test

Ahad, 13 Mei 2007

SE k800i + hpm70 + AEGO-M




Persoalan: Bolehkan anda menggunakan telefon tangan untuk menangkap gambar sambil bercakap menggunakan telefon yang sama?
Jawapan: boleh


Sebenarnya, gambar diatas ditangkap menggunakan kamera telefon Sony Ericsson k800i, dimana telefon yang sama digunakan untuk berhubungan dengan orang lain.

Caranya:-
Guna HPM-70, sambung kepada pembesar suara AEGO-M (ya, AEGO-M keluaran acoustic Energy),
secara opsyenal boleh lekapkan pembesar suara satelit ke telinga ala telefon zaman dulu kala.
guna HPM-70 untuk bercakap.

Tetika bercakap telefon, kamera tidak automatik diguna ketika penutup lensa dibuka.
Anda perlu tekan butang tertentu dan pilih kamera.




Sabtu, 12 Mei 2007

F1 gp catalunya (kelayakan)



Gambar diatas menunjukan Skrin monitor Samsung 17" yang dijadikan paparan sementara bagi macmini, dimana ia menunjukkan 1 wiget dashboard, yang menunjukkan pusingan kelayakan bagi GP Catalunya akan bermula 3 jam dari gambar diambil.

Memang tak efisyen kalau kita gunakan keseluruhan skrin untuk mengingatkan tentang waktu F1. Akan tetapi, oleh kerana masalah ketinggalan F1 sering berlaku, maka, tengok pada dashboard secara manual boleh membantu.

sepatutnya, kalau ikut cara neo (ya, empunya delicious tu), google calendar ada kalendar F1, dan kalendar google boleh selaras dengan kalendar komputer & kalendar komputer boleh selaras dengan SE k800i. Sepatutnya SE k800i yang tolong ingatkan tentang adanya F1, bukannya pornstar yang kena ingatkan secara manual.

Terdapat lagi satu masalah, iaitu AF5 dijangka bertembung dengan GP Catalunya.
Siapa yang lebih menyerlah? Heliza atau Kubica?
Atau Jaguh Kampung yang akan menyerlah?




xml:lang="ms"



Gambar diatas ialah tops untk pemblog blogger supaya boleh mentakrifkan kiriman blognya sebagai bahasa melayu.

Cerita selanjutnya boleh didapati di http://my-penguin.org/blog/index.php/2007/05/12/xmllangms/

Khamis, 10 Mei 2007

Buku fizik lama


Buku lama. Tahun 1993 dahulu, saya melakukan pengubahsuaian pada buku itu.

Rabu, 9 Mei 2007

Gambar tanpa atas/bawah


Jika anda terbalikkan gambar ini, ia tak dianggap 'terbalik'

Rabu, 2 Mei 2007

Reviu: DVD Mukhsin



Saya baru beli DVD Mukhsin, satu filem GBSB ar
ahan Yasmin Hamid yang di DVDkan.

Pada harga RM 13.90, inilah satu DVD original yang paling murah pernah saya beli.
Kualiti DVD memanglah tak sehebat mana? ada opsyen Dolby & DTS untuk 5.1 tetapi bunyinya umpama stereo sahaja. bukan stereo biasa, tapi stereo semua saluran.

Bunyi dialog/vokal kedengaran pada speaker belakang. Tak berapa kena tapi bagi saya itu tak kisah sangat, dengan harga RM 13.90, kalau dapat bunyi sekeliling pun OK juga.


Nak kata tak berkualiti, tak juga. Gambar dalam DVD mukhsin adaah berkualiti DVD.
tak nampak pecah-pecah macam VCD.

Bunyi latar bagi "Menu" DVD ini tak sesuai untuk digelungkan. patut disunting supaya apabila ia dimainkan, bunyinya berterusan, tak nampak macam terhenti.

Kandungan tambahan pada DVD itu ada treler, pratonton.
pratontonnya tak berapa elok, tak nampak macam nak promosikan filem pun.

bahagian video muzik umpama ulangan apa yang ada pada cerita,
alangkah baiknya kalau ada

  • 1 video muzik adibah noor nyanyi lagu keronchong hujan
  • "deleted scene", jenaka kesilapan semasa penggambaran
  • interbiu Yasmin Hamid
  • Gambar semasa memang anugerah


GBSB ada keluarkan beberapa DVD, gubra pun ada DVD, mungkin gaya yang sama, gambar OK bunyi tak berapa OK.

Berbanding dengan cicakman, langsung tak keluarkan DVD.
Rasanya filem aksi, lagi baik diDVDkan, dan dibunyisekellilingkan.

Harga VCD Cicakman lebih mahal daripada DVD Mukhsin, tetapi VCD cicakman, disertakan dengan CD Audio Trekbunyi. Membuatkan ia berbaloi untuk dibeli.

Pada harga 29.90, dapat 1 VCD, 8 lagu.
bayangkan kalau VCD sahaja harganya RM 9.90 , harga CD Audio RM 20.
20/8 = harga 1 lagu hanya RM 2.50.

lebih murah daripada lagu yang dibeli daripada PlayNOW ,
lebih murah daripada beli "ringtones" untuk telefon tangan.

Industri perfileman tempatan nampaknya dah bersungguh-sungguh turunkan harga.
tapi tetap ramai yang cetak rompak.


Berbalik kepada Mukhsin, satu perubahan nyata ialah mereka telah menukar Tulisan "MUKHSiN" kepada "MUKHSIN", peka dengan bahasa, tahniah.

Gambar pada blog ini ada Volkwagon warga emas, tak sangka pula sama macam VW bapa orked.



Untuk baca reviu tentang cerita dan lakonan, sila baca reviu lain.
http://strangelycharming.blogspot.com/2007/03/ne-me-quitte-pas.html

http://mono-no-awareness.blogspot.com/2006/08/mukhsin-yasmin-ahmad-film.html

http://technorati.com/posts/tag/mukhsin




Selasa, 1 Mei 2007

Pertandingan PETRONAS Car Craze DILANJUTKAN



Pertandingan Car Craze dilanjutkan lagi 1 bulan, tanpa menyatakan apa kereta misteri itu.

Mari kita main teka-teka kereta apa yang dijadikan hadiah?
Kereta apa yang seksi?
Kereta apa yang boleh dikaitkan denga PETRONAS?

Toyota Supra, tapi mustahil kalau nak dijadikan hadiah Car Craze kerana dah tak dikeluarkan lagi.

Rasanya yang sesuai ialah BMW Z4M.


Kereta ni memang la ada kaitam dengan PETRONAS, seksi pun seksi.
Berbanding dengan BMW Z4M yang original, 'skirting' pada BMW Z4M yang pada Team PETRONAS Endurance' ni lagi cantik.

Spesifikasi? Kuasa?
Kalau tengok pada Web, BMW Z4M ni sering dibandingkan dengan porshe.

vs. Porshe Cayman


Seksi.....



Kereta lain?
BMW M3? Tapi rupa dia macam 3 Series biasa saja.
BMW X5 2007 seksi juga, perempuan tak sesuai.

BMW 328 SportWagon Untuk keluarga.

Lagi satu opsyen yang mungkin best ialah http://www.mini-malaysia.com/ (Tiada kaitan dengan Kak Ani)



Kemaskini:
Honda CRV rupanya :)

Kepada sesiapa yang menjumpai laman ini untuk mengetahui pemenang car craze bulan mei, ini gambar akak yang menang tu.

http://www.kad-mesra.com.my/index.cfm?ar=138&sc=48




Google+ Hasbullah Pit