test

Selasa, 31 Mac 2009

Tahniah buat 'Atuk' Ingénieur Nizar

Tahniah diucapka  kepada Ingénieur Nizar kerana kini benar-benar menjadi datuk kerana mendapat cucu.

Menurut Nenda Fatimah...
Alhamdulillah cucu pertama saya selamat di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh tepat jam 4.56 petang. Bayi perempuan seberat 3.1 Kilogram berada dalam keadaan sihat begitu juga ibunya.
Sila hantar ucapan di sini.

Hishamudin akan gunakan Taktik British untuk Mempertahankan Kepentingan Inggeris

Terdapat berita mengatakan kononnya PPSMI akan dihapuskan di sekolah rendah, tetapi PPSMI diteruskan di sekolah menengah.

Al maklumlah, banyak penentang PPSMI menggunakan alasan "susah bagi pelajar" maka kaedah itu yang diberikan.

Namun, PPSMI di sekolah menengah sekalipun, tetap tidak menggalakan ilmu di simpan dalam Bahasa Melayu.
Tiada jaminan PPSMI tidak dilaksanakan di peringkat universiti.

Sekiranya PPSMI dijamin oleh Hishamudin tidak wujud di Universiti, apa kejadahnya PPSMI di Sekolah Menengah?

Untuk mengetahui istilah sains, sediakan sahajalah glosari di belakang setiap buku teks.

Ini adalah taktik British yang sering digunakan untuk mengatasi penentangan ke atasnya.

Di Ireland, mereka diberikan kemerdekaan separuh.
Maka berpecahlah penentang kepada 2, ada yang kata "cukuplah", ada yang kata tak cukup.

Begitu juga di Tanah Melayu, British memberi "Persekutuan Tanah Melayu" untuk membantutkan gerakan kemerdekaan. Maka penentang British terpisah dua.

Ada yang gembira dengan Persekutuan Tanah Melayu, ada yang tidak.

Akhirnya, akibat daripada itu, Negara ini didirikan hanya berdasarkan tanah bekas Jajahan British sahaja.

Kemudian apabila wujudnya gerakan untuk membentuk kemerdekaan yang bulat, membentuk Negera Melayu Raya,
Maka di canangkan pula pembentukan Malaysia, satu gabungan kawasan-kawasan bekas jajahan British yang 'Merdeka'.

Hasilnya, sehingga hari ini, kita sukar untuk keluar daripada sistem British.
Sistem demokrasi British, Sistem tanah, sistem polis, Undang-undang British dan banyak lagi.

Kita perlu tolak Hishamudin yang kononnya nak hapuskan PPSMI di sekolah Rendah tetapi kekalkannya di sekolah menengah.

Jangan terpedaya dengan taktik British ini.
Ia memang untuk melemahkan Gerakan Mansuhkan PPSMI, sebagaimana ia digunakan untuk melemahkan penentangan British di Ireland, dan Tanah Melayu.


Ingat pesan Jed:

UMNO — Pembela BANGSA!  Pembela Melayu! Tapi membela undang2 British dan Bahasa Inggeris! (Defenders of race!  Defenders of Malays!  But defend British laws and the English language!)

Maka....

Kita Tolak PPSMI secara bulat.

Isnin, 30 Mac 2009

Strategi Tarikh Pilihanraya BN yang Pelik

Dulu, mereka mahukan SPR mengadakan pilihanraya selepas berlakunya Pemilihan Agung UMNO (PAU).
Tarikhnya dilewatkan begitu jauh.

Alasan yang mungkin, ialah tidak mahu adanya kempen PAU di 3 kawasan terbabit.

Akhirnya, hari ini kelihatan terbalik pula. Muhyidin pula berkata...

“Saya nak ingatkan ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib (Datuk Seri), ini pilihan raya kecil,”


Apa jadi kalau mereka sendiri tidak menunda tarikh pilihanraya kecil?
Pasti masalah 'pungutan suara' atau 'referendum' ini tidak wujud.

391 Juta untuk Hanya 1 Kawasan Parlimen, Adilkah?

Diberitakan bahawa sebanyak 391 juta diperuntukkan hanya pada satu kawasan parlimen.

KEPALA BATAS, 29 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa projek pembangunan di kawasan Parlimen Kepala Batas tetap diteruskan walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan itu nanti.

Abdullah yang juga anggota Parlimen Kepala Batas berkata hal yang demikian bertujuan memastikan masyarakat setempat dapat menikmati kehidupan yang selesa selain meningkatkan taraf hidup.

"Tidak semestinya bila sudah tidak menjadi Perdana Menteri kawasan itu tidak boleh dimajukan. Ada juga kawasan lain yang tidak ada Perdana Menteri boleh membangun.

"Mudah-mudahan pembangunan di kawasan ini diteruskan dan akan diteruskan, tidak semestinya saya sudah tidak menjadi Perdana Menteri, pembangunan akan terhenti," katanya dalam ucapan perasmian 28 projek pembangunan persekutuan di kawasan Parlimen Kepala Batas di Dewan Milenium di sini, Ahad.

Abdullah turut menegaskan agar memperbanyakkan projek infrastruktur untuk rakyat.

28 projek pembangunan persekutuan itu melibatkan 10 jabatan antaranya Jabatan Pelajaran Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Belia dan Sukan.

Sebanyak 16 daripada 28 projek itu adalah projek pendidikan dan keseluruhan projek yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu menelan belanja sebanyak RM391 juta.
Menurut kiraan hisab ringkas, sekiranya RM 391 juta disalurkan kepada hanya satu kawasan parlimen, 8.2 bilion diperlukan supaya semua kawasan parlimen mendapat peruntukan yang sama.

Namun perkara sebegitu tidak berlaku.

Sudah menjadi 'Kebiasaan' politik di Malaysia untuk lebihkan kawasan sendiri apabila memegang tampuk kuasa.
Jawatan Perdana Menteri, atau Menteri Kabinet atau Ketua Menteri atau Menteri Besar adalah jawatan yang meliputi satu negara atau negeri.

'Kebiasaan' politik untuk melebihkan kawasan sendiri apabila memegang tampuk kuasa yang lebih besar, akan mengakibatkan satu budaya politik , suka melobi orang kawasan sendiri.

Maka semangat kedaerahan akan meningkat di sesuatu kawasan politik.

"Aku nak orang kawasan aku naik"


Keadaan sebegitu membuatkan UMNO melaka, seboleh-boleh mahukan Ali Rustam menang.


Saya tidak menolak politik kedaerahan secara bulat, memang patut seseorang ahli parlimen mementingkan kawasan parlimennya. Tetapi biarlah berpadan dengan kuasa yang dimiliki.

Adakah boleh Paklah memperuntukkan 391 juta sekiranya dia hanya sebagai ahli parlimen bebas?
Sudah tentu tidak.

Ahad, 29 Mac 2009

Earth Hour 2009 Jauh Lebih Berjaya daripada Earth Hour 2008

Ada juga blogawan yang agak kecewa kenapa Earth Hour tidak berjaya.




Bagi saya, tahun ini punya earth hour jauh lebih berjaya berbanding tahun lepas.

Tahun lepas, saya mampu menyenaraikan catatan blog tempatan yang menulis tentang earth hour.

Tahun ini kalau nak disenaraikan, memang tak cukup tangan.

Senarai blogawan yang menulis tentang earth hour pada tahun 2008

Turut menyertai Earthhour 2008:-

VHanded
http://vhanded.blogspot.com/2008/03/earth-hour-see-different-you-can-make.html

Takfeng-Lili
http://takfeng-lili.blogspot.com/2008/03/earth-hour-2008.html

MohdIsmail
http://www.mohdismail.net/blog/earth-hour-lakukan-perubahan-demi-masa-depan/

Maria Samad (Tok Mummy)
http://mariasamad.blogspot.com/2008/03/its-earth-hour-tonite-so-switch-off.html






Sabtu, 28 Mac 2009

Shahrir Samad Tidak Perlu Letak Jawatan Kerana 'Prinsip'

Bagi saya Shahrir Samad tidak perlu meletak jawatan kerana 'prinsip' yang berdasarkan sokongan ahli UMNO.

Shahrir Samad, dilantik menjadi Menteri setelah layak menjadi ahli Parlimen dan dipilih oleh Perdana Menteri.

Shahrir Samad menjadi ahli Parlimen kerana dipilih oleh rakyat termasuk bukan ahli UMNO atau BN.

Perdana menteri boleh memilih sesiapa sahaja dikalangan ahli Parlimen untuk menduduki kerusi menteri, termasuk ahli parlimen dari parti lawan kalau mahu.

Tiada mana-mana undang-undang mensyaratkan menteri ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, melainkan ianya 'kebiasaan' UMNO sahaja.

Satu perkara yang kita perlu ingat ialah, jawatan menteri itu bukan satu kurniaan tetapi tanggungjawap.

Bagaimana prestasi Shahrir Samad selaku menteri KPDNHEP?

Mungkin ramai yang tidak berpuas hati ketika harga minyak naik ke tahap RM 2.70 dahulu.
Ada yang berdemonstrasi, tetapi tidak menuntut Shahrir Samad meletakkan jawatan, sebaliknya hanya mahu harga minyak diturunkan sahaja.

Menteri KPDN HEP adalah 1 tugas yang agak berat, kerana perlu menjaga banyak kepentingan dan bukan hanya pengguna.

Shahrir Samad, telah berjaya menjadi orang tengah diantara
  • pengguna, 
  • peniaga/peruncit
  • pembekal,
  • Kementerian lain seperti kementerian Kewangan
Kesemua pihak mahukan perkara yang berbeza dan agak berlawanan di antara satu sama lain.

Pengguna hanya mahu murah.
Peruncit mahukan bekalan cukup dan keuntungan yang tidak terlalu rendah
Pembekal adakalanya menekan peruncit, juga mahu untung
Kementerian kewangan pula banyak soal apabila 'subsidi tinggi'

Mustahil Shahrir Samad boleh puaskan semua pihak.
Walaubagaimanapun, usaha ke arah itu memang ada. Tidak seperti Menteri KPDN HEP yang terdahulu.

Shahrir Samad terlah terpengaruh dengan satu teori bahawa penurunan harga minyak banyak kali dapat mengurangkan risiko peniaga. Walhal hakikatnya peniaga pula yang tidak mahu ia berlaku sebegitu.

Peniaga hanya mahukan kepastian tarikh supaya stok boleh dikurangkan, akan tetapi banyak pula berlaku teka-teki tarikh penurunan, berlaku banyak kali.

Matlamat betul, kaedah tidak berapa betul, walaubagaimanapun ada cubaan untuk perihatin.

Earth Hour versi Najib

Logo Earth Hour versi Najib,



Google+ Hasbullah Pit