test

Ahad, 31 Ogos 2008

Carta Aliran Maklumat Blog Tempatan

Carta ini telah saya buat untuk menggambarkan aliran maklumat blog-blog.
Sila klik pada imej untuk melihat gambar yang lebih jelas.


Carta menunjukkan bagaimana sesuatu catatan blog diangkat oleh robot dan manusia.
Dimana anda?
Ada yang membaca blog satu persatu.
Ada yang membaca blog dari Beras Padu.
Ada yang membaca blog dari pembaca RSS jenama kesukaannya.
Ada yang suka baca upcoming di Negaraku.net

Adakah anda tergolong dalam golongan yang suka membaca blog satu persatu?
Masuk sahaja blog itu, "Alamak belum kemaskini"


Panah yang berwarna biru adalah aliran yang dilakukan oleh manusia, dimana pembaca yang boleh mengangkat sesuatu catatan blog supaya naik. Pembaca di Beras Padu boleh hantar dan undi ke Negaraku.net. Setiap catatan yang popular akan digabungkan dengan catatan yang dipilih secara manual oleh "Editor" Beras Terpilih.

(Editor : mudin , Ezza, Jed dan saya)

Panah berwarna hitam adalah aliran yang dilakukan oleh mesin iaitu menggunakan RSS.
Google Reader menarik suapan dari blog-blog, begitu juga Beras Padu.
Malaysiakita-bm dan The X Blog, dijana tanpa menggunakan manusia yang memilih catatan secara manual. hanya pemiliknya yang menentukan suapan mana yang dia mahu ambil.

Sarawho juga dijana oleh robot.

Petaling Street kes istimewa dimana ianya boleh dihantar secara manual ataupun automatik.

Kalau sebelum ini, catatan terpilih di Beras Terpilih memang bergantung kepada 4 orang "editor " ini, tapi selepas bergabung dengan RSS negaraku.net (Top News), maka sesiapa sahaja pun boleh menentukan catatan mana yang mampu disiarkan di Beras Terpilih, tetapi melalui Negaraku.net. Perlu daftar dahulu.

Anda tidak perlu menjadi blogawan untuk menggunakan negaraku.net ianya terbuka untuk pembaca blog.

Sekira anda sudah daftar dan logmasuk, maka senanglah anda mengundi (fave it) pada mana-mana catatan blog yang anda rasa berkualiti pada
  • laman blog itu sendiri (sekiranya ada wiget Negaraku.net) ATAU
  • laman upcoming / Top News ATAU
  • pada Beras Padu (pada bendera Malaysia kecil).
Terdapat blogawan yang meletakkan wiget Negaraku.net pada blognya seperti Jed Yoong. Sekiranya terdapat mana-mana catatannya yang anda rasa berkualiti, anda boleh klik "GO" untuk hantarkan catatannya bagi pihaknya.

Saya tidak berbohong apabila saya mengatakan saya sudah jatuh cinta dengan Negaraku.net, Lihatlah carta itu, betapa indahnya aliran maklumat.

Diharap Noktah hitam dapat menyediakan wiget lebih kecil dalam satu baris seperti

Fave it(6)
submit GO

Bang Bakaq dulu sudah letak, tetapi dia sudah keluarkan balik, mungkin kerana ia terlalu besar.

Bendera Malaysia Mengantikan Jalur Gemilang

Dulu saya pernah tulis tentang bendera Malaysia yang dirasa memang patut ditukar. Tapi saya bukan geng terbalikkan bendera.

Saya mahukan Bendera Malaysia mempunyai unsur "Sang Saka Merah Putih" seperti yang dimahukan oleh Dr Burhanudin Al-Helmy.

Buat apa pening-pening mencipta bendera yang baru?
PUTERA-AMCJA sudah sediakan bendera negara kita seawal 1947.
Sudah pasti ianya dipersetujui oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy


Kepada yang sudah bersedia dengan perisian grafik , sila buatkan kembali Bendera Malaya kita ini.
Iaitu Sang Saka Merah Putih yang ada 12 bintang.

Bahasa Melayu dan Islam Diangkat Martabatnya oleh Bukan Entik Melayu

Masa kian hampir, dimana etinik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Masa kian hampir, dimana etnik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Islam.

Parti Politik etnik melayu yang besar itu (UMNO) teramatlah tidak boleh diharapkan untuk memartabatkan kedua-duanya sekali. Tanpa segan silu peminpin mereka membunuh istilah belanjawan.

Pemimpin PAS bagaimana pula?
Ianya masih menjadi tanda tanya.

Etnik melayu cukup malas untuk mencari istilah yang sesuai pada bahasanya apabila ingin bercakap atau menulis. Mereka suka gunakan sahaja perkataan Inggeris kedalam pertuturan mereka.

"Nanti aku call engkau."
"Aku tengah download"

Bangga benar mereka memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturan dan penulisan. Sebenarnya itulah yang menampakkan sikap malas pada diri mereka.

Pernah suatu ketika dahulu, saya berbicara dengan Isteri saya, sebenarnya kalau kita bercakap bercampur aduk perkataan dalam satu ayat. ia memang menampakkan kegagalan seseorang untuk menyusun ayat.

Kalau hendak berbahasa Inggeris, teruskan bercakap dalam Inggeris dalam satu perkataan.
Kalau hendak berbahasa Melayu, teruskan guna semua istilah Bahasa Melayu dalam satu ayat.

Orang Melayu, terutama dibandar sering menambahkan perkataan inggeris.

"Bila nak exam?"
"Test dulu , kau score tak?"

Sebenarnya mereka gagal.

Jarang sungguh kita melihat apabila bukan melayu, berbahasa melayu, tetapi memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturannya. Melainkan kalau tidak tahu istilah.

Kalau kita tidak tahu istilah, maka ianya dibolehkan.

Kita guna dahulu istilah blogger sebelum jumpa istilah blogawan.

Kita boleh nampak bagaimana orang melayu, melacurkan bahasa mereka berleluasa didalam dunia blog.

Ya memang wujud banyak dialek di dalam Bahasa Melayu.

Dialek Kelantan, Johor Riau, Kedah, Pulau Pinang.

Bahasa Melayu Baku apabila disebut dan ditulis, ianya boleh difahami oleh semua penutur dialek yang ada.

Maka, cara terbaik menulis blog dalam bahasa melayu ialah dengan membayangkan bahawa kita sedang menutur dalam sebutan baku.

Akan tetapi apabila dialek johor riau terlalu dominan, seolah-olah bahasa Melayu di Malaysia begitu bunyinya. "Kenaper" "bile" "sahaje".
Itu semua dialek johor riau keterlaluan sehingga melacurkan bahasa.

Bahasa Melayu bukan milik orang Melaka, Johor, Selangor dan KL sahaja.

Ianya juga milik orang brunei, orang patani.

Saya masih ingat lagi satu iklan brunei, ketika pertuturan dialog, ia menggunakan dialek tempatan, akan tetapi untuk suara latar (voice over) ia menggunakan sebutan hampir baku. Kita tidak memahami pertuturannya, tetapi mesejnya boleh sampai. Walaupun kita bukan orang brunei.

Kini, Revolusi tidak mengharapkan etnik melayu memartabatkan Bahasa Melayu mula melanda.

Dr Khalid Idham Lim, secepat kilat memperbetulkan kesalahan bahasanya. Kalau orang melayu, dia tidak peduli langsung.

Kav, blogawan yang sering berkunjung ke blog ini, kini melafazkan pengisytiharan untuk berblog dalam Bahasa Malaysia.

Bandingkan catatan Kemerdekaan antara Khalid Idham Lim, Kav dengan Puan Emy.
Yang mana lebih menggambarkan pemartabatan bahasa?

Erti Kemerdekaan yang Sempit?

Anwar Ibrahim di blognya menceritakan tentang erti Kemerdekaan .

Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan


Akan tetapi komen saya di blognya itu tidak dilepaskan.


Hasbullah Pit Aug 30th, 2008 at 7:38 pm

Kemerdekaan sebenar ialah apabila seluruh Nusantara Merdeka.
Selagi Patani di jajah Thailand, dan Moro dijajah Filipina.

Selagi itu bukan kemerdekaan sebenar.

Selagi kesan Penjajahan Inggeris Belanda yang memisahkan nusantara sehingga hari ini, selagi itu belum benar merdeka.

Selagi kesan perjanjian Anglo-Siam masih ada, selagi itu kita belum boleh merdeka sepenuhnya.


Tuan-tuan dan puan-puan, Tanah Melayu hanya 80% merdeka. Kesan Perjanjian Anglo Siam masih lagi memberi impak kuat kepada tanah-tanah kita yang masih dijajah siam. Perjanjian Anglo Siam menyebabkan sebahagian dari Tanah Melayu disahkan sebagai milik Siam oleh British.

Mana boleh.
Hari ini Hari Kemerdekaan, jangan hadkan pemikiran kita tentang kemerdekaan yang diberikan oleh British sahaja.
British mahu beri Patani kepada Siam kerana nak "bebas"kan Perlis Kedah dari Siam.

Apa jadi kalau pada perjanjian itu, British Beri Kedah,Perlis kepada Siam untuk dapatkan Patani?
Anwar Ibrahim, Paklah, Chedet akan dilabel "pengganas" untuk memerdekakan Kedah.
Itupun kalau mereka berani angkat senjata.



Sabtu, 30 Ogos 2008

Usaha Kemerdekaan Yang Sering Kita Lupakan


Sempena hari kemerdekaan ini, mari kita sedekahkah Al Fatiha kepada Bapa Kemerdekaan kita iaitu Dr Burhanudin Al Helmy.

Akan menjadi acara tahunan bagi blog ini untuk menonton video 10 tahun sebelum merdeka.

SILA KLIK SINI


Sebagai tambahan, mari dengar lagu oleh black.




Memang sedih mendengar lagu itu, kalau benar anda menghayati perjuangan kemerdekaannya.

Paling menyedihkan apabila Saudara Mujahid menceritakan tentang Dr Burhanudin Al-Helmy yang mencerita "dibunuh" UMNO pada satu ceramah di Kampugn Sebatu sepentas dengan Saudara Damian Yeo.

Mujahid kata Dr Burhanudin Al-Helmy dulu ketika ditahan ISA, dia terlalu malu untuk kencing, walaupun disediakan tandas, tetapi ia agak terbuka sehingga dia tahan untuk kencing. Akhirnya setelah keluar, dia sakit akibat terpejara. Dan meninggal dunia atas sebab itu.

Dialah Bapa Kemerdekaan kita. Kenapa UMNO buat macam itu kepada dia?

Mungkin orang UMNO akan kata

"Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang perjuangan Dr Burhanudin Al-Helmy".

Menurut Ali Bukhari Amir, Dr Burhanudin Al-Helmy bapa kepada perpaduan Melayu (salinan),

Jadi saya isytihar, saya pun tidak tahu. Bagaimanapun, Allah membangkitkan seorang putera Melayu berdarah campuran Arab dan lain-lain bangsa dalam tubuhnya yang dinamakan sebagai Dr Burhanuddin al-Hulaimy sebagai insan pertama menyeru ke arah perpaduan Melayu itu di Persekutuan Tanah Melayu dan Onn Jaafar itu orang kedua.

Jadi, PKMM adalah parti pertama melalui al-Hulaimy yang menyeru ke arah perpaduan 'baka-baka' Melayu dan Umno adalah parti kedua melalui Dato' Onn Jaafar yang menyeru hal yang sama di Persekutuan tatkala mereka mula tuntut merdeka daripada Empayar British.

Hujah dan bukti saya bersandarkan novel Tulang-tulang Berserakan karya Sasterawan Negara Usman Awang yang mana beliau menukilkan sendiri pantun itu ketika beliau menghadiri rapat umum PKMM pada tahun 1945.

Di atas robohan kota Melaka
Kita bangunkan jiwa merdeka
Bersatulah Melayu segenap baka
Membela hak keadilan pusaka.

Umno yang ditubuhkan pada 1946 hanyalah 'penciplak' idea al-Hulaimy melalui pantun kemerdekaan yang menyeru ke arah perpaduan seluruh 'baka-baka' Melayu itu.




Akan tetapi takrifan melayu dia tidak boleh difahami oleh orang UMNO.

Dr Burhanuddin Al-Helmy mahu mentakrifkan semua rakyat Tanah Melayu sebagai melayu, dia sendiri berkata,

Dalam buku Falsafah Kebangsaan Melayu (1954) beliau telah menulis:
"Kita hendak mendirikan negara kebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut keadilan dan kemanusiaan yang luas dan sama berhak dan adil, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit, jauh sejauh-jauhnya dari berbau perkauman dan perasaan kolot dan kuno."

Pada Perlembagaan Rakyat yang juga dipersetujui oleh Tan Cheng Lock, Semua Rakyat Malaya adalah melayu. Ali, Ah Kau, Ramasamy semuanya melayu. Satu Bangsa, Satu Bahasa, etnik/kaum dan agama lain-lain.

Orang UMNO tahun 2008 boleh faham apa yang Dr Burhanuddin Helmy nak sampaikan pada tahun 1954? Mungkin tahun 2054 baru mereka faham.

Almaklumlah sikap "Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang..." masih berleluasa.

Apa yang Dr Burhanuddin Helmy Maksudkan sebagai "kebangsaan" adalah "nasional" bukannya "perkuaman" atau "racial".

"Bangsa Malaysia" yang sering dilaungkan oleh blogawan tempatan itu samalah dengan"Bangsa Melayu" takrifan Dr Burhanudin Helmy.

Cuba bezanya, pendokong "Bangsa Malaysia" menulis blog dalam Bahasa Penjajah, tak menggambarkan "Bangsa Malaysia". Bangsa Malaysia, Bahasa Malaysia.
Saya ungkapkan dengan tegas.

"Jangan bicara tentang Bangsa Malaysia kalau tidak Berbahasa Malaysia".

Bangsa Melayu , Bahasa Melayu. Bukan cerita tentang etnik melayu, tetapi sebagai orang yang berbahasa Melayu duduk di Tanah Melayu. Itu yang Dr. Burhanuddin Helmy mahukan.
















Terjumpa Pepijat Nautilus (atau gnome-mount?)

Gara-gara nak buat partisyen swap di pemacu USB, saya terjumpa pepijat nautilus, mungkin ia pepijat gnome-mount.



Bayangkan pemacu USB yang bersaiz 1 Gb, boleh memuatkan data 5.1 Gb

Lihat apabila pemacu USB itu dibuka:-


Boleh jadi kaya kalau beli pemacu USB 1 Gb, boleh simpan data 5.1Gb.


Ceritanya sebegini, dalam beberapa hari lepas, saya cuba nak letakkan fail swap di pemacu USB dalam sistemfail vfat seperti asal.

Bertujuan untuk menjadi manusia yang paling besar fail swap di Merlimau.

Kemudian saya diracuni oleh wawa, supaya membuat partisyen swap di pemacu USB terus.

maka saya pun
mkswap /dev/sdb1 ; swapon /dev/sdb1

akan menjadi sebegini
root@ubuntu-sebol:/var/www/lili# free
total used free shared buffers cached
Mem: 775280 736284 38996 0 3952 115836
-/+ buffers/cache: 616496 158784
Swap: 1006568 0 1006568



Akan tetapi perkara lain berlaku. Disebabkan saya tidak mengaktifkan partisyen swap itu secara automatik ketika but, pemacu itu dilekapkan (mount) oleh GNOME, dan menyebabkan ianya jadi sebegitu.

Jumaat, 29 Ogos 2008

SYABAS dan KDEB

Dalam beberapa hari ini, sering keluar di Buletin Utama menunjukkan bantahan NGO terhadap cubaan pengambilalihan SYABAS oleh KDEB. (Tiada kaitan dengan KDE atau GNOME).

Diperkatakan kononnya masalah lama yang berulang.

Tetapi tidak pula kedengaran suara dari Kerajaan Negeri Selangor tentangnya.
Yang saya faham, KDEB ingin mengambil alih SYABAS. Bukannya KDEB menubuhkan Syarikat Air Kerajaan Negeri yang baru. Tukar kepala sahaja, syarikat sama.

Kalau NGO itu kata SYABAS cukup bagus, apa kaitannya dengan pengambilalihan. Tukar Taukey sahaja, pekerja sama, infrastruktur sama, cara kerja sama, melainkan bil air sahaja yang lain sedikit.

Apa yang kerajaan Persekutuan mahukan? Berdolak-dalik dalam isu ini?
Kenapa Kerajaan Persekutuan seolah-olah tak mahu beri 20 meter padu air percuma.

Kalau Persekutuan sungguh nak memberikan 20 meter padu air percuma kepada 1 Malaysia pun boleh kalau dia mahu. Kasi sahaja duit kepada semua kerajaan Negeri semua negeri termasuk negeri BN supaya dapat air percuma. Kerajan-kerajaan negeri boleh bayar kos 20 meter padu itu kepada syarikat Air.

Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"

Hari ini Belanjawan akan dibentangkan. Walaupun ramai yang gunakan istilah "bajet" saya tetap menggunakan belanjawan.

Para blogawan penyokong DSAI yang bermati-matian di Permatang Pauh dulu, sila gunakan istilah belanjawan.

Saya agak pasti Anwar Ibrahim akan kekal menggunakan Istilah Belanjawan, seperti tahun lepas.

Jangan biarkan "Belanjawan" menjadi Istilah subversif.

Jikalau catatan di blognya menggunakan istilah "bajet", itu mungkin pembantunya yang tulis, bukan dia.

Belanjawan esok?
Akan ada subsidi makanan seperti yang Ikram mahukan?



Kemaskini 11:45 29 Ogos:

Senarai blogawan yang menggunakan istilah "belanjawan" menggantikan "bajet":-

Netscape Yang Terakhir

Netscape versi terakhir ialah Netscape 9.0.0.6
Catatan blog ini ditulis menggunakan Netscape yang terakhir itu.

Oleh kerana Netscape 9 ini berasaskan Firefox 2, maka ia memang macam Firefox.

Khamis, 28 Ogos 2008

Akta DNS untuk Raja Petra?

Bang Bakaq cukup bersemangat menentang akta DNA. Akta DNA itu, dikatakan untuk mengenakan Anwar. Saya belum kaji lagi Kandungan Akta DNA itu jadi saya tidak ulas apa-apa.

Kini Malaysia-today.net pula kena blok, tetapi hanya pada pengguna pelayan DNS tertentu.

Malaysia-today.net kena blok, Tak fasal-fasal , OpenDNS dapat publisiti. Saudara Sicksand juga turut mengiklankan OpenDNS ketika bercerita tentang pemblokan Laman Web Malaysia-today.net.


btw, i am using opendns.

Saudara Danesh juga memperagakan IP OpenDNS apabila menceritakan Laman Malaysia-today.net

openDNS (208.67.222.222 / 208.67.220.220) and other DNS servers got it right so use them to get onto Malaysia-Today .



Bagaimana kalau semua rakyat Malaysia menggunakan OpenDNS? Tak dapatlah SKMM atau pihak lain blok guna cara DNS.

Ketika sibuk dengan akta DNA, tak mustahil kalau pihak tertentu membentangkan Akta DNS, yang mewajibkan semua orang menggunakan pelayan DNS kebangsaan.

Kepada para pentadbir sistem atau separa pentadbir sistem (pengusaha kafe siber, penyedia perkhidmatan wifi), boleh letakkan IP OpenDNS supaya digunakan secara automatik secara DHCP oleh pengguna-pengguna anda.

OpenDNS home

208.67.222.222
208.67.220.220


Gunalah opendns untuk Blok Laman Lucah

Dulu Dr Izad telah cerita panjang tentang opendns yang sesuai digunakan untuk blog laman lucah.

Caranya amat mudah, tetapi mudah juga dibolosi, melainkan kalau pengguna tak reti tukar DNS.

Laman Malaysia-today.net diblog ?
Sebenarnya ia hanya diblog secara DNS oleh pelayan nama tmnet.

root@ubuntu-sebol:~/Desktop# nslookup -q=any malaysia-today.net 202.188.0.133
Server: 202.188.0.133
Address: 202.188.0.133#53

malaysia-today.net
origin = ns1.blocked
mail addr = blocked.tm.net.my
serial = 1
refresh = 900
retry = 600
expire = 86400
minimum = 3600
malaysia-today.net nameserver = ns1.blocked.
Name: malaysia-today.net
Address: 127.0.0.1

Kalau guna opendns atau Jaring memang tidak kena blok.

root@ubuntu-sebol:~/Desktop# nslookup -q=any malaysia-today.net ns1.jaring.my
Server: ns1.jaring.my
Address: 161.142.201.17#53

Non-authoritative answer:
Name: malaysia-today.net
Address: 72.47.236.85
Name: malaysia-today.net
Address: 202.71.97.141
Name: malaysia-today.net
Address: 202.75.59.125
malaysia-today.net nameserver = ns3.harapanmalaysia.com.
malaysia-today.net nameserver = ns1.harapanmalaysia.com.
malaysia-today.net nameserver = ns2.harapanmalaysia.com.

Authoritative answers can be found from:
malaysia-today.net nameserver = ns2.harapanmalaysia.com.
malaysia-today.net nameserver = ns3.harapanmalaysia.com.
malaysia-today.net nameserver = ns1.harapanmalaysia.com.
ns1.harapanmalaysia.com internet address = 72.47.218.28
ns2.harapanmalaysia.com internet address = 72.47.236.85
ns3.harapanmalaysia.com internet address = 117.120.1.154


OpenDNS

root@ubuntu-sebol:~/Desktop# nslookup -q=any malaysia-today.net
Server: 208.67.222.222
Address: 208.67.222.222#53

Non-authoritative answer:
malaysia-today.net nameserver = ns3.harapanmalaysia.com.
malaysia-today.net nameserver = ns1.harapanmalaysia.com.
malaysia-today.net nameserver = ns2.harapanmalaysia.com.

Authoritative answers can be found from:



Rabu, 27 Ogos 2008

Aksi Blogawan Ketika PRK Permatang Pauh

Pilihanraya Permatang Pauh, berlaku ketika Beras Padu baru dihidupkan semula.
Maka terpaksalah saya melihat gelagat blogawan mengemaskini blog masing-masing seberapa pantas yang boleh.

Awal pagi, Mutaligat sudah menceritakan tentang pengundi datang awal, dan Perayu undi main ejek-ejek.
Kemudian dia menceritakan tentang topeng Anwar yang tidak dibenakan pakai.

Tidak lama selepas itu Puan Emy pula membuat catatan dengan gambar kanak-kanak sedang main basikal memakai topeng Anwar.

Topeng Anwar tidak dibenarkan dipakai kerana takut kanak kanak hilang sehingga sukar dijumpaikah?

Kemudian ramai lagi yang menceritakan tentang Anwar sudah mengundi, ramai juga menceritakan tentang hujan sudah turun. Tidak ketinggalan yang menceritakan tentang daftar pemilih yang berbeza.

Kemudian Puan Emy membalas dengan "penjelasan"nya.

Mutaligat menceritakan tentang Perayu Undi BN yang longlai.

Selepas cerita hujan turun, maka ramai-ramai blogawan di Permatang Pauh mencerita kan tentang hujan sudah berhenti.

Kemudian Ada cerita pasal Bas, berapa banyak bas?
7?

Bila sudah hampir malam, Eyesdotcom yang mengatakan majoriti setakat ini adalah 10k.

Penat saya cuba buat ringkasan.

Walaubagaimanapun Pemenang bagi kategori Catatan Blog Terbanyak ketika PRK Permatang Pauh ialah Tukar Tiub. Lihatlah bagaimana dia mengatasi pencabar - pencabarnya :-



sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep tukartiub| wc
25 404 12856
sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep mi1| wc
18 377 11432
sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep edyesdotcom| wc
17 319 10899
sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep zul4kulim| wc
13 230 7012
sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep mutaligat| wc
7 251 4960
sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx --source http://localhost/ | grep emy| wc
6 168 4124

Keputusan Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas

Hadiah Pertama: RM 100

Pemenang Hadiah Kedua: RM 50



Hadiah saguhati: RM 15 (untuk 10 orang pemenang).
(kesemuanya hanya mendapat 92 undi, tapi tidak hilang wang pertaruhan)

  • demi incik sebol...... - Sishoney
  • Emas,KWSP & Encik Hasbul.+PsyChoMaTix+
  • encik hasbullah yang hensem - JeBorn
  • KWSP GOLD ?- HardyWeb
  • Withdrawing KWSP to buy gold ?- |1f34|-|1r3
  • Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB - Afham
  • PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil
  • Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syok)
  • Emas Tempayan - Jie (Hidup Biar Sedap)
  • Simpanan Hari Tua Anda | Emas KWSP Abd Fatah


  • Kepada semua Pemenang, Sila emelkan nombor akaun bank anda ke alamat sebolku (a) yahoo.com.

    Selasa, 26 Ogos 2008

    Seminar Dinar Emas Di UiTM Johor?

    Menurut Dziauddin:

    Insya Allah pada 16 Okt 2008, penulis bercadang mengadakan Seminar Dinar Emas di UiTM Johor. Kertas cadangan seminar sedang dalam pemibikinan.


    Itulah masa untuk membentangkan apa yang patut dibentangkan.
    Yang paling utama, suara-suara Peserta Peraduan Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas yang bernas itu boleh dibentangkan.

    Anda adalah sebahagian daripada revolusi yang lebih besar.

    Mungkin bagi sesetengah pihak, yang mengatakan ianya "merapu".

    ni lagi satu pemimpin pas, entah apa2 lah dia ni, merapu. jadilah contoh yang terbaik. macam ni ke Pas nak perintah Serkam. Jangan mimpilah.

    Mungkin selepas ini akan ada suara seperti "Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang Dinar Emas".


    Adalah dimaklumkan juga, Keputusan Pemenang Peraduan itu akan diumumkan sebaik sahaja Keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pauh diumumkan.

    Beras Padu Sudah Hidup Semula

    Semalaman saya cuba menghidupkan kembali Beras Padu.

    URL baru bagi Beras Padu ialah
    http://beras-padu.pit.my.

    Berbanding "Beras Padu BARU" yang dulu, kini ada butang negaraku.net, sekiranya anda meminati sesuatu catatan, sila klik butang itu. (Gambar Bendera Malaysia).

    Sekiranya catatan itu telah dihantar ke Negaraku.net, maka ia dikira sebagai undian tambahan.

    Isnin, 25 Ogos 2008

    Bendera Malaysia Perlu Diubah dan Mempunyai Unsur Sang Saka Merah Putih

    Tahun lepas saya sudah mencadangkan bahawa Malaysia perlu mempunyai lagu kebangsaan yang baru.

    Mari kita lihat Indonesia.



    Itu bukan sekadar bendera Indonesia, tetapi ianya bendera "Sang saka merah Putih".
    Sang Saka Merah putih bukan sahaja Bendera Indonesia, Ia juga bendera kita.
    Bendera Nusantara, Malaysia Indonesia, selatan Filifina, Selatan Thai.

    PKMM kata, Sang Saka Merah Putih itu jangan dikotori, dengan meletakkan keris padanya.
    Menjadi Bendera UMNO.




    Namun Bendera PAS juga Sang Saka Merah Putih dikotori, Namun ia tetap berasal dari sang saka merah putih.


    Nampaknya UMNO dan PAS sama-sama mengkotori Sang Saka Merah Putih, namun ia jelas nampak berasal dari Sang Saka Merah Putih.

    Begitu juga bendera Singapura, berasal dari Sang Saka Merah Putih.



    Dan juga bendera Melaka, mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih.


    Mengapa Bendera Malaysia tidak langsung mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih?
    Apa yang dibanggakan sangan dengan jalur menyerupai Amerika itu?

    Maka, hari ini, saya merasakan perlu Malaysia menukar bendera Negara kita kepada bendera yang menggambarkan Sang Saka Merah Putih.

    Oleh kerana, Indonesia sudah ambil "Sang Saka Merah Putih" yang tidak diubahsuai, maka Malaysia terpaksa "mengkotori" Sang Saka Merah Putih untuk dijadikan Bendera Malaysia yang baru.


    Walaupun saya tidak menterbalikkan bendera seperti blogawan Amin Iskandar, Sama amat setuju cadangan dia supaya bendera Malaysia dicipta semula.


    d) Bendera Malaysia dicipta semula. Malulah orang kata bendera Malaysia macam bendera Amerika Syarikat (Di Afghanistan, sewaktu menyertai dua misi pemantauan pilihanraya pada tahun 2004 dan 2005, rakyat Malaysia diharamkan untuk membawa bendera kerana dikhuatiri akan diserang oleh puak Taliban oleh kerana bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat)




    Saya pula nak tambah syarat, "MESTI" ada unsur Sang Saka Merah Putih.
    Maka Bendera Malaysia yang baru mungkin begini?


    Sang Saka Merah Putih Malaysia?


    Kemaskini 31 Ogos 2009:

    Cadangan Bendera "Sang Saka Merdeka"



    Mirip Bendera Rakyat Kemerdekaan Malaya yang diperjuangkan PUTERA AMCJA, yang telah dilancarkan pada 1947.
    (Tanpa perlu restu Penjajah British)

    Penangkapan besar besaran pejuang kemerdekaan oleh British adalah pada tahun 1948.


    Sila lawati juga:

    Bendera Rakyat 1947

    Sang Saka Malaya


    BERKIBAR LAH


    Nabil Tiru Sebol?

    Petang Semalam, Tersiar satu lawak Nabil yang di Astro yang menceritakan tentang Telefon Chowkia Q878 yang serbaguna itu.

    Terus saya dipanggil oleh isteri saya, mengatakan lawak saya ditiru.
    Saya sendiri tak boleh katakan yang Nabil meniru lawak saya kerana saya sendiri ambil konsep dari lawak Iklan iPhone. Namun, aksi seperti gosok baju, minum, cukur misai memang ada pada lawak saya pada 23 Ogos 2007.

    Ulang Siaran lawak saya yang dulu:



    seperti SE k800i , SE Z750 ini boleh digunakan
    untuk kerja harian di rumah seperti:-

    menggosok pakaian.

    Basuh botol susu

    Tidurkan anak

    Ia juga boleh digunakan untuk menjamah hidangan makanan..

    dijadikan makanan...

    ..dan minuman.

    Selain daripada ia boleh mencukur rambut anak..



    ..ianya juga boleh mencukur misai suami.

    Di bilik air, ia boleh digunakan untuk mengosok gigi...


    ...dan dijadikan sebagai sabun.

    Hampir saya lupa, ianya juga boleh dijadikan telefon

    ..dan mikrofon


    Itulah kelebihan Sony Ericsson k800i yang boleh dirasai oleh pengguna Sony Ericsson Z750.

    Ahad, 24 Ogos 2008

    Hidhir (ADUN Merlimau) Nak Kasi Wawa Pingat Emas

    berikut adalah berita dari Sinar Harian Edisi Melaka Negeri sembilan yang menceritakan bagaimana Hidhir (ADUN Merlimau) ingin memberikan pingat emas kepada ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu.

    Zaman berubah, susu ibu sudah oleh dipolitikkan jika mahu.

    MERLIMAU - Ibu yang menyusu bayinya dalam tempoh sejam selepas kelahiran dan secara konsisten bagi enam bulan pertama, layak mendapat pengiktirafan sebagai juara atau boleh diibaratkan sebagai penerima pingat emas seperti ahli sukan yang menyertai Olimpik.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, dalam teks ucapan yang dibacakan Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN), Lazan Ali berkata, seorang ibu sangat memerlukan sokongan seperti ahli sukan yang menyertai Olimpik.

    “Jika atlet ingin berjaya di dalam sukan tersebut, mereka menggabungkan keazaman dan iltizam dengan sokongan daripada ahli keluarga, jurulatih, anggota pasukan dan pihak kerajaan.

    “Keadaan yang sama diperlukan oleh ibu untuk memperkasakan penyusuan susu ibu dan usaha yang konsisten dan secara bersepadu daripada semua kumpulan masyarakat untuknya harus dianugerahkan dengan pingat emas,” katanya pada majlis perasmian sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2008 peringkat daerah Jasin, kelmarin.

    Turut hadir, Pegawai Kesihatan daerah Jasin, Dr Rusdi Abdul Rahman, Pakar Kesihatan Keluarga Hospital Jasin, Dr Norzaidah Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Zainuddin Abu.

    Katanya lagi, pengiktirafan pingat emas membawa makna kesedaran terhadap kelebihan dan kelaziman penyusuan susu ibu dan ia melambangkan usaha terbaik oleh individu atau kumpulan dalam menyokong ibu yang menyusukan bayi.

    “Di samping itu, terdapat juga beberapa faktor yang mendorong kepada kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif, antaranya kepercayaan bahawa bayi yang diberi susu ibu juga perlu diberi air tambahan dan ia sangat berleluasa di Malaysia.

    Kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam meneruskan penyusuan susu ibu serta pemberian makanan pelengkap turut menyumbang kepada kadar penyusuan eksklusif yang rendah,” jelasnya.

    Katanya, kekurangan kemudahan serta sokongan penyusuan susu ibu di tempat kerja adalah merupakan salah satu faktor punca kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif.

    “Sebagai contoh, ketiadaan peruntukan waktu kerja anjal, ketiadaan pusat jagaan kanak-kanak, bilik dan kemudahan perahan susu ataupun ketiadaan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di tempat kerja.

    “Menyedari permasalahan ini, tema penyusuan pada tahun ini adalah lebih memberi fokus kepada ‘Bulatan Sokongan’ yang merangkumi keluarga dan rangkaian sosial, sistem penjagaan kesihatan, tempat kerja dan majikan, kerajaan dan perundangan serta respons kepada krisis dan kecemasan.

    “Ini adalah sebagai langkah untuk memastikan kesemua ibu dapat meneruskan penyusuan susu ibu dengan lebih baik dan berkesan,” katanya.

    Beliau turut berharap supaya semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih baik dan berkesan dalam menyokong amalan penyusuan susu ibu.


    Para pendokong penyusuan ibu seperti Wawa dan Kakjie, mesti gembira membacanya.
    Akan tetapi tidak pula dinyatakan samada pemenang pingat emas itu mendapat 1 juta Ringgit atau tidak.

    Pada mulanya saya mushkil juga bagaimana hidhir boleh berkata sebegitu, "rupanya teks ucapannya dibaca oleh......".

    Baru sahaja dulu, Muslimat PAS dicadangkan supaya menjuarai kempen penyusuan Ibu, UMNO sudah bertindak.

    Politik Susu Ibu politik yang sihat, Mana tak sihatnya kalau minum susu ibu.

    Mungkin selepas ini, Puan Emy akan cepat-cepat beranak anak ke 3 supaya lebih mudah melaksanakan kempen susu ibu di peringkat Puteri UMNO pula. Dan boleh dapat Pingat Emas.

    Selepas ini kita boleh berniaga "longan buatan cina". hehehe


    Memang saya tidak nafikan, kekurangan pengetahuan adalah satu punca utama kegagalan penyusuan susu ibu terutama bagi yang bekerja. Ramai lagi masih berfikiran seperti zaman dahulu, mengamalkan mitos, "susu ibu hanya sesuai untuk wanita tidak bekerja".

    Ramai wanita tidak tahu yang susu ibu boleh disimpan lama-lama, sehinggakan kalau si ibunya berkursus seminggupun, si anak boleh menikmati makanan hariannya itu.

    Memang benar wujudnya beberapa masalah, seperti ketiadaan tempat khas untuk memerah.
    Err bukankah surau perempuan secara tak rasmi dijadikan "port" memerah?

    Penyimpanan?
    Bukan semua wanita suaminya jual Ais Krim Walls.

    Satu masalah tambahan ialah kos untuk membeli pam adalah tinggi. Ada yang murah, akan tetapi yang jenama spectra itu mahal.

    Kalau ada satu kelompok ibu yang berkongsi kos, kemudian meminjamkan pam itu kepada ahli untuk tempoh 6 bulan.

    Takkan saya nak mulakan inisiatif buat pooling untuk Pam?
    Wawa, cepatlah tubuhkan pakatan. Boleh dapat pingat emas.

    Politik Pembangunan Masih Wujud Pada Alaf Baru

    Lihat cekupan skrin kekotak borak di laman blog Mutaligat.




    Bila ahli politik UMNO Kampung mula masuk ke alam siber, itulah jadinya.
    Segala hujah yang sesuai untuk penyokong UMNO kampung Tedong dan Sempang mula keluar ke alam siber.

    Mari kita mengiakannya.

    Ya lah, kalau tiada UMNO dan Barisan Nasional, tiada Menara Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur dibuat mengunakan duit UMNO, bukan duit kerajaan persekutuan atau duit kerajaan Negeri.

    Kalau UMNO tak ada yang sokong, maka tak adalah Menara Kuala Lumpur.

    Putrajaya bukan dibuat menggunakan duit PETRONAS, tapi dibuat oleh duit UMNO, duit yuran ahli dia yang dia kumpul ramai-ramai, maka jadilah putra jaya.

    Kerana itu kita kena sokong UMNO, kalau UMNO kalah, nanti dia angkat semua bangunan di Putrajaya itu bawa balik ke cawangan-cawangan UMNO.

    Eh, Rupanya Lebuhraya pun dibuat menggunakan duit UMNO, kalau UMNO kalah, nanti dia angkat lebuhraya itu bawa balik simpan dibelakang rumah Pengerusi JKKK.

    Keretapi?
    Jaringan keretapi kerajaan British yang buat, Kerajaan BN tambah sedikit sahaja.
    Kita patut bersyukur kerana UMNO telah berjaya membuatkan British tak bawa balik rel keretapi ke negara mereka.

    Sabtu, 23 Ogos 2008

    Apa Yang Pemuda UMNO Tedong Tahu Fasal Datuk Onn?

    Bersungguh-sungguh Pemuda UMNO Kampung Tedong menyiarkan Sumpah Melayu sambil dihiasi Datuk Onn sebagai Latar Belakang.



    Sumpah tersebut dilafazkan ketika dia masih lagi UMNO. Ketika itu dia masih lagi mempercayai bahawa dengan UMNO boleh berjuang.

    Namun Datuk Onn Keluar UMNO, kerana dia mahu membuka UMNO kepada bukan melayu.

    Kerana apa?

    Orang UMNO peringkat kampung hanya tahu langkah itu sebagai "pengkianatan kepada bangsa", memang sampai 2008 ini pun pemikiranmereka setakat itu.

    Walhal Datuk Onn tidak setuju benar dengan Tunku yang mahu memberikan kerakyatan murahan kepada pendatang asing. Datuk Onn ingin membuka UMNO kepada bukan melayu kerana mahu mengawal kerakyatan. Orang UMNO zaman milenium baru ini yang duduk di Kampung Tedong mana faham.

    Hasilnya, Datuk Onn keluar UMNO, tubuhkan IMP, kemudian orang IMP sendiri diludah oleh orang UMNO, Itu sebelum merdeka.

    Tetapi ludahan orang UMNO terhadap orang IMP itu tiada ertinya.
    IMP mahu merdekakan Malaya tanpa memberi kerakyatan kepada pendatang Asing, UMNO pula memberikanl kerakyatan murahan sebanyak 1 juta dengan harapan mereka dapat mengundi perikatan.

    IMP dan PAS pada awalnya memang tak bersetuju dengan langkah Tunku dan UMNO memberikan kerakyatan murahan.

    Oh! Kenapa perlu berikan kerakyatan terus? Mengapa tidak berikan penduduk tetap sahaja dulu, dan sedikit demi sedikit diberikan kerakyatan apabila mereka terbukti setia kepada Negara.
    Kerakyatan boleh diberikan kemudian, letak sahaja syarat selepas 3 atau 4 generasi.

    Hakikatnya, Perikatan mahukan undi daripada "kaum pendatang" yang telah diberikan kerakyatan itu.

    Kemudian UMNO cuba menutup kesalahan mereka dengan mengadakan kontrak sosial, kontrak sosial itu hanya diantara pemimpin perikatan.

    Mengapa UMNO begitu beria tidak mahu orang membincangkan kontrak sosial?
    Mereka tidak mahu orang melayu tahu yang mereka yang memberikan kerakyatan murahan. Itu kesalahan utama mereka. Mereka tidak mahu orang kampung tahu, pemimpin PAS Dr Burhanudin Helmi menentang pemberian kerakyatan murahan diberikan oleh UMNO.

    Takut orang Melayu beralih kepada PAS?

    Kini, Kerakyatan telah diberi, maka layanlah mereka sebagai rakyat Malaysia. Kalau tak mahu layan sebagai rakyat Malaysia, kenapa dulu berikan kerakyatan murahan?
    Kalau tak mahu beri layanan sebagai rakyat Malaysia, kenapa tidak berikan sahaja taraf penduduk tetap?

    Penurunan Harga Minyak Lebih Banyak Menimbulkan Persoalan

    Harga Minyak diturunkan. Ramai yang suka, ramai yang memperlekeh dan macam-macam lagi.

    Daripada janji kononnya diturunkan pada 1 September tetapi rupanya 23 Ogos.
    Mengapa 23 Ogos? Adakah harga minyak bulanan yang berubah-rubah itu akan berubah setiap 23 haribulan? Daripada mana tarikh 23 haribulan itu diambil?

    Bagi pengguna biasa ramai yang seronok sehingga tangguhkan pembelian minyak kepada 23 haribulan. Kepada pengusaha?

    Shahrir Samad menggunakan alasan pengusaha ketika memaklumkan tentang kelewatan penurunan harga minyak.

    Banyak syarikat minyak yang menggunakan sistem pesanan automatik untuk pengusaha minyak jenama mereka. Dalam erti kata lain, mereka TIADA HAK untuk mengawal stok mereka. Saya tidak sebut jenama, pandai andailah cari.

    Sekiranya mekanisme penetapan harga minyak bulanan dilaksanakan pada setiap hujung bulan, Syarikat minyak boleh buat kelonggaran supaya pengusaha boleh membuat pesanan secara manual supaya kalau pengusaha rugi, itu atas kawalan pengusaha bukan atas kawalan syarikat minyak.

    Tapi kalau syarikat minyak memang bersedia untuk memberikan kawalan penuh kepada pengusaha supaya dapat menjaga tangki masing-masing, tetapi Menteri pula turunkan mengejut ketika stok banyak. Terdapat pengusaha yang ketika harga minyak naik dulu, stoknya kering habis dibeli oleh rakyat jelata.

    Memang mudah mulut bercakap "Kalau harga turun kau rugi lah sedikit, kau dah untung ketika harga minyak naik dulu". Tetapi kalau minyak kering atau hampir kering ketika harga dinaikkan menjadi RM 2.70 dulu, nak untung macam mana?

    Itu cerita pengusaha minyak yang saya jumpa tadi. ramai yang penuh tangki, jangan kau tanya "berapa stokmu".

    Cerita saya?
    Saya sudah bau harga minyak akan diturunkan dalam beberapa hari ini, tetapi saya tersalah percaturan.

    Harga minyak diturunkan kepada satu harga yang kelihatan seperti dibundarkan kepada 5 sen terdekat. Ianya bagi saya sesuatu yang tidak begitu kena kalau nak jadikan harga runcit minyak mengikut harga pasaran. Kalau disubsidikan tepat-tepat 30sen, pasti sepatutnya harga itu tidak kelihatan dibundarkan kepada 5 sen terdekat.

    Adakah harga petrol ron92 semasa yang dikurangkan sebanyak 30 sen akan menjadi RM 2.40?
    Atau langkah populis?

    Khamis, 21 Ogos 2008

    Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas" Sudah Tamat

    Peraduan sudah tamat.

    Berikut adalah penyertaan yang ada.

    Minta jasa baik peserta (atau bukan peserta) untuk menyiarkan keseluruhan senarai penyertaan sebagai satu langkah meningkatkan pautanbalik kepada peserta-peserta.

    --mula--
    1. demi incik sebol...... - Sishoney
    2. Emas, emas dan emas - ASAL
    3. Simpanan Hari Tua Anda - GARAM (secukup rasa)
    4. Emas,KWSP & Encik Hasbul.+PsyChoMaTix+
    5. encik hasbullah yang hensem - JeBorn
    6. KWSP GOLD ?- HardyWeb
    7. Withdrawing KWSP to buy gold ?- |1f34|-|1r3
    8. Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB - Afham
    9. PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil
    10. Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syok)
    11. Emas Tempayan - Jie (Hidup Biar Sedap)
    12. Simpanan Hari Tua Anda | Emas KWSP Abd Fatah
    --- tamat --


    Keputusan akan diumumkan dalam masa beberapa hari. Harap bersabar.
    Nasib baik bilangan penyertaan sama dengan bilangan hadiah, maka semua daoat hadiah. Cuma nak tentukan siapa yang dapat no 1 dan no 2 sahaja.

    Sheih Terbalikkan Bendera Kerana PDAM?

    Saya membaca maklumbalas sheih (Kickdefella) apabila dikatakan Evil oleh PakLah.

    Akan tetapi yang menghairankan ialah pemberhentian pekerja stesyen minyak dijadikan alasan.

    Apapun, apa yang saya faham, perlaksanaan sistem layan diri sebenarnya telah diadakan sejak tahun 2001. Akan tetapi tidak dikuatkuasakan sangat oleh KPDN.

    Yang nak sangat mengadakan sistem layan diri adalah PDAM, persatuan Pengusaha Stesyen Minyak yang terdiri pengusaha pelbagai jenama.

    Apabila harga minyak dinaikkan menjadi RM 2.70, ramai yang mengeluh kerana peratusan komisyen menjadi terlalu rendah. Pekerja pula ramai. Bukan pengusaha yang nak sangat ramaikan pekerja , tetapi syarikat minyak yang paksarelakan pengusaha ramaikan pekerja berada di "forecourt".

    Shell kata pada pengusaha shell, "Kau Tengok, PETRONAS boleh letak ramai orang, kau letak la ramai lagi".

    PETRONAS pun kata macam tu, "Shell boleh letak ramai, kau letaklah lebih ramai"

    Memang nampak macam "persaingan sihat", tapi bukan syarikat minyak yang bayar gaji, tetapi pengusaha yang bayar gaji.

    Pada krisis kenaikan harga minyak yang lalu, apabila komisyen tidak dinaikkan serta merta PDAM minta macam-macam untuk kurangkan kos. Antaranya ialah mengurangkan waktu operasi, minta kurangkan caj kad kredit, dan sistem layan diri.

    Tapi PDAM tak minta wajibkan pembuangan pekerja.

    Amalan yang dicadangkan kepada pengusaha ialah tidak menggantikan pekerja yang berhenti, bukannya memberhentikan pekerja sedia ada.

    Di Stesyen minyak kebiasaannya "turn over" pekerja adalah tinggi, kerja 2,3 bulan, ada yang tak sampai satu bulan.

    Pekerja-pekerja yang macam itulah yang tidak digantikan dengan pekerja baru.

    Sepatutnya tiada pengusaha yang memberhentikan pekerjanya hanya kerana sistem layan diri.

    Sheih, Pengusaha mana yang berhentikan pekerjanya?
    Beritahu saya.

    Apabila komisyen dinaikkan sedikit, walaupun masalah caj kad kredit belum selesai, sepatutnya pengusaha boleh berasa lega sedikit dan tak perlu buang pekerja.

    Di Merlimau, ketika harga minyak naik, cukup ramai pekerja yang mendapat tawaran belajar di IPTA, Alhamdulillah. Sampai tak cukup pekerja dibuatnya. Gantikan pula dengan yang baru, ada yang kerja tak sampai seminggu kerana sudah dapat kerja yang sesuai dengan kelulusannya.

    Rabu, 20 Ogos 2008

    Blogawan

    Hari ini saya terjumpa satu istilah "blogawan" yang memberi maksud penulis blog.

    Saya meminati istilah itu untuk menggantikan "blogger" yang sering dikelirukan dengan "blogger.com".

    Pernah saya ceritakan pada kawan saya, "bloggers" (ada s) merujuk kepada orang, blogger tanpa "s" merujuk kepada blogger.com.

    Agak pelik juga apabila menggunakan "bloggers" yang ada "s" untuk penlisan bahasa Melayu.

    Maka istilah blogawan agak sesuai.

    Perlukah ada "blogawati" untuk menulis blog wanita?

    Sebelum ini istilah blogawan telah digunakan oleh tiger., hisyam dan lain-lain

    Selasa, 19 Ogos 2008

    3 Peraduan Blog Akan Ditutup Tidak Lama lagi

    Tarikh Tutup Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas adalah Esok (20 Ogos).


    Kebetulan, Tarikh tutup Peraduan "Jika Aku Pemimpin Malaysia" Anjuran blogikus.com juga Esok 20 Ogos


    Hari ini, Adalah Hari terakhir untuk Peraduan "Nuffnang gift Idea Contest".
    Hadiah tempat pertama telah dinaikkan menjadi RM 2000.

    Mana Kakjie? Kata nak hantar catatan blog Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas ?
    Masih simpan di dalam draf?

    Oleh kerana Kak Jie begitu selalu mengatakan dia "Makcik Cleaner yang Tersohor", Maka saya hadiahkan Kak Jie Pembersih Hampagas Panasonic. Rupa parasnya sama dengan pembersih hampagas di rumah saya.




    Kalau Kak Jie yang profesional itu rasa terhina dengan pembersih hampagas di atas, kakjie boleh ambil pembersih hampagas

    Karcher Wet & Dry Vacuum Cleaner

    .



    Boleh sedut walaupun basah. Kelihatan agak profesional, kerana Ralf Schumacher dan Jarno Trulli pun guna Karcher untuk membersihkan Kerata Formula 1 nya.

    Google+ Hasbullah Pit