test

Jumaat, 10 Oktober 2008

Bik MAMA Tiruan





Jed
Jangan Marah, nanti kena jual pada Husin Lempoyang Saudagar Unta,
My Photo



Versi asal di sini.

Lagu Inikah yang Membawa Shahrukh Khan Mendapat Gelaran Datuk?

Teringat lagi zaman mudaku, ketika era Reformasi, Lagu Shahrukh Khan dijadikan pembakar semangat perjuangan Reformasi.

Ketika zaman itu, penggunaan "poster" untuk dijadikan pembakar semangat belum popular.


Phir Bhi Dil hei Reformasi


Hero kita Anwar Ibrahim
Hero kita Anwar Ibrahim Bapa Reformasi
Fitnah kejam samseng Mahathir di lawan dengan berani
Hero kita Anwar Ibrahim Bapa Reformasi
Fitnah kejam samseng Mahathir di lawan dengan berani
Beribu kali Mahathir cakap dia akan undur diri
Cakap si tua, cakap si gila jangan di percayai

Phir bhi dil hei Reformasi
Phir bhi dil hei Reformasi
Phir bhi dil hei Reformasi
Phir bhi dil hei Reformasi





Jika Air digantikan dengan "wang", Lagu Kuch Kuch Hota Hai akan jadi sebegini

Tumpah si air...
Lemas di air...
Kroni nak air ka?...
Siapa ni kita hei...

Apa tu Mahathir...
Jangan nak syok la hei...
Tak gaduh air...
Kuch-kuch AUTA hei.. 


Memang tidak dinafikan pengaruh Shahrukh Khan memang kuat.
Catatan blog web ini, menunjukkan kita bagaimana Shahrukh Khan dikaitkan dengan perhimpunan 100,000 rakyat.

11. Tontonilah filem PHIR BHI DIL HAI HINDUSTANI. Mungkin rakan-rakan
'civiliance' boleh belajar bagaimana AJAY BAKSHI (Shah Rukh Khan) & RIA BENERJI
(Juhi Chawla) mentarbiyah anggota Polis sampai apabila
Inspektor Sab mengarahkan anggotanya menembak ke arah pendemostrator mereka
menurunkan senjata dan seterusnya apabila pendemostrator menuju ke arah pintu
Central Jail, Commisoner Sab membuka topi tanda
kebenaran untuk mereka menakluki penjara.

Ada satu ketika, filem itu patutnya ditayangkan di TV3, akan tetapi apabila laman web Reformasi mencadangkan supaya pembaca menonton filem itu, maka ia tidak jadi disiarkan.

Melajukan Blog Menggunakan Kaedah Malas Muat

Apa itu kaedah malas muat? saya curi dari istilah lazy load.

Kalau anda perhatikan, blog saya membunyai sidebar di sebelah kanan yang agak berselirat, tetapi tidak berselirat sangat.

Ada blog yang mempunyai sidebar di sebelah kiri dan kanan. Ada juga yang di sebelah kiri sahaja.

Terpulang pada "tuan tanah".

Saya memilih untuk mempunyai sidebar di sebelah kanan kerana saya mahu ia dimuatkan selepas kandungan dimuatkan.

Yang agak berat di kemudiankan.

Oleh itu pengguna yang mempunyai kelajuan internet perlahan masih boleh membaca kandungan utama blog tanpa perlu habis menunggu keseluruhan blog dimuatkan. Walaupun, ia berlatarbelakangkan kelabu, sebelum menjadi putih, ia tetap boleh dibaca.

Mana-mana wiget yang berat dan tidak berapa perlu, diletakkan di paling kiri dan paling bawah.

Baru-baru ini blogawati tersohor di Melaka, Puan Nur Aflah, telah bertanyakan adakah laman blognya lambat untuk dimuatkan.

ketika itu memang banyak flash.

Maka jawapan ringkas saya ialah "kurangkan flash".

Maka ia agak lebih laju sedikit. Namun masih boleh dipertingkatkan kalau menggunakan kaedah malas muat.

Wiget  yang ada flash duduk di kiri, wiget yang tidak berflash duduk di kanan.

Rujuk contoh:

Sila klik

Suapan RSS yang berasaskan HTML lebih laju untuk dimuatkan.
Kandungan blog boleh dibaca tanpa menunggu wiget berat yang telah diletakkan di sebelah kiri.

Khamis, 9 Oktober 2008

Tajuk Lain Cerita Lain di Malaysiakini

Apa sudah jadi dengan Malaysiakini?

Tajuk berita "Harussani: Orang politik tidak tekan mufti"

Sekali baca, kelihatan seperti Datuk Harussani cuba menafikan yang Dr. MAZA ditekan secara politik.

Akan tetapi kandungannya ialah...

Diminta mengulas dakwaan wujud "permainan politik" sehingga menyebabkan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meletakkan jawatan hujung bulan ini, Harussani berkata "saya tidak tahu."

Hidangan Cerita Indah Pada Hari masih Raya

Hari Raya belum habis lagi. PKR Sri Gading baru sahaja mengucapkan selamat Hari Raya, seolah-olah hari ini satu syawal.

Ditambah pula dengan hidangan Cerita indah Hari Raya oleh Nor Mohamed Yackop

“Malaysia will not go into recession but will probably be a little lower than the official estimate,”

 Terasa betul seperti 1 syawal.

Bagi sesiapa yang tak cukup dengan hidangan cerita lucah indah Nor Mohamed Yackop, boleh jamu hidangan jaminan palsu Najib.

Rabu, 8 Oktober 2008

Jualan Poster Edisi Terhad, Cetakan Terakhir

Gambar tidak berapa jelas, Apa yang mereka jual?




Inikah jualan penghabisan stok bagi poster edisi terhad yang tidak akan dicetak lagi?


Isu Gambar Anwar yang Menyerupai Patung

Hari ini saya agak terkejut dengan kenyataan-kenyataan tentang isu ini oleh pemimpin PAS, dimana ia tidak seperti yang diharapkan.

Akibat daripada ulasan oleh Ali Rustam, jawapan adalah seolah-olah mahu menjawap Ali Rustam, dan bukannya menjawap tohmahan DUN Batu Caves terhadap blogawan PAS yang cuba menasihati PKR Batu Caves.

Kisah "Berhala" ini sudah beberapa hari timbul di dalam dunia blog sebelum ia tersiar di Malaysiakini dan Akhbar tempatan.

Ianya bermula di blog Skuad DUN Batu Cave.
Mereka yang awal meyiarkan catatan blog menunjukkan gambar poster anwar yang dipotong dan didirikan seperti patung.


poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini.

Mereka tidak menafikan bahawa ianya untuk "semangat DSAI"


Kemudian Perisik Rakyat membuat Catatan :

Sejarah Tercipta...!!! PKR Naik BERHALA ~ ref Malaysiakini


Tajuknya agak keras dan kontroversi kerana perkataan berhala.
Agaknya, kalau guna perkataan "syirik" atau "khurafat", mungkin ada yang pandang sebelah mata.

Bagi saya penggunaan istilah berhala agak tepat, sesuai dengan tujuan mereka dirikan poster yang menyerupai patung itu.

Maka, Saudara Topeng_Perak pun dihentam.....


Kemudian wujudlah "Penjelasan" Skuad DUN Batu Caves tentang "Berhala" itu.

Di dalam "Penjelasan" itu, mereka menyatakan matlamatnya sekali lagi..

Dan kami menyediakan poster gergasi ini untuk mengingati perjuangan dan kemenangan beliau.

Matlamat tetap sama iaitu untuk individu bernama Anwar Ibrahim.

Kemudian Perisik Rakyat menulis

Kenapa Aku Bantah "REPLIKA@BERHALA@TUGU" DSAI..?


Perang ulasan berlaku

Kemudian, Dr MAZA meminta supaya ia diturunkan.

Mufti Perlis: Penyokong Anwar jangan taksub

“Kita perlu lihat pada tujuannya dahulu. Contohnya gambar pemimpin pada poster pilihan raya, ia bertujuan memperkenalkan pemimpin itu.
“Tapi kalau bina replika sebesar itu apa pula maksudnya?” katanya.

Tujuan telah dinyatakan di dalam blog Skuad DUN Batu Cave itu iaitu untuk "Semangat DSAI"

Kemudian, keluar kenyataan di Malaysiakini mengatakan YB Amiruddin tidak mahu menurunkan poster itu. Kini YB Amiruddin sendiri mengaku menyumbang RM 100 untuk poster yang kelihatan seperti patung itu.

Beliau berkata, isu pembaziran yang dibangkitkan sesetengah pihak "tidak timbul" kerana gambar besar itu dibina menggunakan dana individu dan bukannya peruntukan kerajaan Selangor atau partinya.

"Saya sendiri menyumbangkan RM100 untuk menjayakan pembinaannya," katanya.

Menurut Amiruddin lagi, beliau hadir merasmikan gambar itu untuk menghargai "sokongan masyarakat India yang percaya dan komited kepada perjuangan PKR yang didukung Anwar."

 Di cerita yang sama di blog Perisik Rakyat, seperti biasa, perang ulasan beserta ugutan blog akan tersungkur.

Dr3mte4m said...
Amenda la ko ni bro menda ni ko perbesarkan. Kalau menda ni jadi isu aku salahkan ko jer. perbesarkan crite. jgn sampai blog ko tersungkur nanti. tak caye ko tgklah nanti.
Secara kebetulan DNS saya "tersungkur" beberapa jam pagi tadi.

Ali Rustam.
Di peranan Ali Rustam?

Saya tidak ingat di mana, akan tetapi Ali Rustam turut memberi ulasan tentang "Berhala" ini, tetapi mahukan PAS lebih dominan dalam Pakatan Rakyat dengan mengatakan sudahkah PKR mendapat kebenaran PAS.

Wah.

Maka selepas Ali Rustam memberi ulasan, barulah beberapa pemimpin PAS membuat kenyataan.

FIkir Semula Tugu Negara

AYER KEROH – Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Negeri, Abdul Ghani Abdul Rahman mengharapkan pemimpin negara memikirkan kembali berkenaan penghormatan Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan.

“Memberi penghormatan kepada Tugu Negara (yang terbukti patung) itu yang harus dipertikaikan dahulu sebelum dibandingkan dengan replika gergasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pemimpin UMNO sepatutnya perlu tegas dalam tindakan memberi penghormatan terbabit (kepada Tugu Negara) sebelum mempertikaikan sesuatu perkara. Barulah ada kesan apabila isu ini dibangkitkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, akibat daripada itu, ia berkemungkinan besar menjadi dorongan kepada penyokong PKR di kawasan itu bertindak untuk membuat replika pemimpin mereka.

“UMNO harus dilihat sebagai lagi teruk kerana begitu mengagung-agungkan pemimpin mereka, manakala tindakan penyokong PKR itu sebenarnya tidak memberi kesan apa-apa kerana orang mereka beragama Hindu,” jelasnya. 

 Macam lari sedikit dari tajuk, tetapi tidak menegur YB Amiruddin, atau "semangat DSAI"  yang mereka tidak pernah nafikan.

Khairul Faizi membuat satu ulasan yang agak "play safe".

Agak-agaknya, sekiranya replika tersebut bukannya replika DSAI mungkinkah ia akan menjadi kontroversi? Banyak juga papan-papan iklan yang dinaikkan di serata negara yang menaikkan gambar/replika selebriti terkenal negara tapi tidaklah menjadi kontroversi sehingga memerlukan seorang mufti untuk memberikan pandangan atau nasihat.

Saya bukannya menyokong agar replika tersebut dinaikkan kerana pastinya saya tidak akan naikkan replika seperti itu untuk menunjukkan tanda rasa hormat dan kasih saya kepada TG Abd Hadi Awang, TG Nik Aziz ataupun YB Salahuddin Ayub kerana saya tidak melihat ia adalah cara yang terbaik untuk melahirkan rasa sayang kita kepada kepimpinan kerana ia tidak diajar oleh Islam dan jamaah. Tetapi di dalam kes ini, ia adalah satu projek yang diketuai oleh En R Viraya, seorang penganut agama Hindu (maafkan saya jika silap). Mungkin budaya dan agama mereka seperti itu.

Nampak gayanya, Khairul Faizi dan Ustaz Ghani seolah-olah mengganggap tiada penglibatan orang Islam dalam pembinaannya. Mungkin tidak membaca penjelasan DUN Batu Cave yang ianya dibina untuk "semangat" dan pengakuan YB Amirudin turut menyumbang RM 100 dan merasmikannya.

Sampai di blog Hani Nasution saya dihentam?

nampaknya pemikiran org yang posting ni.. tahap budak darjah nam rupenya. saye tgk ummianni, pit, saje backing perisik rakyat. apsal tango baik jer. kroni ker.
 Antara perkara pelik dalam isu ini ialah bukan Islam berpandangan berbeza sedikit.

Di Malaysiakini
Sementara itu penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu, kata pengelola projek tersebut R Viriya.

R Viriya, ketua projek sedia robohkan, akan tetapi YB Amiruddin mahu tunggu tamat tempoh.

Di blog Damien Yeo (DAP), Semua mengatakan ianya tidak perlu. mungki Damien tidak tahu ianya daripada wang individu.

Google+ Hasbullah Pit