengan menggunakan undang-undang British, Sistem polis masih sama dengan British, kita mahu mengaku sudah merdeka?

Sudah pasti mereka mempertahankan PPSMI.

Sabtu, 21 Mac 2009

Mainan Baru , Sistem Pengucapan Awam Behringer B212A

Saya telah menempah satu pembesar suara aktif (mempunyai amplifier) Jenama Behringer B212A.

Minggu depan mungkin dapat.

Saiznya agak kecil, walaupun ianya sekelas dengan pembesar suara Tong Konsert Metalicca, Tingginya 22 inci, tidak sampai 2 kaki. Beratnya hanya 14.9 Kg.

Perbandingan Saiz dengan abangnya B215A (yg 15inci wufer)




Membuatkan ianya begitu mudahalih.

Ianya amat ringkas, sambung bekalan kuasa, sambung mikrofon, voila.

Dengan saiz yang kecil itu, tidak perlu ada kenderaan besar untuk mengangkutnya.
Behringer B212A itu boleh ikut naik kereta Ustaz Kamarudin Sidek (yg diserang UMNO), kalau dia ada ceramah di 2 tempat dalam satu malam. Memang mudahalih.

Kuasanya?
Dalam katalog tulis 200W, tetapi dalam Web kebanyakkannya mengatakan 400W.
Kalau 200W , ianya cukup untuk 1 padang bola.

Kebiasaannya Jurutera Bunyi membeli sepasang B212A untuk tujuan muzik, akan tetapi saya hanya beli 1. Tidak lagi kedengaran mana-mana penceramah PAS berceramah dalam stereo.

Ali Rustam Tidak Perlu Letak Jawatan Kalau......

Ali Rustam tidak perlu letak jawatan kalau dia tidak bersalah.

Akan tetapi situasi yang berlaku, ialah Ali Rustam akur segala keputusan Lembaga Disiplin UMNO.
Sekiranya Ali Rustam benar-benar tidak bersalah, maka dia sepatutnya berani mengatakan dia tidak salah bukan sekadar akur dan buat rayuan dan akur lagi.

Apa yang berlaku ialah seolah-olah kejadian menyalahkan kenapa yang lain tidak dilarang bertanding, kenapa Ali Rustam seorang sahaja yang dilarang bertanding.

Kalau Ahmad mencuri dan ditangkap dan dikurungkan, mengapa pula Ahmad hanya salahkan, kenapa tak tangkap Abu, dia pun mencuri juga.
Kalau Ahmad tidak mencuri, Ahmad sepatutnya berkata dia tidak bersalah, bukan persoalkan jenis hukuman.

Jadi, sekiranya Ali Rustam tidak bersalah, dan kononnya dianiayai Lembaga Disiplin UMNO, maka laporan ke SPRM oleh Ustaz Kamarudin Sidek dan Syamsul Iskandar adalah sesuatu yang tepat.

SPRM boleh menentukan Ali Rustam tidak bersalah, jika dia benar tidak bersalah dan dianiayai Lembaga Disiplin UMNO.

Sekarang ini, Ali Rustam tidak bertindak sebegitu, dia boleh menggunakan laporan SPRM untuk menidakkan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Akan tetapi apabila Rakyat Melaka mahu Ali Rustam meletakkan jawatan, jawapan yang diberikan umpama, "eh mereka boleh buat jahat, kenapa aku tau boleh".

Lembaga Disiplin UMNO telah menggantung 3 anak buah Ali Rustam daripada UMNO, namun tidak pula dipersoalkan ketidakadilan itu. Sebagai pemimpin bagi 3 orang itu, sekiranya mereka tidak bersalah, sepatutnya Ali Rustam membela mereka. Atau berusaha supaya mendapat hukuman sama, atau cuba buktikan tidak bersalah, atau minta dirinya digantung seperti anak buahnya.

Apabila wujudnya sikap, tidak mahu buktikan diri tidak bersalah, maka memang patutlah rakyat Melaka meminta Ali Rustam meletakkan jawatan Ketua Menteri.

Rakyat Melaka tak minta Ali Rustam turun jawatan dalam UMNO, tetapi mahu jawatan yang berkaitan dengan kerajaan Negeri itu dilepaskan.

"Ketua Menteri Melaka" adalah ada kaitan dengan politik Melaka. Memang patut PAS,PKR,DAP masuk campur.
Kalau tidak mahu PAS,PKR,DAP masuk campur, mudah sahaja, katakan sahaja tidak bersalah, dan rela disiasat SPRM. Apa yang hendak ditakutkan kalau tidak bersalah?

Seluruh negeri Melaka mempunyai hak meminta Ali Rustam melepaskan jawatan Ketua Menteri kerana dia sendiri tidak mahu membuktikan dirinya tidak bersalah. Namun, hanya pengundi DUN BUkit baru sahaja yang berhak untuk meminta Ali Rustam melepaskan jawatan ADUN.

PAS, PKR, DAP bukan  mahu tumbangkan kerajaan Negeri melalui perhimpunan, tetapi mahukan pemimpin lain dari kalangan BN juga menjadi Ketua Menteri Melaka, selagi mandat BN masih ada. Sudah tiada ADUN BN lainkah yang lebih layak Menjadi Ketua Menteri?

Tak perlulah PAS, DAP, PKR cadangkan nama, ADUN-ADUN BN boleh pilih sendiri daripada kalangan mereka.

Jumaat, 20 Mac 2009

Ali Rustam Mahu Dirinya Dipenjarakan?

Persoalan Ringkas Ali Rustam di Media masa ....


"kenapa Anwar Ibrahim boleh jadi ahli parlimen sedangkan dia masuk penjara enam tahun?
Itu jawab dulu. 
Mengapa Lim Guan Eng boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan dia dah masuk penjara dua tahun? 
Itu jawab dulu. 
Kalau ini dia boleh jawab saya akan jawab apa yang dia tanya kepada saya."


Persoalan Ali Rustam seolah-olahnya dia  buat-buat tidak tahu bahawa Anwar dan Lim Guan Eng telah pun menjalani hukuman diatas 'kesalahan' yang disabitkan ke atas mereka.

Dalam erti kata lain, dia mahu dirinya dipenjara dahulu, supaya dia boleh menjadi Ketua Menteri semula.

Di Masjid MITC , Polis Gagal Menangkap Perasuah,

Sepasukan Polis telah gagal menangkap perasuah pada perhimpunan di Masjid MITC.

Polis merapati Saudara Adly, mungkin kerana mukanya ada iras-iras perasuah itu?
Mungkinkan wajah perasuah itu, menyerupai Adly sekiranya perasuah itu mencukur misainya?




Orang ramai, berdiri dalam sesi kawat cam itu.

Terdapat seorang Doktor tersohor di Merlimau, memperagakan janggutnya, supaya dia tidak kelihatan seperti perasuah yang dicari. Wujud juga kemungkinan perasuah itu memakai janggut palsu.





Beberapa polis, memberagakan topi keledarnya, sambil mencari perasuah setelah mendengar laungan..

"Polis! Polis!"

"Tangkap Ali"
"Ali Apa?"
"Ali Rustam"



Namun usaha mereka gagal.




Namun, usaha mereka tidak sia-sia, kerana berjaya menangkap sebatang kayu. Kayu itu pernah terlibat dalam demonstrasi menentang Kezaliman Israel di Masjid Al-Azim dulu.

Itulah pertama kalinya kayu itu cuba mengibarkan bendera Melaka.
Sebelum ini ia sering mengibarkan bendera Palestin.






Mungkinkah perasuah itu telah 'transform' menjadi kayu?
Kayu lain pula menjadi mangsa?

Di Alam Fantasi, polis berjaya menjumpai seseorang dengan hanya menyuruh kereta polis untuk mencari  siapa empunya akaun ebay "Ladieman217"


Klik sini untuk Ikuti kaedah kereta polis menjejaki perasuah, dengan menjadi pemilik akaun ebay.

Khamis, 19 Mac 2009

Trak FRU Terbalik, Tetapi Bukan ke Melaka untuk Perhimpinan 'Letak Jawatan Ali Rustam'

Menurut sumber sejenis Nasi, Trak FRU Terbalik, Tetapi Bukan ke Melaka untuk Perhimpinan 'Letak Jawatan Ali Rustam'

Oleh kerana Trak FRU telah tersalah arah, maka Perhimpunan di Masjid MITC pada 20 Mac dijangka tidak akan dihadiri trak yang terbalik itu. Trak yang tidak terbalik tidak boleh dipastikan samada akan hadir atau tidak.

Oleh itu, mari kita sebagai rakyat bekas Kesultanan Melayu Melaka, berhimpun di hadapan Masjid MITC , selepas Jumaat untuk menyatakan bantahan terhadap perasuah yang bernama Ali Rustam.

Sila bawa bendera Melaka banyak-banyak.

Pakai Baju Melayu, atau atau pakaian tradisiional, atau pakailah apa pun yang menampakkan anda lebih kacak daripada Ali Rustam.

contoh 2 pemuda kacak:



Jel rambut Kelihatan Basah (Wet look Gel), boleh didapati di kedai-kedai berhampiran. Kalau tak mampu beli, sila gunakan Air paip.

PANAS! Gambar Sofi Wahab Disalahgunakan!






Jangan Marah ya, Sofi.

Gurau....

Daripada mana UMNO Melaka belajar baring atas jalan?

UMNO Melaka mempertahankan Ali Rustam hingga baring atas jalan.

Penyokong Umno berbaring di jalan, cuba menghalang ketua Angkatan Muda PKR keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas membuat aduan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Daripada mana UMNO Melaka belajar baring atas jalan?

Daripada yang ini atau  yang itu?

Rabu, 18 Mac 2009

Senarai Dalang Perhimpunan Mansuhkan PPSMI Terkini

----mula ----


Disebabkan Hishamudin terlalu asyik untuk mencari dalang perhimpunan Mansuhkan PPSMI, mari kita ramai-ramai mengaku jadi dalang.

Senarai Dalang Perhimpunan Mansuhkan PPSMI.

1. Datuk Dr.Hasan Bin Ahmad
2. Professor Shaharir Bin Mohd Zain
3. Hasni Bin Abas
4. Abdullah Bin Hassan
5. Dato’ Abd. Samad Bin Mohamad Said
6. Che Shamsudin Bin Othman
7. Mohammad Faisal Bin Abd. Aziz
8. Aizad Bin Mohd Saleh
9. Muhammad Haafizuddin Bin Abirerah
10. Kamalrulzaman Bin Mohamad
11. Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin
12. Salahuddin Bin Ayob - Pentadbiran Perniagaan, Sains Pembangunan Manusia
13. Nasaruddin Bin Mat Isa
14. Suhaizan Bin Kaiat - Sains Komputer
15. Ainon Bte Simo @ Mohd @ Somo
16. Datuk Seri Hj. Hadi Bin Awang
17. Saifuddin Nasution Bin Ismail
18. Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin
19. Idris Bin Ahmad
20. Mahfuz Bin Omar
21. Mohamad Bin Sabu
22. Rozan Azen Bin Mat Rasip
23. Hasbullah Pit - Sains Komputer?
24. Suhairul Hanim Bin Dato’ Seri Hj Kamaruddin
25. Ahmad Adam bin Idris
26. Awang Soh bin Che Lah
27. Hamim bin Nasoha -Kejuruteraan Elektrik (Sains)
28. Mohd Elfie Nieshaem Juferi - (Computing in Internet Technologies)
29. NAMA ANDA DI SINI

Sila isi nama anda di "NAMA ANDA DI SINI", beserta pautan blog jika ada dan  salin keseluruhan catatan ini untuk disiarkan di blog anda.

Sila maklumkan di ruangan komen di Senarai Dalang
jika anda telah siarkan di blog anda .
------ tamat ----

Lagu Rap untuk Ali Rustam

Lagu Rap untuk Ali Rustam

Lirik: Mutaligat
Lagu: AwesomeSRS
Penyanyi: [   Sedang di cari  ]

Klik segitiga & nyanyi sendiri





Hajat di hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai
Dari semalam duduk termenung
Tiada lagi ketawa dan hilai

Cita-cita nak jadi TPM
Kempen di buat serata negeri
Jangan-jangan dicekup SPRM
Malu muka pucat gigi

Malunya muka kena tindakan
Tamak kuasa dan juga kedudukan
Ali Rustam letak jawatan
Itulah langkah mesti dilakukan

Buka tak malu muka tembok
Diri sendiri tiada maruah
Tiap hari buat-buat sibuk
Rupanya terlibat dengan rasuah

Rakyat segan ketua rasuah
Sudah rasuah tidak mengaku
Pemimpin kita tiada maruah
Tebalkan muka hendak merayu

Makan lada makan cili
Terasa pedas makan gula
Ketua Menteri tiada integriti
Lebih baik berhenti bertaubat segera


----

Sekiranya anda boleh menyanyikan lagu itudengan baik, nama anda akan diletakkan sebagai Penyanyi.

SPRM akan siasat Ali Rustam....

Jika anda membuat laporan kepada SPRM.

Matawang Super Global

Macam macam.

IMF berkemungkinan akan memperkenalkan Matawang Super Global untuk mengatasi krisis ekonomi ketika ini.
Kalau dulu USD mendominasi. Kini ianya hampir ditolak semua orang.

Akan tetapi, apabila matawang super itu dikawal oleh IMF, masalah tidak selesai.

Seigniorage akan dikenakan oleh IMF berbanding Amerika.

Amerika nak gulung tikar.

Lari dari mulut Amerika masuk mulut IMF

Selasa, 17 Mac 2009

Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah

Saya melihat saranan "Kerajaan Perpaduan" sebagai satu langkah menolak sistem demokrasi berparlimen yang yang dihadiahkan oleh British setelah mereka mengakut hasil bumi kita.

Mungkin ada cara lain, selain daripada "Kerajaan Perpaduan" sebagai langkah membentuk sistem politik negara kita.

Selain itu persempadanan politik berasaskan penjajah juga perlu ditolak untuk jangka masa panjang.

Apa yang terjadi sekarang ialah hampir semua orang menerima secara bulat sistem demokrasi berparlimen sebagai satu-satunya cara membentuk kerajaan.

Sistem Demokrasi berparlimen hadiah daripada British adalah sistem yang tak elok kerana ia mempunyai sifat "Pemenang kaut semua" . Pemenang pula memilih menteri atau exco dikalangan pemenang itu sahaja.

Akan wujudnya situasi dimana beberapa orang yang layak menjadi Menteri atau exco di pihak yang kalah, hanya menjadi pembangkang.

Lihatlah betapa hodohnya sistem sekarang, dimana Perdana Menteri ditentukan oleh beberapa kerat perwakilan parti tertentu sahaja.

Di Negara lain, yang mengamalkan sistem demokrasi, caranya tidak 100% sama dengan di Malaysia.
Sistem Demokrasi ala Amerika ada banyak pilihanraya. Pilihanraya memilih perwakilan dan pilihanraya memilih ketua negara. Wujud pula pilihanraya memilih Ketua kawasan setempat.

Jadi terpulanglah pada rakyat Malaysia merekayasakan Sistem Demokrasi untuk Malaysia, semuai dengan keadaan Rakyat Malaysia.

Kita akan lihat siapa yang benar-benar mempertahankan ketuanan Sistem Demokrasi British, apabila wujudnya kertas cadangan penggantian sistem demokrasi.

Kerajaan Perpaduan Tidak Semestinya Kena Masuk BN

Itulah yang sering dianggap oleh ramai orang, apabila sebut "Kerajaan Perpaduan" maka ada yang kata "gabung" atau "Masuk BN".

Bagi saya ia tidak semestinya.

Kalau masuk BN ertinya disembelih.

Jadi kalau nak bentuk kerajaan perpaduan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah pecahkan BN, daripada satu bentuk Parti berdaftar yang terdiri daripada parti komponen, kepada parti-parti yang hanya membentuk pakatan.

Sekiranya perkara sebegitu tidak dilakukan oleh BN, maka lupakan dahulu kerajaan perpaduan.

Rasanya tidak salah PAS, DAP, PKR membentuk kerajaan dengan berpakat dengan beberapa komponen BN dan bukannya BN secara keseluruhan.

Maka eloklah parti komponen BN keluar dari BN untuk membentuk persekitaran politik yang lebih baik.

Ahad, 15 Mac 2009

Guru Harus Dihormati

Kejayaan Nik Nur Madihah memperolehi 20A baru-baru ini sepatutnya membuka mata para pelajar yang lain.

Adik Nik Nur Madihah tiada tips yang begitu istimewa untuk ditiru oleh para pelajar lain.

Hampir semua yang diperkatakan oleh Nik Nur Madihah ketika ditemuramah wartawan adalah perkara 'biasa'.

Dia tidak mengatakan pusat tiusyen mana yang bagus, teknik mana yang bagus, guna pensil apakah yang bagus.

Sesuatu yang Nik Nur Madihah pernah katakan ialah bahawa dia mencari keberkatan dalam menimba ilmu.

Ianya sememangnya perkara pokok, penting dan tidak boleh dipandang remeh oleh pelajar yang mewah dengan alat bantu pembelajaran.

Guru harus dihormati.

Ayat sebegitu sudah 1000 kali didengari, akan tetapi perkara yang ringkas sebegitu sudah hampir hilang.

Lihatlah banyaknya berlaku guru dipukul, di saman, dipancitkan tayar keretanya.

Perkara sebegitu seharusnya tidak berlaku sekiranya perkara asas yang ringkas "guru harus dihormati" tertanam pada setiap pelajar.

Ibubapa pun satu hal juga.
Apabila profesyen ibubapa lebih tinggi daripada guru, kemungkinan anak pula diajar supaya tidak begitu menghormati guru.

Jadi walaupun sudah 1000 kali anda dengar guru harus dihormati, maka hari ini saya nak cakap juga "guru harus dihormati".

Selamat Hari Pai (Π)

Kongres Amerika telah meluluskan 14 mac sebagai Hari Pai (Π).

14 mac dipilih kerana kerana nilai pai adalah  3.14159265359blablabla
 
Namun Kalendar Hijrah juga mempunyai hari ke 14 pada bulan ke 3.

Maka dengan ini saya menganggap 14 Rabiul Awal sebagai hari pai. Mudah sahaja untuk diingati kerana ianya berlaku hanya 2 hari selepas 12 rabiul awal.

Tahun ini, (1430) Hari Pai kalendar Hijrah jatuh pada 11 mac, sudah tidak jauh dengan hari pai kalendar masehi.

Manakala kalendar Cina punya, hari Painya ialah pada 9 April 2009.

Jadi apa kita nak buat pada hari pai?
Buatlah kiraan matematik berkaitan dengan bulatan.


Bila agaknya kita akan buat sambutan hari pai secara besar-besaran?
Pada Rabiul awal 14 hari bulan, tahun 1592 hijrah.

Sabtu, 14 Mac 2009

Pening Kepala Baca Blog Orang UMNO

Boleh dikatakan, takrifan "Bangsa" oleh orang UMNO begitu sempit.

Bagi Mereka, "Bangsa" itu hanya merujuk kepada keturunan Melayu yang berada di negara yang dibentuk daripada bekas jajahan Inggeris.

Yang peliknya, UMNO juga menentang penubuhan Negara Melayu Raya.

Selama ini, saya menggunakan "Bangsa" sebagai merujuk kepada warga bagi satu negara.

Bangsa Malaysia.
Satu bentuk nasionalisme yang wujud hasil daripada kerjasama UMNO dengan British.
Malaysia ditubuhkan supaya bekas jajahan Inggeris duduk dalam satu negara.

Negara Melayu Raya UMNO tentang.

Tapi orang UMNO yang banyak cakap tentang "bangsa".

Rupanya takrifan mereka begitu sempit.
Kaum Cina dan India warga Malaysia dianggap sebagai "Bangsa Asing" atau "Bangsa lain".

Walhal "Bangsa Asing" dalam konteks nasionalisme adalah warga asing seperti pelancong asing, pekerja asing.

Dr Burhanuddin menulis...

“Kita hendak mendirikan negara kebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut keadilan dan kemanusiaan yang luas sama berhak dan adil, bukan sesekali kebangsaan yang sempit, jauh sejauh-jauhnya dari berbau perkauman dan perasaan yang kolot dan kuno” 

Semangat "kebangsaan" UMNO rupanya ialah semangat kebangsaan yang sempit. Hanya sebenarnya perkauman.
Mereka bercakap tentang "Bangsa Melayu" tetapi menentang pembentukan negara Melayu.
Tiada kaitan langsung dengan pembentukan negara.



Mereka menahan Dr Burhanuddin di bawah AKDN.

Bangsa apa yang dimaksudkan oleh UMNO apabila sebut "Demi Bangsa"?
Keturunan Melayu yang berada di negara bekas jajahan British sahaja?


Nak buat macam mana, itu takrifan mereka.



Jumaat, 13 Mac 2009

PPSMI: Menjawap Acoy yang banyak cerita "bangsa"

Menjawap hujah Acoy

1. setiap kaum itu mempunyai bahasa kaumnya yg tersendiri. tp adakalanya bahasa kaum itu akan berbeza jika terdapat suku yg berbeza di dlm kaum itu.
Perbezaan itu dipanggil dialek. Walaupun dialek itu sering menggunakan istilah khas pada dialek itu, namun istilah itu diterima oleh bahasa induknya.

Sekiranya "bahasa" suku kaum itu tidak mempunyai kod ISO 639, maka ia bukan boleh dipanggil bahasa.



2. seperti malaysia, kita mempunyai pelbagai kaum.kaum cina terbahagi dgn beberapa suku kaumnya.dialek antara mereka tidak sama.india pula, mgkn bahasanya sama, tp ada diantara mereka sdh tdk bleh membaca tulisan bahasa mereka.ini kerana mereka sdh biasa menggunakan bahasa inggeris.mgkn kerna stiap kali mereka menggunakan perkhidmatan sms,mereka terpaksa menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris, jd terpaksalah mereka korbankan aje bahasa ibunda mereka ni.bila la agaknya mereka nak berdemonstrasi memperjuangkan bahasa mereka pulak kan?
Cina di Malaysia menggunakan Mandarin sebagai bahasa penulisan. Telefon yang tak boleh SMS menggunakan tulisan itu boleh dicampak ke longkang.

Namun Tamil agak ketinggalan kerana Malaysia dan India adalah Bekas Jajahan British.


3. baru2 ini ramai yg turun memperjuangkan bahasa melayu ini.kata mereka bahasa melayu adalah maruah melayu.apa yg mereka tentang adalah PPSMI.pembelajaran matematik dan sains dlm bahasa inggeris.kata mereka ini akan memundurkan anak melayu sendiri kerana mereka kurang fhm.maka ramai yg akan gagal didalam peperiksaan nanti.itu kata mereka. kata org yg merasakan mereka itu pejuang bangsa dan bahasa bangsanya.
Nak jawap macam mana ni?



4. saya berpendapat, kalo kita nak merperjuangkan bahasa bangsa kita,kita perlu mulakan dari teras yg betul.pertama, kita perlu perjuangkan dari setiap darah anak melayu ini supaya tiada siapa yg akan mendapat selain A1 dan A2 di dlm peperiksaan SPM.tiada siapa yg mendapat selain A di dalam peperiksaan PMR dan UPSR.itu wajib.adalah memalukan melayu itu sendiri tidak cemerlang di dlm penguasaan bahasanya sendiri malah ade jgk yg gagal dlm menjwb soalan kertas bahasa melayu ini.
Persoalan Bangsa pula ditimbulkan. Apakah takrifan Bangsa yang dimaksudkan?
Bangsa Melayu dalam Malasia sahaja ATAU Bangsa Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan ATAU Bangsa Melayu takrifan Dr Burhanudin Al-Helmy?



5. yg keduanya, setalah 50 thn lbh kita merdeka, kita perlu perjuangkan supaya setiap bangsa di malaysia ini fasih berbahasa melayu.mengapa ini diaanggap mustahil.kita tidak kejam.di dlm perlembagaan sudah dinyatakan bahawa bahasa melayu itu adalah bahasa kebangsaan.tidak ada lg menteri2, atau pegawai2 kerajaan yg masih pelat berbahasa melayu.adalah suatu penghinaan apabila ada kaum2 selain melayu yg tidak fasih berbahasa melayu, tetapi di dlm masa yg sama mereka menuntut hak yg sama rata kerana mereka mengaku bahawa mereka itu wargenegara malaysia.wargenegara ape jika bahasa ibunda negara itu tidak dpt mereka jiwai.



6. ketiga, hapuskan semua syarat tuk bekerja di dlm bidang yg tertentu, yg memerlukan bahasa inggeris.tidak perlu lg jurujual yg fasih berbahasa inggeris, tidak perlu lg pemasar yg fasih berbahasa inggeris, tidak perlu lg pegawai perkhidmatan pelanggan yg berbasaha inggeris dan byk lg pluang pekerjaan yg menyekat anak melayu ini untuk mencari rezeki dan memajukan diri.pada masa ini, kebanyakan kerja yg tidak memerlukan kelulusan tinggi lah yg memerlukan seseorang itu mahir dan fasih berbahasa inggeris.oleh kerana anak melayu ini ramai yg tidak berkelulusan tinggi, maka ramai la yg tidak berpeluang mencari rezeki tetapi menjadi hamba kpd dadah.

7. keempat, perkasakan bahasa melayu itu sendiri.lantikla la ramai penterjemah tuk semua perkara.baik dari segi ekonomi,sosial,politik,pendidikan dan semua bidang.pendek kata semua maklumat boleh kita perolehi di dalam bahasa melayu.jgn hanya pandai mereka syair dan sajak sahaja di dalam bahasa melayu.itu melayu di bawah tempurung namanya.alangkah indahnya kalo suatu hr nanti, di bumi malaysia ini semua org bertutur bahasa melayu,semua papan tanda dan surat khabar bahasa melayu,semua rangcangan di televisyen menggunakan bahasa atau terjemah bahasa melayu,semua borang yg perlu di isi menggunakan bahasa melayu, sesi temuduga dan temuramah menggunakan bahasa melayu,semua laporan di dlm bahasa melayu dan byk lg transaksi di bumi malaysia ini menggunakan bahasa melayu.bayangkan....

Terlalu banyak "bangsa" . Pening kepala.
Adakah anda pejuang "bangsa Melayu yang berada di Negara bekas jajahan British sahaja" ?


8. akan tetapi, seperti di permulaan perbincangan kita td, bahasa melayu yg manakah akan kita gunakan? bahasa melayu n.sembilan ke, melayu kedah ke, melayu kelantan ke,melayu perak ke,melayu melaka ke atau melayu sabah dan sarawak?mgkn kita baru sedar bahawa kita sudah lama melacurkan bahasa bangsa kita tuk membina sebuah bahasa ibunda.entah la..saya pun keliru.apa kata pejuang bangsa dan bahasa kita?adakah mereka sedar mereka itu bodoh.
Bahasa Melayu Baku.
Alasannya ialah ianya boleh difahami oleh hampir setiap dialek di Nusantara.

PPSMI: Menjawap Penerangan DPPNS

Penerangan Dewan Pemuda PAS Sarawak secara terang-terangan tidak menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI.

Ia tidak mengapa, kerana perbezaan pendapat adalah perkara biasa.

Maka saya ulas satu persatu...
Hari Sabtu 7 Mac merupakan tarikh keramat. tarikh pejuang-pejuang bahasa dan tarikh puak politik pembangkang ambil kesempatan untuk membelasah PPSMI. Puak-puak "ketuanan Bahasa Melayu " pun berarak sakan. Habis FRU depa rempuh. Cuma nasib baik tiada yang kena bunuh. Aku sokong kebanyakan idea pembangkang terutama dalam hal-hal korupsi yang BN laukan. Tapi dalam kes PPSMI aku kurang beri sokongan... Sebabnya?
Anggaplah ia sebagai menentang Ketuanan Inggeris.

1. Kalau anak hangpa tu pandai ( macam aku ), belajarlah dalam bahasa apa pun akan pasti pandai. Kalau yang malas, yang bengap, bagi bahasa Melayu pun dia terkandas jugak Pendeknya bukan sebab bahasa mereka terkandas, mereka terkandas sebab otak kurang cerdas ataupun sebab depa malas.
Hujah ini mirip cerita lama ,Bahasa Bukan Faktor untuk Maju, Di Malaysia bukan ada ramai Ir Nizar
Jika bahasa bukan faktor, kenapa identiti penjajah diterap menggantikan identiti perpaduan Malaysia?

Hujah ini boleh digunakan untuk menentang bantahan ke atas PPSMI, dan hujah yang sama boleh digunakan sebagai bantahan kepada PPSMI ketika ia mula dilancarkan dahulu.

2. PPSMI sebenarnya baik untuk jangkamasa panjang. Baru enam tahun bermula, hangpa dah gabra. Apa nak gabra, takkanlah hilang BM kalau PPSMI dijalankan. Dalam jangka masa panjang, kita tak payah pakai buku translate lagi dah. Hangpa kata pulak di Jepun depa maju jugak walaupun guna bahasa ibunda. Memanglah sebab orang jepun macam orang Inggeris lah jugak, depa rajin buat buku ilmiah sebaq otak depa bijak. Ini otak Melayu taraf pak dolah, nak tidoq ya kuat, nak buat buku macam mana? Yang kebanyakannya buat buku minah gersang, nikmat malam pertama, cara-cara berjimak, mana ada saintifik. Kalau buat buku ilmiah pun berapa aje yang laku sebab otak Melayu adalah otak blues....
PPSMI sebenarnya baik untuk jangka pendek, kerana ia tidak menggalakkan ilmu itu disimpan dalam Bahasa Melayu.
Tiada Jaminan Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa ilmu.
PPSMI juga tidak menggalakkan ilmu diterjemah kepada Bahasa Melayu,  Bukan itu sahaja, PPSMI juga tidak menggalakkan ilmu diterjemah ke Bahasa Inggeris daripada bahasa asing yang lain.

PPSMI juga tidak membudayakan penyimpanan ilmu untuk generasi akan datang.

Ilmu perlu disimpan, untuk diintegrasikan oleh generasi akan datang.
(2 pautan di atas mesti diklik)

3. Kemahiran BI perlu untuk cari pekerjaan. Cuba tengok graduan baru obersee ( macam aku lagi ) senang dapat kerja. Hangpa kata pulak itu rezeki yang Allah tentukan. Kena ingat kita kena usaha jugak, jangan tungghu rezeki datang menggolek. Lagi pun pengalaman aku dengan graduan dari UTM semasa kerja dengan Shell, agak sukar sekali. Terutama bila melibatkan manual pemasangan sesuatu peralatan yang kompleks, teraba-raba cari aku dan kengkawan untuk bagi tau. Kita jugak perlu ingat, translated materials tak sama dengan yang original. Tu yang payah. Kalau kita orang Jepun lain sebab manual pun dalam bahasa Jepun. Lainlah kalau Melayu dah bijak, boleh buat machines yang kompleks dan manual disediakan dalam BM. Tu baru ok...
Ianya hujah untuk menentang PPSMI. Kerana salah satu permintaan GMP adalah supaya ditambah masa untuk Bahasa Inggeris. Namun tetap ditembak gas.

Gerakan Mansuhkan PPSMI tidak menghalang sesiapa sahaja untuk mempelajari bahasa Inggeris, atau apa bahasa sekalipun. Tetapi menolak pemikiran kononnya PPSMI adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

PPSMI adalah simbol dikuasai Penjajahan Inggeris, dan bukannya menguasai Bahasa Inggeris.

4. Cuba hangpa pikir blik dari segi kos yang telah disumbangkan untuk menjayakan PPSMI. Banyak ooi, laptop, LCD projektor, teaching kits, modules, buku teks, macam-macam lagi. Kalau nak reverse semula ke BM, buku teks kena buat lain, teaching kits kena buat lain, modules kena buat lain. Macam-macam benda kena buat lain. Kan ke menghabiskan duit tu? Hangpa kata pulak puak UMNO perabis duit lagi banyak . Betuilah tu tapi perabis duit memang tak baik, samada untuk UMNO ataupun pembangkang ataupun sapa saja.

Perkakasan elektronik masih boleh digunakan. Buku Teks sebelum PPSMI hanya perlu dicetak.
Teaching Kit boleh di sedekahkan ke Ghana dan Uganda.


5. Kalau reverse balik ke BM , macam mana pulak dengan pelajar-pelajar yang dah pandai BI dalam sains dan math? Mereka dah biasa dan dah mahir dengan BI. Bukan lah payah sangat nak reverse balik ek BM, tetapi still it takes time. Jadi kenalah berfikir secara rasional tentang perkara ini. Bagi aku biarlah kita bagi peluang kepada kerajaan untuk teruskan sehingga pelajar-pelajar ini yang originalnya dari PPSMI menjejak kaki ke universiti. Tengok depa senang ke tak belajar jika dibandingkan dengan puak-puak yang belajar dalam BM dulu...
Ilmu adalah ilmu, mesti boleh digunakan.
Mengapa perlu mahir 1 bahasa dan seolah-olah tidak mahu tahu istilah bahasa lain.
Sekiranya sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Melayu sekalipun, perlu ada glosari untuk menerangkan apakah istilah Inggerisnya.

RSS Puan Ainon Universiti Terbuka PTS

Telah dimaklumkan bahawa Puan Ainon adalah salah seorang yang akan dipanggil Polis berkaitan dengan Demo Mansuhkan PPSMI.

Siapa Puan Ainon?

Sebelum ini saya menganggap Puan Ainon sebagai "Kawan Rastom".


Rastom adalah pelopor kepada konsep "Ketuanan Rastom", dimana konsepnya mudah.
Dia panggil semua orang tuan, dan semua orang akan panggil dia tuan.


Kalau mengikut carta pejuang Bahasa yang disenaraikan di blog Bang Bakaq, Puan Ainon dapat nombor 15, di belakang Suhaizan.

Saudara Faisal Abdul Aziz pula di tangga ke 7.

1. Datuk Dr.Hasan Bin Ahmad
2. Professor Shaharir Bin Mohd Zain
3. Hasni Bin Abas
4. Abdullah Bin Hassan
5. Dato’ Abd. Samad Bin Mohamad Said
6. Che Shamsudin Bin Othman
7. Mohammad Faizal Bin Abd. Aziz
8. Aizad Bin Mohd Saleh
9. Muhammad Haafizuddin Bin Abirerah
10. Kamalrulzaman Bin Mohamad
11. Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin
12. Salahuddin Bin Ayob
13. Nasaruddin Bin Mat Isa
14. Suhaizan Bin Kaiat
15. Ainon Bte Simo @ Mohd @ Somo
16. Datuk Seri Hj. Hadi Bin Awang
17. Saifuddin Nasution Bin Ismail
18. Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin
19. Idris Bin Ahmad
20. Mahfuz Bin Omar
21. Mohamad Bin Sabu
22. Rozan Azen Bin Mat Rasip

Bagi pemimpin politik, dipanggil polis adalah perkara biasa,
Namun bagi pejuang bahasa yang bulat dan pemimpin mahasiswa, ianya bukanlah sesuatu yang biasa.

Jadi saya berharap Puan Ainon dan pejuang bahasa yang bulat yang lain lebih cekal menghadapi segala rintangan.

Untuk meringakan sedikit tekanan, maka saya hadiahkan RSS untuk puan Ainon.

http://feeds2.feedburner.com/universitipts

 Jadi para peminat puan Ainon bolehlah melanggannya.

PPSMI tidak menggalakkan Ilmu itu disimpan dalam Bahasa Melayu

Ramai di antara kita mahir membaca bahasa Inggeris. Adakalanya disebabkan kemahiran kita itu, kita sendiri tidak perasan bahasa sumber yang kita baca itu dalam bahasa Inggeris.

Ianya difahami sebagaimana penutur bahasa Melayu memahami bahasa Melayu.

Apabila kita banyak membaca Inggeris, ianya sudah 'biasa' difahami, dan tidak pula terfikir bahawa ada saudara mara kita tidak memahaminya.

Untuk kepala otak sendiri, mendapat maklumat dalam bahasa Inggeris itu sudah mencukupi, tetapi ia tidak menjamin ianya disimpan untuk bacaan orang lain.

Bahasa adalah medium penyimpanan ilmu.

PPSMI tidak menggalakkan ilmu Inggeris ditulis semula dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain.

Maklumkan, sudah faham cukuplah.

PPSMI menggalakkan supaya menukar bahasa berfikir kepada Inggeris. Kalau boleh sehingga bila-bila pun ianya perlu diInggeriskan.

Tetapi kini bahasa Inggeris tidak berkembang sebagaimana ianya berkembang selepas perang dunia ke 2.

Terlulu banyak sumber maklumat Inggeris menyebabkan maklumat itu tidak disimpan di dalam Bahasa Melayu.
Rasionalnya?

Kita lihat apabila Balasundram membuat akuan berkanun tentang Altantuya, ianya tidak diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh sesiapa. Sebab apa?
Mungkin ramai yang sudah faham, tidak merasa perlunya ianya diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Akan tetapi, apabila wartawan Peranchis membuat artikel tentang Altantuya dalam Bahasa Peranchis, ada pula pihak yang menterjemahnya ke Bahasa Melayu.

Kenapa?
Satu bentuk pemikiran kusangkasemuabolehfahamisme telah wujud dan ianya menentukan samada ianya perlu diterjemah atau tidak.

Apabila artikel ditulis dalam Bahasa Peranchis, maka   kusangkasemuabolehfahamisme tidak wujud.

Jejaka kacak yang mahir peranchis sekali pun pasti tahu tidak semua rakyat Malaysia faham Bahasa peranchis.

Kerana itu ia diterjemah kepada Bahasa Melayu.

Fahaman kusangkasemuabolehfahamisme adalah satu fahaman yang bahaya kerana ia menyebabkan ilmu tidak disimpan dalam bahasa sendiri.

Jadi mengapa Kerajaan Malaysia terlalu banyak menghantar pelajar ke Negara berbahasa Inggeris?
Fahaman kusangkasemuabolehfahamisme  akan bermaharajalela.

Kalau Malaysia menghantar lebih ramai pelajar ke Jerman dan Jepun, maka tidak wujud kusangkasemuabolehfahamisme bagi ilmu yang ditimba dari jepun.

Toti bawa balik buku jepun pun, belum tentu pelajar yang belajar di Jerman boleh faham.
Kalau Toti kahwin dengan Sarah yang belajar di Rusia, belum tentu anak mereka boleh faham kedua-dua bahasa Jepun dan Rusia.

Siapa boleh jamin anak dia boleh faham bahasa Rusia, Jepun, Jerman, Peranchis sekaligus?
Kerana itu ilmu perlu disimpan dalam Bahasa Melayu.

Ilmu untuk beberapa generasi, bukan 1 generasi sahaja.

Oleh itu fahaman kusangkasemuabolehfahamisme perlu dihapuskan, supaya lebih banyak ilmu dari sumber pelbagai bahasa boleh dikumpul dan diolahkan oleh kita dan anak cucu kita.

Khamis, 12 Mac 2009

Gambar Bogel Tersebar Melalui MMS

Selalu tersiar di Akhbar tempatan mengatakan sesuatu gambar bogel atau aksi lucah tersebar melalui MMS.

Saya agak mushkil, kerana sejak 2,3 tahun saya menggunakan MMS, tidak pernah pula saya menerima gambar bogel atau aksi lucah melalui MMS.

Adakah ianya benar seperti yang didakwa?

Saya sendiri pun terima MMS biasanya tidak sampai 5 MMS sebulan.

Melainkan kalau   mamai72 membiarkan anaknya bermain telefon, maka saya dapat banyak MMS.

Bagaimana berlakunya penyebaran gambar lucah melalui MMS?

Tidakkan pihak penyedia telekomunikasi boleh melihatnya?
Sudah tentu. Jadi apa masalah untuk mencari penyebarnya?

Namun persoalan saya ialah, adakah benar sesuatu gambar lucah yang didakwa tersebar melalui MMS, memang disebar melalui MMS?

Adakah memang budaya rakyat Malaysia suka sebarkan gambar melalui MMS.
Kalau sebar teks guna SMS perkara biasa.
Kalau sebar gambar melalui emel pun perkara biasa.

Adakah mungkin "penyebaran gambar melalui bluetooth" dipanggil "penyebaran melalui MMS"?

Adakah wartawan Metro tidak boleh membezakan antara MMS dengan bluetooth?

Saya buka persoalan.

1. Adakah anda menggunakan MMS
2. Berapa kerap anda menerima MMS dalam sebulan
3. Adakah anda pernah menerima MMS gambar lucah Elizabeth Wong

Jika Guna Sistem Emas/Perak, Boleh Tak Bentang Belanjawan mini 60 bilion?

Jika Guna Sistem Emas, Boleh Tak Bentang Belanjawan 60 bilion?

Macam mana nak beri 60 billion kalau tidak ada emas sebanyak itu.

Sistem Kewangan Emas dan Perak tak bagus kah?

Sistem kewangan Kertas Fiat boleh adakan 60 bilion.

Apa jawapan bagi persoalan ini?

Sebenarnya kalau kita menggunakan emas/perak, kemungkinan besar tidak perlu pakej rangsangan.

Ekonomi "Berkembang" pada kadar yang tidak sepatutnya menggunakan wang kertas.

Ada negara nilai "kertas"nya mahal, ada negara murah.

Negara kertas mahal boleh beli macam-macam dari negara kertas murah.

Negara kertas murah bergembira apabila negara kertas mahal terus membeli dan membeli sehingga menyebabkan pertumbuhan yang tinggi.

Kilang dibuka, peluang pekerjaan bertambah, semua orang mahu pekerjaan popular, tak mahu jadi orang gaji, tak mahu jadi tukang cuci.

Jatuh maruah kononnya.

Tugas itu diambil oleh rakyat negara kertas lebih murah.

Komoditi dan barangan kita diambil oleh negara kertas mahal, tetapi kita hanya dapat kertas mahal itu.

Kita tidak dapat emas.

Malaysia mencatatkan lebihan dagangan dengan Amerika sebanyak RM 10 billion, sepatutnya kita sudah dapat emas bernilai RM 10 bilion itu daripada Amerika. Tetapi apa yang kita dapat hanya kertas mahal mereka.

Kalau guna emas/perak , boleh dikatakan tiada pembuangan kerja.

Kalau semua orang cukup makan/pakai, ada pendapatan, ada pekerjaan.
Apa perlunya rangsangan?

Seigniorage yang menyebabkan saban hari pendapatan perlu ditingkatkan supaya nak tampung cukai inflasi yang telah dikenakan sebelum ini.

Hari ini kalau kita mampu hidup dengan pendapatan 1000 dirham,
100 tahun lagi pun macam itu juga.

Rabu, 11 Mac 2009

Saya tak peduli apa yang dibincangkan antara Anwar dengan Abdullah

Disebabkan Paklah dan Anwar adalah orang besar dalam dunia politik Malaysia, maka pertemuan 2 orang itu yang dihangatkan, penuh 1001 spekulasi.

Saya tak peduli apa perbincangan 2 orang itu.

Apa yang saya nampak ianya adalah pertemuan Syeikh Mahmud al-Majzub , dengan ketua kerajaan dan ketua pembangkang.

Apa yang Syeikh Mahmud al-Majzub mahukan?
Itu yang perlu kita cari, bukannya apa yang Anwar dengan Abdullah bincangkan.

Najib Ambil 60 bilion dari pengguna Ringgit termasuk yang belum lahir

Belanjawan mini 60 bilion telah dibentangkan.

60 bilion itu diambil daripada kamu.

Ya. Kamu yang membaca blog ini.


60 bilion yang diterbitkan daripada 'thin air' memang tidak akan menyebabkan inflasi serta merta.
Kesan inflasi daripada lebihan bekalan wang (money supply) itu akan berlaku lambat lagi.

2,3 tahun akan datang, 4,5 tahun akan datang.

Saya bukan nujum untuk meramal bila, tapi pasti berlaku.

Roti canai 70 sen akan jadi seringgit.

Hari ini kalau ada seringgit, kita dapat baki 30 sen.
Nanti Roti canai akan jadi seringgit, tetapi mana perginya 30 sen itu?

Siapa ambil 30 sen itu?

Najib.

Ini dipanggil "Seigniorage" , atau "cukai inflasi"

Bezanya dengan cukai biasa ialah, 60 bilion itu telah diambil terlebih dahulu oleh kerajaan.

Dibayar oleh pemilik ringgit, samada rakyat, atau syarikat koporat atau ringgit yang disimpan oleh kerajaan dalam bentuk penyusutan nilai.

Nilai yang hilang itu telah diambil lebih awal oleh kerajaan.


Kalau 60 bilion dicipta, adakah semua orang termasuk bayi yang lahir tahun depan akan dapat habuannya?
Penyusutan nilai ringgit akan dirasai oleh bayi yang lahir tahun depan itu.

Penjelasan Ali Rustam tentang PPSMI ... Saya nantikan

Dengar cerita Ali Rustam mahu adakan sesi "Penjelasan" tentang isu PPSMI.

Tidak sabar pula saya ingin mendengar penjelasannya itu.

Bagaimana agaknya "Penjelasan"nya itu?

Adakah sudah jumpa segala jawapan kepada hujah yang ada dalam buku Prof Abdullah.

Paling saya tidak sabar, ialah penjelasan Ali Rustam, jawapan bagi pengintegrasian ilmu bagi pihak penyokong PPSMI.

Kalau ada sesiapa ada jadual sesi penjelasan tentang isu PPSMI, sila beritahu saya.

Nak tahu juga apa jawapan kepada persoalan "Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal Sebagai Bahasa Ilmu"?

Adakah British mencagarkan nyawa permaisuri Elizabethnya sendiri sebagai jaminan bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu?

Atau British cagarkan Jambatan London?

Adakah British pernah memberi jaminan sebegini:

Kalau roboh Bahasa Inggeris
Jambatan London kami bawakan


Kita nantikan

Selasa, 10 Mac 2009

Geri Halliwell Mahu Berduet Dengan Hishamudin ? (PPSMI)

Setelah melihat kejayaan Hishamudin mempertahankan kedaulatan Bahasa Inggeris di bekas tanah jajahannya, Mungkinkah Geri Halliwell agak berduet dengan Hishamudin Hussien?






Lagu apa yang ingin diduetkan?





Lagu "British Sayang Kamu"
(Muzik ditiru dari Dayang NurFaezah)

Klik



Kusayang kepadamu
British cinta kamu

Hatiku dihantui tanahmu
Sejak mula timah ditemu
Ekonomiku sembuh dari luka dulu
Bila memandang timahmu

Kuhanyut dibuai rasa rindu pada getahmu
Kuingin kan kau diperintah bersama denganku selalu


Kusayang kepadamu
British cinta kamu
Bilakan dapat bertemu
Kusayang kepadamu
British perlukan mu
Kau pengubat di kala krisis ekonomi

Hasil bumimu sentiasa membuatku tertawan pada kamu
Ikhlas konon dilafazkan  dari hatimu buat kucinta kamu
Kukaya dibuai komoditi padamu
Kuingin kan kau dijajah bersama dengan ku selalu...

Rap (Hishamudin):



Kumelayang-layang, terbayang-bayang
Sentiasa oh di depan mata, merata-rata, sini sana
Impi kubawa bahasamu terbang tinggi ke angkasa
Petik bintang berkelipan seakan aura yang diberikan
Lihat  bulan seperti marah melihat  kita berdua
Bisikan jiwa masih tertanya-tanya?
Adakah British masih tidak percaya yang aku cinta dia?
Mungkin ya? PPSMI ku tidak sempurna
Mungkin ya? Belai mesra kutidak seperti mahunya

Kusayang, kucinta tiada apa dipinta
Oh kita berdua akan terus bersama

Rap (Hishamudin):

Ya, sudah pasti sudah tentu
Bahasa Itu yang kumahu, itu yang kaumahu


British sayang kamu....




Kusayang kepadamu
British cinta kamu
Bilakan dapat bertemu
Kusayang kepadamu
British perlukan mu
Kau pengubat di kala krisis ekonomi

--

Google+ Hasbullah Pit