test

Jumaat, 27 Ogos 2010

Sistem Petty Cash Dirham

Bagaimana sesuatu kedai runcit atau pasar mini atau pasaraya menerima dirham?

Kalau kedai runcit milik perseorangan, memang mudah.
Boleh dikatakan semua duit di situ "bapak dia punya"

Namun apabila melibatkan kedai yang mempunyai banyak 'POS' , bagaimana mahu terima dirham.

Adakalanya sesuatu syarikat mengamalkan "semua kutipan jualan hendaklah didepositkan kedalam bank".

Tetapi dirham sudah bercampur dengan dirham dan menyebabkan tidak semua kutipan jualan boleh didepositkan didalam bank.

Jadi apa penyelesaiannya?

Wujudkan satu "Petty Cash Dirham", dimana pengiraannya masih dalam ringgit, walaupun kandungannya bercampur dengan dirham.

(contoh tong "Petty Cash Dirham")




Andakata Pasaraya Sejati mempunyai 3 POS.

Maka wujudkan 1 "petty Cash Dirham", contoh, dalamnya ada Wang kertas RM 260.

Penjualan di POS adalah seperti biasa,menerima wang kertas ringgit.
Andakata ada pembeli yang membayar guna dirham. Pada tukaran 1 dirham = RM 13.
Di POS, tetap anggap ianya terima sebagai "tunai"

Jurujual perlu "drop" duit kutipan sebelum menutup POS.
Namun tidak perlu campur wang kertas dengan dirham.
Jurujual perlu menukar wang dirham dengan penjaga "Petty Cash Dirham" supaya mendapatkan wang kertas, untuk di'drop'kan.

Maka hanya dalam petty cash dirham akan ada campuran wang dirham dan wang kertas.
Namun sebagai pengiraan perakaunan, ianya kekal dalam kiraan RM.

Pasaraya, boleh menyediakan perkhidmatan menukar wang kertas kepada dirham, untuk mendapatkan wang kertas untuk dibayar kepada pembekal.

Andaikata ada pembekal yang menerima dirham, maka boleh guna wang dirham dalam petty cash itu untuk membayar terus kepada pembekal.

Tetapi pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar wang dirham kepada wang kertas.
Sebaliknya, menerima apabila pelanggan membeli barangan.

Maka wujud urusniaga jual beli barangan disitu.


Wang dirham pada Petty Cash dirham juga boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti alat tulis, plastik dan sebagainya sekiranya ada peniaga lain yang membekalkan keperluan itu.

Jadi, penerimaan dirham di premis perniagaan akan meningkatkan kesetiaan pelanggan (customer loyalty).

Sebagai contoh, Pasaraya Bandar Baru, yang memberi kupon mata ganjaran setelah berbelanja lebih RM 30, boleh menukar kupon itu kepada 1 dirham. Dimana dirham itu boleh digunakan untuk berbelanja dikedai itu juga, sekiranya pesaing tidak menerima dirham.

Selain daripada Kaedah "Sistem Petty Cash Dirham". Kaedah yang sama boleh digunakan bagi peruncit yang ada simpan stok syiling. Anggap sahajalah 1dirham itu sebagai 1 bungkus syiling RM 13.


Selain daripada bidang peruncitan, Klinik swasta juga boleh menerima dirham.
Klinik swasta biasanya tiada masalah "cash flow", kerana banyak hasil pendapatan adalah daripada "khidmat nasihat". Maka doktor boleh simpan terus dirham sebagai pendapatannya dan berbelanja menggunakan dirham di tempat lain.

Andakata doktor Klinik swasta itu rajin bersedekah. Dia boleh bersedekah menggunakan dirham.
Andaikata penerima itu tidak tahu kemana hendak digunakan.
maka jawap "Kalau sakit demam selsema, boleh dapatkan ubat di klinik saya guna dirham".

Seandainya banyak klinik di Merlimau menerima Dirham, maka orang kebanyakan pun boleh mudah bersedekah menggunakan dirham. Ianya umpama "insurance" ketika sakit.

Isnin, 16 Ogos 2010

Awang Adek Jilat Ludahnya.... Ana Awang A.. A..

Daripada kenyataan Awang Adek baru baru ini...


BACHOK:  Mereka yang membeli dan menyimpan Dinar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan mesti bersedia untuk menghadapi risiko kerana nilainya sentiasa turun naik di pasaran tempatan dan antarabangsa, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Ini kerana Dinar, mata wang emas, hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri secara sendirian dan tidak boleh diterima oleh undang-undang kewangan negara, ujar beliau.

"Ia sekadar boleh disimpan sama seperti membeli barang-barang kemas di kedai emas," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian wang zakat kepada 25 fakir miskin di Mukim Pak Pura, Beris Kubur Besar di sini semalam.

Beliau sebaliknya menasihatkan rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan wang menyimpannya di bank-bank yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah.
Awang Adek mengulas pelancaran pada Rabu lepas mata wang Dinar oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai konsep tabungan kepada rakyat Kelantan.

Awang Adek yang juga anggota Parlimen Bachok berkata sudah menjadi tabiat orang Kelantan suka menyimpan barang-barang emas yang direka daripada pelbagai bentuk dan mudah dibawa ke mana-mana.

Bagaimanapun, katanya, mereka boleh mengalami kerugian besar apabila nilainya jatuh atau terpaksa menjualnya apabila memerlukan wang segera yang harganya akan ditentukan sesuka hati oleh pekedai emas.

Beliau yakin sebilangan kecil saja rakyat Kelantan yang terpengaruh kerana mereka sudah menyedari ia tidak lebih daripada "satu gimik politik

 Beberapa tahun dulu, Kenyataan Awang Adek adalah sebegini,,,,

"This is an important first step. We have talked about Dinar for a long time in this country, and this is one way to concretise it," said the chairman of T...he Royal Mint Exchange Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Royal Mint Exchange Sdn Bhd chairman Datuk Dr Awang Adek Hussin said purchasing the Dinar was an effective mode of savings as the value of gold was much more stable compared to currencies.

He said the introduction of Dinar provided an alternative mode of investment for the public who would normally place savings in banks or purchase property or land. - END


Mari kita berhibur dengan lagu khas untuk Awang Adek...







Sa-Dinar Dinar eh eh
Wakala Wakala eh eh

Sa-Dinar Dinar zangalewa
Ana Awang A A

Sabtu, 17 Julai 2010

Sebelum Subsidi "Pembohongan Harga" dihapuskan....

Minyak "diselaraskan" 5 sen. Gula "diselaraskan" 25 sen.

Ramai pihak yang berkata memang tak patut kerajaan tanggung begitu banyak subsidi.

Memang benar!
Kita tak perlu subsidi untuk dibohongi.

Rakyat bukan mahu sangat barangan disubsidi supaya dibohongi harga sebenarnya.

Rakyat hanya mahukan barangan murah, samada murah disubsidi atau tidak. Itu tidak penting.

Namun, kerajaan mengsubsidi harga supaya harga sebenar dibohongi, setelah nilai kertas ringgit semakin lama, semakin jatuh berbanding nilai komoditi.


Kerajaan tidak perlu mendabik dada, kerana memberikan subsidi untuk membohongi harga sebenar sesuatu barangan yang dikawal.

Rakyat hanya mahu barangan murah berdasarkan pendapatan rakyat.

Mana yang rakyat mahukan?
Harga runcit petrol RM 1.40 tanpa subsidi, atau
harga runcit petrol, RM 1.85, tetapi berbilion subsidi masih ditanggung kerajaan?

Keperluan untuk pengsubsidian berlaku akibat taksubnya "pakar" ekonomi, dengan polisi nilai matawang rendah, kononnya menggalakkan eksport, Namun hasilnya berbilion subsidi terpaksa kebijakan pakar ekonopmi taqliq buta dengan teori itu.

Kalau boleh, rakyat mahukan gula RM 1.20 tanpa subsidi
harga minyak RM 1.40 tanpa subsidi.

ini semua boleh dilakukan jika kerajaan beusaha sedikit demi sedikit meningkatkan nilai ringgit (berbanding komoditi) sejak 12 tahun yang lalu.

Jika penukaran RM vs USD adalah 1USD = RM 2.00 ,

Cuba kira sendiri berapa harga minyak tanpa subsidi?

Khamis, 15 Julai 2010

RON 95 naik lebih tinggi daripada RON 97

Minyak RON 95 naik daripada RM 1.80 , kepada RM 1.85.

Kenaikan 2.77777 %

Minyak RON 97, naik daripada RM 2.05 kepada RM 2.10

Kenaikan 2.4390 %

Di sini kita dapat lihat bahawa RON 95 dinaikkan lebih tinggi daripada RON 97, walhal RON 97 adalah barangan mewah.

Tak adil bagi golongan pendapatan rendah.
Adalah lebih baik RON 97 dinaikkan lebih tinggi, supaya RON 95 pengguna biasa, tidak perlu dinaikkan.

Sabtu, 10 Julai 2010

Sepanyol Lawan Belanda ,

Sepanyol lawan belanda dulu-dulu.

Sesuai dibaca musim sebegini.


Perebutan berkisar tentang, siapa yang boleh berdagang dengan Cina dan jepun.


Iktibar daripada perlawanan Sepanyol Belanda ialah, mereka bermati-matian ingin menguasai komoditi daripada negara Asia.

Memiliki komoditi untuk dibawa keeropah, adalah kelebihan ekonomi yang ketara.

Banyak kapal karam akibat perlawanan Sepanyol belanda ini.

Dalam kapal itu penuh dengan pinggan mangkuk.

Menguasai "cup" daripada China, adalah umpama memenangi "World Cup".


Negara China ketika sebelum itu, menguasai sendiri lautan sehingga ke Selat Melaka. Itupun kerana ingin menguasai perdagangan.

Isreal bersungguh-sungguh menyekat barangan daripada masuk ke Gaza.

Tetapi kita disini, menentang Israel dengan tidak membeli barangan, tetapi getah kita tetap sampai ke tangan Israel.

Khamis, 1 Julai 2010

Biro Belia dan Sukan UMNO Jasin anjur Judi

Terdapat beberapa "sampah" di longkang di tepi padang.


Maka kertas itu dikutip untuk dilihat apa isinya.

Beberapa kertas nombor "cabutan bertuah", yang dijual pada harga RM 1.
Dalam erti kata lain, JUDI.

Beli nombor untuk menang hadiah, kalau nak peluang lebih, boleh beli nombor tambahan.

Anjuran siapa?, Sila klik untuk zum



Acara judi ini dilakukan dengan nama yang agak indah.
"MEMBELI, MENDERMA DAN MENANG",


 



"Pengadil" pun sama turut menyertainya









Ada juga yorang yang sama membeli lebih daripada satu nombor,



Kalau nombor 355, 357, & 360 dibeli olehnya,
Agaknya siapa yang beli nombor 356?

Menurut seorang pemuda UMNO yang saya rahsiakan namanya,
"cabutan nombor bertuah sebegini, sudah banyak tempat dilakukan".

Sebelum ini pun sudah ada judi "Cabutan Bertuah" bernilai RM 3.00 setiap nombor.


Maksudnya, barah judi sudah membarah, sehingga dianggap biasa.
Ramai golongan muda, yang tertarik dgn kata indah "cabutan bertuah" atau "menderma" menceburkan diri ke lurah JUDI.

Saya memang mempunyai dasar untuk tidak menyerang mana-mana pemimpin UMNO setempat terutama sekali di Parlimen jasin. Namun, bila golongan muda diajar berjudi, Ia merosakkan orang kampung saya juga.

Tak boleh jadi.

Bayangkan golongan muda yang nak bersukan, ditarik ke arah judi?

Jadi, ayuh kawan-kawan tolak judi dan tolak penganjurnya.

& Alang-alang tolak judi, Tolak riba' sekali.

Sabtu, 26 Jun 2010

Patahnya Momentum Gerakan Benci Judi

Apabila dinyatakan bahawa Judi bolah tidak diberikan lesen, maka patahlah momentum gerakan benci judi, seolah-olah selesai masalah.

Namun, Kedai ekor berleluasa.
Masih banyak lagi "special draw", masih banyak lagi pinjaman berunsurkan riba' untuk kaki judi terus berjudi.
Masih banyak keluarga yang jadi mangsa apabila ibu bapa berjudi.

Di sini saya melihat, ada wujudnya kesilapan strategi pada GMJ, dimana yang difokuskan adalah "Judi Sukan", dan bukannya keseluruhan judi.

Boleh diumpamakan , Kecaman  terhadap serangan ke atas Flotila.
Israel boleh kata, kami sudah tidak serang kapal lagi.
Tapi Gaza Masih dikepung.

Judi Sukan boleh dihapuskan, Tapi Special Draw makin kerap diadakan.

Bukan senang, dalam 50 tahun merdeka, untuk ada momentum benci judi sebegini, namun ia mudah dipatahkan. Hanya kerana, tajuk bantahan itu tidak merangkumi semua judi.

Saya mahukan, supaya tiada lesen kedai nombor tambahan dikeluarkan & Tiada lagi Special Draw.

Google+ Hasbullah Pit