test

Rabu, 31 Disember 2008

Apa yang hendak dibanggakan kalau 51% Jawap dalam B.Inggeris? ... Malaysiakini

Merujuk kepada Berita di Malaysiakini yang mengatakan 51% daripada pelajar menjawap soalan dalam Bahasa Inggeris.

Bagi saya ia adalah satu pencapaian yang teruk.

Penentang PPMSI terbahagi kepada 2.
1. Yang tidak yakin pelajar boleh belajar dalam Bahasa Inggeris
2. Yang tidak risaukan sangat prestasi pelajar tetapi risaukan survival bahasa.

Bayangkan kalau semua pelajar kita memang mahir kedua-dua bahasa, boleh menjawap soalan Matematik dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Statistik 51% menjawap dalam bahasa Inggeris adalah statistik yang membimbangkan.

Saya tidak rasa pelajar digalakkan untuk memilih bahasa, akan tetapi pasti ada guru yang menggalakkan mereka untuk menjawap dalam Bahasa Inggeris, biar pun pelajar itu mampu untuk menjawap dalam Bahasa Melayu.

Jadi, bolehlah kita bersedih kerana seramai 51% pelajar tidak mampu menjawap Matematik dalam Bahasa Melayu.

Mungkinkah pelajar yang mampu menjawap dalam Bahasa Melayu lebih dari itu? Sekiranya Ya, ia adalah satu jenayah kejam terhadap bahasa. Pelajar yang mampu untuk menjawap dalam Bahas Melayu telah diracuni oleh kementerian melalui guru untuk mengutamakan bahasa penjajah itu.


Saya adalah golongan penentang PPMSI yang jenis no 2, iaitu yakin Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.

Bagi saya, penyokong PPMSI adalha orang yang tidak yakin kepada bahasa sendiri, Bahasa Melayu alat penghubungan utama Bangsa Malaysia.

Sekiranya penyokong PPMSI ini wujud pada zaman Khalifah Abbasiyah, mereka akan memaksa pelajar untuk belajar Sains dan matematik dalam bahasa greek.

Tetapi perkara itu tidak berlaku, Baitul Hikmah menterjemah ilmu Greek kepada Bahasa Arab (ar) dan Farsi (fr).

Sekiranya mereka wujud ketika zaman renaissance, mereka akan memaksa pelajar  untuk kekal belajar dalam bahasa Arab.

Penyokong PPMSI hanya nampak dunia sempit mereka.


Apabila jatuhnya Tamadun Barat nanti, anak cucu kita akan tanya, kenapa ilmu ini diajar dalam Bahasa Inggeris? Mengapa Tok Nenek kita tidak menterjemah Ilmu kepada Bahasa Melayu?

Cucu-cucu kita akan persoalkan, perkara mudah macam ini pun orang dulu-dulu tak boleh terjemahkan?

Cucu-cucu kita akan persoalkan, kenapa Papan kekunci komputer di Malaysia dalam susunatur Amerika, bila Amerika menjajah Malaysia?

Selasa, 30 Disember 2008

Politik Positif Sofi Wahab Lahirkan Draf Manisfesto PAS 2012?

Tahniah kepada Saudara Sofi Wahab yang mengemukakan beberapa cadangan kepada Kerajaan negeri Melaka berkenaan isu pencemaran babi di Masjid tanah. Ini boleh dipanggil sebagai politik positif.

Kepada pembaca, sila anggap isu ini sebagai isu pencemaran babi, bukannya isu perkauman.

Bagi saya PEWARIS dan GGMM melakukan melakukan kesilapan apabila cuba mengperkaumankan isu ini, walhal ia sebenarnya boleh diselesaikan tanpa unsur perkauman.

Apa itu politik positif apa itu politik negatif.

Politik negatif adalah apabila Sofi Wahab terus salahkan BN.
Politik positif adalah apabila Sofi Wahab salahkan BN tetapi mengemukakan cadangan.

Politik terlebih positif adalah, apabila Sofi Wahab mengemukakan cadangan, sekiranya PAS memerintah Melaka, berkata berikut akan dilaksanakan tanpa mengambil kira siapakan lawan politik PAS.

Sebagai orang bawahan dalam PAS, apa cadangan oleh saya tidak boleh dianggap sebagai "Cadangan PAS", akan tetapi bagi Sofi Wahab boleh, kerana dia Ketua Penerangan.

Jadi, Segala mak nenek cadangan Sofi Wahab supaya dilaksanakan oleh kerajaan Negeri semasa, sebenarnya boleh digubah dengan lebih positif.

Daripada cadangan Sofi Wahab, maka terbentuklah draf manifesto PAS 2012.


Ini draf sahaja, bukan betul-betul.

---mula---

1) Kerajaan PAS Melaka akan mengambil perhatian serius terhadap bantahan Pewaris yang menggesa supaya babi dipindahkan dari Masjid Tanah dan dalam masa mencari kawasan lain yang sesuai untuk penternak meneruskan penternakan mereka.

2) Kerajaan PAS Melaka dan agensi kerajaan akan mengeluarkan lesen dan permit di kawasan baru bagi membolehkan penternak meneruskan kegiatan penternakan mereka. Pada masa yang sama kerajaan negeri dan agensi kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

3) Kerajaan PAS Melaka akan membayar pampasan kepada apa sahaja kerugian yang dialami oleh penternak dalam proses pemindahan kawasan penternakan tersebut. Ganti rugi itu meliputi prasana dan lain-lain.

4) Agensi kerajaan akan memberi tunjukajar dan khidmat nasihat kepada penternak untuk menjalankan kegiatan penternakan yang sistematik, teratur dan tidak mengotori alam sekitar.

5) Kerajaan PAS Melaka dan agensi terbabit mesti melaksanakan pemulihan alam sekitar di kawasan Paya Mengkuang dan sekitarnya yang terjejas akibat penternakan babi yang sudah berlarutan selama 50 tahun.

6) Sebelum sesuatu tindakan diambil, kerajaan PAS Melaka, agensi kerajaan dan penternak akan duduk semeja berunding bagi menyelesaikan isu ini secara baik demi menjaga kebajikan penduduk setempat dan penternak-penternak babi.

7) Kerajaan PAS Melaka akan mencari suatu kawasan alternatif untuk dijadikan kawasan penternakan babi khusus untuk bekalan negeri Melaka sahaja. Manakala bilangan babi mesti dihadkan untuk kegunaan penduduk Cina negeri Melaka sahaja.

8) Kerajaan PAS Melaka dan pihak keselamatan mesti memantau kegiatan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan isu ini dengan perkauman yang sangat merbahaya.
 
---tamat---


Sekiranya PAS Melaka bermesyuarat betul-betul dan mengubahsuai dan meluluskan perkara di atas maka terbentuklah "Manifesto Penyelesaian Masalah Babi Melaka" 3 tahun lebih awal daripada PRU 13 .

Alangkah indahnya kalau PEWARIS dan GGMM memonoh bantuan PAS Melaka setahun lebih awal.


Mungkin ada diantara pembaca melihat catatan blog saya yang terdahulu sebagai satu yang negatif, namun bagi sesiapa yang berfikiran positif dan oportunis, ini adalah satu peluang untuk memperkasakan PAS.

UMNO Tolak Hudud atau Tidak?

Zaman berubah.

Kalau dulu Hudud boleh dipersendakan, kononnya ramai orang akan kena potong tangan.

Ada kartun di media masa yang menunjukkan orang ramai angkat tangan ramai-ramai sambil menunjukkan tangan dipotong.

Orang UMNO sekarang, seakan-akan menepis tohmahan "UMNO Tolak Hudud".

UMNO tidak mahu melaksanakannya tetapi kini tidak berapa berani nak kata "UMNO tolak hudud".

Kalau UMNO berani, masa kempen di Kuala Terengganu nanti, bawalah politik "UMNO Tolak Hudud".


Jadi, saya sendiri tak boleh katakan UMNO olak hudud kalau UMNO belum bermesyuarat samada mahu tolak hudud atau tidak.

Masih belum terlambat bagi UMNO mana-mana cawangan, atau sayap atau Bahagian untuk bermesyuarat untuk memutuskan bahawa "Kami UMNO Cawangan X tidak tolak Hudud".

Pewaris: Tamparan Hebat Buat PAS Melaka

PEWARIS yang dikatakan mewakili penduduk 6 buah Kampung di Masjid Tanah menghantar Memorandum, masalah pencemaran kampung itu kepada PAS Pusat, dan bukannya PAS Melaka.


Sebelum ini, Ali Rustam (UMNO) dan Anwar Ibrahim (PKR) telah terpilih sebagai tempat mengadu yang lebih utama daripada PAS.

Dari sudut penjenamaan minda politik, PAS jatuh nombor 3.

Ahad, 28 Disember 2008

Gaya Menarik Dr Dzulkify Ahmad

Gaya Menarik Dr Dzulkify Ahmad ketika Seminar Pilihanraya di Melaka.



Cukup pening kepala jika menkaji cara pemikiran beliau.



Saudara Adly (belakang) terdahulu telah membangkitkan persoalan ringkas 'Mengapa pengundi bukan melayu kurang undi PAS berbanding di negeri lain?'



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Sabtu, 27 Disember 2008

Ustaz Kamarudin Rasmikan Kejohanan Bowling

Ustaz Kamarudin Rasmikan Kejohanan Bowling Piala Ketua Pemuda PAS . Pasukan saya ialah 'Baling Kasut'.



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Jumaat, 26 Disember 2008

Jed Yoong MengHIJAUkan Blog maka....

Apabila Jed Yoong Menghijaukan Blog  (sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu?)



maka saya pun berbuat sedemikian.




Mari Hijaukan blog.

Khamis, 25 Disember 2008

Jambatan Melaka Dumai Dapat Memulihkan Ekonomi?

Ali Rustam adalah ahli politik yang suka merepek.
Kata-katanya banyak yang merepek.

Di atas sebab itu apabila dia berkata soal Jambatan ke Dumai, ramai yang kata dia merepek.

Ali Rustam banyak membazir wang kerajaan negeri.
Maka bila dia cadangkan Jambatan ke Dumai, maka minda kita automatik nampak ianya sebagai satu lagi pembaziran.

Jika Negeri Melaka penuh penyelewengan, maka pembinaan Jambatan itu juga dijangka akan berlaku penelewengan.

Lupakan sebentar tentang Ali Rustam.

Pandangan masyarakat terhadap cadangan itu condong kepada negatif hanya kerana yang cadangkannya ialah Ali Rustam.

Oleh itu, cuba bayangkan bahawa cadangan itu dibawa oleh orang yang 'kool' seperti 'Rausyanfikir' , orang yang kacak seperti Husam Musa atau saya


Mungkinkah maklumbalasnya berbeza?

1824, adalah tahun dimana "Empayar" Johor Riau sewenang-wenangnya dibelah dua oleh Inggeris dan Belanda.
Punca segala perpecahan adalah berpunca daripada penjajah, bukannya suka-suka orang Semenanjung tubuhkan Malaysia, orang Sumatera tubuhkan Indonesia.

Burhanuddin Al-Helmy, lebih cenderung untuk merdeka bersama. Tetapi disebabkan oleh penjajah tak sama, jadi merdeka tak sama.


Zaman dahulu, sesiapa sahaja boleh menyeberang menggunakan perahu untuk ke seberang. Tiada Passport diperlukan.

Zaman ini, "Bangi" yang lebih jauh daripada Melaka, kelihatan lebih dekat daripada Dumai.

Saya sendiri tidak pernah ke Dumai.

Zaman sempadan politik adalah sempadan segalanya, membuatkan mereka cukup jauh.

Sempadan internet pun dikira jauh.
Penduduk Dumai baca blog orang Melaka?
Penduduk Melaka baca blog orang Dumai.

Siapa yang memisahkan Melaka dan Dumai sehingga begitu "Jauh".
British dan Belanda.

Kenapa lebih mudah untuk orang Malaysia menyeberang ke Singapura?
1. bekas Jajahan British juga
2. Ada tambah Johor
3. Ada Linkedua

Mengapa mudah untuk orang Malaysia ke Selatan Thai?
1. Tak perlukan Jambatan,

Masih di dalam Malaysia, kenapa Pulau Pinang pesat membangun selepas adanya Jambatan sehingga perlukan jambatan lagi 1?

Saya sudah kata dulu Batalkan sahaja pembinaan Jambatan Pulang Pinang kedua

Sila baca perenggan di bawah tanpa rasa perkauman.

Mengapa bagi pulau yang majoritinya bukan Islam di binakan Jambatan? Mengapa pula apabila dicadangkan sahaja Jambatan untuk menyambung 2 kawasan majoriti Islam, banyak pula alasannya?

Alasannya hanya kerana Tak suka Ali Rustam Cadangkan?
Kena tunggu Husam Musa Cadangkan? Kena tunggu Anwar cadangkan? Kena tunggu Lim Guan Eng cadangkan? baru terima?


Sekiranya jambatan itu dibuat, yang menerima kesan adalah penduduk penduduk Dumai dan Melaka. tempiasnya akan sampai ke Muar dan Seremban dan Sepang.

Orang Dumai yang sakit Jantung boleh pergi ke Hospital Jantung Swasta Sime Darby yang letaknya di Merlimau.

Orang Melaka juga boleh berniaga di Dumai dan sebaliknya.

"Pelancongan" automatik bagi kedua belah pihak. Tak perlu Ali Rustam berikan Gelaran Datuk kepada orang Indonesia supaya meningkatkan kedatangan mereka.


Tatkala Ekonomi gawat, tetapi masih lagi ada duit. Pembinaannya "sekarang" mampu merancakkan ekonomi.

Usah anggap ianya hanya perlu guna duit kerajaan.

Kosnya harus ditanggung oleh 2 negara.

Tidak semestinya kerajaan persekutuan kedua-dua negara.
Syarikat minyak kedua-dua negara boleh bergabung tenaga, PERTAMINA + PETRONAS.
Pelabur Arab pun boleh sediakan dana.


Banyak lagi dana dalam dunia ini boleh digunakan.

Rabu, 24 Disember 2008

Saya Sokong Ali Rustam (Pembinaan Jambatan ke Dumai)

Jangan terkejut kalau saya katakan saya sokong Ali Rustam dalam rancangan pembinaan Jambatan ke Dumai.
Tapi tak perlulah di buat sekarang.



Siapa yang tak setuju, Sila kemukakan Hujah.

Blog Audio Creation

Saya baru sahaja menjumpai blog "Audio Creation", satu syarikat yang menjual peralatan audio kereta yang saya sendiri tidak pernah pergi.


Saya mengenali Audio Creation, apabila saya berborak dengan "car crazy" di forum vios club.

Kalau mengikut citarasanya, boleh botak kepala kalau mahu ikut kualiti bunyi yang dia suka.

Dunia Hi Fi untuk rumah, agak berbeza dengan kereta.

Pembuat pembesar suara untuk rumah yang baik, tidak banyak buat untuk kereta. Jadi ianya agak berbeza untuk mengetahui apa barangan audio "Hi End" untuk kereta.

"B&W" dan "AE" tidak membuat pembesar suara untuk kereta.


Satu perkara yang saya pelajari daripada "Car Crazy" ialah mengenai kapasitor.

Sistem tenaga elektrik kereta kebiasaannya menggunakan sumber daripada bateri, Arus Terus  (DC) dimana cukuplah terhad.

Apabila memainkan bunyi, bateri tak boleh meramalkan bila kuasa yang lebih untuk disediakan untuk bunyi tertentu akan datang.

Kapasitor dapat menyimpan tenaga elektrik lebihan yang tidak digunakan, supaya boleh digunakan bila perlu.

'Amplifier' yang baik untuk rumah, biasanya sudah mempunyai kapasitor sendiri didalamnya.

'Amplifier' saya yang ini, masih berbunyi selama beberapa saat walaupun sudah dipadamkan.



Untuk kereta, saya tidak pernah pula mendengar perbandingan bunyi berkapasitor dengan tidak.

Audio Creation ada jual Kapasitor jenama Mundolf

Menarik juga  Mundorf DC Power Supply - Germany.

Isnin, 22 Disember 2008

Faktor "Kool" dalam Mendekati Golongan Muda

Golongan muda adalah golongan yang sukar difahami, bermacam cara golongan tua cuba mendekati golongan muda, namun gagal.

Adakalanya golongan tua terpaksa menjadi muda untuk mendekati golongan muda.

Sebenarnya tidak.

"Kool" adalah sesuatu yang dikejar oleh golongan muda.

Golongan muda selalunya ada kegilaan terhadap sesuatu.

Golongan Melayu pula pelik, bila ramai orang suka A yang dianggap "kool", maka ramai orang muda melayu lain yang mengikutinya.

Tiada unsur diversifikasi.

Jadi gila merempit adalah "kool", maka ramai-ramai merempit.
Bila orang gila "shufle" ramai-ramai orang shufle.

Sebenarnya mereka senang dibentuk, apabila sesuatu dijadikan "kool".

Golongan muda berubah daripada satu kegilaan kepada satu kegilaan yang lain.
Ada kegilaan yang baik, ada yang tidak baik.

Ketika 1998 dulu, "reformasi" adalah sesuatu yang "kool".

Zaman sekarang ianya tidak "kool" lagi.

Kalau mahasiswa idealis mejadikan mereka "kool", pasti akan menjadi ikutan.
Rausyanfikir perlu menjadi selebriti :)

Kalau ada kemeja-T "Rausyanfikir.com" yang direka dengan begitu artistik, pasti ianya laku untuk dijual.

Golongan muda tidak semestinya hanya anggap sesuatu yang muda itu "kool".

Tok Guru Nik Aziz adalah idola semua orang, kalau gambarnya berdoa sambil menangis dijadikan Kemeja-T, ia juga akan menarik minat golongan muda.

"Kool" adalah sesuatu yang dikejar tanpa disedari oleh seseorang.

Terdapat satu buku bertajuk "Chasing cool" menceritakan bagaimana cool boleh digunakan untuk menarik pelanggan.

Konsep yang sama boleh digunakan untuk menarik pengundi muda dan merubah golongan muda daripada merempit kepada benda lain.

Stok Penimbal Getah Husam Musa

Hari ini saya dikejutkan dengan cadangan Husam Musa supaya diadakan Stok penimbal getah. mesti klik


Mari kita lihat catatan saya supaya menyeru supaya membeli getah dan menyimpan stok.


Akan tetapi kalau penoreh getah cukup berani, mereka boleh menyimpan getah mereka selama tempoh itu.

Atau, hanya menjual 90% daripada getah yang ditoreh, 10% disimpan sedikit demi sedikit sehingga habis tempoh itu.

Ada berani?


Tetapi penoreh getah tak ada modal untuk simpan stok sebegitu banyak.


Menurut teori ekonomi saya sendiri, penurunan harga getah adalah disebabkan oleh "False Dollar Rally" atau juga dikenali "Deflasi sementara". Maka ianya akan naik semula bila ia berakhir.

Akan tetapi ia juga disebabkan oleh penurunan permintaan dunia.

Secara teorinya  ia akan naik.

Sekiranya ada syarikat stok penimbal kebangsaan yang boleh membeli getah itu pada harga yang agak tinggi, syarikat itu akan untung juga lambat laun.


Ambil contoh, sasaran stok penimbal getah kebangsaan adalah 100 tan. Syarikat stok penimbal terus membeli getah pada "harga purata" supaya penuhkan sasaran 100 tan itu.

Apabila aliran harga menurun, sudah tentu "harga purata" lebih tinggi daripada harga semasa. Penoreh getah lambat rugi.


Sebenarnya saya belum habis fikir tentang stok penimbal getah kebangsaan ini.

Tapi saya percaya, jika sesuatu dilakukan berkaitan stok, maka kerugian dapat dielakkan.

Ianya lain sedikit dengan "pengsubsidian harga", tidak menunjukkan pasaran bebas.

Stok penimbal, agak lebih "pasaran bebas" cuba stok dimanipulasi sedikit. Namun permintaan/penawaran tetap ada.

Permintaan diwujudkan untuk memenuhi sasaran inventori stok penimbal kebangsaan.

Ahad, 21 Disember 2008

Google/Blogger Menterjemah "Malay" sebagai "Bahasa Malaysia"?

Apabila saya cuba logmasuk Blogger.com , didapati Nama Bahasa "Malay" telah ditukar daripada "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia"

Yang mana lebih benar merujuk kepada Malay (language) , Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu?




Catatan lama:
Kavi tanya: bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia?

Persetankan Plural dalam Terjemahan Teknikal Bahasa Melayu

Google Ajar Kita Tentang kepentingan Bahasa

Isu IJN, Perlancongan Kesihatan, Ali Rustam, Merlimau, Malaysiakini

Saya agak sukar untuk mengulas tentang isu IJN kerana saya masih belum mendapat cukup maklumat.

Ingin juga saya mendengar hujah pihak yang menyokong pengswastaan IJN itu.

Menurut blog Anil Netto, pengswastaan itu adalah sebagai langkah meningkatkan perlancongan kesihatan.

Dalam kes ini saya tidak pasti siapa yang memerlukan siapa.
Kementerian kewangan perlukan dana Sime Darby untuk buat Hospital Jantung Swasta atau sebaliknya?

Saya tidak rasa Sime Darby kemaruk sangat keuntungan sehingga perlu melabur pada hospital yang bakal di swastakan.

Sime Darby dikatakan akan membeli 51% daripada IJN, untuk sayap swasta IJN dapat beroperasi secara komersil.

Kenapa 51% bukan bawah 50%? itu persoalan dari saya.

Mengapa perlu IJN ada sayap swasta, ada sayap bukan komersil?

Saya bukan menolak Hospital Jantung Swasta secara total, kerana perlancongan kesihatan adalah satu jenis perlancongan yang sihat. Datang sakit, balik sihat.

Jikalau Sime Darby merasakan perniagaan Hospital Jantung menguntungkan mengapa tidak buat hospital jantung swasta yang baru?

Kenal Ali Rustam? Ketua Menteri Melaka yang lebih mementingkan perlanconga, pernah banyak kali menyebut tentang perlancongan kesihatan.

Kalau benar Melaka mahu dijadikan pusat perlancongan kesihatan yang terunggul dirantau ini, mengapa tidak hospital jantung swasta itu diletakkan di Melaka?


Ali Rustam lupa nak lobi?

Kalau benar Sime Darby merasakan perniagaan hospital jantung swasta itu menguntungkan, dan Melaka memerlukan aset tambahan sebagai penarik pelancong kesihatan untuk datang.

Sime Darby sudah memang ada banyak tanah di Merlimau, lokasi cantik , berdekatan dengan lebuh AMJ, berdekatan dengan Simpang Keluar Lebuh Raya Utara Selatan.

Pelancong "Sakit Jantung" Singapura tidak perlu bersesak-sesak mengharung kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Razak.

Maka Pembinaan Hospital Jantung Swasta Sime Darby di Merlimau adalah baik untuk semua.

  1. Kerajaan negeri Melaka dapat Produk Perlancongan Baru
  2. IJN sedia ada tidak perlu dikacau
  3. Penduduk Merlimau dapat peluang Pekerjaan.
  4. Pesakit tidak sesak laluan trafik.
  5. Tiada isu pengambilan tanah.



Tapi mengapa Ali Rustam tidak lobi Sime Darby untuk membuat Hospital Jantung Swasta di Merlimau?

Sabtu, 20 Disember 2008

Kerana Dinar dan Dirham Krisis Berlaku?

Ulasan saya di catatan blog Dr Halimah yang mengatakan krisis Ekonomi Berlaku kerana mengejar Dinar dan Dirham, (tetapi dibaca sebagai dollar dan sterling).


Apabila Dr Halimah berkata:

Dinar dan dirham tak berdosa dan bersalah. Sebab dirham dan dinar dijadikan matlamat dan matlamat itu pula menghalalkan cara mendaptkannya, maka dek kerana nawaitu dah silap, natijahnya pun jadi tak betul. Ok ke response di atas. Contoh lain, makanan: hidup nak makan atauu makan nak hidup? salahke nak hidup? Hidup itu untuk apa pulak?


Saudara Sebol, banyak hadith tentang kehidupan dunia menyebut secara khusus dinar dan dirham. Tk.


Dan kemudian saya jawap.
Bagi saya jikalau semua orang mengejar emas dan perak, krisis ini tidak berlaku.
Krisis berlaku apabila mereka tetap mahu menguasai dunia walaupun tidak cukup emas dan perak, mahupun komoditi) untuk menguasai dunia.

Bagi saya "Pengejaran terhadap emas dan perak" adalah ubat kepada krisis ekonomi.

baca:


Dr Halimah.

Banyak Hadis yang berkata tentang emas dan perak, dinar dan Dirham , satu simbol kekayaan.
Namun apa yang terjadi sekarang ini sehingga menjadi krisis adalah disebabkan mereka (orang barat) meninggalkan fungsi emas dan perak sebagai matawang.

crime of 73, membunuh fungsi perak sebagai matawang,

goldstandard , mewujudkan emas yang kononnya ada.

bretton wood, menyebabkan emas hanya boleh ditebus oleh Amerika

Kemudian Nixon, hapuskan kaitan emas dengan dollar.

Kemudian, penawaran palsu terhadap emas dilakukan supaya merendahkan nilai emas, emas yang kononnya ada di centralbank USA telah di “pinjamkan” untuk memenuhi permintaan.

Emas ditekan, perak ditekan oleh USD.

Amerika membeli minyak murah selama lebih 20 tahun dari umat Islam kerana sebab itu.

Umat islam tidak nampak.

Dinar dan Dirhamlah akan jadi penyelamat pemanipulasian ekonomi oleh barat,
Bayangkan, mereka (Amerika) boleh menguasai dunia walau kehabisan emas?
Syarikat yang menagih bailout itu bukan tagih emas dan perak, mereka hanya dapat dollar yang tiada tetapi di adakan.

Kalau dunia guna emas dan perak kembali, Amerika tidak mampu nam sediakan emas dan perak untuk syarikaat yang dibailout itu.

mmaksudna selagi guna wang kertas, selagi itu syarikat amerika boleh hidup.
Mana adil?

Bila Asia krisis dulu, Syarikat Amerika boleh telan syarikat Asia, tetapi bila dia bermasalah, dicetakpula dollar untuk mereka.

Seminar Bloggers dirasmikan

Dirasmikan oleh ahli parlimen Hulu Langat Che Rosly



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

YB Nik Nazmi Berkenaan PPMSI

YB Nik Nazmi menulis satu catatan yang agak menarik tetang PPMSI, yang disiarkan di Malaysian Insider.

Perenggan ini menarik perhatian saya

Saya bukan anti-Bahasa Inggeris. Saya sokong diperkasakan guru-guru Bahasa Inggeris. Hantar mereka ke Australia, Britain dan Amerika Syarikat. Pastikan yang terbaik dihantar ke sekolah-sekolah luar bandar. Tambah masa pembelajaran Bahasa Inggeris. Jadikan pembelajaran Bahasa Inggeris lebih menarik dan kreatif.
Apa kata kalau bakal guru sains dan Matematik dihantar berkurus ke negara maju yang tidak didominasikan Inggeris seperti Jepun, Jerman, Sweden dan Korea?

Khamis, 18 Disember 2008

Wang Kertas Punya Pasal, Dinar dan Dirham Dapat Tahi

Krisis ekonomi berpunca daripada wang kertas, tetapi Dinar dan Dirham turun dipersalahkan oleh Dr Halimah?

Tak faham.

Rabu, 17 Disember 2008

Hyperinflasi Berlaku selepas Deflasi Sementara?

Sila baca artikel di DollarDaze Bertajuk How Deflation Creates Hyperinflation oleh Eric deCarbonnel.

Ia menceritakan bagaimana dulu, sebelum berlakunya "Great Depression", ada berlaku deflasi sedikit.


Deflation Creates Hyperinflation


Despite the glacial rate money is moving through the economy, the dollar has started to fall again, and gold has begun to rally. As this continues, investors will begin to questions the safety of treasuries, and sell them off. The money coming out of treasuries will add fuel to gold's rise and the dollar's fall. Once the dollar hits new lows and gold breaks convincingly over $1000, Investors expecting deflation will begin to panic, and a flood of money will come out of treasuries. It is then that hyperinflation will begin in earnest.


Kini "Deflasi Sementara" yang dimaksudkan itu sedang berlaku, harga komoditi jatuh, minyak jatuh, penoreh pening kepala dan sebagainya. Dalam blog ini saya panggil "False Dollar Rally".

Agak menyeramkan pula apabila ianya dikatakan berakhir. Hari ini emas naik ke USD 85x.
Perak yang mingu lepas 9.4x kini 11.x

Jangan panik.

Soalan Terbuka Buat Prof Hamirdin

Prof Hamirdin...

Semasa Seminar Bloggers nanti, peserta dibenarkan memakai kasut atau tidak?

Manalah tahu, kalau peserta terpengaruh dengan Kempen Mari Baling Kasut.

Kavi tanya: bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia?

Saudara Kavi telah bertanya bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia? pada topik  Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI..


Ada 2 sebab kerana nama "Bahasa Melayu" adalah lebih tepat.

"Bahasa Melayu" adalah nama bahasa yang asal bagi Bahasa Melayu, "Bahasa Malaysia" adalah nama bahasa yang diberikan kepadanya hanya disebabkan politik. Ianya panggil Bahasa Malaysia, kononnya untuk perpaduan.

Mana mungkin bahawa warisan ratusan tahun yang lalu ditukar begitu sahaja.

Sebab kedua, ialah Malaysia tidak mempunyai hak untuk menukar bahasa yang digunakan oleh penutur bahasa melayu yang bukan warga negara Malaysia.

Di Singapura,Indonesia, Brunei , Patani agak ramai yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka dan mereka bukan Malaysia. Mereka terus menggunakan nama "Bahasa Melayu"  tanpa menukar nama bahasa kepada Bahasa Malaysia. Pembentukan Malaysia tiada kaitan dengan bahasa Melayu yang mereka gunakan.

Bayangkan satu situasi sebegini, sebahagian wilayah yang didominasikan penutur tamil telah keluar dari India untuk merdeka. Negara mereka itu ialah Tamilisia. Mereka mahu bahasa Tamil ditukar nama kepada Bahasa Tamilisia.

Perlukah penutur tamil di Malaysia perlu ikut nama bahasa baru itu?

Para bahasawan antarabangsa satu dunia bersependapat, nama bahasa perlu kekal pada nama asal.

Di Malaysia, mungkin kita boleh "paksa" untuk menggunakan nama "Bahasa Malaysia", akan tetapi, orang Jerman orang Sweden masih mengangap nama bahasa Melayu sebagai sesuatu yang diterjemahkan daripada "Malay".

Dari sudut istilah pula, orang Sweden memanggil Bahasa Melayu sebagai  "Malajiska", orang Jerman memanggilnya "Malaiisch", orang Poland pula memanggilnya "Malajski".

Menurut ISO 639, Bahasa Melayu kodnya ialah "ms" dan ianya "Malay". Orang ISO pasti tidak menerima penukaran nama Bahasa kepada Bahasa Malaysia kerana ia juga melibatkan orang bukan Malaysia.

Jika keseluruhan faktor politik dibuang, maka ianya Bahasa Melayu.

Nama "Bahasa Malaysia" dan "Bahasa Kebangsaan" hanya sesuai sebagai nama panggilan sahaja.

Disebabkan politik semasa yang seolah-olah "anti Melayu" , Adakah patut nama "Bahasa Melayu" juga tidak boleh digunakan?


Adakah segala yang berkaitan dengan "Melayu" dikira menyerupai UMNO?

Saudara Shen Yee Aun, orang kuat DAP, ini pesanan beliau:

Jangan risau. Bahasa Ibunda sama - sama kita angkat dan bergerak seiring maju dengan Bahasa Kebangsaan. Dengan mematarbatkan bahasa Kebangsaan tidak semestinya kita mesti meminggirkan bahasa lain di negara kita.

Sebelum ini rakyat kita terlalu dipolitikkan oleh pemimpin tertentu sehingga ramai bukan Melayu memandang serong atau takut kepada kebangkitan Bahasa Melayu.
Bahasa Kebangsaan Tunjang Kemegahan Negara 

Selasa, 16 Disember 2008

Pakej Rangsangan Jepun vs Harga Minyak Malaysia

Dulu, Najib sibuk perkatakan pakej rangsangan 7 bilion untuk ekonomi Malaysia, apabila ditanya daripada mana datangnya 7 bilion, jawapan yang diberikan adalah daripada penjimatan subsidi minyak.

Akan tetapi harga minyak diturunkan lagi pada saat rakyat tidak berapa memerlukannya. Rakyat lebih mahukan penurunan tarif elektrik, gas memasak.

Jadi mengapa kerajaan seolah-olah menghadkan pakej rangsangan itu pada 7 bilion sahaja?

Negara Jepun punya pakej rangsangan ialah 251 bilion USD, malaysia hanya 2 bilion USD.

Isnin, 15 Disember 2008

Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI.





Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI.

Tarikh: 16 Disember 2008

Masa: 4.15 pm

Tempat: Putrajaya International Convention Center, Putrajaya.

Shaberry Chik Kurang Faham Sensitiviti Kaum - rujuk Malaysiakini

Diberitakan bahawa MCA membantah pengurangan waktu berita Mandarin di Malaysiakini.

Saya bukannya sokong MCA kerana Dasar Bahasa yang ke'beijing'an.

Slot Bahasa Mandarin digambarkan sebagai slot untuk orang Cina. Agak menghairankan juga kenapa tiada berita Hokkien tetapi MCA tidak bantah.

Walau apapun, bahasa berita itu samada Hokien atau Mandarin, tetap "Slot untuk orang cina" dikurangkan oleh Shabbery Chik.

Ada yang berpendapat tembok perkauman sudah runtuh.

Orang Melayu bagaimana, marah atau tidak?

Dasar baru RTM memindahkan waktu "Warta Berita" yang sudah berpuluh tahun duduk selesa pada "Jam 8 malam" ke 9 malam. Tidakkah ada orang Melayu marah?

Warta Berita jam 8 malam di RTM 1 adalah gaya hidup segelintir Melayu sejak berpuluh tahun yang lalu, kini dilambatkan kerana mengutamakan slot untuk orang cina dan orang India.

Orang India marah tidak?

Saya bukan nak menggalakkan supaya orang Melayu Cina India bergaduh kerana berebut slot, akan tetapi slot-slot untuk sasaran kaum tertentu sebenarnya perkara sensitif bagi sesetengah orang. Bukan semua, ada segelintir, maka sensitiviti mereka perlu dijaga.

Andai kata pada petang sabtu ada siaran langsung perlawanan badminton yang mengorbankan Slot Hindustan petang sabtu, akan tetapi apabila pelawanan belum selesai, ditamatkan siaran itu kerana slot cerita Mandarin, maka ia akan mencetuskan ketidakpuashatian penonton india.

Bukan semua, akan tetapi pasti ada yang tidak puas hati.

Maka, rancangan untuk memendekkan slot Mandarin dan memindahkan Warta Berita pada waktu tradisi pukul 8 malam, pasti akan mencetuskan ketidakpuashatian kaum-kaum yang terlibat.


Jikalau benar Berita hendak dijadikan satu alat perpaduan kaum, mengapa kandungan berita juga diasingkan mengikut kaum?

Adakalanya cerita kemalangan juga diasingkan mengikut bahasa.
Orang Cina kemalangan keluar di Berita cina, tidak keluar di berita Melayu.

Artis Melayu bercerai hanya keluar di Berita Melayu tidak di Berita Mandarin.

Mengapa?

Orang Melayu pun nak tahu juga siapa penyanyi Mandarin tempatan, ada skandal atau tidak.

Catatan Terhangat kini di Beras Padu, bukan Malaysiakini

Terima kasih kepada Solehpolysas yang menulis tentang feedjit, walaupun catatannya ringkas mengenai Feedjit, tetapi dia telah membangkitkan idea kepada saya.

Daripada situ, saya menjumpai catatan popular di Malaysia berdasarkan Feedjit.


Kemudian saya mendapat ilham untuk mewujudkan wiget "Terhangat Hari ini" di Beras Padu




Jadi tidak perlu ke laman Feedjit.

Catatan yang timbul disitu adalah catatan yang popular dikalangan pengguna Feedjit, bagaimana ia popular, tanyalah tuan punya catatan itu sendiri. Mungkin kerana penulis itu sendiri popular.

Sila ke Beras Padu

Catatan Blog Paling Popular di Malaysia Hari Ini

Saya terjumpa satu URL dimana cukup sesuai untuk kita rujuk, apakah catatan blog paling popular hari ini di Malaysia.

Walaubagaimanapun, catatan blog popular itu hanyalah dikalangan pengguna feedjit sahaja.


Sila tandabuku URL ini

http://feedjit.com/news/MY/?s=p


atau

dalam Bahasa melayu sahaja
http://feedjit.com/news/MY/10/lang-ms/

Sabtu, 13 Disember 2008

Bulan Mengambang Besar Malam tadi?

Saya terbaca artikel berita yang mengatakan bulan mengambang paling besar pada tahun ini sedang berlaku.

Kenapa bulan boleh mengambang kecil dan besar?

Jarak bulan dengan bumi adalah berubah-rubah.

Before you write that into your homework assignment, you've got to realize that the Moon travels around the Earth in an ellipse. That means it gets closer and further, depending on where it is in its orbit. At its closest point, the Moon gets to 363,104 km (225,622 miles), and at its furthest point, it's 405,696 km (252,088 miles).


 Apabila saya melihat glunarclock, jarak  dengan bulan adalah 356,303 km.


 Hairan pula, mengapa glunarclock memaparkan jarak bulan yang lebih dekat berbanding jarak bulan minimum.

Perlu tanya bulanpenuh.?

Bailout Industri Permotoran Amerika ditentang Senat

Masih ingatkah lagi ketika krisis ekonomi 1998, banyak syarikat pembuat kenderaan telah dibaham oleh syarikat kenderaan Amerika.

Kali ini mereka bermasalah, tapi mahu dibailout pula. Mujur senat tidak luluskan.

Apa punya sistem, apabila kita orang lain susah, mereka baham yang susah, tetapi apabila mereka susah, mereka seolah-olah tidak rela dibaham oleh sesiapa.

Kalau GM atau Ford nak telungkup, biarkan.

Stok banyak tidak boleh dijual?
Apa salahnya kalau harga dikurangkan sehingga dibawah kos.

Pakdi dan Gaji Minimum

Pakdi seolah-olah tidak berapa setuju dengan "Gaji Minimum". Sebenarnya, saya pun begitu.

Idea "Gaji Minimum" adalah idea sosialis, memperjuangkan hak pekerja.

Pakdi menceritakan bagaimana swasta akan sukar untuk memberi gaji minimum, kerana ia akan meningkatkan kos, dan seterusnya harga produk dinaikkan. Sekiranya berlaku kenaikan harga lagi dan lagi, yang minimum itu tiada ertinya.

Kalau tidak salah saya, saudara Ikram , pengunjung blog ini pernah mengatakan bahawa gaji minimum yang diminta oleh MTUC itu untuk sektor tertentu.

Saya sebenarnya tidak berasa risau sangat tentang nasib pekerja yang masih ada MTUC yang pertahankan.

Sekiranya gaji minimum dilaksanakan, maka siapa mahu kerja kedai makan dan kedai runcit milik orang tempatan?

Untung sebulan pun belum tentu melebihi RM 1500.

Kebanyakan pekerja di syarikat perniagaan kecil tidak didaftarkan ke PERKESO dan KWSP.
Bagi saya itu masalah yang lebih besar daripada meletakkan gaji minimum bagi pekerja yang sudah ada 2 kemudahan itu.

Tidak hairan juga, syarikat swasta yang mempunyai pekerja yang ramai mempunyai beberapa peratus pekerja yang tidak didaftarkan ke PERKESO dan KWSP hanya kerana tidak mahu ikut syarat gaji minimum.

Siapa pula akan bela mereka?

Idea gaji minimum, kalau sehingga tahap RM 1500, bagi saya terlalu tinggi untuk dituruti oleh semua orang atau sektor tertentu.

Saya telah menerangkan kepada Jed, ketika dia singgah di Melaka bahawa saya tidak bersetuju tentang kawalan harga. Kawalan harga menyebabkan ekonomi tidak nyata. Margin peniaga menjadi kecil. Kalau peniaga tidak untung banyak, bagaimana dia mahu mengambil pekerja.

Dalam Malaysia ini cukup banyak kedai runcit yang, dia lah tauke, dia lah kuli, kalau ada hal, anak isteri tolong jaga.

Bayangkan kalau sektor peruncitan kecil-kecilan mampu mendapat untung agak lumayan sehingga boleh adakan peluang pekerjaan?

Kalau 1 kedai tambah 1 pekerja, berapa banyak peluang pekerjaan mampu disediakan seluruh negara?

Jikalau benar mahukan negara yang pendapatan rakyatnya tinggi. Satu perkara yang rakyat Malaysia perlu lakukan ialah caj perkhidmatan mesti dinaikkan kerana perkhidmatan melibatkan manusia.

Upah jahit perlu tinggi, upah betulkan kereta perlu tinggi, upah gunting rambut perlu tinggi, betulkan itu ini menjadi tinggi.

Jangan takut kalau ia tinggi kerana ia baik untuk ekonomi. yang mendapat upah tinggi itu ialah masyarakat yang ada lebih kuasa beli.

Apabila keadaan sebegitu berlaku, maka akan banyak kegiatan betulkan kerosakan sendiri dan seterusnya membentuk masyarakat yang lebih mahir. Budaya D.I.Y akan lebih banyak.

Tapi bagaimana upah baiki televisyen tinggi kalau TV bagi lebih murah daripada upah yang dikenakan oleh pembaiki TV.

Salahkan konsumerisme.

Konsumerisme menyebabkan ribuan pekerjaan "tukang baiki" lenyap dimuka bumi.

Saya kurang berminat dengan agenda sosialis, kerana ia terlalu lebihkan pekerja tetapi bergantung pada sistem majikan-pekerja. Serupa macam kapitalisme juga cuma kapitalisme lebihkan majikan, sosialisme lebihkan pekerja.

Umar Vadillo ketika ucapan awamnya tempoh hari ada menceritakan tentang alternatif kepada sistem majikan-pekerja, tetapi saya tidak berapa faham.

Selamat Hari Sabtu, Sebelum Membeli Belah .... Konsumerisme

Selamat Hari Sabtu.

Kebiasaannya hari sabtu dan ahad dijadikan hari membeli belah tidak rasmi oleh kebanyakan orang.

Sebelum ke xxxco atau xxxco , rehat sebentar dengan menonton video ini

Siri

The Story of Stuff 

Bahagian pertama

Bahagian ke 2

Bahagian ke 3

Bahagian ke 4

Bahagian ke 5

Bahagian ke 6

Bahagian ke 7


Rehat sebentar

Kemudian tonton siri

Big Ideas That Changed The World - Consumerism

Bahagian pertama

Bahagian ke 2

Bahagian ke 3

Bahagian ke 4


Kemudian tonton Wall-e dengan penuh khusyuk, kalau ada DVD nya.



Eh, jangan lupa baca tips "Gaya hidup Bergaya oleh Pakdi"

Jumaat, 12 Disember 2008

Benarkah Mangsa Bukit Antarabangsakaya, atau sekadar hidup mewah dibelenggu hutang?

Umnomore bukan main hentam mangsa bukit antarabangsa yang "kaya".

Bagi saya kaya bukan halangan untuk membantu mereka, tapi adakalanya sikap "ego", sombong yang membuatkan orang benci.

Saya rasa tidak patut kalau hanya beberapa penduduk yang terlalu sombong, menyebabkan seluruh mangsa kaya dianggap tidak perlu dibantu.

Kaya aku tak bantu, miskin aku tak tolong» umnomore
Perlukah aku bantu mangsa Bukit Antarabangsa?» umnomore
 
Adakah mereka benar-benar kaya? atau hidup mewah disebalik hutang?


Kalau mereka benar-benar kaya, rumah sudah habis baya, kereta sudah habis bayar, dan ada 84 bulan simpanan, rasanya tidaklah terlalu sukar untuk mulakan hidup baru.


Kalau angkat barang terlalu penting? kenapa perlu "orang itu" mahu ada orang tolong angkat barang?

Khamis, 11 Disember 2008

Semua Orang di Merlimau dapat Cek Nuffnang?

Hari ini saya berurusan berkaitan dengan Cek Nuffnang yang diterima wawa.

Tengahhari saya bertelefon dengan silembiks dan juga ada bercerita tentang cek nuffnang.

Kemudian sebelum saya ke Ayer Keroh, jumpa sebentar dengan Assirkami, terus saya tanya, "Dapat cek Nuffnang?"

Dia jawap "Dapat"

Agakya semua orang di Merlimau dapat cek Nuffnang?

SamDaddyCool dapat tak?

Ketika di Ayer Keroh untuk mengebankkan cek wawa, saya ternampak satu pejabat peguam yang macam pernah nampak di dunia blog.

Tidak pula saya singgah untuk bertanya "Puan Emy, Dapat Cek Nuffnang tak?", kerana dia tidak menggunakan Nuffnang.

Mahal pula seminar Waubebas / Akademi Merdeka

Akademi Merdeka menganjurkan seminar yang agak menarik.

16 – 18 Januari 2009.
Tema: Globalisasi, pasaran bebas dan negara membangun
Tempat: Selangor,


Professor Julian Morris, Pengarah Eksekutif, International Policy Network. 

Dr Khalil Ahmad, Presiden, Alternate Solutions Institute, Pakistan.
(biografi akan menyusul)
 
Alec Van Gelder, Pengarah Rangkaian, International Policy Network.


Yuran penyertaan dan kos penginapan
RM295.00 – termasuk makanan bermula Jumaat malam sehingga tengah hari Ahad, ceramah, buku, fail delegasi, dan juga penginapan di Hotel Residence (berkongsi bilik twin).
RM185.00 – tanpa penginapan


Apabila dikenang, Public Talk Umar Vadillo dulu sudahlah percuma, dapat makan percuma cucur udang dan Bubur Chacha pula. Memang berlaloi datang dari Melaka.

Eh, Jangan lupa anda dijemput datang untuk ke Seminar murah.

Pengayuh Jerit Singgah di Melaka

Jed memberi SMS bahawa Pengayuh Jerit telah tiba di Melaka, ketika itu dan akan ke A Famosa sedikit masa lagi. Saya menghubungi Sofi Wahab dan Damian mengenainya.

Sofi tidak dapat datang kerana ada mesyuarat. dan kemudiannya Damian bunyi macam nak datang, tetapi tidak timbul.





 




Kemudian pengayuh jerit meletakkan basikal mereka di hadapan Muzium Samudera, saya dan Jed singgah sebentar untuk mengunjungi kedai di mana saudara Tarmizi Ballazi berkerja. Tarmizi orang kuat PAS kampung Sempang.


Cengkungnya Tarmizi, patutlah Jed kata saya dan Tarmizi macam adik beradik.


Berbanding dengan negeri lain, Pengayuh jerit agak susah kerana adanya halangan polis, tangkapan, basikal dibakar, tetapi di Melaka, keadaan agak aman.

Terima Kasih Polis Di Raja Melaka.

Selasa, 9 Disember 2008

SEMINAR BLOGGER (Apa yang nak ditulis dalam blog anda)

Tadi, Prof Hamirdin SMS saya supaya iklankan seminar blog di blog saya, maka saya iklankan
 







SEMINAR BLOGGER (Apa yang nak ditulis dalam blog anda)


TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER YANG BERMINAT
(Berdasarkan 100 orang yang pertama)

Sila e-mail kepada almariff@hotmail.com


Tarikh : 20 Disember 2008 (Sabtu)

Tempat: Bilik Seminar, Masjid Jamek Hasanah,Bandar Baru Bangi, Selangor

Pendaftaran RM10.00 je

ATURCARA
8.00 pagi :Pendaftaran
8:20 Pembukaan & Perasmian
8:30 Sesi 1 [Prof. Dr. Hamirdin Ithnin]
9:30 Relaks
9:35 Sesi 2 [Hasbullah Pit] : "RSS dan Aliran Maklumat Blog Tempatan"
10:35 rehat & minum & berkenalan
11:00 Taaruf bagi semua bloggers
11:30 Sidang Pleno
1:00 Tamat

Pengumuman penting:restoran disediakan. Lepas makan bayau sendiri


Saya tanya dia, boleh saya bentangkan?
dia jawap "Boleh"

Maka saya sedang fikirkan tajuk kertas kerja yang sesuai hendak dibentangkan.
Ada 2,3 tajuk dalam kepala otak sekarang.

Maka saya nak booking sesi selepas rehat selama 30 minit.

Peminat Prof Hamirdin dan Peminat saya (jika ada) dijemput hadir.

Washington Monument letaknya di Merlimau?

Menantu saudaraku dan anak saudaraku bergambar berlatarbelakangkan "Washington Monument" dengan begitu girang.


dsc05157

Saya katakan "Washington Monument itu ada klonnya di Merlimau"
Dia tanya semula "ye ke? kat mana?"


Maka sepupu mereka dan bapa saudara mereka pun membuat perkara yang tidak berfaedah iaitu bergambar di klon Washington Monument yang letakknya di Merlimau, semata-mata untuk membuat catatan blog.







Guna pemasa pada kamera telefon.

Kusangkakan Semua Orang Sudah Tidak Mahu Harga Minyak "Stabil" .. Malaysiakini

Sejak berlakunya perubahan harga minyak dari rendah kepada tinggi dan kemudiannya rendah semula. Ramai yang lebih menyukai harga minyak yang rendah tanpa lupa polisi "harga minyak stabil".

Mahu rendah, mahu rendah, mahu rendah.

Rupanya masih ada lagi manusia yang inginkan harga minyak stabil sambil mencadangkan satu dana khas ditubuhkan. Ianya seolah-olah mengembalikan situasi seperti awal 2000. Dan tidak semestinya krisis turun naik tidak berulang.

Kalau ada dana sekali pun, pasti apabila berbezaan harga semasa dengan harga subsidi yang ketara akan menyebabkan berulangnya kenaikan harga minyak.

Rakyat Malaysia perlu pilih antara 2

1. Polisi harga minyak stabil
2. Polisi harga minyak berubah-ubah

Bukannya polisi harga minyak murah atau mahal.

Ahad, 7 Disember 2008

Tahniah YB Khalil Idham Lim kerana "rasmi"

Pagi tadi saya terlah melawati laman blog YB Khalil Idham Lim kerana ingin mengambil gambar baju batiknya untuk dijadikan catatan blog.

Ketika itu saya lihat, dia telah menggunakan istilah 'resmi' dalam konteks penggunaan istilah 'rasmi', saya juga mendapati beliau telah menggunakan istilah "resmi" dalam beberapa catatan lama sebelum oktober 2008.

Maksudnya dia sudah terbiasa dengan istilah 'resmi' sejak begitu lama.

Suatu hari dalam beberapa bulan lepas, apabila dia telah menggunakan perkataan "resmi" untuk "rasmi", saya telah menegurnya. Cepat juga dia memperbetulkkanya.

Hari ini penggunaan 'resmi' masih ada, namun diperbetulkan sendiri olehnya apabila menyedarinya.
Nama URL membuktikan wujudnya kesilapan akibat 'tersasul' menaip 'resmi'
http://idhamlim.blogspot.com/2008/12/cina-islam-resmi-debat-melayu.html

Saya juga mempunyai beberapa istilah salah yang telah terlalu biasa digunakan.

Saya sering menggunakan istilah "bersetongkol" sepatutnya ialah "bersekongkol" .

Ada kemungkinan saya akan terus tersasul menaip "bersetongkol", dan kemudian dibetulkan semula.

Saya hanya menjumpai kesalahan ini pada penggunaan saya hanya pada awal tahun ini.

Mungkin anda juga mempunyai istilah salah tetapi sering digunakan.

Harga Songket Shahrukh Khan vs Harga Batik Ir Nizar & Idham Lim

Kain Songket yang dipakai oleh ShahRukh Khan dikatakan berharga RM 3,000. 
Diceritakan juga di blog Al Brangi bahawa ianya ditaja oleh

Menurut berita Mstar, Songket rasmi itu belum dipakai oleh mana-mana penerima datuk lagi.

Samping songket berharga RM3,000 bermotif bunga kesidang, berwarna hitam dan diikat stail Allahyarham P.Ramlee akan dipakai buat pertama kalinya oleh Datuk Shah Rukh Khan ketika menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) Sabtu ini di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 10 pagi.

Samping songket rasmi negeri Melaka bermotif bunga kesidang itu belum pernah dipakai oleh mana-mana penerima gelaran ‘Datuk’ lagi.

Ini disahkan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Datuk Kapt (B) Ab. Karim Sulaiman di sebuah sidang akhbar tengahari tadi di Pejabat Sovereign Wear Sdn Bhd, Sri Hartamas.

 Bagaimana harga songket yang baru dicipta, tidak pernah dipakai oleh penerima datuk, ditetapkan harga RM 3,000 ?
Harga RM 3000 itu harga yang ditawarkan oleh penjual, sekiranya tiada sesiapa yang mahu membelinya pada harga RM 3000, maka harganya tidak boleh dikatakan RM 3,000.



Kalau harga songket yang dikatakan berharga RM 300, atau RM 500 pernah dibeli, maka bolehlah dikatakan harganya sebegitu. Tetapi dalam kes songket yang dipakai oleh ShahRukh Khan itu, ianya tidak dijual kepada Shahrukh Khan, maka kita boleh kata Shahrukh khan memakai songket yang tiada harga.



Atau dalam erti kata lain, Shahrukh Khan guna songket subsidi.


Kita pergi ke negeri Perak melihat 2 baju batik yang sering dipakai oleh pemimpin PAS di sana.


Baju Batik hijau Ir Nizar dan Baju batik ungu kebiruan Cina Idham Idham Lim.


budaya nenek moyang yang cina islam warisi




  
Kedua baju batik ini sering dipakai oleh Ir Nizar dan Idham Lim. Saya agak pasti ianya baju batik yang dibeli sebelum terbentuknya kerajaan negeri perak, dan baju batik itu jugalah yang dipakai berulang-ulang.

Perempuan biasa, sering sibuk cakap "tak ada baju nak pakai" ketika baju kurung penuh dalam almari, namun 2 orang besar kerajaan negeri Perak ini, pakai baju batik yang sama berulang-ulang tanpa rasa malu.

Buat apa nak malu, saya pun pakai baju batik berulang-ulang, ada 2 helai, ungu dan biru laut.

Agaknya, kalau baju batik Ir Nizar atau Cina Islam Idham Lim dilelong, agaknya harganya akan meningkat kepada berapa?

Melebihi RM 3000 ? Mungkin ya.



Sabtu, 6 Disember 2008

Catatan Blog Hina Islam: Jom buat laporan Polis

Sekiranya anda merasai bahawa catatan blog oleh Surind yang bertajuk "The Hajj: The Most Shameful Journey in History?" adalah menghina Islam , Sila buat laporan polis di balai polis  bertaraf IPD ke atas yang berdekatan secepat mungkin.

Mutaligat & Zubli Ketagih Politik Harga Minyak?

Kerajaan Tagih Subsidi atau Mutaligat Ketagih Politik Harga Minyak?
Atau Zubli yang lebih ketagih politik harga minyak?


Pengasas politik harga minyak di Malaysia adalah Anwar Ibrahim, dia yang banyak cakap fasal turunkan harga minyak.

Apabila harga minyak turun, tetapi harga barang tidak turun, maka ia menunjukkan teori Anwar Ibrahim gagal.

Namun, masih boleh bagi penagih politik harga minyak untuk meneruskan ketagihannya dengan cara:-
1. Terus salahkan BN bila harga barang tak turun, tanpa menunjukkan bahasa teori Anwar gagal
2. Terus mengatakan kerajaan ambil subsidi apabila harga minyak semasa lebih rendah daripada harga semasa.

Eh tunggu,
Kejadian harga minyak semasa lebih rendah daripada harga runcit petrol telah berlaku berbelas yang lalu.

Ketika tahun 90an sebelum berlaku krisis kewangan 1997, harga minyak semasa juga rendah daripada harga runcit.
Bayangkan harga minyak dunia ketika itu adalah dibawah USD 30, dan tukaran ringgit dengan USD adalah dalam lingkungan 1 USD = RM 2.50 - RM 2.60. Harga minyak semasa rendah berbanding harga runcit, dan hanya diturunlan 3 sen sahaja kepada RM 1.10.

Disebabkan wujudnya polisi harga minyak tetap, maka ianya dibiarkan sahaja.

Dan disebabkan ramai yang masih mampu, tidak pula kedengaran persoalan kerajaan tagih subsidi daripada rakyat ketika itu.

Politik harga minyak tidak dijadikan satu ketagihan ketika itu.

Apabila berlakunya krisis 1997/1998 harga minyak naik 10 sen dari RM 1.10 ke RM 1.20 punca utama ialah kejatuhan ringgit. Harga minyak semasa tidak lagi semurah dulu apabila ringgit jatuh.

Apabila berlakunya pengembalian harga minyak daripada "dirt cheap" ke harga sepatutnya, maka harga minyak dunia naik sedikit demi sedikit mencecah 140 USD.

Namun politik harga minyak dimainkan supaya minyak murah, apabila kerajaan beri subsidi, tetap dipersoalkan kenapa minyak naik. Akan tetapi apabila turun, kerajaan akan dipersoalkan kenapa harga minyak masih lambat turun.

Mana dia polisi harga minyak tetap yang mengstabilkan harga minyak Malaysia sejak berpuluh tahu yang lalu?
Adakah ia mahu digantikan dengan polisi harga minyak apung?

Itu persoalannya. Kalau mahu harga minyak runcit ikut harga minyak dunia, maka kita perlu rela harga minyak runcir mencecah RM 3.10 ketika puncak dahulu.

Kalau mahukan polisi harga minyak tetap, satu harga tetap perlu dicadangkan dan ianya tetap sepanjang tahun.

Sekarang ini, politik harga minyak terlalu populis, mahu yang urah sahaja, tetapi tidak mahu tinggi.

dan 90% faktor turun naik harga minyak dalah bergantung kepada USD, dab bukannya penawaran dan permintaan.

Tidakkan kita rasa bodoh apabila terikut rentak Amerika.

Harga minyak dunia dalam USD turun kerana nilai USD naik.

Amerika seperti biasa mahukan harga minyak rendah supaya boleh beli apa-apa dengan duit yang dicetaknya. Sudah dibailout bertrilion pun nilai USD masih tinggi.

Jadi sebagai blogawan PAS, yang mendokokng Islam, saya lebih suka PAS menjurus kepada Muamalat, harga minyak tidak tetap dan matawang ialah emas.

Pernah tengok graf harga minyak dalam emas?
tengok yang kuning

Annual average cost of crude from 1946 to 2008


Harga minyak dalam gram emas lebih kurang tidak meningkat sejak berdekad yang lalu.

Kalau kita guna Dinar emas dan Dirham Perak, maka harga minyak mungkin tidak dijadikan persoalan.

Rakyat yang tentukan nak undi parti politik pro ekonomi Keynessian atau sebaliknya.
 Tapi apa yang rakyat ada hanyalah politik yang pro keynessian tetapi sedikit populis.

Paklah Suruh Tadahan Air Dihentikan?

Tangkapan di Johor

jed yoong sms:

16 arrested,police seaching suaram office in skudai johor after threatening to break in. suaram opened door. jed yoong



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Khamis, 4 Disember 2008

Siapa Calon DAP yang sesuai untuk PRK Kuala Terengganu? tiada di Malaysiakini

Banyak blogawan yang spekulasikan Mat Sabu sebagai Calon PAS di Kuala Terengganu, maka saya pun nak berspekulasi juga.

Selepas Kejayaan Pakatan Rakyat menawan lebih banyak negeri, wujud kata-kata bongkak kononnya tempok perkauman sudah betul-betul pecah.

Tidak boleh sebut isu kaum, tapi adanya politik "Hapus DEB".

Disebabkan Pakatan Rakyat sudah terlalu yakin tembok perkauman sudah dimusnahkan, maka bolehlah diadakan ujian terhadap dakwaan itu.

Maka, apa kata kalau diletakkan Calon DAP bukan Melayu Bukan Islam di Kuala Terengganu, dan terus mainkan politik "Hapus DEB" di situ. Jangan lupa mainkan isu penutupan sekolah vernakular yang dimainkan oleh Mukhriz.
 
Akan tetapi sebagai ganti, DAP melepaskan satu kerusi Parlimen yang ada supaya ditandingi oleh PAS, sebagai contoh Mat Sabu bertanding di Parlimen Kota Melaka setelah dikosongkan.

Agaknya siapa Calon DAP yang sesuai untuk Kuala Terengganu? Chi Chang?
Dr Dzulkefly memerlukan sparring partner dalam soal ekonomi.

Mimpi Souq dan Lelong di Kompleks PAS Jasin

Sejak terdengarnya cerita Souq oleh Umar Vadillo, sehingga hari ini saya masih termimpi souq.
Teringin benar ingin merealisasikannya, namun tidak cukup segalanya.

Mahu tak mahu, perlu juga dimimpikan supaya satu hari boleh dijadikan realiti.

Atau mungkin perlu saya perlu menjelajah dunia dahulu?

Agak pelik apabila di Malaysia, ahli parti yang mendokong "Islam" seringkali terbawa-bawa budaya kawalan harga akan tetapi dalam versi yang lebih murah.

Bukankah PAS sepatutnya membawa cara perniagaan yang Islamik?

Jadi agak sukar untuk merealisasikan Souq melalui PAS, namun usaha perlu diadakan juga.

Apa itu Souq?

Menurut pemahaman sempit saya, yang baru membaca dan mendengar sedikit maklumat, Souq ialah Pasar dimana kawasan itu ditak dimiliki oleh sesiapa.

Souq umpama kemudahan awam, seperti masjid. Perlu disediakan oleh pihak pemerintah.

Kalau pemerintah tidak begitu islamik, maka bagi saya tugas itu perlu dipikul oleh parti politik yang membawa Islam, dalam konteks Malaysia ialah PAS.

Mengapa Souq?
Souq sifatnya tidak dimiliki peniaga, maka ia akan lebih bebas dari sudut lokasi. Tidaklah penyewa bazar bahagian belakang tidak mendapat pelanggan seperti sistem yang ada sekarang.

Apabila Souq adalah tidak dimiliki, maka peniaga akan kurang membayar "sewa" atau boleh dikecualikan terus.

Adalah logik kalau kemudahan berniaga diberikan secara percuma, maka sesiapa boleh berniaga.

Souq tanpa infra struktur boleh dilihat di Malaysia ketika ceramah Anwar Ibrahim, namun yang berniaga itu bukan orang tempatan.

Bayangkan satu situasi sebegini.

Di dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin, setiap pagi ahad, diadakan Souq.
Siapa mahu berniaga boleh berniaga secara percuma. Siapa datang awal, boleh booking kawasan strategik.

Penganjur hanya lukis garisan supaya setiap peniaga ada had kawasannya.

Juallah apa pun. Car Boot Sale di Shah Alam agak menyerupai Souk.
Souk tanpa Infra Struktur.
Jangan jual anak, ya.

Maka, sesiapa sahaja mudah untuk menjadi peniaga. Tidak perlu berhutang untuk mendapatkan lokasi perniagaan yang kononnya dianggap menarik, walhal tidak menarik.

Selain Souk yang memudahkan perniagaan tanpa modal tambahan "sewa", Masyarakat memerlukan pusat perniagaan untuk "tolak" barang.

Kini tiba masa ramai pekerja diVSSkan, termasuklah yang pandai berblog.

Hari ini ada duit, enam bulan lagi belum tentu.

Bayangkan kalau tiba situasi poket kering tatkala tiada pekerjaan.
Cari kerja belum dapat.

Adakah dia boleh dikatogorikan sebagai miskin? tatkala dirumah masih lagi banyak aset?
Sofa yang baru dibeli tahun lepas.
Meja Makan baru 6 bulan.
Gelang tangan baru, tetapi jarang digunakan.
Mesin Jahit yang jarang digunakan.
Baju Kurung yang melebihi bilangan penyangkut baju.
Pembesar Suara B&W

Semua itu boleh di"tolak" tetapi dimana?
Di dalam dunia maya, ada ebay dan lelong.com.my, tetapi bagi orang kampung?

Budaya lelong memang tidak pernah wujud dalam Masyarakat Melayu kampung.

Tidak mustahil untuk disekalikan dengan souq, kerana Sistem Pengucapan Awam (PA System) sudah ada.
"Kuda Babylon"
"6 setengah, 6 setengah"

 
Berbanding dengan sistem kapitalis yang membudayakan Pasaraya besar, ianya memberi kesan buruk kepada penduduk sekeliling dalam jangka masa tertentu. Mulanya kedai kecil akan tutup, dan seterusnya kedai


Baca

Cadangan komentar Berasiam untuk keluar dari belengu ekonomi 


antara yang menarik.

Sebaik sampai di Yathrib, antara tindakan pertama yang diambil oleh Rasululluah saw ialah mendirikan sebuah pasar baru bagi orang Islam, yang dijalankan menurut prinsip ajaran Islam. Baginda tidak mahu membiarkan orang Islam terus berurus niaga di pasar sedia ada yang dikuasai Yahudi. Kita harus mengambil iktibar daripada sejarah Hijrah itu.



Terdapat juga harapan terhadap PAS daripada iskandar

1. Adakah golongan cerdik pandai PAS ini telah berbincang dalam merangka satu sistem ekonomi yg berlandaskan islam??

Saudara Wanji pun pada masa yang lebih kurang sama juga menaruh harapan.

PAS PERLU CADANG DASAR EKONOMI ISLAM ????

Rabu, 3 Disember 2008

gerakan anti PPSMI

Saya agak ketinggalan apabila tidak dapat hadir ke Forum Gerakan Anti PPSMI.



Saya terjumpa artifaks lama di komputer untuk disiarkan.

Apa yang dikatakan oleh Saudara Bustamam agak menarik.

5) Internet mempercepatkan proses globalization. Process globalization patut diikuti dengan proces Internationalization, localization, personalization dsb. Semua setuju yang dunia ini semakin kelihatan kecil sebab Internet. Tapi kebanyakan tak realize yang setiap sempadan ada keistimewaan masing2, mereka ada adat-resam, tata-susila dsb. Memahami isu-isu tersebut adalah amat perlu untuk memupuk sefahaman.
 Masih ingat lagi catatan saya tentang glokal?


Sesiapa yang faham globalisasi, mereka akan menyukai glokal, walaupun benci pada Najib.


Kembali kepada Gerakan PPSMI, Ayuh tandatangan petisyen

Facebook, Perkongsian Bersyarat

Banyak kali juga saya menerima URL dari facebook, untuk melihat sesuatu, namun untuk melihat sesuatu dalam Facebook, walaupun telah ditetapkan sebagai "public" atau "everyone" oleh pengguna Facebook, pengguna mempunyai akaun Facebook untuk melihatnya.

Apa erti "public" atau "everyone" kaalu begitu?

Kalau benar mahu dikongsikan, mengata mensyaratkan keahlian Facebook?

Ada sesiapa mempunyai akaun Facebook untuk dilacurkan?
berikan Logmasuk dan katalaluan

Boleh Saya Cadangkan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4? - rujuk Malaysiakini sedikit

Zaman saya muda dahulu ada Peperiksaan Pernilaian Darjah 5.

Hari ini saya nak cadangkan supaya diadakan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4, dan hapuskan UPSR.


Lupakan soal peperiksaan, kita fokus isu Mukhriz dan Isu Namewee.
Mukhriz dan Namewee lebih kurang senada, mempersoalkan kenapa pembelajaran dilakukan dalam banyak bahasa.

Mukhriz agak pelik kerana mempertahankan pembelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Mukhriz mahukan pembelajaran dalam satu bahasa sebagai alat perpaduan, saya sokong walaupun saya bukan UMNO.

Akan tetapi apa yang berlaku di Malaysia ialah sekolah rendah selama 6 tahun, sekolah menengah selama 5 tahun (atau 6 tahun).

Selama 5 tahun di sekolah menengahlah yang membolehkan pergaulan antara kaum dalam satu bahasa boleh dilakukan.

Ketika sekolah rendah, bersekolahlah dalam bahasa ibunda.

Akan tetapi, tempoh masa sekolah rendah 6 tahun, lebih lama daripada pembelajaran dalam bahasa Melayu iaitu 5 tahun.

Zaman sekarang pelajar bersekolah seawal 4 tahun. Maksudnya, sebelum UPSR, dia sudah bersekolah selama 9 tahun.

9 tahun bersekolah dalam bahasa ibunda, hanya 5 tahun bersekolah dalam Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa perpaduan kaum.

Kita masuk semula soal peperiksaan.

Ketika saya mendapat 5A ketika peperiksaan pernilaian darjah 5, saya tidak terlalu tertekan seperti pelajar darjah 6 sekarang yang ingin mengambil UPSR.

Kasihan saya lihat pelajar 6 tahun yang terpaksa kelas tambahan untuk UPSR, kemudian diadakan pula teknik menjawap soalan UPSR dianjurkan oleh Puteri UMNO dan Nisa' .

Zaman saya dulu, tak pernah rasanya diadakan sesi khas untuk belajar jawap soalan.

Teringin pula saya untuk mendalami ilmu teknik menjawap soalan UPSR, kerana ilmu itu panduan hidup dan perlu dibawa mati.

Agaknya mungkin saya sedikit bodoh kerana tidak pernah belajar teknik menjawap soalan UPSR.

Bayangkan, pelajar yang mengambil UPSR, belajar selama 6 tahun disekolah rendah, masih lagi tidak cukup masa untuk belajar, dan perlu belajar tambahan "Teknik menjawap soalan UPSR" anjuran sayap parti politik.

Saya dulu, belajar selama 5 tahun, secara tidak tertekan, boleh main kejar-kejar, kumpul pelekat World Cup 1986. Hanya 3 gambar sahaja lagi untuk buku pelekat World Cup saya penuh.

Kemudian darjah 6, saya belajar tanpa tekanan. Tiada peperiksaan besar, hanya memenuhkan buku rekod sahaja.

Disebabkan pelajar darjah enam zaman sekarang tidak cukup masa belajar, apa kata kalau dipendekkan lagi masa belajar untuk peperiksaan.

Memperkenalkan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4.

Kenapa darjah 4?

Pelajar sudah cukup lama belajar, darjah 4 sesuai untuk menilai mereka, mereka perlukan "pernilaian" sahaja, bukan perlumbaan bilangan pelajar yang pendapat 4A. Bukan pesta memperagakan keputusan anak kepada ibubapa lain.

Kalau darjah 4 diadakan peperiksaan pernilaian, selepas itu sudah boleh ke sekolah menengah atau "pra sekolah menengah".

Kalau pelajar sudah belajar sejak 4 tahun, maka peperiksaan pernilaian darjah 4 itu sudah cukup membuatkan pelajar itu belajar selama 7 tahun.

Kira semula 4,5,6,7,8,9,10   , Ya 7 tahun.

Kalau pelajar belajar sejak umur 5 tahun, dia sudah belajar selama 6 tahun.

Jadi, adalah dicadangkan, pembelajaran dalam bahasa Ibunda cukup setakat darjah 4 sahaja, dan kemudian bersekolah dalam sekolah berbahasa melayu, bergaul diantara kaum.

Sekiranya sekolah rendah hanya sehingga darjah 4, (umur 10 tahun), tempoh masa bersekolah menengah, bergaul antara kaum akan meningkat daripada 5 tahun menjadi 7 tahun.

Selasa, 2 Disember 2008

Malaysiakini tidak merepek tentang Borang KWSP

Merujuk kepada Malaysiakini, Borang KWSP 17A (AHL) Khas boleh di dapati mulai hari ini.

Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin mengekalkan kadar caruman pekerja sebanyak 11 peratus mulai gaji Januari 2009, boleh mendapatkan Borang KWSP 17A (AHL) Khas mulai hari ini.

Mushkil juga.
Bulan lepas saya telah membuat catatan tentang Borang KWSP Supaya Caruman Kekal 11%

Alih-alih borang boleh di dapati mulai "hari ini".


Setelah saya meneliti, rupanya Borang KWSP Borang KWSP 17A (AHL)  berbeza sedikit dengan Borang KWSP 17A (AHL) Khas

Perbezaannya ialah KWSP 17AA (AHL) Khas sudah sedia menulis tambahan 3 %, dan Borang KWSP 17A (AHL) membolehkan tambahan caruman anda 3% atau kurang atau lebih, ikut suka.

KWSP 17AA (AHL) Khas menetapkan 2010 sebagai tarikh tamat "tambahan 3%", manaka Borang KWSP 17A (AHL) tidak meletakkan tarikh tamat.

Kalau tidak mahu pening kepala, guna Borang KWSP 17A (AHL) Khas



Untuk Majikan, boleh gunakan Borang KWSP 17AA (AHL) Khas

Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam?

Saya ingin menulis perkara ini sejak berbulan yang lalu.

Apa yang saya perhatikan ialah budaya membeli rakyat malaysia terutama sekali ketika membeli makanan tidak langsung menunjukkan gaya wujudnya persetujuan harga sebelum membeli makanan.

Kedai makan melayu, banyak yang tidak meletakkan tanda harga, sudah menjadi lumrah pelanggan, pesan sahaja makanan dan minuman kemudian "kira".

Pelanggan tidak ada peluang untuk tidak bersetuju dengan harga kerana semuanya telah ditelan.

Dalam perniagaan nasi campur juga sukar, apabila pelanggan memilik lauk dan meletakkan ke dalam pinggan, pelanggan tidak tahu berapa harganya. ada kedai yang memerlukan pelanggan tunjuk pinggan nasi kepada tauke untuk mendapatkan harga. Ada yang disuruh makan dulu, kemudian baru kira. "Tadi makan apa".

Namun kedua-dua kaedah pembelian nasi campur itu tidak islamik langsung.
Tidak ada peluang untuk pelanggan menolak sesuatu lauk apabila mengetahui sesuatu lauk itu mahal.

Ikan yang sudah dimasukkan kedalam pinggan tidak boleh dikeluarkan. Lainlah kalau ikan itu diasingkan.

Di kedai kopi kampung-kampung pun begitu, disebabkan kebiasaannya murah, maka semua orang pesan sahaja, teh O 1, teh 1, nescafe 1. Kebiasaannya mampu dibayar ketika 5 tahun lepas.

Tapi zaman berubah, kalau pesan ikut suka, alamat mungkin duit tidak cukup.

Paling menyedihkan ialah pelanggan akan marah kepada peniaga kerana menaikkan harga, walhal pelanggan itu sendiri tidak mahu tahu berapakah harga minuman yang dipesan oleh mereka.

Namun, keadaan agak berbeza pada kedai makan barat.
Hampir kesemua kedai makanan barat menyediakan menu yang tertera harganya.

Budaya biasa kedai makan barat yang banyak di Malaysia.

  • Pelayan meletakkan menu, pelanggan diberikan masa 2,3 minit,
  • (cukup masa untuk pelanggan yang tak cukup duit buat perkiraan)
  • Pelayan datang mengambil pesanan.
  • Pelayan mengulangi pesanan yang dibuat oleh pelanggan.

Budaya kedai makan barat jenis A&W, McD dan KFC.

  • Pelanggan memilih makanan berdasarkan menu yang tertera harganya.
  • Juruwang tekan sambil menyebut pesanan tadi
  • Juruwang akan buat 'cross selling' , mahu yang besar kah. dll
  • Juruwang akan sebut semula pesanan-pesanan tadi kemudian memberitahu jumlahnya.
  • Pelanggan sebenarnya boleh untuk tidak bersetuju, selagi dia belum terima duit, selagi itu sistem tidak "tunaikan".
  • Juruwang akan sebut wang yang diterimanya,
  • Juruwang akan sebut baki wang yang dikembalikan.
Di kedai makanan orang Islam yang biasa-biasa pula begini.

Apabila sudah makan, kita suruh dia kira, maka dia pun kira, mahal atau murah, pelanggan perlu bayar kerana sudah makan.

Pernah juga saya mengalami situasi dimana, selepas nyatakan apa yang kita makan, duit diambil, dan dikembalikan baki tanpa mengetahui berapa kesemuanya.

Namun tidak semua, kedai makan Islam yang bercirikan Fotani Darussalam kebiasaannya mempunyai menu, namun pelayan adakalanya lupa untuk membawa menu ketika mengambil pesanan. Oleh itu kita masih boleh minta menu, supaya boleh bersetuju dengan harga sebelum membuat pesanan.

Walaupun tidak pernah dibuat orang, pelanggan sebenarnya boleh minta diskaun sebelum membuat pesanan.
"Dik, Nasi goreng Obama ini RM 5.00, boleh tak buatkan supaya ianya RM 4.50?"

Isnin, 1 Disember 2008

Sistem Ekonomi Keynessian Membuatkan Kita Semua Kemaruk "Pertumbuhan"

Di blod deminimis terdapat persoalan, apa agaknya John Maynard Keynes telah lakukan?.


Ulasan saya di situ ialah.

Hasbullah Pit said...
Keynesian economy focus too much on "growth". All we look now is "what percent increas each year" for everthing. GDP how many % this year. that X fund how many % profit this year. loan how many % interest bla bla bla how many percent. What was happened is the money supply was increased to meet the "growth" demand. Than the "growth" is become meaningless. do we really need the "growth"


dipersetujui oleh de minimis

de minimis said... Hasbullah

I am in 100% agreement with your question. What is growth? Why do we need growth? This is why we in Asia need to question all the assumptions and values used to create the modern economy which is modelled from the West.

But in order to question this, we need to understand how the Western model came about. Since 1930, it is the Keynesian model that is used by all govts including Malaysia. There is a lot to study and understand
Ekonomi kemaruk pertumbuhan menyebabkan hampir semua perkara dikira dalam berapa peratus setahun.

Pinjaman rumah itu berapa peratus setahun
Keuntungan pelaburan itu berapa peratus setahun
KDNK tahun ini negara itu berapa peratus setahun

Yang menghairankan ialah dalam dunia ini ada juga "pertumbuhan ekonomi dunia".
Apa yang tumbuh?

Hasil daripada urusniaga dengan penduduk planet lain, ekonomi bumi tumbuh sebanyak n%?

Sistem ekonomi Keynes, menyebabkan inflasi, dengan adanya wang fiat.
Kalau wang simpanan kita tidak dilaburkan ke instrumen yang memberikan pulangan yang tinggi, automatik akan rugi kerana dimamah inflasi.

Disebabkan itu, adanya kadar faedah yang turun naiknya ikut suka bank pusat.
Kalau dia rasa kadar faedah perlu dinaikkan atas sebab tertentu maka dia naikkan.
Kalau dia rasa kadar faedah perlu direndahkan atas sebab tertentu maka dia akan turunkan.

Ada kalanya mereka naikkan dan turunkan kadar faedah atas sebab yang sama.
haha

Dunia ekonomi yang kemaruk kepada pertumbuhan menyebabkan hampir semua orang jadi gila.
Jangan simpan duit situ tak untung, simpan tempat lain, eh rugi pula.

Orang akan beli hartanah dengan harapan akan dapat keuntungan melebihi daripada pinjaman yang dia telah buat.

Bank juga yang untung.

Pemaju hartanah terus memajukan hartanah dengan harapan ramai orang akan beli walaupun kadar orang beranak tidaklah sebegitu tinggi.

Akhir sekali, apa yang terjadi ialah ramai orang tidak dapat kejar pertumbuhan yang diada-adakan.

Pendapatan pekerja pun perlu kejar pertumbuhan. Inflasi naik setiap tahun.
Kalau kenaikan gaji tidak seiring dengan inflasi, dia akan menjadi lebih miskin setiap tahun.

Duit yang disimpan juga perlu disimpan ditempat yang memberi pulangan lebih tinggi daripada pertumbuhan inflasi, sebaliknya dia akan lebih miskin.

Orang akan gembira melihat nombor pada gaji bertambah, bilangan duit pada pelaburan bertambah akan tetapi sebenarnya dia menjadi lebih miskin.

Riba digunakan untuk menambahkan wang yang disimpan atau dipinjamkan, atau yang diperolehi dari pinjaman.

Maka itulah ekonomi keynesian.

Sistem ekonomi muamalat bagaimana?
Adakah tidak memerlukan pertumbuhan langsung?
Kalau dalam satu tempat, pendapatan semua orang cukup, semua orang ada rumah sendiri, cukup makan, pakai, apa perlunya pertumbuhan?


Pada zaman kesultanan melaka dahulu, Melaka kaya raya, akan tetapi tidak pula pernah menyebut kadar pertumbuhan iktisad meleset.

Zaman sebelum ekonomi keynesian agak ringkas, samada kaya atau miskin, tidak ada persoalan pertumbuhan yang berjela-jela.

Apabila ekonomi keynesian ini dijadikan anutan semua orang, maka terjadilah kemaruk pertumbuhan sehingga beria-ria tarik pelabur asing, beria-ria menjual hartanah kepada warga asing supaya pertumbuhan tetap tinggi.

Warga asing pula datang dengan matawang yang lebih tinggi, mudah sahaja membeli rumah di Malaysia.

Orang Malaysia bergembira kerana sektor hartanah meingkat pada kadar pertumbuhan yang tinggi.
Walhal kalau kita lihat dari sudut lain, bilangan hartanah rakyat malaysia akan menurun hari demi hari.

Persoalan tadi, adakah sistem ekonomi muamalat tidak perlukan pertumbuhan langsung?

Jika dinar dijadikan matawang, maka tidaklah manusia perlu berusaha terlalu gigih untuk mengatasi inflasi.
Apa yang ada cukup.

Kalau pendapatan hari ini sebulan 8 dinar, 10 tahun dari sekarang pendapatan masih lagi 8 dinar pun tak mengapa.

Melainkan wujudnya tanggungan tambahan pada keluarga barulah memerlukan pendapatan yang lebih.

Maksudnya, pertumbuhan ekonomi sesuatu negara hanya perlu menyesuaikan diri dengan kadar kelahiran sahaja.
KDNK yang dikira dalam dinar, meningkat 1 % setahun, sudah cukup menggembirakan semua orang.

Apa erti kalau pertumbuhan 6-9% kalau ianya hanya mengejar inflasi, dan mengalami pesta kegawatan setiap 10-12 tahun?

Umar Vadillo tidak cerita yang pertumbuhan ekonomi akan menjadi sedikit kalau guna dinar.
Itulah realiti.

Google+ Hasbullah Pit