test

Sabtu, 5 Januari 2008

Jangan keliru

Cara ini, atau cara ini hanyalah untuk pelawat boleh melihat blog yang tidak dibuang iklan advertletsnya.

Bagi pemblog, anda perlu membuang sendiri iklan advertlets anda.

Jadi, pada pengguna blogger, oleh kerana anda tidak boleh logmasuk dari blog anda. Anda perlu log masuk dari blogger.com untuk buang iklan itu.

Setelah buang iklan advertlets di blog sendiri barulah anda guna Cara ini, atau cara ini untuk melawat blog orang lain termasuk blog orang lain yang belum buang iklan advertlets.

Cara alternatif untuk blok advertlets (guna Firefox)

Bagi pembaca blog (visitor) yang mungkin tak tahan banyak blog tak boleh dibuka. Akan tetapi tak faham pula apa yang ditulis oleh saya sebelum ini.

maka boleh guna
cara alternatif yang lebih mudah (rasanya).

Bagi pengguna firefox. Sila pasang addon ini.
Works with:
  • Firefox Firefox: 0.7 – 2.0.0.*

Install Now <-- klik


Kemudian,

Pergi ke Tools-> AdBlock -> Preferences

Tambah :-
apps.advertlets.com
www.advertlets.com


Harap blok sementara sahajalah.



*Terima kasih kepada Shadowfox

Blok sementara www.advertlets.com

Akibat dari terlupa nak perbaharui domain maka ramai pembaca blog tak boleh membaca blog yang mengandungi iklan advertlets.

pemblog yang pantas, mungkin akan buang iklan itu serta merta, namun ramai lai yang tak sempat nak buang.
maklumlah, hari cuti.

Jadi jika anda pengguna biasa, tak dapat baca blog kerana dia dilencongkan ke laman web tertentu, maka ini caranya.

untuk pengguna linux/ unix, sila tambah di fail /etc/hosts

"127.0.0.1 advertlets.com www.advertlets.com"

untuk pengguna windows pula, cuba `find` fail bernama "hosts", kemudian edit fail itu , tambah seperti yang saya tulis di atas. Saya pun tak pasti dimana letaknya fail itu.

MacOSX?

lebih kurang juuga, janji, kita suruh komputer kita pergi ke localhost bila nampak nama advertlets.com

OK kakjie cuba dulu...

Barisan Pelumba Formula1 musim 2008

Barisan Pelumba Formula1 musim 2008


Scuderia Ferrari Marlboro

1. Kimi Raikkonen
2. Felipe Massa

BMW-Sauber F1 Team
3. Nick Heidfeld
4. Robert Kubica
Kereta akan dilancarkan pada 14 januari 2008


ING Renault F1 Team
5. Fernando Alonso
6. Nelson Piquet Jr.
Kereta akan dilancarkan pada 22 januari 2008


AT&T Williams
7. Nico Rosberg
8. Kazuki Nakajima

Red Bull Racing
9. David Coulthard
10. Mark Webber

Panasonic Toyota Racing
11. Jarno Trulli
12. Timo Glock

Scuderia Toro Rosso
14. Sebastien Bourdais
15. Sebastian Vettel

Honda Racing F1 Team
16. Jenson Button
17. Rubens Barrichello

Super Aguri F1 Team
18. Takuma Sato
19. Anthony Davidson

Force India Formula One Team
20. Adrian Sutil
21. (akan diumumkan)

Vodafone McLaren Mercedes
22. Lewis Hamilton
23. Heikki Kovalainen

Banyak lagi pasukan yang belum umumkan bila kereta baru akan dilancarkan.
Barisan pelumba itu menunjukkan Alonso akan mempunyai rakan sepasukan yang boleh menggugat dia seperti tahun lepas.

Khamis, 3 Januari 2008

Harga Emas dan Minyak mentah pecah rekod.




Harga emas melepasi USD 850, Harga Minyak mentah melepasi USD 100, Nilai ringgit tertinggi selepas gawat.

Yang pasti USD yang jatuh. dan USD akan jatuh lagi dan lagi waalupun ia akan naik kembali selepas ini.

Rabu, 2 Januari 2008

Video Chua Soi Lek : Pemberian kondom percuma

Sekarang heboh tentang video Lucah Chua Soi Lek dalam format DVD (bukan VCD) yang disebarkan di kawasan tertentu di johor. Digemparkan pula apabila dia mengaku dialah orang yang di dalam video itu, namun tidak meletak jawatan.



(imej dari blog vangardx)

Tahun lepas, eh 2 tahun lepas, sibuk cerita tentang program pemberian kondom percuma oleh Kementerian Kesihatan. Idea siapakah itu? Idea Chua Soi Lek atau idea wanita itu?

Menurut laman ini, video itu juga dirakam pada 2 tahun lepas.


Dr Chua had admitted he was the person in the DVD, which was recorded two years ago


Walaubagaimanapun, timbul persoalan, bagaimana video itu dirakam sehingga dari 4 penjuru. Sudah tentu ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau.


Selain dari itu, secara teknikal, timbul satu persoalan
"Adakah format DVD bersedia menggantikan VCD sebagai media penyebaran video"?
"Berapa peratuskan rumah yang mempunya pemain DVD"?

Selasa, 1 Januari 2008

Tahun baru, Tamatnya jaminan tidak menaikkan harga minyak.

Pada 31 Disember 2007, apabila menjelang 2008, ramai yang sudah tahu, tamatnya jaminan Perdana Menteri minyak tidak dinaikkan "tahun ini".

Saya telah bersedia lebih awal, sejak awal disember, kerana jualan minyak pada krismas dan Hari Raya Korban tidak boleh diduga. Jadi saya telah membuat pengubahsuaian pada pesanan supaya tangki penuh pada 31 Disember.

Walaupun saya amat pasti minyak tidak akan dinaikkan sebelum pilihanraya, akan tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil.

Akan tetapi pengguna lebih kedepan dalam mengetahui tentang kenaikan harga minyak. Pada petang hari, wawa menelefon saya untuk kepastian kenaikan harga minyak, kerana menurut nabora, telah heboh berita tentang kenaikan harga minyak. Akan tetapi saya sendiri tidak pula mendapat SMS tentang kenaikan harga minyak.

Ada yang begitu yakin ia akan dinaikkan 40 sen. Walaupun jam sudah melebihi 12 pagi, mereka tetap datang dengan penuh yakin. Mereka berasa lega kerana harga minyak belum dinaikkan.


Kemudian ada lagi satu khabar angin yang mengatakan harga minyak akan dinaikkan pada hari khamis atau jumaat. Samada ianya realiti atau tidak, saya pun tak tahu.

Pagi tadi saya terfikir, apa akan jadi pada subsidi nelayan jika harga minyak dinaikkan? Nelayan akan membayar RM 1 seliter atau ditambah sedikit dengan kenaikan itu? Buat masa ini belum ada berita dari LKIM.

Google+ Hasbullah Pit