test

Selasa, 29 Mei 2007

Rasa Macam Nak Cekik-cekik

rasa macam nak cekik-cekik je si Ain ni.
Tapi nasib baik mood baik pasal semalam "Accident"

Sabtu, 26 Mei 2007

Wireless broadband = Wi-Fi ?


Inilah dia punca kekeliruan

Suatu ketika dahulu, saya singgah di Stesyen Minyak PETRONAS Air Keroh 3, bersama wawa ketika balik dari KL. Kelihatan di situ ada Panji "Wireless Broadband zone", dimana ia merujuk kepada Wi-Fi Zone.

Baiklah, mungkin Abdullah(AK3) tersalah, maafkan dia kerana dia bukan IT Savvy, macam kami berdua.

Masa berlalu, Stesyen Minyak PETRONAS Merlimau pun ada Wi-Fi, tampal poster guna kertas sahaja, tapi ikut spesifikasi Wi-Fi Alliance. Sebelum itu, sudah nampak panji di restoran Tomyam Klasik, ada logo Wi-Fi tapi tak ikut spesifikasi.


Baru baru ini, saya berjumpa dengan Irwan, kawan sekolah, dia yang menceritakan bahawa Abdullah tempah panji daripada dia, ikut rekaan dari Restoran Subaidah MITC.


Akhir sekali, semasa saya nak jumpa hafnie sempena Spoof Black Hat Challenge, terus ternampak poster "Wireless Broadband zone" . Hehehe, Punca kekeliruan telah dijumpai.


Oleh itu, bukan salah Abdullah, Bukan salah Irwan, tapi ini memang salah MICTH
(Melaka ICT Holding SDN BHD)
yang memulakan kekeliruan.

Ya, memang Wi-Fi membolehkan anda mengakses internet tanpa wayar pada kelajuan broad band. Tetapi Wireless Broadband itu benda lain.

Aliran Ajaran sesat "Wireless Broadband" adalah sperti berikut:

MICTH --> Restoran Subaidah --> Air Keroh 3


kalau nak tau, berikut adalah panduan logo "Wi-Fi Zone"


atau anda boleh muaturun "Brand Manual" semuanya

Jumaat, 25 Mei 2007

Cinta di Lautan Web 2.0

Rabu, 23 Mei 2007

Negara Pelaburan





Malaysia satu ketika dulu kecoh dengan "Pelaburan Internet", pelbagai skim yang tiba-tiba tumbuh menarik pelbagai pelabur tempatan, pensyarah, budak kilang, orang kampung.

Pada Negara yang sama iaitu Malaysia, Syarikat dari Malaysia telah memenangi anugerah
"Best Fund Manager- Asia" & "Best Asian Equity Fund" pada Anugerah "Islamic Fund Award" Anjuran Failaka.


Dimana

  • Best Fund Manager Asia - dimenangi oleh Public Mutual
  • Best Asian Equity Fund - dimenangi oleh Dana Al-Ilham Fund

Hairan sungguh, Pelaburan Islamik yang berjaya didepan mata, tapi kenapa bersusah payah melabur di "internet" melalui skim yang nyata penipuannya?

Dimaklumkan bahawa ini adalah bukan promosi Unit Amanah melalui laman web.
Sila YM "sebolku" untuk maklumat lanjut mengapa ia bukan promosi Unit Amanah melalui internet.

Sabtu, 19 Mei 2007

Ebi Mila Heliza Aswad Candy AF5: Populariti enjin pencarian.


Pada Sabtu pukul 6:30 hari hari yang sama sebelum Konsert Akhir Akademi Fantasia.



Kedudukan kepopularitian Pelajar menurut pencarian google adalah seperti berikut.

  1. "Aswad AF5" = 2020
  2. "Mila AF5" = 1,800
  3. "Heliza AF5" = 802
  4. "Ebi AF5" = 597
  5. "Candy AF5" = 530
Ia tidak berapa menggambarkan populariti kerana, ramai yang suka panggil "Heliza" berbanding "Heliza AF5"

oleh itu, carian google berdasarkan Afundi Namapelajar

  1. "Afundi Heliza" = 11,100
  2. "Afundi Candy" = 1,780
  3. "Afundi Mila" = 1,390
  4. "Afundi Aswad" = 1,370
  5. "Afundi Ebi" = 597

Kedudukan kepopularitian Pelajar menurut pencarian Technorati (in blog post) adalah seperti berikut.

  1. "Ebi AF5" = 559
  2. "Heliza AF5" = 553
  3. "Mila AF5" = 537
  4. "Candy AF5" = 497
  5. "Aswad AF5" = 472
Manakala dari sudut Technorati (in Tags)

  1. "Heliza AF5" = 62
  2. "Mila AF5" = 48
  3. "Ebi AF5" = 47
  4. "Aswad AF5" = 40
  5. "Candy AF5" = 34
Manakala , kalau cari menggunakan Yahoo....

  1. "Afundi Heliza" = 661
  2. "Afundi Ebi" = 537
  3. "Afundi Mila" = 220
  4. "Afundi Aswad" = 185
  5. "Afundi Candy" = 179


Jadi, Jangan Bazirkan duit SMS untuk mengundi yang tak boleh menang.

Ebi dan Mila ber'My Heart' pada SE k800i



Sila klik gambar dan anda akan kelihatan lebih muda jika kepala anda disengetkan sebegitu.


Ebi dan Mila kelihatan menyuakan mikrofon sesama sendiri.
Video itu asalnya berada di Youtube, ditukarkan kepada .3gp menggunakan vixy.net seperti yang dicadangkan oleh versimelayu . Kemudian dimainkan pada SE k800i.
Anda juga mungkin boleh menukar video youtube kepada .3gp menggunakan cara Mypapit



Saiz failnya agak besar, 18Mb, Sekira anda menggunakan SE k800i, ia seakan-akan hang ketika cuba memainkan video itu. Tetapi sebenarnya tidak, hanya pengurus failnya yang seakan-akan hang, bukannya pemain video.


Tips:
Seandainya anda ingin memainkan video yang besar pada SE k800i,
  • pilih video yang kecil yang lain ,
  • kemudian tetapkan orientasinya sebagai lanskap,
  • kemudian pergi ke kiri/kanan untuk mencari video itu.
  • Mainkan ia.


atau mungkin anda menggunakan pengurus fail MIDP 2.0 yang lain






Jumaat, 18 Mei 2007

Tamatkan Astro, beli AppleTV atau perekod DVD


Harga bayaran bill Astroastro akan naik. Kalau duit astro itu dikumpul tak sampai 2 tahun sudah boleh beli perekod dvd.

Siapa yang akan dapat lebih kandungan?

  • Seseorang yang tidak melanggan Astro tetapi merekod sebanyak mungkin kandungan TV tak berbayare menggunakan komputer atau AppleTV atau perekod DVD.

berbanding

  • Pelanggan Astro biasa tanpa rekod

berbanding dengan

  • Pelanggan Astromax


Sudah tentu kalau digabungkan semuanya, orang itu akan dapat banyak kandungan.
Bayangkan, dengan TV tak berbayar biasa, saya rasa kita boleh mendapat lebih kandungan dalam jangka masa panjang berbanding dengan Astro.

Bayangkan dengan perekod DVD, digabungkan dengan komputer, kita boleh arkibkan rancangan TV yang ada daripada TV 1, TV2,TV3, ntv7,8tv, tv9. kemudian tukarkan video itu ke format yang boleh ditonton oleh SE k800i.

Apabila Astro menaikkan harga, pengguna sepatut menyatakan mesej kepada astro.
samada dengan:-

1. Tamatkan astro (boleh langgan semula jika perlu)
2. Kurangkan langganan
3. lambat bayar pada bulan ia dinaikkan.


Sila lakukan ia sebaik sahaja Heliza menamatkan pengijazahannya.






Google+ Hasbullah Pit